Showing posts with label Hana. Show all posts
Showing posts with label Hana. Show all posts

Wednesday, 25 March 2015

ALAMAK!!!! LUPA LA PULAKKKK

Salam Sejahtera.....

Sapa pernah tengok cerita Puteri? No...no...no...bukan cerita Puteri yang Nora Danish berlakon tu...
Ni cerita kartun, under les copaque company yang sama buat upin ipin..
Lama dah tayang ni, tapi ada beberapa siri je pastu tetiba eh..dah abis..maybe promo dulu kot..
 
teringat kemabukan NF pada siri tu satu ketika dulu
satu hari di hari Khamis
malamnya pulak dipanggil malam Jumaat
apa ada malam Jumaat?
hmmm......
kecanduan terbaru budak-budak
selepas upin ipin dan boboiboy
:
:
:
:
:
ANIMASI PUTERI (sumber google)

Yeeee
animasi baru ni yang menghantui
at least seorang kanak-kanak perempuan
bernama NF la..
memang dah terpahat kukuh di sanubari
setiap malam Jumaat, jam 9 malam, di tv3

Selama ni tak pernah layan malah tak kenal pun channel 3
asyik 615, 616 dan sewaktu dengannya
tapi sejak ada Puteri ni
kenal dah..hikhikhik..

alkisahnya malam tu makan luar
gara-gara ibu balik lambat
tak koser sempat nak masak
tapi dah kena warning awak-awal oleh NF
tak boleh balik lambat nanti miss the series
so makan dekat-dekat je la

balik rumah semua buat urusan sendiri
mewangikan diri memasing
pastu turun bawah
layan hunger games
seronok aihhh
tetiba jam 9.45 apak bersuara
"alamak!!!!! dah lepas!!!!!!"
terus mencetuskan keamukan seorang kanak-kanak dalam rumah tu
walaupun ayat apak tu tergantung gitu je

Iyaaaa.....
meraung macam tak hengat kanak-kanak dalam rumah ni
melimpah ruah air mata
macam kena bantai pulak
mak confius apak confius
apa ke teruk benor
puas pujuk bagitau nanti boleh tengok kat youtube
tak makan saman jugak
hah, muka apak dah merah tu dah merah tu
hikhikhik
cerita 5 minit tu yang dikisahkannya
tak sempat kelip mata pun dah habis
nasib baik la dapat mak apak yang tinggi toleransi
pujuk tak layan, kita bolayan je la...
sapa nak dipersalahkan ek?
memasing tak ingat langsung
dah tu kusyuk pulak layan cerita lain
termasuk sang kanak-kanak tadi
sambil main masal-masak..hikhikhik...

(sumber: google)

Monday, 16 February 2015

Puasa dan Naik Quran

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..
 
Hari ni keletihan melampau..
memang terpampang kat muka sebab member-member opis duk tegur
bila berjalan pun rasa melayang je
hahahha..ni semua gara-gara puasa...
poyo sangatkan...mengalahkan budak kecik..
tapi itu la..
memang penyakit aku kalau hari pertama puasa
memang longlai semacam
untuk hari-hari seterusnya in sha allah ok la
la ni baru kelam kabut nak puasa ganti
T___T padan muka
awal-awal hari tu tak nak buat
takpa, teruskan semangat
you go girl!!!!
 
Sebab puasa kan, bila kekanda tanya nak buka di mana
pucuk dicita ulam mendatang la
laju je, kita buka puasa di luar la
teringin nak makan nasi kandar
bila puasa selera ni memang mengada-ngada sikit
nak makan tu nak makan ni
siap boleh bayangkan dah lauk apa nak makan...hahahhaha
 
Satu lagi sebab nak cari quran
NF dah naik quran, alhamdulillah
so semangat dia lain macam sikit
masa petang ambil dari transit
NF siap whatsapp Papa dia supaya tak lupa

 
sukahati la nak..asal bahagia
 
Semangat tak semangatnya NF
sampaikan pergi kedai makan diusungnya sekali beg mengaji
katanya senang bila beli nanti terus boleh masukkan dalam beg
bagus anak ibu
sangat bersemangat
harap semangat tu berterusan la sampai bila-bila ye
sebab quran dia
so kami suruh dia pilih mana yang dia berkenan
 
Sampai-sampai rumah tengok jam dekat 8.20 malam dah
biasanya waktu mengaji pukul 8.00 malam
tapi sebab semangat sangatkan
nak juga pergi mengaji walaupun dah lewat
so special just for tonight
Papa hantar depan rumah mengaji dengan kereta lagi

Balik-balik mengaji
NF bagitau umi siap tanya baru beli quran ke, hehehhehe
iyo la sebab masih baru dan cantik lagikan
excited NF bagitau dia baca dah quran
bagus...bagus...
mudah-mudahan terang hati anak ibu
mudah belajar.. 
 

Tuesday, 25 November 2014

Penangan Karnival Upin Upin

Wahhh....
sana sini orang bercerita pasal karnival upin ipin
hikhikhik..bukan pasal ke"best" an tapi lebih pada kekalautan yang jadi...

Walaupun dah tau betapa serabut dan kalutnya PICC masa tu
tapi saja jugak weolls menambahkan lagi sesak kat situ
semua demi Nurinhana
berulang kali cakap bila nak pegi
ok la..demi anak terchenta

Sebelum pegi
dah forward kat kekanda
pasal semua komen-komen negatif tu
supaya weolls semua bersedia
fizikal dan mental
nak menghadap sesak dan kalut tu

Maka lepas zohor, berdedai la kami
huisshhh dari jauh
dah nampak jalan ke PICC penuh kereta kat bahu jalan
sebagai jalan selamat
kami pun letak je la kereta kat bahu jalan depan PICC
pastu memasing mendongak ke atas seminit dua
tarik nafas hembus nafas
stretching lebih kurang
ayuhhh mendaki bukit....

Iya..kena mendaki la uolls..
kalau tak, macam mana nak masuk
kata nak tengk upin ipin kan..
berpeluh la ketiak
terketar-ketar lutut tetiba ada aktiviti lasak
hikhikhik
mujur mak ni prihatin
berangkut payung bagai
walaupun kekanda kata biasala kat Malaysia panas
hisshhh....iolls tak tahan
Nurinhana memula nak pakai heel
tak payah la nak
tinggi bukit tu
nasib baik bawak sandal spare

Macam pesta pulak
begitu ramai mendaki
dengan stroller bagai
kesiannya la hai tengok ada bawak baby
tapi tak bawak payung
panas tu dikkk....

