Showing posts with label games. Show all posts
Showing posts with label games. Show all posts

Thursday, 30 December 2010

Bravo Malaysia!

Bravo...bravo..bravo...Malaysia menang Piala  Suzuki AFF.

Tahniah kepada semua pemain. Ternyata anda semua hebat. terus kekalkan kecemerlangan. Jangan pula hari ni hebat, esok ‘hancuss’.

Dan habuannya, kita semua cuti esok......!!!!! Part tu yang aku paling suka...heh..heh...

Yeay..yeay.....TQ to our PM.

Memang mengidam nak ambil cuti tapi memandangkan masa dah suntuk, system dan tutup. Sekali, dapat cuti free pulak...alhamdulillah.

p/s: malam tadi ada siap ada acara selingan, cik puan kecik dalam rumah ni melalak menangis, terperanjat  papa dia menjerit sakan....kuss....semangat...

Thursday, 8 July 2010

SUDOKU

Biasa main Sudoku? Permainan yang memerlukan kita masukkan nombor dari 1 hingga 9 dalam kotak yang disediakan. 

Permainan ni ada keluar dalam newspaper, antaranya NST dan The Star. 
I like this games. Bagus untuk minda. Bought a book last 2 years (during course for Master's preparation). Now, study dah habis, but buku tak habis lagi..heh..heh...

Mula terpikat dengan sudoku ni masa kursus kat INTAN, preparation for Masters tu. Sebelum mula kelas yang heavy, ada la acara ringan-ringan skit supaya semua rasa senang hati dulu, sebelum susah hati dengan subjek berat-berat tu. Each group diberi satu permainan Sudoku dan diminta selesaikannya. Siapa paling pantas siapkan, group tu lah menang. Ni lah first time tengok permainan tu, so tidaklah tahu bagaimana nak mainnya. Just tengoklah depa duk letak nombor kat situ, kat sana, pastu padamlah, buat lain. Apa lah depa cuba nak buat ni. Tapi, tetap bagi support to my group mate untuk siapkan. Tinggal lagi satu dua kotak nak completed, tetiba baru depa realised, ada kotak yang telah diitulis dengan nombor yang salah. Walau pun ada satu yang salah, habis semua rosak. Itulah trick permainan tu. Kena hati-hati. Jangan main tulis ikut suka je. So, group kitorang tak menang. Ada group lain menang, dan bila dirisik-risik, one of them biasa main Sudoku, so 'kacang' je lah... 
Tengahari tu, terus sambar buku Sudoku yang kebetulan ada jual kat Koop. Hati begitu membuak-buak nak tau, macamna depa boleh settlekan permainan tu, dan apa yang menariknya games tu.
Mula-mula buat, memang terkial-kial. Although ada simple guidelines how to play, tapi still blur lagi. Kalau tengok buku tu, kat page depan-depan, memang comot gilezz...conteng sana, padam sana......Tapi, lama-lama bila dah faham teknik main, takda comot dah buku..ahakkss...Dulu tulis dengan pensil, skang ni tulis dengan pen..huh..cam cam terror  benar... heh....heh....
Mula-mula tu memang tekun buat, tapi lama-lama bila busy dengan benda lain, terus terlupa. Sesekali bila nampak buku tu, buatlah juga seround dua. Just nak test skill, ingat lagi tak nak buat...heh..heh..
Baru-baru ni teringat nak buat semula. So, ke hulu ke hilir, duk usung buku tu. Memang dah sedia asal dah nak relai, bertambah lah uzurnya...Little Farhanah looks interested dengan buku tu, sebab ada nombor-nombor kan...Berapa kali dia duk 'kenen' buku tu..Tak mo la nak oii..ibu punya ni..Buku Hana nun kat bawah meja tu, penuh..macam-macam ada...
 Dulu kala pakai pensel
skarang..eksen...pakai pen...heh..heh..

Berdasarkan Wikipedia BM: Sudoku adalah permainan berdasarkan logik. Merupakan hak cipta rasmi Nikoli Co. Ltd di Jepun. Matlamat permainan ini adalah untuk memasukkan satu digit bernombor dari 1 hingga 9 dalam satu sel grid 9x9 dengan subgrid 3x3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dnegan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setaip sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja satu nombor digit dati 1 ke 9 sahaja. Menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Mula diterbitkan pada 1979. tapi mula popular di Jepun pada 1986. Popular di peringkat antarangsa pada 2005.

Thursday, 10 June 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

Assalamualaikum.
Hari ini dalam sejarah! Telah tercipta satu sejarah yang pernah terbayang dulu, tapi baru kini jadi kenyataan....hehhh...heh...
Buat pertama kalinya saya memegang dan membaling sesuatu....baling bola bowling......hahh...hah....Macam manalah boleh terjebak ni....???

Actually, Persatuan Penduduk kawasan kitoang anjur bowling tournament. So sebagai tanda sokongan, kita pun joint lah. Tambahan pulak, en hubby one of the AJK, so sendiri mau ingatlah....kan..kan....
Seriously, saya memang tak pernah main. And tak reti main. Setakat main game hp adalah. Takpun, main bowling mainan dengan Nurin Hana.
Skill memang zero....Gaya out....
Dek terlampau "terror"...., asyik ke longkang je bola tu...Entah kenapa bola tu minat sungguh nak ke tepi kiri....
Memang kelakar gile kalau diingat-ingat balik...hah..hah...Rasanyalah, kalau ada hadiah untuk peserta yang paling banyak masuk longkang, tau dah sapa pemenangnya.....i'll the winner....hah...hah...
En hubby adalah turunkan sikit skill tu, macam kena luruskan tangan masa baling bola..Masalahnya, tangan 'pengkor'..camna nak lurus..hahh...hah...
Masa main syoknya...Bila dah selesai, adoii...sakit sana sakit sini...
Budak kecik tu toksah tanya la....dia pun nak main sama....sama-sama sibuk nak angkat bola yang berat tu dan sama-sama nak baling...Kita pulak yang risau takut kena timpa dengan bola tu.... 
sebelum turun gelanggang, kena isi perut dulu....pekena roti canai dulu..
alamak...hero mana nak ngorat I ni...malulah...nanti I bagitau ibu dengan papa I...
alamak...karaoke ke...?'mamat' ni lah emcee hari tu...good job dear...I punya hubby tu...
apakah yang dilakukannya itu?
habis tisu dikerjakannya...main susun-susun atas lantai...dah boringlah tu...
see....dia pun sibuk nak main sama...agaknya dia kesian tengok ibunya terror sangat main..heh..heh...so, nak tolong kot-kot boleh strike ke...
Nurin Hana dengan papa tengah cuba skill...