Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, 23 May 2022

Kenduri kahwin di Hurry Raya 2022

Di kala lagu "Selamat Hari Raya" berkumandang, terselit lagu, "Selamat Pengantin Baharu".
Kenduri kahwin merangkap open house ni..heheheh.

Hujung minggu pertama Syawal, seorang lagi cousin off the market.
Cousin ai muda-muda ye.
Oleh itu, ramai lagi yang masih single and available tu.
Hantar lah proposal kalau rasa-rasa nak jadi family yang penuh meriah.
Yang masih bersekolah pun ada lagi. Dah serupa pangkat anak dah.
See, betapa jauhnya jarak usia weolls. 

Sampai-sampai kenduri terus ke meja makan..walaupun baru jam 11 lebih masa tu.
Taklah lapar lagi, tapi tengok tak ramai orang lagi so moh le kita jamu selera siap-siap.
Boleh makan dengan tenang. Lauk pun baru bukak tutup tu, tengah banyak lagi. 
Cuma masalahnya, makan awal, lapar pun awal. Hahahhaha.


Yang perempuan ni cousin nya. Anak sulung dalam keluarga. Tahniah ye pengantin, semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Tengok warna baju pengantin tu, syukur last minute tukar baju. Kalau tak, orang confuse mana satu pengntinnya..kononnn.. hahahaha. Warna sama, nude.  

Jejaka berbaju kuning mustard belah kanan berdiri tu, bapak pengantin merangkap pak sedara kita. 
Antara semua mak pak sedara, achik ni yang agak rapat. 
Masa zaman belajar kat Shah Alam dulu, selalu habiskan beras dan gula kat rumah dia.
Asal weekend je, muncul la anak sedara nya dengan muka tak malunya, tidur makan kat sana.
Sampaikan bila berlaku peristiwa tragik "orang minyak" kat kolej pun, lari ke rumah dia.
Takut beb nak duduk kat kolej, takut kena calit dengan minyak.
Mohon halalkan segala makan minum terpakai sepanjang menyibuk kat rumah dulu ye. 
Jejaka yang duduk segak dengan baju melayu warna sama dengan bapak pengantin tu, bapak kepada bapak pengantin merangkap atok kita semua.  
Cucu dah ramai. Cicit pun bercambah dengan jayanya. Piut je belum ada lagi. 
Cicit paling tua baru umur 16 tahun, lambat lagi la nak makan nasik minyaknya.
Atok ai ni 90an dah umurnya ye, sebaya dengan Tun M. 
Atok tak berapa nak cam dah cucu cicitnya, nak-nak yang "selalu" sangat balik kampung.
Dalam pada tu, sempat lagi lontarkan soalan nakal kat cucunya ni, bertanya "dah ada ke orang tanyakan cicitnya ni".. Cicitnya tu merujuk kepada NF. Gelak besar kitorang.
Sekolah lagi Tok. 

Masa ni pengantin pergi makan. So, kita ambil gambar kenangan di pelamin pengantin.
Dua-dua jejaka kat depan tu pemandu gantian untuk bawak mak pak balik kampung.
Tu je adik beradik yang available ikut balik sekali.
Kiri tu single but not available.
Kanan tu pulak, bujang 3, tapi berani ko nak kena parang dengan isteri dia...hehehhe. 


Petang tu terus bergerak balik kala kerisauan mendengarkan jammed teruk kat highway sana.
Bukak waze pun, merah di sana sini.
Kita yang tak berapa nak muda ni pun jenuh duduk berlama-lama dalam kereta.
Inikan pulak mak pak kita kan. 

Hajat hati nak pergi beraya sambil kutip duit raya kat rumah mak pak sedara kat sini. 
Majoriti memang duduk dekat-dekat sini je.
Tapi semua dah berkumpul kat rumah pengantin ni, tak tau bila nak undur dirinya.
So, kita yang muda ni la yang terpaksa mintak undur diri dulu.
Jauh lagi perjalanan ke destinasi seterusnya ni..hari pun dah lewat petang.
Sempatlah menapau apam balik nipis 10 keping dari kenduri pengantin.

Alhamdulillah, perjalanan ke tanah tumpahnya darah pejuang tanahair menentang British, berjalan lancar. Ikut waze je. Mujur tak dibawanya ikut jalan pelik-pelik.
Haishhh..penah terkena sebelum ni.
Dibawaknya jalan lalu kebun kelapa sawit kiri kanan. 
Jalannya pun style jalan kampung, tak bertar pun.
Tiba-tiba je sampai kat jalan mati...hahahhah..mujurlah hari siang masa tu.
Jejaka gagah pun ada kat sebelah.
Kalau sorang, panic attack maybe.

Disebabkan terlalu awal sangat makan tengah harinya tadi, sebelum jam 7 malam, dah bukak bungkusan makan malam. Laparudin, tak boleh tahan.
Takpalah, orang lain tak nak makan lagi.
Biarlah kita melampiaskan nafsu makan ni secukupnya.
Semua orang tau, bila lapar, mak dia boleh jadi hijau. 
So, baik la semua orang duduk diam-diam..heheheh.





Friday, 20 May 2022

Hurry Raya 2022 part 2

Tahun ni mak mertua beraya di Melaka. 
So, marilah kita beraya di sana juga.
Maka bermula, trip beraya di atas jalan di Raya kedua😄.