Memang jantung mengepam lebih laju la
lebih laju dari biasa
terbakar segala kalori
harap-harap segala lemak tepu pun lupus la
dik penangan mendaki bukit di kala panas merembang..
ko ado....hikhikhik

Settle bab daki mendaki
segala shortcut yang ada semua tempuh
dengan harapan cepatlah sampai
tak tahan mengah wehhhh...
masuk ikut parking
udah kena tunggu lif pulak
kita bagi chance la mak pak yang bawak stroller untuk guna
so guna baki kudrat yang ada ni
panjat tangga pulak
nasib setingkat je
kalu tak mau pitam aku kat atas

Sekali tengok kat ruang legar
mak aiiii...ramainya manusia
nasib dah ready fizikal dan mental kan
so layankan je la
redah je la lautan manusia tu
masuk dalam dewan
sekali lagi mak aiiiii....
ni kena guna segala kekuda yang ada
kena tepis kiri kanan
andainya ada sayap
pasti sudah ku terbang melintasi semua....
yang tambah sesak kat dalam tu
terpacak beberapa booth kat tengah laman
weolls pun konpius
tak bolehkah diletak tepi dewan
paling bagus letak luar dewan je

view sayup dari belakang

Show nun kat stage depan
apa cerita kalau berdiri nun jauh kat belakang
so mai la pakat berasak-asak
nasib baik dulu-dulu
biasa naik bas mini
hikhikhik
so takda hal la..small matter je ni...

Payah sebenarnya nak cari port sesuai untuk Nurinhana
kalau boleh memang nak letak depan stage bebetul
tapi orang lain dah standby situ
dari pagi kot...
satu lagi
kena pastikan dia sentiasa dalam radar pandangan mak pak
oiii...banyak kes la ni kan..
dalam tu pun, asyik la ada pengumuman
sesapa ada hilang anak sila ambik sini
untuk anak nama sekian-sekian
mak pak hangpa ada tunggu kat sekian-sekian
sampai aku pun konpius
eh, sapa yang over excited ni
mak pak ke anak ni????
dalam keadaan sekarang ni
mak pak kena sentiasa peka
terleka walau sesaat
habisssss........huhhuhhuh

Dalam kalut dalam sesak
berbaloi rasa tengok Nurinhana ceria
sempat la tengok show
perarakan maskot upin ipin & kengkawan
persembahan ultraman
hat ultraman ni
aku rasa mak pak teruja lebih kot hikhikhik
almaklum semua membesar dengan cerita tu kan

Animasi tengah hot la ni pun ada
Puteri
tapi teaser je
agaknya takdak lagi maskot kot
aku suka jugak tengok
comel-comel je karakter kartun tu
manis, lipis, bali, purut, kasturi

Dalam seronok-seronok tu
hampir terlupa keperluan perut
kesiannnnnn
so meredah la lautan tu sekali lagi
lautan luas ku renangi
sedangkan tadi bukit tinggi juga ku daki
berbondong-bondong la serbu
pintu keluar situ jugak pintu masuk
dunkin donut licin
mujur ada stok lagi kat stall grab & go tu
dapat la mihun dengan pau
air jambu merah jambu hijau
so piknik la dulu
mengisi perut yang berkeroncong tu
ada cafe@picc tapi tak pasti bukak ke tidak
ada jugak disediakan dewan untuk nasi campur
rm12 sekepala dewasa, kanak-kanak 6-12 rm6
cuma masa tu dah petang
lauk hanya kari ketulan ayam kecik, saki baki sayur lemak putih
ikan sambal dengan nasi putih

Selesai menjamu selera
bateri badan pun dah charge
moh le kita ke dalam dewan semula
ultraman dengan puteri dah lambai-lambai
ehhh, macam tak berkurang orang dalam dewan
makin penuh ada
sebab dah charge bateri kan..so kita redah la sampai depan
huiiii..kali ni lagi teruk beb
nak gerak pun payah
mujur berkat usaha tangga kejayaan
sampai jugak ke destinasi impian
finally dapat jugak duduk depan tepi stage
camna?
biasanya habis satu slot orang akan keluar
so depa keluar kita masuk la
tapi tak payah la nak expect duduk dengan selesa ya..
dah tau ramai kan..
so biasa la tu berlaga lutut bagai
pastu budak-budak lalu lalang kiri kanan
main redah je
bertabah je la..


Aku tahu Nurinhana walau enjoy
tapi ada keciwa jugak
hikhikhik
keciwa tak dapat belon
sikit bebenor belon diedarkan
budak-budak bukan main ramai
pastu ada sesi soal jawab dan naik stage
beria la anak dara tu angkat tangan
semangat sungguh
tapi kesian tak terpilih
muka kelat je hikhikhik

Kemudahan surau PICC memang elok
cuma masa hari kejadian terlalu ramai manusia
so sesak sikit dalam tu
ada pulak segelintir berehat-rehat dalam tu
aku suka surau kat klcc sebelah maybank tu
ada guard dalam tu
ko dah solat dan bersiap silalah keluar
kalau tak kena sound dengan mak guard

Apa-apapun
harap-harap lepas ni pengajur buatlah bedah siasat
baiki mana kurang

buatlah kat tempat yang lebih besar
yang boleh tampung crowd yang ramai
almaklum manusia ni pelbagai ragam
bila dah sesak penat tu
tersenggong sikit pun boleh jadi penyebab

pastu cari la tempat yang ada banyak parking
paling penting tak perlu mendaki..hikhikhik...

pintu masuk dan keluar dewan pun asingkanlah
pintu masuk untuk masuk je
pintu keluar untuk keluar je
takla semua tertumpu kat satu pintu je
macam semut hurung gula
walaupun ada signboard
tapi sebaik-baiknya
letak la orang untuk kawal
so laluan teratur la

booth pulak letaklah tempat lain
asingkan dari lokasi stage
aku pun tak faham
camna orang nak melawat booth tengah-tengah laman tu
kalau semua berasak-asak nak tengok persembahan kat stage
takda fungsi dah booth tu

letak lebih banyak skrin kat luar dewan
so mana-mana tak dapat masuk
boleh lepak luar je tengok
masa hari kejadian ada satu skrin di luar
tapi alahai kualiti gambar menyedihkan
memang tak clear
so please tengok jugak la kualiti tu ye
tak guna jugaklah kalau letak seratus pun
tapi semua kualiti gambar hampehhh

mungkin boleh diperbanyakkan tempat jual makanan
(tak pasti PICC maybe ada peraturan tertentu untuk outsider food provider)
faham-faham je lah kalau bawak budak-budak, lapar je
perut mak pak pun perlu diisi
bila ada banyak tempat makan
taklah hanya tertumpu kat satu-satu tempat je
sampai kena beratur panjang
apapun kemudahan grab & go kat PICC hari tu memang best
mihun dan pau yang sedap

Harap lepas ni
penganjuran karnival upin ipin akan datang
bertambah baik
takda kalut-kalut
takda sesak-sesak
pengunjung gembira
penganjur pun senang hati
tak terbakar kepanasan dek komen-komen pedas pahit lepas tu..hikhikhik...

