Thursday 28 July 2011

Selamat kembali......

Ye....saya telah selamat kembali dari PD.

Petang semalam.
Terus balik ke rumah.
Alang-alang dah pukul 4. 

Dan, sangat-sangat busy sekarang.
Dah 2 minggu meeting bahagian takda.
Confirm minggu depan yakni minggu pertama puasa, meeting akan ada.
Oleh itu, semua kerja tertunggak perlu dibereskan atau ada progresnya untuk dilaporkan.
Sebelum dibelasah oleh bos besar.

Setelah bergumbira selama dua minggu.
Sekarang semua orang sangat berdebar tunggu minggu depan.
Tak tau apa untung nasib hari tu.
Bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Mulai sekarang, hari-hari kena check e-mel.
Menunggu jemputan meeting.
Tapi, kalau permohonan untuk tracking sheet dah ada.
Siap sedialah, itu petanda adanya meeting.
Malam-malam mesti tak lena tidur.
Mandi tak basah.
Makan tak kenyang.

So, kengkawan, marilah kita bersiap sedia.
Penuhkan dada dengan segala bentuk doa yang ada.
Tebalkan telinga, kaliskan fikiran dan hati.
Supaya takda yang menangis rabu nanti....

- pesanan ikhlas dari aku yang berdebar tunggu minggu depan -

Monday 25 July 2011

Demi tugas

Petang ni, Insyaallah, aku akan bergerak ke PD. Kursus 3 hari.

Dah lama sungguh aku tak pergi outstation/kursus yang jauh-jauh ni. Kali akhir aku outstation tinggalkan Nurin hana masa dia baby lagi. So, dia tak tau apa-apa lagi masa tu. Belum faham yang ibunya takda di sisi. Tapi, sekarang ni dia dah bijak. Tidur malam nak peluk-peluk.

Masa aku bagitau dia, "ibu nak pegi kursus, nanti Nurin hana duduk dengan Papa ye....". Dia melalak dah..Hmm..camna tu..

By the way, harap-harap, she'll be okay with her Papa...Anak ibu baik kan...

Sebenarnya, aku mood sedih jugak ni...Nak tinggalkan anak, bukan senang weii... Masa hantar pergi school, tadi, rasa sebak je hati aku ni..Huh.Huh.. Ni baru kursus dekat pastu sekejap je. Camna la kalau kena pergi yang jauh-jauh, makan 2-3 minggu... Mau aku pulak melalak nanti tu...

Friday 22 July 2011

Nostalgia kompang

(sumber: shw.ezhar-tkp2.fotopages.com)



Kelabunya gambar tu kan...Tu menunjukkan berapa lama dah peristiwa tu berlaku. Eh, apa kena mengena gambar tu dengan aku?

Aku duk google-google cari input untuk paper penulisan aku. Sekali ternampak word about ‘drum’, tergerak pulak nak search, sekali terjumpa pulak gambar tu...Nostalgia tu...

Masa semester 3 (kalau tak salah) itm, aku joint ko-k kompang. Padahal, aku bukannya reti main pun. Tapi, rasa macam best pulak kelab tu. Aku dengan geng sorang, rashidah joint. Start dari tu, pak pung pak pung la kitorang setiap kali ada sesi perjumpaan. Wahh..seronok rupanya la joint ko-k tu.

Apa-apahal, sebelum belajar main kompang, kena belajar dulu asal usul kompang tu, barulah dekat di jiwa. Diajar jugak macam mana nak pilih kompang yang best. Dan jugak macamana nak bagi bunyinya lagi sedap.

Ingatkan memula tu, masuk kelab ni belajar main kompang je. Rupa-rupanya, kena belajar nyanyi la jugak. Main kompang sambil nyanyi. Tangan dengan mulut jalan serentak la....

Ingat senang ke...Mana nak ingat rentak pukulan, pastu nak hafal lirik lagi dan masa bila nak masuk nyanyi tu. Lagu pulak bukan satu. Hah....hambekk.. Lagu-lagu yang biasa dimainkan lebih berbentuk patriotik. So, aku tak pandailah nak main lagu rock bagai...heheh..heh...Tapi, aku memang enjoy la joint team tu.

Saat paling best bila terpilih untuk joint kl drum festival. Kiranya, terror jugak aku kan..hahhahhh...gelak jahat... So, selalu la kena training. So, untuk festival tu, cikgu kompang bawak baju untk dipakai masa festival. Mak aiii...mana punya baju la cikgu bawak. Kebaya tradisional warna gold-gold kekungingan gitu. Jenuh nak mancari saiz...Tu fasal bila pakai, rupa cam pelik je....bukan saiz... Apapun, festival tu memang best...
(sumber: shw.ezhar-tkp2.fotopages.com)


Dan itulah perkaitannya antara aku dengan gambar kelabu kat atas tu...

Thursday 21 July 2011

Sharing is caring: "Suamiku Kedekut"

Terjumpa satu artikel yang sungguh menarik (TQ Berita Harian).

Suamiku Kedekut (Oleh Saadiah Ismail, 2011/07/16)
Isteri pendam perasaan demi rumah tangga


"BERKORBAN apa saja...harta ataupun nyawa...itulah kasih mesra..sejati dan mulia," . Itu antara bait lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan sehingga kini, ia masih lagi segar di minda dan boleh lagi diingati oleh peminat pelakon lagenda ini.


Bait lagu yang merdu itu jika dihayati mampu meninggalkan kesan yang mendalam dan memberi pengajaran terutama kepada pasangan suami isteri kerana jelas menunjukkan pengorbanan tidak ternilai daripada pelbagai segi dalam menempuh alam perkahwinan yang penuh pancaroba ini.


Aura yang dibawa P Ramlee juga membangkitkan perasaan untuk saling tolong menolong antara suami isteri demi mencapai kebahagiaan yang diinginkan sepanjang hayat. Perkahwinan bukanlah untuk hidup bersama saja, namun setiap perkara yang berlaku perlu dikongsi demi keutuhan rumah tangga.


Ketika zaman ibu bapa kita dulu, bapa dilihat lebih banyak berkorban untuk menyara anak dan isteri manakala ibu pula menggalas tugas dengan menguruskan makan minum di rumah. Suami akan keluar mencari rezeki untuk membesarkan anak, menyediakan wang persekolahan dan sebagainya.


Lebih mengharukan, sebilangan suami pada zaman itu sanggup menyerahkan gaji bulanannya untuk isteri memandangkan mereka lebih bijak menguruskan perbelanjaan rumah tangga.


Cukup atau tidak wang itu, isteri perlu membahagikan untuk keperluan dapur dengan perbelanjaan sekolah dan sebagainya. Jelas menunjukkan suami tidak culas menghulurkan sebahagian besar gajinya.


Berkat hidup saling berpakat dan bertolak ansur ini dengan gaji yang tidak sebesar mana, ada juga yang mampu membuat tabungan demi masa depan keluarga.


Namun, senario suami isteri bekerja, sekarang adalah lumrah dalam masyarakat moden. Isteri dilihat mampu meringankan beban kewangan suami, sesuai dengan tuntutan keperluan yang semakin meningkat. Namun harus diingatkan wang gaji isteri sepatutnya digunakan sekadar untuk menampung dan bukannya menanggung keseluruhan perbelanjaan rumah tangga.


Tidak dinafikan, apabila isteri sudi menghulurkan bantuan meringankan beban, ada segelintir suami yang sudah mula berada dalam zon selesa kerana tidak perlu bersusah-payah dan lebih teruk mereka melepaskan sepenuhnya tanggungjawab kepada isteri. Apabila terjadi perkara begini, isteri perlu menanganinya dengan segera.


Jika keadaan menjadi semakin teruk, Islam membenarkan isteri untuk mengambil harta suami tanpa pengetahuan suami, tetapi hanya sekadar memenuhi keperluan isteri, anak serta pembantu, jika ada. Jika ia dikesan oleh suami dan menimbulkan pergaduhan, isteri boleh memaksa suami memberikan nafkah melalui perintah Mahkamah Syariah.


Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang bermaksud “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluan dengan cara yang makruf.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari).


Bagi seorang wanita bekerjaya, Linda, 35, (bukan nama sebenar), 10 tahun hidup bersama orang yang paling dicintainya, beliau tidak pernah merasai suaminya seorang yang bersifat pemurah dan sanggup berkorban untuk dirinya semata-mata.


Katanya, walaupun beliau mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang agak tinggi, namun beliau juga teringin untuk merasai nikmat suami menghulurkan nafkah kepadanya walaupun jumlah yang diberikan adalah sedikit.


“Saya tidak pernah berkira sangat kerana tidak mahu rumah tangga yang dibina berkecai begitu saja kerana persoalkan sikap kedekutnya. Bayangkanlah, selama ini suami saya tidak pernah membelikan sehelai baju sebagai hadiah kerana dia tahu saya mampu untuk membelinya sendiri.


“Bila tiba Aidilfitri, dia beri duit untuk beli keperluan anak, tapi jumlahnya tidak pernah mencukupi dan saya terpaksa menampung semua perbelanjaan berkenaan.


“Dia hanya lebihkan keluarganya saja. Saya faham dia masih ada ibu dan seorang adik kurang upaya (OKU) yang terpaksa dijaga. Namun, biarlah adil dengan anak dan isterinya juga,” katanya yang sering berkecil hati dengan perangai suaminya itu.