Raya dan jammed bagai aur dengan tebing.
Menguji sejauh mana kesabaran dan kesucian mulut yang dipupuk sepanjang Ramadan tempoh hari.
Untuk elak perkara-perkara tak diingini, boleh bawak jajan sebanyak mungkin, karoks sepanjang jalan. Membaca tak begitu praktikal, pening bila dalam kereta.
Kalau nak dapat pahala lebih, berzikirlah, moga hati terus tenang.
Jangan lupa, "membuanglah" siap-siap sebelum tayar bergerak.
Haru kalau tengah jalan tiba-tiba ada muncul resa tu. Nak-nak bila sampai RnR, toilet penuh. 
Bersenandunglah tepi-tepi jalan mana yang sesuai. 
Ada kawan bercerita, beberapa tahun lepas, jalan memang jammed teruk, maknya dah tak mampu menahan panggilan alam, makanya terpaksalah beroperasi di tepian jalan saja.
See, kesan jammed tu, menyeramkan....

Otw ke Melaka tu, singgah sarang dulu.
Tanggungjawab kepada si bulus perlu dilangsaikan. Kesian dia kena tinggal.
Sempatlah buat pertukaran baju apa yang patut. 
Sambil-sambil tu duk berdoa, janganlah ada budak-budak bagi salam kat luar.
Kuih apapun tak masuk dalam bekas lagi. 😅
Semua tak ready lagi. Maafkan tuan rumah ye.

Beraya di Melaka seronok sebenarnya.
Banyak rumah boleh ziarah. 
Saudara mara belah sana ramah yakmat, rasa kedatangan kita sangat dialu-alukan.
Tapi tu la, nak menghadap jammed yang tak koser.
Mujur makanan sedap-sedap yang dijamu, menyejukkan hati..hehehehhe.

Malam baru balik ke sarang, rumah adik ipar.
Tu pun ada lagi rumah tak sempat singgah.
Mau kalau sampai awal ke Melaka, banyak lagi sesi ziarah ni.
Tapi memang perut kenyang, hati senang...lalalallalalala.

Rezeki NF dapat jumpa sepupu Langat kat sini.
Bertambah meriah la sesi ziarah tu...hehehehhe.
The more the merrier. 


Elders rancak bersembang, depa rancak makan nasik. 
Bukan main menikmati makanan sampai tak bangun-bangun dari situ.
Rupa-rupanya makan nasik berlauk udang besar. 
Patutlah conquer meja makan tu. 


Begitu tergambar keletihan di wajah masing-masing. 
Ni rumah ke berapa tah. Tapi yang pastinya bukan yang terakhir.
Setiap rumah ada menu berat, menambahkan kekenyangan dan automatik tahap kemengantukan pun bertambah dengan jayanya. 

Raya dan diet? 
Satu hubungan yang sama sekali gagal dan takkan bertaut mesra.









 

Thursday, 19 May 2022

Hurry Raya aka Raya Terkejut 2022 😅 part one

Kita masih dalam bulan Syawal lagi.
So, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun "tiba-tiba hari Raya.. semua insan huru hara 🤣🤣🤣". 
Apapun, Raya tetap Raya.
Musim PKP hari tu pun kita Raya kan. 
Ini kan pulak boleh bersua muka berhari raya dengan mak ayah kan. 

Hari Ahad, 1 Mei tu, berbuka puasa kat mamak. 
Masih di rumah sendiri, cadangnya nak balik ke kampung esok. 
So, santai-santai je la kan.
Lepas Isyak, kita tunggu nak terawih, tiba-tiba dapat perkhabaran, Raya esok 😅. 
Ehh.. baru je sembang dengan boipren masa kat mamak tadi pasal tarikh Raya. 
Dua-dua sepakat dan confident je kata Raya Selasa, walaupun rumours kata Isnin.
Al-maklum, sehati sejiwa kan..ahaksss.
Cuaca pun nampak gloomy je, so confirm la tu tak nampak anak bulan... hahahhaha, padahal depa tu tengok pakai teropong khas kot, bukan pakai mata kasar je.
Sekali, hambekkkk. Terkejut, terpaku, terkujat, dan segala mak nek terrrr laaaa...

Walaupun kita takda la nak masak semua, tapi tetap rasa kelam kabut jugak. 
Nak balik kampung kan... baju semua belum kemas. Baju raya pun belum gosok 😅. 
Kain baju angkat di ampaian pun belum berlipat. 
Rumah pun bersepah jugak, tunggu sentuhan tangan dan seruan mengemas.
Langsir je yang dah gantung siap.
Cadangnya, esok la nak balik kampung nya. 
Udah Raya pulak esoknya tu. 
Mujur takda sesi masak memasak sendiri. Kalau tak, mau keras, apa barang semua takda. 
Dengarnya kat kampung, mak dah siap merendang petang tadi. 
Firasat orang tua, usah dipertikaikan.

