Wednesday 30 November 2011

Friday 25 November 2011

Cinta Hati sudah Kembali....


Yess.... cinta hati ku sudah kembali.....
Twilight Saga: Breaking Dawn part 1.

Malam ni, aku akan menonton secara berduet dengan cik abe. Nurin hana? Ada la sekali, mana nak tinggal buah hati pengarang jantung kami tu. Aku kata secara berduet sebab cerita macam ni bukan taste Nurin hana la. Confirm Nurin hana tak tengok punya. Harap-harap anak ibu berkelakuan baik malam ni kat panggung ye.... ibu nak feeling feeling malam ni..heh..heh..heh...

Tahun lepas masa tengok eclipse, dibantainya Nurin hana nak memerut pulak masa tu. so, sebagai ibu mithali terpaksalah aku tinggalkan scene yang tengah best tu, uruskan panggilan alam tu. Malam ni kalau nak memerut lagik, ajak papa ek.... Ikutkan perkiraan aku, malam ni patutnya ada aktiviti tu. Camna aku tau? Hai...kata ibu mithali kan..... So, Yang, please be ready.....

Edward, Bella......tunggu i yee...............

Thursday 24 November 2011

Dia merajuk lagi

Apasal tah, kebelakangan ni makin kerap pulak kereta hitam ni merajuk. Ada je benda yang nak dirajukkan. Aircond la, radio la. Baru2 ni pulak, sensor.

Laju je kereta hitam tu dihantar ke bengkel. Sensor tu umpama nyawa aku la jugak. Kang nak reverse kereta, asyik berbunyi je start masuk gear reverse tu, mau jadi lagi kes cium bumper ke bumper dengan kereta belakang. Tak boleh nak agak, dah nak kena ke belum kalau asyik berbunyi je.

Sensor punya pasal, dua kali kereta hitam ke bengkel. Mula2 tu, pomen tukar apa tah, mula tu macam ok je, takda berbunyi dah sensor tu, senyap je masa reverse kalau takda apa2 kiri kanan depan belakang. Tup2 sehari lepas tu, jadi balik. Masuk je gear R, terus sensor berbunyi sampai la kita tukar gear lain. Adoiii...apalah masalah ko ni kereta oiii...

Kali kedua pegi bengkel, pomen check2, katanya sensor mmg dah rosak, kena tukar lain. Tukar la cik.... Janji lps ni tak jadi lagik. Ooo...rupa2nya nak tukar sensor tu kena bukak segala bagai kat bhg belakang bonet kereta tu. Tak sanggup aku nak tengok kereta hitam diperlakukan sebegitu... Kesian dia....
acara menonton aka me repair secara berjemaah

Friday 18 November 2011

Demam burung marah

Hebat betul penangan si burung marah yang rupa2nya ada macam2 kaler selain merah....

Thursday 17 November 2011

Debar Kena Interview

Debar....memang debar...tengahari tadi masa tunggu giliran....
Macam-macam rasa. Perut ni pun, masa tu la sibuk nak memulas bagai. Jantung kejap-kejap dup dap dup dap... Nak nak tengok sorang demi sorang dah dipanggil masuk ke dalam. Bila ica kena panggil, lagilah aku debar....
Lama tak kena interview...........mau tak debar........apa la soalan nak ditanya dalam tu nanti...pelbagai soalan bermain di fikiran....
Aku dengan ica, sebelum tu sibuk refresh sikt-sikit apa-apa yang patut, terutama tang profil tu. Lupa beb...dah lama benar kan....
Interview apakah ni???
                             :
                             :
                             :
                             :
                             :
                             :
                             :
                             :
                             :
                             :
                             :
                             :
                             :

Bukan interview keje....
Interview tapisan keselamatan.
Orang keje gomen tau la pasal interview ni. Aku jadi referee untuk Ica, so kenalah di interview sekali. Tapi interview asing-asing la, gilir-gilir.
Heh..heh..debarnya macam nak gi interview keje.....

Monday 14 November 2011

Happy Belated Birthday


Alamak aiii....baru nak wish, dah terlepas beberapa hari. but, better late than never...tak gitu...

Selamat Hari Jadi Atok (aka abah) ......

Moga dimurahkan rezeki selalu dan diberikan kesihatan yang baik serta kebahagian berpanjangan.

Nurin hana ada cipta pantun khas untuk Atok:
     Petang-petang makan serawa
     Bila nak belanja kami semua...

-Dari Nurin hana, ibu dan papa...;))

Thursday 10 November 2011

Makan-makan Famili @ Arina Seafood

Hari tu, choi murah hati blanja kitorang semua dinner kat luar. Poket tengah tebal tu...heh..heh..heh... Thanks sebab belanja dan moga ko terus dimurahkan rezeki selalu...(nanti boleh blanja lagi...).

Masa choi bagitau pasal blanja makan tu, aku berat gak nak pegi sebab waktu yang dipilihnya hari bekerja, pastu kitorang pulak tengah sibuk kemas-kemas barang untuk pindah itu hari. Tapi, tak sampai hati pulak nak tolak. Ye la, orang dah blanja, pandai-pandailah ko cari masa pegi sana kan...

