Tuesday 25 November 2014

Penangan Karnival Upin Upin

Wahhh....
sana sini orang bercerita pasal karnival upin ipin
hikhikhik..bukan pasal ke"best" an tapi lebih pada kekalautan yang jadi...

Walaupun dah tau betapa serabut dan kalutnya PICC masa tu
tapi saja jugak weolls menambahkan lagi sesak kat situ
semua demi Nurinhana
berulang kali cakap bila nak pegi
ok la..demi anak terchenta

Sebelum pegi
dah forward kat kekanda
pasal semua komen-komen negatif tu
supaya weolls semua bersedia
fizikal dan mental
nak menghadap sesak dan kalut tu

Maka lepas zohor, berdedai la kami
huisshhh dari jauh
dah nampak jalan ke PICC penuh kereta kat bahu jalan
sebagai jalan selamat
kami pun letak je la kereta kat bahu jalan depan PICC
pastu memasing mendongak ke atas seminit dua
tarik nafas hembus nafas
stretching lebih kurang
ayuhhh mendaki bukit....

Iya..kena mendaki la uolls..
kalau tak, macam mana nak masuk
kata nak tengk upin ipin kan..
berpeluh la ketiak
terketar-ketar lutut tetiba ada aktiviti lasak
hikhikhik
mujur mak ni prihatin
berangkut payung bagai
walaupun kekanda kata biasala kat Malaysia panas
hisshhh....iolls tak tahan
Nurinhana memula nak pakai heel
tak payah la nak
tinggi bukit tu
nasib baik bawak sandal spare

Macam pesta pulak
begitu ramai mendaki
dengan stroller bagai
kesiannya la hai tengok ada bawak baby
tapi tak bawak payung
panas tu dikkk....

Memang jantung mengepam lebih laju la
lebih laju dari biasa
terbakar segala kalori
harap-harap segala lemak tepu pun lupus la
dik penangan mendaki bukit di kala panas merembang..
ko ado....hikhikhik

Settle bab daki mendaki
segala shortcut yang ada semua tempuh
dengan harapan cepatlah sampai
tak tahan mengah wehhhh...
masuk ikut parking
udah kena tunggu lif pulak
kita bagi chance la mak pak yang bawak stroller untuk guna
so guna baki kudrat yang ada ni
panjat tangga pulak
nasib setingkat je
kalu tak mau pitam aku kat atas

Sekali tengok kat ruang legar
mak aiiii...ramainya manusia
nasib dah ready fizikal dan mental kan
so layankan je la
redah je la lautan manusia tu
masuk dalam dewan
sekali lagi mak aiiiii....
ni kena guna segala kekuda yang ada
kena tepis kiri kanan
andainya ada sayap
pasti sudah ku terbang melintasi semua....
yang tambah sesak kat dalam tu
terpacak beberapa booth kat tengah laman
weolls pun konpius
tak bolehkah diletak tepi dewan
paling bagus letak luar dewan je

view sayup dari belakang

Show nun kat stage depan
apa cerita kalau berdiri nun jauh kat belakang
so mai la pakat berasak-asak
nasib baik dulu-dulu
biasa naik bas mini
hikhikhik
so takda hal la..small matter je ni...

Payah sebenarnya nak cari port sesuai untuk Nurinhana
kalau boleh memang nak letak depan stage bebetul
tapi orang lain dah standby situ
dari pagi kot...
satu lagi
kena pastikan dia sentiasa dalam radar pandangan mak pak
oiii...banyak kes la ni kan..
dalam tu pun, asyik la ada pengumuman
sesapa ada hilang anak sila ambik sini
untuk anak nama sekian-sekian
mak pak hangpa ada tunggu kat sekian-sekian
sampai aku pun konpius
eh, sapa yang over excited ni
mak pak ke anak ni????
dalam keadaan sekarang ni
mak pak kena sentiasa peka
terleka walau sesaat
habisssss........huhhuhhuh

Dalam kalut dalam sesak
berbaloi rasa tengok Nurinhana ceria
sempat la tengok show
perarakan maskot upin ipin & kengkawan
persembahan ultraman
hat ultraman ni
aku rasa mak pak teruja lebih kot hikhikhik
almaklum semua membesar dengan cerita tu kan

Animasi tengah hot la ni pun ada
Puteri
tapi teaser je
agaknya takdak lagi maskot kot
aku suka jugak tengok
comel-comel je karakter kartun tu
manis, lipis, bali, purut, kasturi

Dalam seronok-seronok tu
hampir terlupa keperluan perut
kesiannnnnn
so meredah la lautan tu sekali lagi
lautan luas ku renangi
sedangkan tadi bukit tinggi juga ku daki
berbondong-bondong la serbu
pintu keluar situ jugak pintu masuk
dunkin donut licin
mujur ada stok lagi kat stall grab & go tu
dapat la mihun dengan pau
air jambu merah jambu hijau
so piknik la dulu
mengisi perut yang berkeroncong tu
ada cafe@picc tapi tak pasti bukak ke tidak
ada jugak disediakan dewan untuk nasi campur
rm12 sekepala dewasa, kanak-kanak 6-12 rm6
cuma masa tu dah petang
lauk hanya kari ketulan ayam kecik, saki baki sayur lemak putih
ikan sambal dengan nasi putih

Selesai menjamu selera
bateri badan pun dah charge
moh le kita ke dalam dewan semula
ultraman dengan puteri dah lambai-lambai
ehhh, macam tak berkurang orang dalam dewan
makin penuh ada
sebab dah charge bateri kan..so kita redah la sampai depan
huiiii..kali ni lagi teruk beb
nak gerak pun payah
mujur berkat usaha tangga kejayaan
sampai jugak ke destinasi impian
finally dapat jugak duduk depan tepi stage
camna?
biasanya habis satu slot orang akan keluar
so depa keluar kita masuk la
tapi tak payah la nak expect duduk dengan selesa ya..
dah tau ramai kan..
so biasa la tu berlaga lutut bagai
pastu budak-budak lalu lalang kiri kanan
main redah je
bertabah je la..


Aku tahu Nurinhana walau enjoy
tapi ada keciwa jugak
hikhikhik
keciwa tak dapat belon
sikit bebenor belon diedarkan
budak-budak bukan main ramai
pastu ada sesi soal jawab dan naik stage
beria la anak dara tu angkat tangan
semangat sungguh
tapi kesian tak terpilih
muka kelat je hikhikhik

Kemudahan surau PICC memang elok
cuma masa hari kejadian terlalu ramai manusia
so sesak sikit dalam tu
ada pulak segelintir berehat-rehat dalam tu
aku suka surau kat klcc sebelah maybank tu
ada guard dalam tu
ko dah solat dan bersiap silalah keluar
kalau tak kena sound dengan mak guard

Apa-apapun
harap-harap lepas ni pengajur buatlah bedah siasat
baiki mana kurang

buatlah kat tempat yang lebih besar
yang boleh tampung crowd yang ramai
almaklum manusia ni pelbagai ragam
bila dah sesak penat tu
tersenggong sikit pun boleh jadi penyebab

pastu cari la tempat yang ada banyak parking
paling penting tak perlu mendaki..hikhikhik...

pintu masuk dan keluar dewan pun asingkanlah
pintu masuk untuk masuk je
pintu keluar untuk keluar je
takla semua tertumpu kat satu pintu je
macam semut hurung gula
walaupun ada signboard
tapi sebaik-baiknya
letak la orang untuk kawal
so laluan teratur la

booth pulak letaklah tempat lain
asingkan dari lokasi stage
aku pun tak faham
camna orang nak melawat booth tengah-tengah laman tu
kalau semua berasak-asak nak tengok persembahan kat stage
takda fungsi dah booth tu

letak lebih banyak skrin kat luar dewan
so mana-mana tak dapat masuk
boleh lepak luar je tengok
masa hari kejadian ada satu skrin di luar
tapi alahai kualiti gambar menyedihkan
memang tak clear
so please tengok jugak la kualiti tu ye
tak guna jugaklah kalau letak seratus pun
tapi semua kualiti gambar hampehhh

mungkin boleh diperbanyakkan tempat jual makanan
(tak pasti PICC maybe ada peraturan tertentu untuk outsider food provider)
faham-faham je lah kalau bawak budak-budak, lapar je
perut mak pak pun perlu diisi
bila ada banyak tempat makan
taklah hanya tertumpu kat satu-satu tempat je
sampai kena beratur panjang
apapun kemudahan grab & go kat PICC hari tu memang best
mihun dan pau yang sedap

Harap lepas ni
penganjuran karnival upin ipin akan datang
bertambah baik
takda kalut-kalut
takda sesak-sesak
pengunjung gembira
penganjur pun senang hati
tak terbakar kepanasan dek komen-komen pedas pahit lepas tu..hikhikhik...

Friday 7 November 2014

Keluar Dari Sarang, akhirnya....



Hai...hello...(sambil melambai-lambai tangan, jambul diangkat ke atas...wahhh macam retis gitu....)

Kali akhir blog ni bercahaya pada Julai yang lalu .... Pastu bergelap dan terus bergelap sampai la ni... Draf memang berlambak-lambak tapi semua pakat tulis sekerat jalan je...
Masa dan keadaan begitu mencemburui untuk terus berkepit dengan dunia blog ni.... Chewahhh...macam busy sesangat... 

Banyak benda nak tulis tapi tu la...masa sangat cemburu...heheheh...

Ok, moga kita berjumpa lagi selepas ni...