Tahun ni ada beberapa trip raya atas jalan so baju patutnya perlu dikemas ikut trip tu.
KL - Melaka - Perak. Tiga tempat, tiga pakej baju perlu difikirkan. Standard mak mak kan.
Baju siang, baju malam, hat dalaman. Perempuan pulak, kena fikir tudung hari ni, tudung esok, dan macam-macam lagi. Tu yang kalau boleh, almari pun nak bawak balik kampung, senang, bukak dan pilih je baju mana nak pakai, tak payah susah-susah 😁.
Selalunya sebelum ni memang ambil masa lama nak kemas semua baju bajan tu. Konsepnya biar berlebih, jangan berkurang. A to Z, kena complete.
Dah kelam kabut macam ni, kemas mana dan je lah. Capai je lah mana yang nampak.
Yang paling menyenangkan, masing-masing asingkan siap-siap baju apa nak dibawa, so nanti kerja mak masukkan dalam beg je. 
Kerja gosok menggosok pun, anak gosok baju dia sendiri, sambil mak selit la jugak baju Raya 5 - 6 pasang 😁. Dah alang-alangkan....
Baju untuk trip atas jalan tu kita fikir kemudian la. 
Tak larat kakak nak fikir 😅. 
Lagipun mengenangkan, nanti kita balik rumah dulu, singgah dan angkut mana yang tak cukup.

So, pukul 12 lebih tangah malam akhirnya berjaya meloloskan diri dari rumah.
Risau, lambat-lambat sangat, kena tidur luar pulak malam-malam Raya ni..tukang bukak pintu dah selamat beradu. 
Hahahahah, tak pernah dibuat tengah malam buta balik kampung.
Apa nak buat, tak sanggup pulak nak gerak pagi-pagi esok sebelum Subuh.
Atas jalan sambil dengar takbir Raya.. haishhh...cannot...

Pukul 1 pagi jugak sampai kampungnya 😅.
Biasanya kereta tak banyak pun atas jalan kalau balik sehari sebelum Raya ni. 
Kali ni, banyak pulak kereta, mungkin semua pun tukar plan macam kitorang. 
Kelam kabut balik kampung semua. 
Mujurlah kampung kita sepelaung je dari rumah.
Bak kata member, kentut pun boleh dengar 🤣🤣🤣.

Pagi-pagi Raya tu, awal dah bangkit. 
Chef dah bagitau, nak masak rendang ayam dan kuah lodeh pagi tu. 
Macam biasa, part pembantu Chef adalah potong memotong, basuh semua bahan, dan kacau lauk atas dapur. Air tangan Chef tak boleh diganggu gugat, nanti tak kena dengan tekak pemakan tegarnya 😅. 
Menu lain macam rendang tok, rendang hati, kuah kacang, nasik impit, semua mak dah settle kan semalam. So, takda la kalut sangat pagi-pagi Raya tu.

Dah lepas siap semua, hidang atas meja, barulah kita bercantik-cantikkan... Masalahnya, cantik kerrr? 😆. Tema tahun ni pinky pinky. 
Alhamdulillah, dapat berkumpul semua belah petang Raya tu. 
Orang Rembau sampai petang.
Maka, cukuplah korum anak menantu dan cucu-cucu mak dan abah semua.
Bila cukup korum cucu-cucunya maknanya, berjaya menambah kebisingan ke tahap maksima kat rumah.
8 orang je pun, tapi bisingnya macam nak runtuh rumah.
Mujur yang dulu-dulu suka menjerit, dah "matang" sikit. Boleh kawal perasaan.



Cousins tak cukup korum. Hat belah kanan tu entah macamna boleh duduk statik je tu. Satu pencapaian perlu dibanggakan 


si kecil, Wahida, new edition of the family 

Wednesday, 20 April 2022

Ramadan Pasca PKP

Alhamdulillah.
Ramadan tiba... Ramadan tiba...
Diam tak diam, telah masuk minggu ketiga kita berpuasa.
Sikit hari lagi, dah Raya.
Baju raya dah ada ke?
Raya kali ni mesti lagi meriah, almaklum dah 2 tahun Raya PKP kan...hehehehe.

Ramadan kali ni, berpuasa berdua saja di rumah. 
Suami tengok muka isteri. Isteri tengok muka suami. Hehehehe..
Anakanda dah balik ke sarang. 


Bila dah berdua je yang tinggal di rumah, tau je lah, makan apa yang ada je. 
Takda beria-ria pun nak masak.
Mujur encik suami bukan seorang yang cerewet. 
Lega banyak dah tu.
Ada satu hari tu, makan berlaukkan telur goreng je.. nangis ni kalau bonda ku tau 😅.
Boleh terbit pertanyaan dalam dirinya, kenapa derita sangat anak aku ni, padahal kedua-duanya bukan tak kerja. 😁
Semua gara-gara nak habiskan stok telur.
Apapun, alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.

Sesekali kita berjalan ke food court atau gerai jualan makanan, cari juadah berbuka.
Bila lapang, kita mainlah masak-masak pulak.
Masak simple-simple je.. alah, kalau bukan bulan puasa pun, memang masak simple je..heheheh.
Kali ni mood masak sepanjang Ramadan,  tak macam tahun sebelum.
Dulu rajin sungguh aihhh. 
Boleh dibilang dengan jari berapa kali tapau makanan kat luar.
Tahun ni ada sedikit "rajin"...heheheh.


 

Tuesday, 15 September 2020

kasih ibu hingga ke syurga

Mak. 
Ibu.
Mama.
Mommy.
Mom.
Bonda.
Umi.
dan pelbagai panggilan nama kepada wanita cantik yang lahirkan kita.