Kebetulan hari tu, EA bawak kete gi opis, so nak tak nak aku kena bawak Nurin hana naik erl dan EA akan tunggu kat kl sentral. Kalau nak tunggu EA balik rumah bagai, mau malam kot baru sampai sebab tau-tau je la jalan kl kan sesak je manjang, nak-nak musim hujan.

First time ni nak bawak Nurin hana naik tren tanpa EA. Sampai-sampai kat stesen, aku tanya saip-siap nak pegi toilet ke tak. Kang nak membuang dalam tren tu, jenuh pulak aku. Nurin hana memang excited nak naik tren. Alhamdulillah, perjalanan kitorang dipermudahkan. Sampai kl sentral jumpa EA, terus gerak ke hulu langat, arina seafood. Jumpa famili aku kat sana terus. Sampai-sampai, tak tunggu lagi terus gigih habiskan apa yang ada atas meja tu.
 macam-macam ada atas meja tu... ikan stim, daging goreng, tomyam, ikan bakar, etc...
 tokey yang murah hati blanja dinner. budak kecik yang suka minum ais tu, syafiq, meragam pulak malam tu, penat gamaknya
 amboi...cik rosni dan cik ro, tak toleh kiri kanan dah...
 budak kecik baju putih, faris, dibawa dinner tanpa mamanya, keje daaa....
 budak kecik rambut kerinting yang tak makan sangat pun. agaknya dah kenyang, on the way tu dah makan roti coklat dengan kek. papa yang gigih suapkan makanan
ijat yang fokus makan. geng gaduh, cain takda, kat tg malim
antara menu yang sempat ditangkap gambar. yang lain, selamattt...

Sebenarnya korum famili ni tak cukup, ju (mama si faris, budak baju putih) keje malam, pastu cain pulak kat tg malim, tak balik. Adakah itu bermakna, choi, ko kena blanja seround lagi dengan bilangan korum yang mencukupi....?????

Wednesday 9 November 2011

Friday 4 November 2011

Kerja Dengar, Faham, Rumus dan Taip

Sebelum-sebelum ni, memang biasa la buat minit-minit mesyuarat ni, dah tu memang tu keje wajib kena buat, walaupun skill dah berkarat teruk. Menghadapi masalah kefahaman pada topik perbincangan yang tak berapa nak faham...heh..heh..heh... Pelupa pun ya...kena makan kismis banyak ni...

Sib baik ada orang kanan, walaupun tak selalu ada. Aku suka bawak dia sekali jadi sekretariat mesyuarat sebab orang muda ni skill penulisannya bagus. Thanks ya sepul. Kalau tak, ya ampunnn...

Tapi, aku tak pernah menceburkan diri dalam bidang menulis report sebagai rapporteur aka juru lapor. Masa mula-mula masuk keje dulu ada la bos aku suruh tapi kesudahannya dia yang buat sendiri, sebab aku tak reti. Orang baru la katakan...

Kali ni tak boleh elak dah. Masa dapat tau aku ditugaskan buat tu, rasa nak gugur jantung aku ni wehhh... Manalah aku reti. Diorang ni nak jatuhkan hukuman mati kat aku ke? Ni mesyuarat peringkat internasional pulak tu. Kalau mesyuarat biasa tu, tahan lagilah. Nak-nak medium adalah english. Hah...ko ada??? Puaslah aku merayu melutut (heh..heh..heh...) kat sekretariat utama mintak tukar dengan orang lain. Bukan apa, aku takut tak boleh buat keje tu. Berat tu wehh.. (tah apa-apa kan..belum buat dah ngaku kalah... ;P ). Rayuan aku ditolak mentah-mentah. Huh..huh... Aku tak berani la pulak gi jumpa bos besar, takut sihh...kang tak fasal-fasal kena pancung..

Last-last, aku tawakkal je la. Buat je la yang terbaik. Lagipun, bukan aku sorang je dalam team tu. Ada 3 oang lagi. Cikgu english ko.... depa communicate kot omputeh je tau... tapi, ada aku kesah... depa speaking omputeh, aku bantai speaking Melayu je. Kawan-kawan duk sibuk tanya aku, “camna ko dengan cikgu english?”. Nak camna apanya...pandai-pandai la bawak diri kan....

Mesyuarat tu dua hari, kat melaka. Mujur belah siang je. Taklah berat sangat. Tapi cikgu-cikgu tu memang supportive, tau aku budak baru belajar. Terima kasih cikgu-cikgu. Ketua team buat pengagihan tugas ikut agenda topik perbincangan. Maknanya kita cover part yang berkaitan je la. Mudahla sikit macam tu. Tak payahlah sibuk nak tadah telinga dengar semua kan... Tapi, jenuh jugaklah ko, nak tadah telinga dengar sebijik-bijik apa yang delegasi luar tu cakap, nak-nak yang cakap english dengan slang bahasa depa tu. Puas nak memahamkan apa la bijik butir depa cakap ni...Pastu aku rasa macam nak sangkut telinga kat mulut depa supaya boleh dengar jelas bijik butir tu, cakap macam dalam kelambu. Ada mikrofon pun tak guna, sebab suka bercakap berbatu-batu jauhnya dari mikrofon.

masa ni blur-blur lagi, nak buat camna. kejap-kejap tengok hard copy, kejap-kejap tengok lappy. fokus tu...