Wednesday, 9 July 2014

Puasa dan Nurin Hana

Salam Ramadhan ke-11...
Selamat berpuasa uollssss....

Hahahhaha...dah nak masuk tengah puasa, baru ucap bagai....ampun....lama giler tak bukak blog ni...sampai terlupa password dah la....nasib baik boleh trace balik....

Wahhh..kejap je puasa rasanya...dah nak masuk tengah puasa...
Hari-hari mak pikir apa nak masak untuk berbuka...
Bukannya tak boleh beli kat bazar ramadhan tapi mood rajin tengah ada ni, kita layankan je la... Heheheh...Rasanya dari puasa tahun lepas memang banyak masak la daripada beli...entah, rasa macam suka nak masak sendiri..kalau hari-hari biasa, suka je pi membeli, tapi bulan puasa macam rajin pulak ketang ketung kat dapur...takpa la.. tunggu la hujung-hujung bulan pi bazar syok sikit, orang dah tak ramai...ramai dah balik kampong...heheheh

Satu lagi sebab terbesar kena merajinkan diri ketang ketung tu, anak dara tu puasa....
Anak dara tu cerewet sikit kalau makan luar..tak sanggup pulak tengok dia tak berselera makan padahal perut gigil lapar puasa... Takpa sayang, mak tau masakan mak memang sedap....eh...
Tapi betul apa...cuba kita tanya mana-mana anak pun, mesti masakan mak dia jugak yang paling sedap hatta goreng telur mata je...Fuhhh..dasat penangan air tangan mak...masak dengan penuh kasih sayang kekdahnya.....

Tahun ni cubaan untuk melatih Nurin hana berpuasa penuh..Dah umur tujuh tahun kot..sesuai la sangat tu untuk belajar puasa.. Dan alhamdulillah, Nurin hana  berjaya puasa penuh sehingga hari ni... Bravo..bravo..good girl.. ibu papa sangat bangga dengan kamoo...
Memang la ada orang kata, belajar solat tu kena diutamakan dulu..Yes, kami buat selari..Solat pun ye..puasa pun ye...

Tak sangka Nurin hana  boleh bertahan sampai waktu berbuka... Alhamdulillah, kekal semangatnya walaupun sekolah pagi petang dengan cuaca panas ni.. Cuma hari pertama tu memang dia flat la...melepek seharian...terbaring je...nasib baik first puasa hari cuti....heheheheh...Penangan puasa hari pertama tu, sampai termuntah lepas berbuka... perut masuk angin agaknya sebab masa berbuka tu dia tak lalu nak makan..minum sikit je..so dalam pukul 8 malam tu, aku bagi makan nasik, tetiba uwekkk..terkeluar balik nasi.. Hari kedua dan seterusnya, dah tak melepek...muka ada senyum la jugak...cuma aktiviti main dengan kawan-kawan tiap-tiap petang ditunda hingga abis bulan puasa..member tak larat nak bawak badan...hehehhehe...

Dah berjaya melepasi hari pertama dengan jayanya, maka kena la teruskan untuk hari-hari seterusnya jugak... Awal-awal tu biasa la dengar dia berbunyi petang-petang masa ambik dari transit, lapar la.. Tapi aku pujuk la bagitau tak lama je lagi.. Nasib baik Nurin hana  jenis mendengar kata... Kalau dia melalak-lalak nak jugak berbuka, ada jugak yang jadi singa nanti ni...hehehhe...

Masa awal-awal puasa ada dia cerita katanya dia pening kat sekolah so ustaz/ustazah suruh rehat kat pejabat...terima kasih la ustaz/ustazah sebab prihatin dengan bebudak ni... Nurin hana  siap bagitua, "cikgu cakap, kanak-kanak umur tujuh tahun boleh puasa sampai 20 hari je.." Hahahha..aku tak tau sama ada dia reka sendiri atau sebaliknya... So, aku just buat penambahan ayat tu, "kalau dapat berpuasa penuh ramadhan lagi bagus"...

Ok..anak ibu...terus bertahan ye...sikit hari je lagi...pastu boleh selamat hari raya... ^__^

Wednesday, 1 January 2014

Pengembaraan ilmu pun bermula

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru semua.....
Semoga tahun 2014 ini membawa lebih keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua...

Lagi sehari, anak dara aku nan seorang, akan memulakan "kehidupan baru"nya... bergelar murid Tahun Satu
Berbaju kurung putih, berkain biru gelap.... Tu pagi la...
Petang pulak, kurung putih, kain merah....
Erkkk....macam padat je....macam sibuk je....bertabah la wahai anak.... 
Sesuatu yang luar biasa akan menjadi biasa dan rutin bila dah biasa....ehhhh...

Sebelum betul-betul masuk sekolah, kena la bersuai kenal dulu dengan sekolah, siapa cikgu, mana kelas, mana tandas, mana kantin...
Alhamdulilah, sesi orientasi murid-murid tahun satu dah pun selesai...

Rasa sebak pun ada.... Dah besar anak ibu ni.....
Beberapa tahun lagi dapat la kami menantu....ehhh...hahahahha....
Masa tengok Nurin hana di kelas, terdetik jugak bimbang di hati...
Mampu ke dia harungi semua tu...? 
Cikgu, kawan-kawan baru, persekitaran baru, cara baru....
Tapi kemudian bila melihat kita sekarang ni...
Pernah alami keadaan yang sama....kita semua mampu "hidup" survive dengan semua tu...alhamdulilah, berjaya menjadi orang sepertimana yang sekarang ini...
Aku rasa semua mak pak berperasaan macam tu bila pertama kali lepaskan anak masuk sekolah..
Ke aku je yang hover...?
Apapun, Ibu dan Papa doakan yang terbaik buat Nurin hana.....
Nikmatilah kehidupan baru itu sebaiknya..
Terokailah segala peluang yang ada...
Pastinya ia akan menjadi antara kenangan terindah dalam hidupmu kelak, sayang....


 

Tahun 2014 ni....



Wednesday, 17 July 2013

Rojak

Phewww...#kesatpeluh#

Lamanya tak jenguk rumah ni... Kesian...kurang kasih sayang dah....  Macam-macam jadi sepanjang persunyian ni....

Kesibukan luar biasa membataskan masa yang ada untuk bersenggang... Kapal besar yang aku tumpang ni mendapat nakhoda baru so pelbagai haluan yang diinginkan... Anak-anak kapal ni la yang tak menang tangan... Bersilat dalam kapal, pastikan takda yang tenggelam.. Sampaikan anak kapal tak tau nak pegang apa dah, tenggelam timbul jadinya... Baru pegang ni, muncul benda baru pulak. Letak dulu yang lama, godek yang baru, sebab yang baru lebih penting.. Tetiba, arghhhh...nak yang lama tu pulak... Dan yang baru pun pun jalan sekali... Plus extra baru... Maka jadi la, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran......