Kakak panggil emak kakak, mak. Tapi kakak nak dipanggil sebagai mom... ehhh ibu oleh anak kakak sendiri hehhehh...

Sampai sekarang, mak tetap ambik berat hal anak2 walaupun anak2 tu dah beranak pinak 😅. 
Layanan masih seperti zaman dulu-dulu. 
Tiada bezanya.

Sentiasa menitip pesan setiap kali bersalam untuk balik rumah.
Tidak pernah lekang dari mulutnya suruh hati-hati selalu, jaga diri baik-baik. 
Bila sidai kain tu, cepat-cepat sikit.
Balik kerja, cepat-cepat masuk dalam rumah.
Pandu kereta elok-elok.
Banyak lagilah yang mak selalu pesan. 

Bagitu juga sebelum tamatkan perbualan di telefon. 
Kata-kata nasihat pastinya mengakhiri perbualan. 

Mak sentiasa risaukan hal anak-anaknya. Takut kalau apa-apa jadi pada anak-anaknya.
Teringat dulu, masa adik lelaki kakak nak jalani pembedahan, dah tentu yang paling risau mak.
Tak putus-putus doanya untuk anak lelakinya itu.
Hatta, kakak pernah nampak air mata mak mengalir mengenangkan anak-anaknya.
 
Inilah agaknya yang dikatakan "anak2 akan sentiasa menjadi anak kecil di mata ibu bapa nya". 
Kasih ibu hingga ke syurga.

Kakak sayang mak 💘💘💘.

Friday, 26 June 2020

Raya PKP 2020

Hai.

Macamana Raya tahun ni?
Raya tetap Raya, kannn.....
Walaupun kemeriahan tak begitu terasa.
Adik-adik tak dapat balik beraya sekali. Masing-masing kena beraya di rumah sendiri. Tapi takpa, sebab masih dapat beraya dengan keluarga kan, cuma takda mak ayah je lah kat sebelah. Nampak fizikal di handphone saja.

Tahun ini buat pertama kalinya kita semua beraya dalam keadaan norma baharu.
Takda aktiviti beraya rumah saudara mara dan jiran tetangga.
Malah, ramai yang beraya di rumah sendiri je, tak boleh balik kampung. Gara-gara aktiviti merentas negeri masih tak dibenarkan masa tu.

Kakak masih beraya macam biasa. Maafkan kakak... apa nak buat, kampung sepelaung je bak kata orang tua. Rumah mertua pun dekat-dekat situ jugak.
Cuma kali ni beraya sehari je lah. ikut SOP katanya.
Biarlah orang lain tak ikut. Demi kemaslahatan keluarga dan diri sendiri.
Dapat balik kampung, merentas daerah tu pun dah besar rahmatnya. Dapat jumpa mak abah.
Kalau tak, kakak salah seorang yang menangis kat bucu katil di pagi Raya.
Walaupun dah ready sebenarnya kalau tak boleh merentas daerah... tapi jauh di sudut hati mestilah sedihkan... selama-lama ni tak pernah tak beraya dengan mak abah kan.

Rasanya Raya kali ni best jugak...
Tak perlu kejap-kejap sinsing lengan kena basuh gelas, pinggan mangkuk, tambah lauk, buat air..hehehheh..
Rehat banyaklah kali ni. Heaven rasanya hahahahah...
Kerjanya di hari Raya kejap-kejap bukak tudung saji, heeeeeeeeeeeeeeeee...

Kakak pesan dah kat mak abah, jangan ajak sesapa pun datang rumah. Kalau ada orang telefon bagitau nak datang pun, suruh tangguhkan dulu hasrat murni tu.
Tau, kunjung mengunjung di hari Raya amalan mulia. Tapi tak sesuai masa tu.
Rasanya semua orang faham kan...
Ohh tak, ada jugak yang tak faham. Tetap kunjung mengunjung.
Takpalah, kita jaga kita je sudah..
Maybe kakak hover, tapi biarlah.. diri kita, family kita kan...
Kita sendiri je tau apa yang terbaik buat family kita.

Pagi-pagi raya adik dah video call dengan mak. Adegan air mata pun berlakulah.
Yelah, hati seorang mak kan.. walaupun anaknya tu bukan beraya seorang, siap ada keluarga dan anak-anak, siap juadah Raya bagai. Mak tetap seorang mak, walaupun anak-anaknya dah besar panjang.

Menu Raya: ada rendang ayam, rendang tok, kuah lontong/lodeh, kuah kacang.
Kat rumah mertua pulak dah tentu ada menu wajib, asam pedas tetel selain rendang-rendangan tu.
Ada jugak lemang, ketupat palas, nasi impit, lontong.
Oh ya, ada sesuatu yang lain kat rumah mertua, lemang pulut hitam. Hmmm...sedap jugak, first time jumpa.
Kesudahannya, burrpppp...
Perut kenyang dan muncit, hati senang tapi gusar jugak dengan kemuncitan tu...hahahahah...