Tambahnya lagi, banyak lagi keperluan asas yang belum dipenuhi, kereta yang ada tidak mampu lagi memuatkan jumlah keluarganya yang ramai termasuk ibu dan adiknya. Disebabkan terlalu tertekan dan sering didesak suaminya menukarkan kereta lebih besar, akhirnya Linda sendiri yang mengeluarkan wang sakunya untuk membeli kereta baru.


“Malah, jika saya ke luar negara tidak pernah lupa beli hadiah istimewa, tapi bila dia pergi ke luar negara, jarang beli barang mahal kecuali kemeja-T saja. Saya terpaksa pendamkan perasaan itu kerana tidak mahu kerana sifat kedekut suami, rumah tangga kami menjadi porak-peranda. Biarlah selagi saya mampu menggunakan duit sendiri untuk berbelanja,” katanya.


Menerima nasib sama, Aisyah, 30, (bukan nama sebenar), suaminya sering memberi alasan tidak mempunyai wang yang mencukupi kerana perlu membayar ansuran rumah dan juga keretanya, sedangkan beliau juga mempunyai tanggungan sama membayar kereta dan rumah.


Katanya, beliau pernah bersuara kepada suaminya untuk menguruskan wang gajinya, namun ditolak dengan alasan tahu menguruskan sendiri.


Malangnya suaminya tidak pernah jujur, malah sering mengatakan tidak mempunyai duit dan sering sorok pendapatannya.


“Saya fikir, bila kita sepakat menguruskan semua gaji secara bersama, hidup tidak akan susah kerana kita saling bekerjasama. Tapi yang dia tahu hanya bayar sewa rumah yang kami duduk sekarang, yang lain dia tak ambil peduli.


Dengan anak juga terlalu berkira. Takut sangat duitnya habis bila keluar dengan kami. Lebih menyedihkan ketika bersalin hampir semua bayaran hospital, upah bidan dan keperluan bayi disediakan olehnya. Setiap kali minta duit daripada suami, alasannya dia tidak mempunyai wang.


“Sakit hati bila fikirkan semua itu, tapi disebabkan tak mahu bergaduh, saya terpaksa bersabar lebih-lebih lagi ketika berpantang,” kata ibu seorang anak ini,” katanya yang bosan dengan sikap kedekut melampau suaminya itu. Beliau berkata, sehingga ini tiada jalan penyelesaian terhadap suaminya yang suka menyimpan gajinya dan tidak berterus terang.


Untuk artikel penuh, klik sini. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SuamikuKedekut/Article/index

Wednesday 20 July 2011

Menanti Lagi Detik Indah itu...

"Eh, sorang lagi ke? Bila nak tambah lagi?"

"Yang sulung ni dah besar ni, sesuai untuk dapat adik lagi..".

"Takda lagi ke?"

Hmmm....tu antara lontaran pertanyaan demi pertanyaan yang diaju kat aku. Adakah tu tanda si penanya prihatin? Atau kaki sibuk? Takpalah, kita berprasangka baik sajalah, semua orang yang tanya tu sebab ambil berat kat kita kan...

Aku faham, orang tengok Nurin hana pun dah besar, 4 tahun dah pun. Nurin hana sendiri pun dah pandai minta adik. Ayat yang selalu diulang-ulangnya, "Nurin hana sorang je. Takda abang, takda kakak, takda adik.." Errkk..tergamam aku.."Na, kalau adik tu boleh beli kat kedai, dah lama ibu beli ...". Masalahnya, adik tu bukannya barang mainan, yang boleh di merata-rata (tolak kes jual beli bayi ye..).

Ya, kitorang suami isteri ni tergolong di kalangan pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak ni. Aku tahu, masalah ini turut dikongsi oleh ramai pasangan di luar sana. Bukan semua orang bertuah, baru kawin sebulan dua, dahpun "melekat" ataupun orang tua selalu kata, "dah berisi". Semua tu kan rezeki masing-masing...Tu kengkadang aku tak faham, macamana orang boleh tergamak buang bayi merata-rata. Tak tau ke dia, yang dibuangnya tu adalah "harta" yang sangat berharga. Tapi, begitulah, masa ada, tak dihargai. Bila takda, mengharap-harap pulak..

Kelahiran Nurin hana adalah "magis", kalau aku boleh katakan begitu. Setelah puas berusaha ke sana sini, moden, tradisional, akhirnya baru membuahkan hasil setelah 5 tahun menanti.