Sekarang ni pun, dah dapat kotak. Esok lusa sibuk la pulak nak punggah barang masuk kotak. Bye bye bilik yang aku bertapa selama 3 tahun lebih ni... Aku dan rakan-rakan seangkatan kena pindah tempat lain untuk bagi ruang pegawai lain nak masuk. Dapat tempat baru yang lebih luas dan terbuka...Apu nak buek... Rasa macam baru masuk servis pulak... Lepas ni takda la privasi dah...korang yang nak datang melawat pun, tak payah la...kita jumpa kat lobi je la ek...

Ok, kita tinggal citer pasal kapal tadi... Walau badai macamna pun menghempas kapal tu, kapal tetap kena jalan dengan para anak kapal dan nakhodanya... Takkan anak kapal nak tinggal belakang kan...dah la tak pandai berenang, kang lemas...

Dalam bulan 5 macam tu kot, kereta aku tercium belakang kereta orang....Ni bukan cium kasih sayang...cium hazab namanya... Waktu petang, on the way balik lepas ambil Nurin hana, di simpang 3. Baik punya sondol....sampai terjongket sikit bonet depan kereta aku. Dan paling tragik, kepala Nurin hana terhantuk kat cermin depan sampai retak cermin tu!!!! Aduhhhh...nasib baik tak jadi apa-apa... Kebetulan masa tu, Nurin hana tak pakai tali pinggang... Hmmm...rasa bersalah sangat... Jangan ditanya macamana boleh jadi sondolan tu... Yang pasti, aku rasa macam aku dah tekan brek, tapi tetap menyondol jugak kereta depan, Rumusan en hubby, perasaan aku je tekan brek, sebenarnya mungkin aku tekan minyak, tu pasal kena tu.. Apapun, benda dah pun jadi...kereta aku pun dah keluar wad selepas seminggu kena tahan. Moral of the story, kena lebih hati-hati lepas ni... Kereta pun dah berwajah ala-ala baru, cat baru tapi warna sama.. Hahahhaa...tetap setia dengan hitam, walau pun teringin nak putih sebenarnya.. tapi bila mengenangkan tahap kerajinan basuh kereta tu terlampau tinggi, terpaksa la pendam je....

Ok, selamat berpuasa buat semua. Diam tak diam, dah hari ke 8 kita berpuasa di bulan ramadhan ni. Tinggal lagi lebih kurang 22 hari nak raya...eh? tetiba... hahhahaha.... Alah..korang pun dah menghitung hari bila nak raya kan....hari-hari duk tengok kalendar...duduk senyap-senyap nyanyi lagu raya...hahahhha...

So, apa nak makan bukak puasa petang ni? Masak? Tunjuk-tunjuk di param? Berbuka di rumah ayahanda bonda? Atau buffet ramadhan? Wahh...banyak gituw pilihan.... Bercakap tentang buffet ramadhan, lama betul tak pergi...mahal la sekarang...padahal nak makan, tak le sebanyak yang dibayar tu... banyak mana je la perut ni boleh isi pun...tangki kecik...tapi kalau ada orang belanja, ok je...Bila? hari ni? esok? lusa? hahahhah....laju je bila bab makan free...

Tahun ni, tahun pertama Nurin hana cuba berpuasa. Paling kelakar, hari pertama puasa tu, bila kejutkan dia bangun tido untuk bersiap ke sekolah, semangat ni bangun bila aku bagitau kata hari ni puasa. Bila nak bersiap, dia tanya, kenapa kena pakai baju sekolah. Eh, kan nak kena pegi sekolah... Terus air mata sang primadona mengalir... Katanya, "ibu kata hari ni puasa...." Eh, memang ye la puasa... Tak tau apa yang terbayang di mindanya bila aku kata hari ni puasa. Apa yang aku boleh rumuskan, puasa maknanya cuti, tak payah pegi sekolah... Hahahhha...hai la anak....

So, hari pertama puasa tu, masa ambil dari sekolah dalam pukul 5.30 tu, nampak je muka aku, terus Nurin hana bagitau, "ibu, boleh tak nak minum...dahaga..." Pujuk pun tak jalan... Bergenang air mata lagi ada... Masuk kereta, melilau mata tengok ke berusi belakang kereta. Cari air, sebab selalunya aku bawak botol air ke ofis...Bulan puasa macam ni, mana la ada botol air... Kesian aku tengoknya.. dengan bibir keringnya, badan lembik nak berjalan pun tak larat. Sudahnya, sampai rumah, terus capai mug, habis satu mug air diminumnya.... Apapun, bravo..bravo...my little princess...dapat jugak berpuasa walau sekerat hari... So selepas tu, memang Nurin hana terus berpuasa....kami panggil, puasa sampai asar....sebab balik sekolah je terus berbuka... Takpa la..pelan pelan kayuh.... proses untuk membiasakan diri...

So, kita jumpa lagi......

Tuesday, 9 April 2013

Happy Birthday...Happy Birthday...Happy Birthday...

Alhamdulillah.... Hari ni genap sudah 6 tahun usianya nurin hana... 

Selamat hari jadi sayang.... Buah hati pengarang jantung ibu dan papa... Ibu dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik buat nurin hana.... Ibu dan papa sayang nurin hana ketat-ketat... 


Ya Allah,
panjangkanlah umurnya..
kurniakanlah kesihatan yang baik..
terangilah hatinya dengan Nur pancaran iman-MU
dekatkan dia kepada kebaikan, jauhkan dia dari segala kejahatan
kurniakanlah kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari -MU dalam menempuh cabaran
dan liku-liku kehidupan di dunia dan di akhirat...

Friday, 22 March 2013

Sawi

Balik dari school, Nurin hana sibuk bagitau yg cikgunya suruh bawak "sayur sawi" esok. Eh, nak buat apa bawak sawi. Heran jugak la. Esok ada 2 lagi paper exam, jawi dgn pendidikan seni. So, kalau fikir logiknya sawi tu mesti utk pendidikan seni la patutnya kan.... tapi.... Boleh buat apa dengan sawi? Sepanjang-panjang riwayat hidup mak kamu ni, tak pernah la pulak bergelumang dengan sawi untuk pendidikan seni... Ke, cikgu nak ajar masak? Tapi apsal sawi je?

 (sumber: google)

So, sebagai mak yang prihatin, aku sms cikgu tanya, kena bawak sawi je ke? Sekali.... Tau apa reply cikgu......
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



"Bukan sawi kak.... Kena bawak bendi...."

(sumber: google)


Hahahhaah.... Camna la pulak bendi boleh tukar ke sawi tu... Jauh benar bezanya... Nak nak budak tenit tu bukan pemakan sayur, tak tau pun sayur tu nama sawi....