Kali ni sesi beraya paling singkat.
Dalam masa sehari, settle kan dua-dua buah rumah. Malam terus balik rumah.
Biarpun singkat tapi bermaknalah jugak, yelah dapat beraya dengan mak abah.
Cuma bila bangun tidur pagi Raya kedua tu, ehh..dah ada kat rumah sendiri ke ni? Hahahahah.
Selalunya pagi-pagi breakfast kat kampung habiskan saki baki lauk Raya yang masih ada.
Kali ini, kat meja makan rumah sendiri je. Menikmati hasil tapauan semalam.




Wednesday, 30 October 2013

Monday, 14 November 2011

Happy Belated Birthday


Alamak aiii....baru nak wish, dah terlepas beberapa hari. but, better late than never...tak gitu...

Selamat Hari Jadi Atok (aka abah) ......

Moga dimurahkan rezeki selalu dan diberikan kesihatan yang baik serta kebahagian berpanjangan.

Nurin hana ada cipta pantun khas untuk Atok:
     Petang-petang makan serawa
     Bila nak belanja kami semua...

-Dari Nurin hana, ibu dan papa...;))

Thursday, 10 November 2011

Makan-makan Famili @ Arina Seafood

Hari tu, choi murah hati blanja kitorang semua dinner kat luar. Poket tengah tebal tu...heh..heh..heh... Thanks sebab belanja dan moga ko terus dimurahkan rezeki selalu...(nanti boleh blanja lagi...).

Masa choi bagitau pasal blanja makan tu, aku berat gak nak pegi sebab waktu yang dipilihnya hari bekerja, pastu kitorang pulak tengah sibuk kemas-kemas barang untuk pindah itu hari. Tapi, tak sampai hati pulak nak tolak. Ye la, orang dah blanja, pandai-pandailah ko cari masa pegi sana kan...

Kebetulan hari tu, EA bawak kete gi opis, so nak tak nak aku kena bawak Nurin hana naik erl dan EA akan tunggu kat kl sentral. Kalau nak tunggu EA balik rumah bagai, mau malam kot baru sampai sebab tau-tau je la jalan kl kan sesak je manjang, nak-nak musim hujan.

First time ni nak bawak Nurin hana naik tren tanpa EA. Sampai-sampai kat stesen, aku tanya saip-siap nak pegi toilet ke tak. Kang nak membuang dalam tren tu, jenuh pulak aku. Nurin hana memang excited nak naik tren. Alhamdulillah, perjalanan kitorang dipermudahkan. Sampai kl sentral jumpa EA, terus gerak ke hulu langat, arina seafood. Jumpa famili aku kat sana terus. Sampai-sampai, tak tunggu lagi terus gigih habiskan apa yang ada atas meja tu.
 macam-macam ada atas meja tu... ikan stim, daging goreng, tomyam, ikan bakar, etc...
 tokey yang murah hati blanja dinner. budak kecik yang suka minum ais tu, syafiq, meragam pulak malam tu, penat gamaknya
 amboi...cik rosni dan cik ro, tak toleh kiri kanan dah...
 budak kecik baju putih, faris, dibawa dinner tanpa mamanya, keje daaa....
 budak kecik rambut kerinting yang tak makan sangat pun. agaknya dah kenyang, on the way tu dah makan roti coklat dengan kek. papa yang gigih suapkan makanan
ijat yang fokus makan. geng gaduh, cain takda, kat tg malim
antara menu yang sempat ditangkap gambar. yang lain, selamattt...

Sebenarnya korum famili ni tak cukup, ju (mama si faris, budak baju putih) keje malam, pastu cain pulak kat tg malim, tak balik. Adakah itu bermakna, choi, ko kena blanja seround lagi dengan bilangan korum yang mencukupi....?????

Saturday, 27 August 2011

Mak, the best chef ever

Aku brani jamin klau kita tanya kat mana2 orang pun, siapakah chef terbaik? Mesti depa jawab mak, kan...

Jauh mana pun kita pegi, pasti kita tetap nak carik air tangan mak kita. Mana kan tidak, dari kecik kita membesar dengannya. Orang kata dah sebati kan..

So, hari tu balik kg buka rumah mak, mak masak menu yg aku suka.

Tima kasih mak...i love u...

 masak lemak (kering) udang, sedap sampai pengsan dibuatnya...

lopes..special request

Friday, 26 August 2011

Al fatihah buat arwah Opah

Di saat memasing menghitung Aidilfitri yang bakal menjelang berapa hari je lagi, kitorang dikejutkan dengan khabar duka. Tanggal 23 Ramadan bersamaan 23 Ogos 2011, di bulan yang penuh keberkatan ini, Opah yang disayangi telah dijemput menemui Yang Maha Kuasa.

Opah, mak kepada abah aku, pergi dalam keadaan tenang dan tanpa disangka. Kali akhir aku jumpa Opah adalah pada bulan Jun baru ni. Opah kelihatan sihat ketika tu. Tapi siapa mampu menduga....selang 2 bulan, semuanya berubah.

Masih terkenang-kenang lagi perbualan aku dengan Opah bulan Jun hari tu, Opah beria-ria minta kitorang sekeluarga balik beraya di kampung tahun ni. Semua berkumpul di kampung. Namun, manusia hanya mampu merancang. Tuhan lebih berkuasa, lebih sayangkan Opah. Apapun, hasrat Opah tetap tercapai, semua anak beranak, cucu cicit balik berkumpul menziarahi jenazah Opah.