Setelah kelahiran Nurin hana, kitorang terus berusaha untuk yang seterusnya pula. Sesetengah pasangan, mungkin kesukaran dihadapi untuk mendapatkan anak pertama saja, tapi alhamdulillah lebih mudah untuk yang kedua dan seterusnya. Ni adalah berdasarkan pengalaman bff aku, ica. Ica juga hadapi masalah seperti kami. Tapi, setelah lahir yang pertama, lahir yang kedua dan yang ketiga. Mudahkan..Sekali lagi, semua tu rezeki Tuhan.

Tapi, nampaknya tidak begitu pada kitorang suami isteri. Nampaknya, laluan kali ni jugak sukar sepertimana terdahulu. Tapi, kitorang takkan putus berusaha. Insyaallah, selagi diizinkan-NYA, akan terus berusaha dan berusaha. Sesungguhnya, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya...

Apapun, kitorang tetap bersyukur, telah dikurniakan seorang anak yang sihat dan comel. Berbanding di luar sana, yang masih ramai menanti detik itu.

Saturday 16 July 2011

Impian yang takkan jadi kenyataan (buat masa ni...)

IMPIAN: Berhenti kerja......

Ye..aku memang rasa macam nak berhenti kerja sekarang. Nak duduk rumah, jadi suri rumah. Nak memasak untuk keluarga, mendidik anak sendiri, dan yang penting tak pening dengan kerja-kerja ofis yang berlambak-lambak.



Pengalaman sebelum ni selama satu tahun setengah bermastautin di rumah memang satu pengalaman yang sukar dilupakan sehingga kini. Memang enak dan nikmat sekali sih...:D. Bangun pagi tak perlu terkejar-kejar nak bersiap diri, lepas tu siap anak bagai. Setiap pagi berjalan dengan aman sekali. Lepas hantar anak ke tadika, balik rumah kemas apa patut, masak apa patut, rehat, tengok tv. Ohh..memang heaven... Kat dalam rumah ni cuma ada kitorang bertiga, so apa nak dikemas sangat pun, masak pun bukannya kena beria benar. Masatu, cakaplah, apa citer tv yang aku tak tengok...semua hafal...:D



Bosan-bosan duduk rumah atau bila dah siap assignment atau study sikit, pergilah merayau-rayau ke sogo ke, alamanda ke. Dah jalan-jalan tu, mestilah nak rembat apa yang patut dan berkenan di mata kan...Tu lah yang bestnya, walaupun duduk rumah je, duit takda masalah. Gaji jalan, elaun belajar pun ada.



Dalam keadaan sekarang ni, nak tunggu berhenti secara betul aka hingga pencen, hmmm...lama lagi tu...Ada 20 tahun lebih lagi tu. Paling parah, aku dengan gatalnya telah memilih opsyen 58..huwwwaa...jenuh la aku nak tunggu...Tu la, elok-elok dah pilih 55 pada awalnya dan tetap dengan pendirian 55, tup-tup bila opyen ketiga dibuka, tangan ni gatal sangat pergi tick 58...Alasan tukar opsyen....kot la, ada rezeki aku nak naik lebih tinggi lagi...dasar mata duitan aka pangkat kan........



Nak ambik opsyen pencen pilihan, masalahnya nanti tak dapat pencen lagi masa berhenti tu. Kena tunggu waktu yang sepatutnya baru dapat...Bukan aje pencen, segala ganjaran yang lain tu jugaklah..Tapi, rasanya takda masalah kot nak tunggu...



Tapi, kalau aku berhenti sekarang, mana aku nak cungkil duit nak beli itu, nak beli ini. Nafsu membeli bukan boleh dihalang di saat sedang membuak-buak tu. Duit simpanan pun kalau dikikis hari-hari, mau haus jugak kak oii.... Macamana aku nak beli handbag (duduk rumah, kena ada handbag cun jugak ke...???), macamana nak beli tudung ariani dangan fareeda (duduk rumah pun kena cun apa...), macamana aku nak beli heel 2, 3 inci, pendekata macamana aku nak shopping bagai kalau tak da income bulan-bulan dah....

Mampu ke aku hanya jeling menjeling je benda-benda yang dijual kat shopping complex sana...Eh, kak..nko kan ada suami, minta la kat dia...Minta memang bleh minta, tapi sesekali bolehlah, mau kempis poket dia kalau minta selalu. Lagipun, kalau beli pakai duit sendiri kan senang...Nak berbisnes, tak pandai...



Kesimpulannya...terpaksalah aku tunggu en asrul jadi jutawan dulu, then aku boleh berhenti kerja dengan rasa selamatnya sebab tiap bulan kompom duit ribu raban masuk akaun..kan... So sementara tunggu detik tu, aku kenalah terus menjadi pekerja yang berdedikasi supaya setiap bulan ada income masuk dan aku boleh terus hore-hore...:D . Takpun, tunggu je la sampai pencen...



p/s: Yang...bukaklah bisnes, nanti I boleh jadi secretary u....:D