Bila ditanya, katanya dia tak ingat la cikgu sebut apa.... Ni kes main hentam saja la ni.....Hmmm..macam-macam....

Nasib baik la mak kamu ni sms cikgu. Kalau tak, penuh bergaya la esok gi school dgn sawinya.... Hahahahh....

Hmmm....Bendi ni mesti nak guna utk cop cop kat kertas lukisan tu... Macam kita dulu-dulu... Potong bendi, pastu sapu berus yg dah colek kat water color tu kat tempat kena potong tu pastu cop cop cop.... Takpun, tak payah susah payah, celup je kat water color tu... ^___^

Thursday, 7 March 2013

Masih Mengharap...

Satu hari:

Nurin hana: "Ibu, ibu kahwinlah dengan papa..."
Ibu: "Eh, kan ibu dah kahwin dnegan papa..."
Nurin hana: "Dulu Ibu kahwin dengan papa, dapat Nurin hana... Ibu kahwinlah lagi dengan papa, nanti boleh dapat adik..."
Ibu: ................. #terkesima#

Sudah agak lama jugak Nurin hana tak membangkitkan perihal adik tu. Hmm..nampaknya, impian yang satu tu masih lagi diingatinya.....

sumber: fb

Ya, aku tau suatu yang berlaku itu ada hikmahnya sama ada kita sedar mahupun tidak. Pastinya ada hikmahnya mengapa Tuhan belum lagi mahu mengabulkan permintaan kami untuk menambahkan cahayamata. Moga dimurahkan rezeki kami yang satu ini...Aminnnnnn.....

Tuesday, 11 December 2012

Konsert "JLo"......

Hahahhah...JLo la sangattt......
Ni bukan JLo...tapi Nurin hana...
Buat ke sekian kalinya, sekali lagi Nurin hana joint persembahan untuk konsert tadikanya. Nampaknya tahap keyakinan semakin meningkat. Takda malu-malu berada di atas pentas, dan boleh melaksanakan dengan baik setiap rutin langkah tarian yang diajar oleh cikgunya. Well done my dear...

Sebagai tanda sokongan dan bukti ibu dan papa yang prihatin, dah tentulah kami berdua hadir dan seperti paparazi dan mamarazi, sibuk meng snap gambarnya sedang menari... abis persembahannya, terus simpan kamera besar..hahahhah...pilih kasihhh sangat...

Keseluruhannya majlis berjalan lancar walau ada kelemahan di sana sini..
Teguran ikhlas untuk tadikanya, sebaik-baiknya cikgu letak tagging pada kerusi yang dikhaskan supaya tidak diduduki oleh orang tidak berkenaan. Kami dah pilih port sesuai sangat, tup-tup cikgu datang dan bagitau semua yang dah ramai duduk situ yang bahagian  tu untuk pelajar 6 tahun dan yang akan dapat hadiah.. Ooo..awat tak habaq mai siang-siang... Kan senang kalau dah ada tagging...

Ada banyak persembahan...dan enjoy sesangat tengok budak-budak riang ni atas pentas... Macam-macam gaya ada... Ada yang sangat lincah..ada pulak yang terpinga-pinga... Biasalah..budak-budak... Yang penting, takda sesapa yang menangis atas pentas atau lari turun bawah...hahhahaha...walaupun berdiri tegak macam tiang, takda satu pergerakan walau seinci pun....sekurang-kurangnya berani tampil ke atas pentas...bravo anak-anak...

Kalau tak salah, persembahan kelas Nurin hana giliran yang ke enam rasanya.. Aku sempat le menjengah ke belakang pentas sebelum persembahan tu, mak aiii...meriahnya bunyi...suara cikgu, suara budak-budak..sama-sama naik... hai..camna la cikgu kawal budak-budak yang ramai ni ye...
Belakang pentas..berdebar tunggu giliran..eh, ye ke...? tengok semua happy je...
Muka macam tepung gomak memasing...cikgu la yang mekapkan depa semua ni....sepit rambut kat kepala tu, bila dah habis konsert, cikgu kutip balik...ingatkan sekali pakej baju tu...heheheh..

apa yang duk teleng tu...??? Bila tiba giliran kelas Nurin hana, ibu dan papa pun sibuk ke depan... bukan hanya setakat 1 kamera, tapi tiga sekaligus...hahhhahaa....gelojoh sungguh... kamera besar, kamera kompak dan dah tentu iphone..senang, nak upload terus dalam fb...

pheewwittttt....anak sapa la ni.... Baju ni cikgu beli...masa awal pendaftaran dulu, salah satu item yang kena bayar adalah duit untuk konsert. Dari situlah, datangnya baju ni... Baru best konsert macam ni, ada pakaian khas...baru nampak menarik... Yang tak bestnya, lepas tu, baju tu tak tau nak buat apa dah... Macam tak sesuai nak pakai sebagai baju harian mahupun jenjalan. Cuma seluar tu la yang boleh re-cycle balik... Tahun lepas punya baju lagi parah, baju merelit, skirt pun merelit...camna nak pakai balik...sudahnya duduk dalam closet je la...

 kenapa tak terbang-terbang lagi ni...sayap dah angkat tinggi ni...

 ewahhhh....gelek..jangan tak gelek.....kata tarian arabkan..mesti la ada gelek menggelek..
Mujur la budak-budak yang gelek ni...kalau tak...mau para bapak duduk kerumun ket depan pentas je la jawabnya..hahahhaha...

Ada tiga jenis baju untuk tarian ni dengan tiga color, pink, biru muda dan ungu. Nurin hana dapat yang color ungu...

well done my dear...tak sia-sia training berbulan lamanya.....

Wednesday, 26 September 2012

Thursday, 9 August 2012

Riang ria bersama


Ni koleksi gambar Nurin hana dengan sepupu-sepupunya belah famili aku. Baru ada 2 orang je plus sorang lagi bulan September depan. Walaupun, bilangannya sikit tapi tahap riuh nya boleh tahan jugak.....nak-nak kalau ada budak kurus kecik molek tu, Syafiq... He will conquer everything. Konsepnya, mainanmu mainanku jua dan mainanku tetap mainanku jua.... Badan sangat kecik tapi akal sangat besar.... Kalau lari, laju betul sebab badannya ringan. Sangat-sangat aktif sampaikan kalau pegi makan kat luar boleh tak kenyang mak dengan apaknya sebab mana nak makan, mana nak melilau mata tengok dia berlari ke sana sini.....

Yang sorang lagi, Faris yang bakal dapat adik insyaallah bulan september ni. Badan lebih besar daripada Syafiq walaupun lebih muda. Kalau gandingkan depa berdua, mesti orang akan ingat Faris abang dan Syafiq adalah adik... Baru dapat mulut, so asyik nak pot pet pot pet...cakap ambik tang yang hujung-hujung je... Kalau panggil Nurin hana, panggil "Na..." je....walaupun kita puas ajar panggil kakak.... Tak kisah berkongsi barang dengan orang. Tu pasal kalau boleh semua mainan dalam biliknya nak dikeluarkan...sampai kena control. Kalau tak, maka berlakulah perebutan secara besar-besaran antara tuan punya mainan dengan tukang pinjam yang berperilaku seolah-olah mainan tu sendiri punya....hehehehheheee...