Makcik aku cerita, katanya Opah siap suruh beli tikar baru..katanya senang bila anak beranak, cucu cicit balik beraya nanti. Ya..tikar tu digunakan, tapi sebelum raya...

Aku cucu sulung, dan memang sangat rapat dengan Opah dan Atuk masa kecik-kecik dulu (tak tau mengapa bila dah besar panjang, rasa macam jauh je...ke sebab dah jarang baik kampung???). Masa kecik dulu, banyak masa aku dihabiskan kat kampung, duduk dengen Opah dan Atuk. Kata mak, depa siap nak bela aku lagi.

Aku ingat aku cukup kuat untuk melihat arwah. Tapi, airmata tak mampu ditahan. Semua yang ada kat situ merah-merah matanya. Paling tak tahan, masa diberi peluang untuk jirus air ke badan arwah, Tuhan je tau betapa sedihnya aku. Airmata berjurai-jurai depan makcik-makcik yang tengah uruskan jenazah (Nurin hana tanya, kenapa ibu nangis..). Satu lagi, masa kitorang diberi peluang untuk cium Opah buat kali terakhir. Sayu hati aku. Sedaya upaya aku tahan air mata supaya tak keluar masa nak cium Opah. Tenang je wajah Opah, seperti orang sedang tidur.

Atuk, aku tengok teresak-esak menangis. Manakan tidak, berpuluh-puluh tahun depa hidup bersama, Opah yang uruskan makan minum, tiba-tiba teman hidup dipanggil terlebih dahulu. Jangan tak tau, Atuk cukup suka air tangan Opah. Walau anak yang masak, masakan Opah jugak yang dicari. Masakan Opah tak sama dengan masakan orang lain.

Aku tak boleh bayangkan macamana perasaan Atuk masa Raya nanti. Dan yang paling harunya, di saat semua yang berkumpul kat rumah Atuk akan beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Raya nanti.... Masa aku nak balik petang tu pun lepas pengkembumian, Atuk menangis...

Pastinya kehilangan Opah amat dirasai. Sebab Opah sihat sebelum ni, sakit-sakit biasa tu adalah, tapi taklah kritikal manapun. Tiba-tiba je Opah pergi..... 

Al-fatihah buat arwah Opah....Moga roh arwah ditempatkan di sisi orang yang beriman. Dan, semoga Atuk diberi kekuatan menghadapi dugaan besar ini.....

Aku akan sentiasa merindui Opah.....

Monday, 21 March 2011

Tumbang Lembu

Baru-baru ni, alhamdulillah seekor lembu selamat ditumbangkan. Buat kenduri kahwin ke???
Bukan.....
Kenduri akikah anak-anak buah aku, Syafiq dan Faris. Kenduri dibuat di rumah keluarga aku.
Disebabkan tumbang lembu so menu kebanyakannya berasaskan daging lembu la.
wajah-wajah anak buah aku, Syafiq dan faris.

Terima kasih pada jiran tetangga yang sudi membantu memotong, menyiang, memasak, membasuh, mengemas sepanjang kenduri tu. Terima kasih daun keladi. Terima kasih juga pada yang sudi berkunjung.

Monday, 22 November 2010

AIDILADHA YANG LALU (part I)

Tahun ni pertama kalinya, kitorang adik beradik beraya tanpa mak dan abah...huh..huh..sedih...

Mak dan abah beraya kat Mekah sana. Tengah syok kita makan ketupat, lemang, rendang dan macam-macam lagik, mak dan abah tengah kusyuk menunaikan haji kat sana.

Walaupun, mak dan abah takda, alhamdulillah, dapur mak berasap jugak dengan rendang dan ketupat.

Aku dimaklumkan adik ipar aku, Ju telah sudi menyinsing lengan masak rendang untuk raya. Adik aku, Choi pulak rebus ketupat. Terharu aku.... 

Terima kasih daun keladi Ju dan Choi sebab jadi chef masak hidangan tu. At least, rasalah jugak suasana raya kat rumah tu.

Terima kasih jugak kat Epul, Asma, Cain, Ijat sebab tolong merealisasikan suasana raya kat rumah tu.

Kemana pulak perginya aku? Aku raya rumah mak mertua la tahun ni. Petang raya baru aku ke sana. So, contribution aku dalam bentuk makan la....heh...heh...   

Friday, 8 October 2010

NURIN HANA DI HARI RAYA

Alhamdulillah, tahun ni tahun ketiga kitorang beraya sebagai ibu dan papa bersama nurin hana. Seiring dengan usianya yang dah 3 tahun, so semakin aktif la jadinya. Dah semakin faham untuk berbaju cantik atau baju raya, siap ber hand bag lagi. actually, sling bag. Warna pink. Nak sama macam ibu la tu, mengusung hand bag ke sana sini.

Bag nurin hana penuh dengan angpau duit raya yang diberi oleh orang, yang semakin kembung dengan angpau. Tapi bag ibu, makin kempis....Dah pesan padanya, jangan bukak beg tu kecuali kalau nak simpan angpau duit raya. Nanti tercicir duit kalau asyik bukak. So, memang dia mendengar kata.

Nurin hana nampak enjoy sangat-sangat sepanjang cuti raya ni. Al-maklumlah, tak payah pergi school kan. Seronok sungguh dia. Bila kita kata nak balik kampung, lagilah seronok dia. Siap boleh nyanyi “balik kampung...oooo..balik kampung...”.