Apapun, ia satu sesi pembelajaran yang bagus untuk aku. Tapi, kalau boleh untuk mesyuarat akan datang, tak payahlah bubuh nama aku lagi buat keje-keje pelaporan tu.... Saja, kita bagi chance kat orang lain pulak.....  sama-sama merasa... (usaha untuk melarikan diri sejauh mungkin.... heh..heh...heh...)

Thursday 3 November 2011

PETUA 8P PERKAHWINAN BAHAGIA

(image: cik google)
1) PUJIAN

Setiap pasangan perlu memuji antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan seperti masakan dan penampilan pasangan anda

2) PELUKAN

Hasil dari kajian ahli psikologi mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat dan memberi ketengan kepada pasangan sepanjang hari

3) PENGHARGAAN

Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal.

4) PERHATIAN

Kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5) PERSEFAHAMAN

Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita. Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang dan sikap toleransi antara satu sama lain.

6) PERGAULAN

Pergaulan yang dimaksudkan di sini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas.

7) PERCUTIAN

Kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang juah daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) PERMOHONAN

Iaitu berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

sumber: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Wednesday 2 November 2011

Tuesday 1 November 2011

Tamat Sudah Riwayatnya.....Bus Stand Klang

Salah satu nadi kl, bus stand klang telah pun ditutup dengan operasi terakhir malam tadi. Stesen bas yang sentiasa penuh dengan asap bas tapi masih okay lagi jika nak dibandingkan dengan puduraya yang dulu-dulu...

Opss..bus stand klang ni kat kl ye..bukannya kat klang sana... Rupa-rupanya bus stand klang ni ada nama satu lagi, Pasarama Kota.... Baru ku tau...tu pun sebab tertulis dalam surat khabar... Penutupan ni bagi memberi laluan kerja pembinaan projek My Rapid Transit (MRT).

Masa aku belajar kat shah alam dulu, kat sinilah aku bertunggu tangga nak balik kolej semula lepas cuti. Turun bas kat jalan silang, heret beg balik kampung lalu tepi central market (CM, lamanya aku tak jejak kaki kat situ....rindunyaaaa.....), control cun sambil perasan di usha oleh para jejaka yang bersidai kat tembok luar CM tu, terus je ke bus stand klang tu. Melangut kat situ tunggu bas. Kalau bernasib baik, bas dah stand by kat situ. Kalau tak, melangutlah ko kat situ sampai bas datang.

Kelazimannya, sangat jaranglah aku dapat duduk. Biasanya jadi tiang sepanjang perjalanan tu. Beg kena kepit wooo...kang kena copet. Rebut-rebut naik bas tu biasa. Bukan tak nak beratur, tapi apa ke halnya kalau aku sorang je beria beratur, orang lain berasak-asak kat depan tu. Aku makan asap bas je la lepas tu nampaknya. Kalau naik bas selain peak hour, best sikit, tak ramai orang dan kebarangkalian nak dapat duduk tu besar la...

Kat bus stand klang jugak, korang boleh jumpa macam-macam jenis orang, pelbagai kaler kulit, bahasa. Sesekali rasa internasional pun ada sebab mat indon ada, mat black ada. Masa tu mat bangla tak begitu ketara sangat. Ada sekali dulu tu, ada sorang mat black ni duduk sebelah aku. Bukan main lah peramahnya dia, pot pet pot pet. Aku duk risau dia nak mandrem aku. Kan banyak kes macam tu. Nak-nak bila dah sampai ke topik pasal gelang tangan emas yang aku pakai. Woii...ni sudah lebey... Kang tak fasal-fasal aku turun bas, gelang aku takda dah. Aku tipu mamat tu, bagitau yang aku dah kahwin. Ni nak gi jumpa husband aku la ni.. terus dia senyap. Dan aku lega ya amat bila aku selamat turun dari bas dengan gelang masih kat tangan dan aku masih normal cam biasa.... ngeri wehh kalau duk ingat balik...

Kalau boring tunggu bas tak datang-datang lagik, boleh jalan-jalan kat CM, cuci-cuci mata kat situ. Takpun, boleh jalan kaki ke uda ocean, shopping complex sebelah tu. Tarikannya adalah food courtnya yang ada jual kue teow paling best sekali. Memang sedap dengan kuantiti yang banyak. Tapi tu dolu-dolu la...

Nak jauh sikit, bagi exercise peluh banyak, boleh jalan kaki ke kotaraya dan kompleks s&m. Tapi standard student, setakat cuci mata je la. Duit mana ada nak shopping bagai. Setakat makan tu lepas la.

Okay, ni jadual penempatan semula perkhidmatan bas yang ada kat bus stand klang sebelum ni: