Thursday 8 July 2010

SUDOKU

Biasa main Sudoku? Permainan yang memerlukan kita masukkan nombor dari 1 hingga 9 dalam kotak yang disediakan. 

Permainan ni ada keluar dalam newspaper, antaranya NST dan The Star. 
I like this games. Bagus untuk minda. Bought a book last 2 years (during course for Master's preparation). Now, study dah habis, but buku tak habis lagi..heh..heh...

Mula terpikat dengan sudoku ni masa kursus kat INTAN, preparation for Masters tu. Sebelum mula kelas yang heavy, ada la acara ringan-ringan skit supaya semua rasa senang hati dulu, sebelum susah hati dengan subjek berat-berat tu. Each group diberi satu permainan Sudoku dan diminta selesaikannya. Siapa paling pantas siapkan, group tu lah menang. Ni lah first time tengok permainan tu, so tidaklah tahu bagaimana nak mainnya. Just tengoklah depa duk letak nombor kat situ, kat sana, pastu padamlah, buat lain. Apa lah depa cuba nak buat ni. Tapi, tetap bagi support to my group mate untuk siapkan. Tinggal lagi satu dua kotak nak completed, tetiba baru depa realised, ada kotak yang telah diitulis dengan nombor yang salah. Walau pun ada satu yang salah, habis semua rosak. Itulah trick permainan tu. Kena hati-hati. Jangan main tulis ikut suka je. So, group kitorang tak menang. Ada group lain menang, dan bila dirisik-risik, one of them biasa main Sudoku, so 'kacang' je lah... 
Tengahari tu, terus sambar buku Sudoku yang kebetulan ada jual kat Koop. Hati begitu membuak-buak nak tau, macamna depa boleh settlekan permainan tu, dan apa yang menariknya games tu.
Mula-mula buat, memang terkial-kial. Although ada simple guidelines how to play, tapi still blur lagi. Kalau tengok buku tu, kat page depan-depan, memang comot gilezz...conteng sana, padam sana......Tapi, lama-lama bila dah faham teknik main, takda comot dah buku..ahakkss...Dulu tulis dengan pensil, skang ni tulis dengan pen..huh..cam cam terror  benar... heh....heh....
Mula-mula tu memang tekun buat, tapi lama-lama bila busy dengan benda lain, terus terlupa. Sesekali bila nampak buku tu, buatlah juga seround dua. Just nak test skill, ingat lagi tak nak buat...heh..heh..
Baru-baru ni teringat nak buat semula. So, ke hulu ke hilir, duk usung buku tu. Memang dah sedia asal dah nak relai, bertambah lah uzurnya...Little Farhanah looks interested dengan buku tu, sebab ada nombor-nombor kan...Berapa kali dia duk 'kenen' buku tu..Tak mo la nak oii..ibu punya ni..Buku Hana nun kat bawah meja tu, penuh..macam-macam ada...
 Dulu kala pakai pensel
skarang..eksen...pakai pen...heh..heh..

Berdasarkan Wikipedia BM: Sudoku adalah permainan berdasarkan logik. Merupakan hak cipta rasmi Nikoli Co. Ltd di Jepun. Matlamat permainan ini adalah untuk memasukkan satu digit bernombor dari 1 hingga 9 dalam satu sel grid 9x9 dengan subgrid 3x3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dnegan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setaip sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja satu nombor digit dati 1 ke 9 sahaja. Menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Mula diterbitkan pada 1979. tapi mula popular di Jepun pada 1986. Popular di peringkat antarangsa pada 2005.

No comments:

Post a Comment