Sebenarnya keseronokannya tu disebabkan ada ramai orang melayannya. 

Kat rumah mak, ada adik-adik aku terutamanya pak lang dan pak uda nya yang rajin melayan kerenahnya dan teman bermain. Kat rumah mak mertua pulak, ada sepupunya, mimin yang rajin bermain dengannya. Ye la, kat rumah selalunya main sorang-sorang je. Kat kampung, ada “kawan” ramai. Tu yang dia rasa seronok sangat tu. 

Kiranya sepanjang cuti raya tu, ibu dengan papa hilang seketika dalam ingatan, kecuali masa nak tidur dan masa nak kena pujuk kalau merajuk. 

Dalam seronok-seronok tu, perangai suka merajuk tetap tak lekang. Pantang ditegur sikit, mulalah menyendiri merajuk kat mana-mana sudut. Kadang-kadang, angin takda, ribut takda, tetiba je dia “hilang’ dari pandangan. Tengok ada kat sudut dinding dengan muka masam mencuka. Rupa-rupanya, jeles tengok ibu atau papa dukung atau main dengan baby aka sepupunya....Alahai anak ibu....camana nak ada adik ni....
 kat rumah nenek..pose penat...
 kat rumah opah. rebut bukak hamper dengan pak lang & pak uda.
 pegi beraya rumah jiran, dengan pak uda & kawan kat kg, kakak purnama.
 ehh..ehh..pandainya anak ibu jaga baby....kata taknak adik....
tengah tolong opah jaga baby faris, her cousin, anak pak ngah.
 zzzzzz......kepenatan...
 hah..hah...tengah merajuk tu....bawak diri...
 dengan cousins nya, kakak mimin & syakir, kat rumah nenek.

MAKAN-MAKAN FAMILI SEMPENA RAYA - Episod 2

sambungan pada entry lepas.
acara makan-makan famili.........


ada satu lagi, sate...tapi takda dalam gambar..

terima kasih pada semua famili..sudi berkunjung ke teratak kitorang....

Wednesday, 6 October 2010

RAYA @ IPOH

Syawal hari tu, me, en asrul, nurin hana bersama mak & abah sempat balik kampung rumah atuk & opah kat Ipoh. mak & bapa abah tinggal kat sana. Adik-beradik abah semuanya pun tinggal dekat-dekat dengan rumah atuk dengan opah, kecuali abah dengan mak sedara kitorang, yang dipanggil Wah yang tinggal kat Kuala Pilah, NS. Depa berdua je yang tercampak duduk “luar kawasan”. 

On the way ke Ipoh, singgah Kg Gajah, ziarah kubur arwah opah (mak kepada mak) dan pak/mak sedara. Arwah opah meninggal selang beberapa hari aku dan en asrul bernikah. Sampai-sampai kubur, en asrul dengan mak dan abah je turun. Aku dengan Nurin Hana duduk dalam kereta je, tunggu depa. Puas la nak menerangkan kat si kecil ni, Papa pegi mana, buat apa. 

Selesai sana, alang-alang dah sampai, kitorang singgah Teluk Sareh jugak, ziarah kubur atuk abah aka moyang ...Yang ni, tak pernah jumpa. Dah selesai semua, barulah kitorang teruskan perjalanan ke Ipoh. Perjalanan yang agak jauh sebab dah terkeluar dari highway plus, ikut jalan lama. Pak driver aka en asrul dah kepenatan dengan cuaca panas di luar. Memang panas giless kat luar sana. Aircond pun tak berapa nak rasa.

Diakui, kitorang memang jarang balik kampung. So, sesekali bila balik kampung, kenalah ziarah semua rumah pak sedara, mak sedara yang ada. Tapi, mudah je, sebab masing-masing duduk berdekatan. Malam tu jugak, operasi beraya ke rumah mak dan pak sedara dimulakan. Bukan setakat makan kuih raya je, tapi turut dijamu dengan makanan-makanan lain.

Rumah pertama: rumah pak lang. Dijamu mee sup. Panas dan berasap lagi. Fuhh..sedap sungguh makan dengan perut lapar...

Rumah kedua: rumah achik bab. Kali ni dijamu dengan mee goreng pulak. Makan lagi dan lagi...Tapi, kena tapis-tapis sikit sebab ada rumah lain lagi nak pegi ni...

Rumah ketiga: rumah chu mie. Menunya laksa dengan mee bandung (rasanya la..). Aku  memang suka laksa, so tak ampai hati pulak nak tengok je, walaupun perut dah kenyang giless. So, makan lagi.

Fuhh..nasib baik dah lewat malam, kalau tak, ada rumah lagi yang nak kena terjah, rumah mak yang dengan achik anja. Rumah mak yang keesokan harinya baru singgah. Rumah achik anja tak jadi pegi sebab tuan punya badan dah ada kat rumah opah pagi-pagi tu.

Tapi, walaupun dalam kekeyangan tu, kitorang (me & en asrul) sempat beli burger masa carik ubat nyamuk kat kedai. Burger special lagi. Heh..heh...Makan lagi....