Nurin hana walaupun belum ada adik tapi ada la ciri-ciri kekakakan tu..... Boleh la harap untuk main sama-sama dan buat riuh secara berjemaah.....Kengkadang kena buli dengan adik-adiknya ni, terutama dak Syafiq sebab dia main kasar sikit, sedangkan akaknya tu lemah lembut gemalai bak putri. Apapun, depa semua ni buah hati pengarang jantung pak aji dengan mak aji ni aka atuk dengan opah.

Belah famili enche arjuna laaaagiiiii ramai, ada 6 orang plus Nurn hana jadi 7. Just imagine bila reramai berkumpul kat rumah nenek Mori, macam nak pecah rumah dibuatnya...padahal baru 7 orang je tu..... The main player is abang Syakir... Semua nak pegang, nak sentuh..pendekata pantang lalu la, mesti tangan pun jalan sama jugak..... Sangat lasak but the funny thing is......dia suka merajuk. Pantang kena tegur, mesti tarik muka dan bongkokkan badan ala-ala longlai....so cute.....this boy arrr...banyak akal... Dan satu lagi, takut dengan bunyi mercun dan jugak bunga api. So, musim-musim ramadhan dan raya ni, semua orang sibuk main bunga api, dia akan jadi penonton setia saja...tak berani langsung nak pegang ataupun datang dekat......

Aku rasa, Syafiq kalau Syakir memang sesuaiiiii sesangat.... Nama pun dah dekat-dekat tu. Mesti runtuh rumah dibuat dek budak dua orang tu...hehehehheh... 

Harapnya depa semua kekal berkasih sayang sehingga hujung nyawa..... Iyalah, kadang-kadang kemesraan tu hanya wujud masa kecik je, bila memasing dah besar, dah jadi orang asing....

Thursday, 2 August 2012

Tangan berseni......kah?

Dengan bangganya mempersembahkan......(dengan mode: hidung kembang kempis, sengih sampai ke telinga... ^___^)
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................

Cantik tak???? ^____^
Well...sesuai dengan kata-kata cantik tu is subjective so, bergantung pada mata masing-masing la....  Pada aku, cantik sesangattttt.....ehh....sukahati la kannnn.... tukang buat benda ni kan buah hati pengarang jantung...so kena la bagi moral support sikit, puji-puji supaya dia lebih semangat waja.... ^___^

Ni antara kompilasi tangan berseni anakanda, Nurin hana.... Ditempek depan dinding school bersama karya agung lagi kreatif kengkawan seangkatan untuk tatapan mata-mata mak-mak dan apak-apak....dan jugak termasuk kata-kata "manis" mak-mak dan apak-apak.....

Gambar atas sebelah kiri tu, tema haiwan liar. Gambar singa tu, cute je dia punya rerambut kuning tu...pakai kapas je tu.... rambu ramba.... ^___^
Sebelahnya tu pulak, obor-obor....hehehehh...bukan main senyum menyengih obor-obor tu ekkk..... very the overrrrr........ ^___^
Kat bawah kiri tu pulak, patutnya ladybird tapi ladybird buta matanya........mata lupa nak letak daaaa.....Balik rumah sibuk dia nak lukis mata kat atas tu, tapi kesian tak berjaya sebab bahagian kepala tu kan hitam, so warna yang agak menyerlah di situ mesti la yang terang macam putih kan...tapi masalahnya warna putih tu dah kering tiubnya... Apa lagi, tarik muka la makcik kecik tu... hehehhhehh... 
Okay, yang terakhir tu, apa tu? Cuba teka? Agak-agak apa ye??? Kalau nak tau, tu la burung... Ada badan, ada sayap dan paruhnya... Bukan main lagik dia puji diri sendiri, kata dia kaler cantik.... macam rainbow......Hmmm....sukahati la nak.....

Errr........Kat mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi....tak gituuuuuewwww.....
Hehehehhe....apaknya pun berbakat dalam seni lukis-lukis, kreatif-kreatif ni, tapi entah camna boleh tersasar jadi sang injinier pulak.....patutnya arkitek tu.... Ingat dulu, masa zaman muda remaja, zaman saat berseminya cintan cintun, selalunya kad raya ke kad birthday ke, yang dikirimkan kat aku mesti ada style punya...tak main la kad-kad biasa beli kat kedai tu...ni hand made punya..... see....kan tangan berseni tu.... ehh, maknya pun apa kurang.... bagi la lukis corak-corak ke, memang superb...(sila mutah darah di situ....^___^), tapi bab lukis orang-orangan, pemandangan..hampehhhh...... bebudak tadika punya pun cantik lagiiiii..... ^___^

Tak kisah la, apapun minat anak-anak kita, kita sebagai mak dan apaknya, sokong la sepenuhnya asalkan tak menyimpang ke arah tak sepatutnya...... you go girl.......

Wednesday, 4 July 2012

Tanpamu, akulah yang rindu

(sumber: fb/google)

Sungguh bagai dikata........

p/s: I love you my dear princess,Nurin hana............

Wednesday, 16 May 2012

Wednesday, 2 May 2012

Thursday, 26 April 2012

Potong kek dalam hutan

Alhamdulillah, sebagaimana yang dirancang, berjaya jugak kitorang celebrate birthday Nurin hana bersama-sama ahli keluarga dekat Chalet Rimba Jinbara, Kemensah. Family gathering la jugak kiranya. Sang arjunaku yang bagi cadangan untuk buat sesuatu yang lain kali ni. Asyik-asyik indoor je, kali ni kita try buat outdoor pulak. BBQ style sambil bermandi-mandian.....

Mula tu aku berbelah bahagi jugaklah nak buat outdoor ni. Kan senang kalau buat kat restoran atau fast food je. Bagi idea, bayar dan semua dah siap diurus. Aku kan suka nak yang mudah je... Tak suka nak serabut-serabutkan kepala. That's why, benda-benda yang pening ni, aku bagi peluang kat sang arjuna je la fikir. Takpa la, nak bagi neuron-neuron kat otak tu bercambah... okay what... semakin bercambah semakin bijak la orang tu...