Memang best sesekali dapat jumpa sedara mara ni, jumpa sepupu-sepupu yang ramai yang dah jadi anak dara dan anak bujang. Jumpa ‘anak sedara’ (anak kepada sepupu). Juga berpeluang bawak Nurin Hana jumpa dan kenal dengan moyangnya, atuk dengan opahnya yang ramai tu dan jumpa pak sedara mak sedara yang muda belia hatta tua setahun je darinya.....
 dari kiri: sepupu @ anak chu), mak su, sepupu @ anak chu) & mak lang. nurin hana kat bklg baju ungu tu dengan makcik & pakcik dia aka sepupu aku, yang perempuan tu anak mak lang, yang lelaki tu anak achik bab.
 dari kiri: pak lang, irfan (sepupu aku @ anak achik bab), amirul (sepupu aku anak chu), anak chu (tak ingat nama), chu yang nampak sipi2 je & achik bab.
 dari kiri: sepupu aku @ anak chu, mak lang, abah.

Wednesday, 29 September 2010

MAKAN-MAKAN FAMILI SEMPENA RAYA - Episod 1

Alhamdulillah, sesi makan-makan famili sabtu lepas berjalan dengan baik. Harap semua famili enjoy dapat berkumpul bersama sambil sembang-sembang dan makan-makan, di sebalik ruang tamu yang terhad lagi sempit.

Every year, aku dan en asrul akan aturkan satu hari untuk semua famili datang berkumpul kat rumah kitorang lepas raya. Bukan open house sebenarnya. Sekadar sesi makan-makan family. Saja kitorang aturkan satu tarikh supaya semua boleh datang sekali. Dan bermakna kitorang just masak-masak sekali je la. Heh..heh...Tak la penat badan. Sekali je, settle semua.

Malam sebelum tu, kitorang suami isteri dah sibuk berperang kat dapur. Balik keje, terus gi pasar tani, borong ayam segar, ulam-ulaman, buah oren, etc. Balik rumah, tanpa rasa bersalah, sempat lagi gi beraya kat rumah jiran sebelah rumah dan dua belah rumah pulak. Asalnya rumah sebelah je, tetiba jiran dua belah panggil datang raya pulak. Orang dah pelawa, kita on je la...Sudahnya, dekat pukul 11 baru balik rumah dan 11 lebih baru start pegang periuk belanga semua.

Disebabkan ni usaha sama dan kerjasama bersama, masing-masing ada la peranan memasing. Macam en asrul tolong bersihkan ayam, keluarkan bekas-bekas hidangan, masukkan kuih raya, etc. Apa ke halnya, dah raya ke berapa, baru nak masukkan kuih raya dalam bekas? heh..heh...nampak sangat takda orang datang beraya lagi...En asrul jugak tolong gorengkan papadom, ikan masin. Kiranya, masakan yang dijamu tu ada real air tangan kitorang berdua la....

Di malam yang sunyi dan dingin tu jugak, bunyi blender berpadu dengan bunyi cengkerik dan unggas malam...heh..heh.....Bukan sekali, malah berkali-kali....Sori la para neighbour, terganggu tidurmu.... So, malam tu, sambal-sambal semua selamat digoreng, esok boleh campur je bahan utama nanti. Sambal belacan pun selamat dibuat. Jangan tak tau, ni percubaan pertama buat sambal belacan...heh..heh..., nasib baik mak tercinta sudi kongsi resepi..heh..heh..

Eh, budak tecik tu mana? Kitorang umpankan dengan movie Jumbo Gajah Biru, sampaikan 3 kali diulang tengok, sampaikan aku kena tutup cd tu sebab dah pukul 2 pagi, mata dia terpaku lagik kat tv. Paksa dia tido.

Malam tu (dah pagi pun....pukul 2 lebih...), semua ke'pengsan'an kepenatan.......

Friday, 17 September 2010

RAYA @ LEMBAH

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.....
Tahun ni giliran beraya kat rumah mak & abah kat Lembah.
Dan kebetulan, semua adik beradik dapat berkumpul. So memang havoc la, tambah-tambah lagi, rumah ni ada orang baru, anak epul & ju yang baru berumur 2 bulan.
Macam-macam menu ada, ketupat, rendang hitam daging (special ni...kat rumah ni je boleh jumpa, selain rumah opah kat kampung), rendang ayam (my favourite di hari raya), masak lodeh (dimasak atas permintaan cain), sambal kacang (special jugak, sebab kat rumah kacangnya dimesin agak halus @ hampir halus, biasanya kasar-kasar kan...Kitorang memang suka sambal kacang yang halus..). Tak ketinggalan, lemang yang dibeli tapi terpaksa dikukus semula sebab pulut dalamnya tak masak @ separuh masak. Tapi, sorry, gambar-gambar menu tu semua takda, terlupa nak snap. So, bayangkan je la ye.....heh..heh....
 deretan bekas kuih raya kat rumah mak...terkejut masa masuk dalam rumah mak, mak aii..banyaknya kuih...ni la hasil kuih tunjuk-tunjuk kitorang semua, kecuali kuih bahulu, hand-made, mak buat sendiri...
err....ni hari raya ke atau hari mewarna sedunia?
anak beranak yang cool.....
my family....abah, mak, anak, menantu, cucu. abaikan rak kasut kat sebelah tu...heh..heh..
my small family. kenangan di hari raya. tema warna tahun ni coklat gelap