Lepas bertekak bagai bincang dari hati ke hati...maka kata putus diambil. Kita buat outdoor BBQ style. Aku terbayang sungai, air terjun, jeram... Nak buat kat pantai, panas la pulak nanti. Ai tak biasa la panas-panas ni...kang lebam kulit ai yang putih melepak ni kannnnnn....... ^____^

Cadangan awalnya nak buat di Sungai Semungkis, dekat Hulu Langat. Ofis arjunaku ada buat family day tahun lepas kat situ (aku tak joint, sibuk dengan hal-hal negara....kennnn....). Kampung halaman terchenta kitorang suami isteri ni kat ampang so, kalau untuk mudahkan kaum kerabat semua, kenalah pilih port yang dekat-dekat situ je....Hulu Langat la the best location. Kitorang je la jauh...takpa, demi kaum keluarga terchenta...rela bekorban apa saja....^___^

Tapi tempat tu dah teruk lepas kena banjir besar baru-baru ni tu. So, kena la fikir alternatif lain pulak. Sungai congkak? Ala, asyik-asyik situ je... Kena cari tempat lain pulak.....

Sampailah satu hari tu. Thanks to my friend, Millie... Aku terbaca statusnya dalam fb, tentang gathering nya dan gambar yang ditunjukkan kat wall fb tu benar-benar menarik perhatian aku. Bak jatuh cinta pandang pertama gitu..... ^___^. Katanya tu kat sungai kemensah.

So, kenapa kitorang tak try survey kat situ pulak? Berdasarkan survey rambang kat internet, ada beberapa tempat menarik yang aku kira sesuai untuk berfamily gathering ni. Kitorang turun padang terus, survey tempat-tempat tu semua. Kena turun padang, baru dapat feel sama ada tempat tu memang best atau best tengok kat gambar je...

Antara tempat yang kitorang jejak, chalet rimba jinbara, teratak angah, warisan rimba, kemensah waterfall chalet,........

Wahhh..sungguh mengagumkan...rupa-rupanya banyak tempat menarik kalbu kat kemansah ni, bagai permata terlindung, gitulah kekdahnya.... Pilih je mana tempat yang kita berkenan, tepuk dada tanya poket. Rata-rata yang kitorang pergi tu disediakan pondok penginapan dan tempat untuk BBQ. Bukan wakaf ye, tapi ni pondok yang ada dinding keliling, atap, tingkap dan pintu. Boleh tidur-tiduran kat situ, salin-salinan baju, pendek kata sukahati koranglah apa nak buat kat dalam tu, janji bukan benda-benda tak senonoh atau yang boleh merosakkan pondok tu. Ya la, buatnya korang pakat beramai-ramai lompat-lompat kat dalam tu, roboh la pulak...menjawab la korang dengan tuannya tu...   ^____^

Ada chalet yang jugak ada tempat ala-ala swimming pool, air yang ditakung dari gunung/bukit, selain air sungai sedia ada. Yang membezakan air gunung/bukit tu dengan air sungai, air gunung/bukit tu suam, air sungai pulak sejuk sampai mencengkam tulang sum-sum...Boleh kecut la badan korang duduk berendam lama dalam sungai tu. Tapi, bukankah tujuan datang berkelah di sungai untuk mandi mandi aka berendamkan...so apa ada halkan kecut mecut ni kannn....

Setelah timbang kati bagai, kitorang putuskan pilih chalet rimba jinbara. Agak mahal sewa pondoknya tapi aku suka tempat tu. Damai je.....chewahhhh.... Entahlah, aku pun tak tau kenapa aku suka tempat tu. Maybe sebab tak crowded sangat kot..more privacy la jugak.... Lagipun, apa salahnya. Bukannya nak raikan orang lain pun...untuk anakanda terchenta jugak....

Dah pilih tempat, kena pecah kepala memikirkan pasal menu pulak. Memanglah nak buat BBQ tapi, takkan tu je kan? Kebanyakan yang datang tu memang kategori food lovers. So, gaduh-gaduh bincang-bincang lagi. Dah prang pung prang pung semua, menu yang ditetapkan selain BBQ untuk memastikan semua perut rasa seronok dan enjoy adalah nasi putih, mee goreng, sambal udang, sandwich telur, sayur campur, sup cendawan dan nasi lemak. Proses membeli dan memerap BBQ tu di sub-con kan kepada my sister in law, as, manakala nasi putih dan sayur campur sub-con kat mak aku, cik ro. Nasi lemak tu sebenarnya untuk breakfast, suc-con kat choi untuk belikan (alih-alih dia pulak sampai lambat, orang dah makan benda lain dulu...). Terpaksa sub-con separuh sebab tuan rumah aka penganjur takut tak sempat nak buat semua. Kang sibuk nak bolot buat semua, mau jadi yang dikejar tak dapat, dikendong keciciran. Orang tua-tua kan pesan, jangan tamak...tak baik tau.....

Malam sebelum tu, aku selaku chef yang dipertanggungjawabkan untuk buat sambal udang atas permintaan arjuna, masak siap-siap sambal udang tu. So, pagi nanti perangatkan kejap boleh terus bawak. Pagi terus concentrate buat mee goreng special (kononnnnnn..........) dengan sup cendawan. Bahan-bahan untuk sandwich, aku dah siapkan malam tu. Arjuna secara aktifnya telah bertindak selaku pembantu chef dengan menjalankan tugas-tugas potong bawang halus-halus, racik cili merah nipis-nipis, potong limau, jugak bersihkan udang. Tak lupa, pembantu chef sorang lagi, Nurin hana yang bertugas untuk melenyekkan telur untuk buat sandwich dan menggaulkan segala bahan campuran dalam bekas sandwich. Kedua-dua pembantu chef telah bergotong royong secara berduet menyiapkan sandwich pagi-pagi tu. I love u guys... ^___^

Kek birthday? Kali ni kita try new place. Order kat Cafe Giat Mara kat presint diplomatik. Katanya, student yang buat. Mula tu risau gak, adik yang ambik order macam tak confident je bercakap, boleh ke siap kek ni... Tapi, tawakkal je la...Hehehe...serius..berdebar jugak kitorang masa nak gi ambik kek hari yang sepatutnya tu. Mana nak cekau kek kalau kek tak siap lagik. Bukak-bukak pintu je, terus terpandangkan kek sebijik macam design yang kitorang minta. Terus confident, mesti kek Nurun hana la tu. Yalah, dah sebijik sebijik macam yang diminta. Fuhhh..lega...

Pukul 8 lebih baru kitorang bertolak dari putrajaya. Bajet awal, pukul 8 nak keluar sebab patutnya kena berkumpul kat chalet 9.30 pagi. Heheheh...Pukul 6 lebih baru sibuk nak masak dan packing semua, pastu bila dah keluar rumah baru pulak perasan minyak kereta dah habis. Nasib baik sampai on time je.

Sampai-sampai je, eh..eh..eh...ramai pulak orang kat chalet tu. dua kali kitorang turun survey, lengang je. Kali ni siap parking lot pun penuh (parking memang kecikpun..). Agaknya ada orang buat family day kot sebab nampak macam group. Tapi tempat yang kitorang ambil tu tetap kitorang je conquer. Best..best..best...

Alhamdulillah, semua adik-beradik kitorang dapat join sekali, termasuk cik rosni, cik ro dan cik mori. Makanan pun cukup dan berlebih pulak. Bolehlah sorang sikit tapau bawak balik. Terima kasih semua sebab sudi mengosongkan masa pada hari tu, tukar syif kerja semua. Insyaallah, next time kita horey-horey lagi....Maybe, another host...?

air banyak pulak kat sungai tu. masa survey, air cetek je, kali ni okay la. maybe hujan malam sebelum tu, that's why air jadi dalam sikit. seronok berendam...air sejuk.....
merpati dua sejoli.... ^____^. wei, jangan buat pasal...adik beradik kandung tu, sama mak, sama bapak....
birthday girl yang sangat-sangat happy hari tu....happy dikelilingi dengan orang-orang yang rapat dalam hidupnya...
taiko selayang dengan ex-taiko yang telah ditumbangkan....
tu la satu-satunya pelampung yang dibawak. menjadi idaman semua, tak kira muda mahupun tua... yela, yang tua pun teringin jugakkan....
si merah yang asyik menempel kuat kat badan pak longnya masa mula-mula jumpa air...
tempat ni ada tempat berpasir, macam kat tepi laut. sesuai la kanak-kanak ribena termasuk yang dah melepasi tahap remaja main-main kat situ, korek pasir, buang pasir, korek pasir, buang pasir.
kanak-kanak ribena pelbagai peringat usia yang begitu seronok berendam sakan....
rendam...rendam jugak...panggilan perut kena layan jugak....
yummy..yummy... ada ayam, daging lembu, daging kambing, udang, sotong. tempat bbq dan arang disediakan, opss..bukan free arrr...kena sewa.....
life guard yang sibuk mengawas semua kanak-kanak ribena
pondok chalet rimba jinbara yang kitorang sewa. ada pangkin kat depan tu untuk rehat-rehat.
kek hasil buatan pelajar giat mara. ok what..not bad...
satu lagi. angry bird's cup cakes. cute...
oh..anak...awat pi jilat pisau kek tu..... tengok...banyak betul kek....maksu bawak red velvet cup cake dengan cheese cake
Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu, Nurin hana...
ye...potong...jangan tak potong....semua tak sabar nak ngap kek....
makan angry bird dulu la....
bersama sebahagian cousins. ada lagi yang takda dalam gambar ni. sama ada busy kena kelek dengan mak-mak atau busy makan...

Sememangnya cadangan buat kat sini adalah satu keputusan yang amat tepat......semua happy, perut kenyang, hati pun senang.........

Saturday, 21 April 2012

Angry Bird terbang ke sekolah

Berkaitan dengan entry ini...

Macam tahun-tahun sebelum, kitorang hantar kek jugak ke school Nurin hana, supaya dapat dia celebrate dengan kawan-kawan dan cikgu. Nak panggil kawan-kawan datang rumah, err..belum sampai seru lagi nak celebrate kat rumah.
So, siang-siang lagi kitorang dah order kek kat bakers cottage. Siang senang, nampak la nak imagine bakal rupa paras kek tu. Banyak sampel yang ada dan birthday girl pilih untuk letak gambar angry bird. Sekarang tengah hot kek macam tu kan...Ikut je la...janji happy orang yang nak celebrate tu..... Bab pilih kek ni, mak dengan apak tak boleh lebih sudu dari kuah....Takpa, kita bagi chance kali ni...Nanti kek satu lagi, kita pilih pulak kan papa kan........ ^___^

Dan start dari saat dan detik mengorder kek tu, hari-hari la dia duk tanya, mana kek dia, mana kek dia. Puas nak menjawab. Rasa macam nak tape kan suara, bila ditanya je, terus bukak yang dah rakam tu. Senang, tak penat mak ngan apak nak menjawab....  Siap dah cerita dengan kawan-kawan lagi pasal kek angry bird nya......hehhehe...tak surprise la lagi camtu...excited bukan main...

Bila hantar kek kat school, kena la jugak ada gift aka jajan untuk kawan-kawan dia semua. Gigih dia nolong Papa nya isi semua barang dalam plastik. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku sms dekat cikgu untuk pastikan Nurin hana pun dapat satu, kang melalak pulak kat rumah, kawan dapat jajan, dia takda... Mana pulak nak cari lagi, semua jajan dah angkut pergi school.

Bersempena nak kena hantar kek dan jajan tu ke school, mak ngan apak jugak ambil cuti "peristiwa"..... Heheheh...cuti rehat la.... Saja, semata-mata nak rehat nak hantar tu.... Tak ketinggalan jugak, aku hadiahkan kirim kamera kat cikgu untuk ambil gambar. aku dah pesan, snap gambar banyak-banyak. Alih-alih, berapa keping je yang cikgu ambil...Hmmm..jadilah daripada takda...Pahammmm.......mana nak snap gambar, mana nak handle kanak-kanak ribena semua tu...

Ini je la gambar-gambar yang sempat cikgu snap...terima kasih cikgu (cikgu as kot kalau tak salah namanya...)
 kek angry bird aka durian. panggil durian sebab ada duri-duri keliling. kek ni kek coklat sebenarnya.
 see....penuh satu kek tu muka angry bird....
 ingat tak entry pasal Nurin hana dancing tahun lepas? ha, yang baju hijau  tu bakal menantu aku tu...hehehh..takda la...tu partner Nurin hana masa dancing tu...
 kali ni semenggah sikit rupa Nurin hana...tahun lepas, cikgu snap gambarnya dengan muka berbelak dengan bedak...bedak bertempek sana sini...muka cun terus tak comel jadinya...^___^

Balik dari school, belanja makan kat McDonald's pulak. Saja pilih situ sebab ada ala-ala playground kecik kat situ. Bolehlah Nurin hana makan sambil main. Tapi, sudahnya duduk makan je. Dia tak minat pulak nak main. 
Ikutkan mak ngan apaknya ni, nak pergi makan kat bagan lalang je, menyenakkan perut dengan ikan bakar dan segala bagai seafood. Tapi mengenangkan yang patutnya diberi tumpuan lebih untuk makan ni, birthday girl tu, so kita makan McDonald's je la ye...Kalau kat bagan lalang, dah tau sapa je yang akan lebih makan, birthday girl confirm makan sejemput, mak ngan apaknya pula over makan berpinggan-pinggan sepinggan. ^___^
 yummy...sedapnya burger ni...plain chicken burger, no mayo, no vege, no sos. hanya roti dan daging je...ni la tips saya untuk kekal langsing......
 mana pulak sos ni....susah betul nak nampak bila pakai topeng ni....
 errrkkk...alamak, senget la pulak....ibu saya ni main snap je...bukan nak adjust sikit. abislah ke'cun'nan saya macam ni...
we love u darling.....