Showing posts with label happy family. Show all posts
Showing posts with label happy family. Show all posts

Monday, 30 May 2022

Senaman kaki dan senaman mulut saling lengkap melengkapi



Peach strudel? Burnt Cheesecake? Anyone?
Who can resist these tempting 😋😋😋.
Tengok gambar ni je pun, dah menjejes-jejes air liur.
Minum air manis, boleh control lagi. Tapi makan benda manis macamni, aduhhhh, nafsu masih membuak-buak. Sejenis sweet tooth memang macam ni. 

Tau-tau je, pagi tu sampai Kenny Hills Bakers 🤭. Kat Jalan Ampang. Aterrr, tak kenyang ke kome berdua ni. Ada membela ke? 🤭. Sebelum ni dah pekena nasik lemak.
Alang-alang dah sampai KL, kita singgahlah sini. Kan orang tua-tua kata, tak baik kalau dah sampai, tak singgah. Nanti kecik hati tuan kedai tu.
Sebab perut dah rasa macam nak pecah, kita terpaksa ambik 2 jenis dessert je. Walaupun ikut hati, nak ambik macam-macam lagi. Macam bila kita masuk kedai Eco RM2.20 yang  nak naik RM2.40 tu, terpesona dengan harga yang dikatakan murah tu, kita ambil macam-macam sampai penuh troli. End up daripada plan nak beli bateri, bayar RM2.20 je tiba-tiba kat kaunter tulis RM50...heheheh. 
  
Tapi, memang boleh jadi tak tentu hala, hilang ingatan kejap, tengok semua pastries dan kek yang ada tu. Rupa paras semua cantik menawan belaka. 
Walaupun rasa belum tentu, tapi mata kita kan mudah tertipu dengan kecantikan luaran 😁. 
Tapi disebabkan graviti yang ada berjaya menarik diri daripada terus melayang-layang, kaki tetap terpasak di bumi ni so ajaran bonda berjaya keluar dan menjerit-jerit dalam diri bahawasanya "ikut hati, binasa".
So, peach strudel dan burnt cheesecake menjadi pilihan dan paling magiknya berjaya menyelit di celahan perut. Padahal perut dah maha kenyang tu. Tak tau la, macamna dia cari ruang tu 🤭.
Masih terasa-rasa kesedapannya. Boyfriend pun kata sedap. Kalau beliau kata sedap tu, memang sedaplah, al-maklumlah biasa buat review makanan dan ASMR mukbang. 


Tapi parking situ sangatlah hazabedahnya. Lorong sempit. Ada disediakan parking khas untuk pelanggan Kenny tapi parkingnya terhad, sampai double parking.
Tau je lah, kedai-kedai macam tu pasti ramai pelanggannya. 
Nyaris nak balik je, bila takda parking tu. Otw nak keluar lorong, lalu sebelah Supermarket Hock Choon. Tiba-tiba nampak ada parking kosong. 
Errrr... camna ye? 
Puas timbang tara bagai, akhirnya syaton tu menang. Salahkan syaiton tu.

 Menyamar la kejap jadi customer Hock Choon. Untuk menjustify kan parking situ, jomlah kita masuk dalam Hock Choon kejap.
 Sorry pak guard, cacing dalam perut ni mengidam nak makan kat Kenny. 

Tadaaaaa... ni lah nasik lemak pengisi perut pertama sebelum ke Kenny. 

Sekali lagi, tau-tau je sampai Nasik Lemak Wanjo Kg Baru.
1st time nak try nasik lemak ni. Dengarnya popular ye. 
Kesian.. orang lain dah berkurun makan ye. Kita baru nak try, tapi bak kata orang bijak pandai, better late than never, ghituwww.



Lauk pilihan pinggan isteri, paru goreng dan tempe goreng. 
Telur mata. Sambal lebih. 
First time makan nasik lemak dengan tempe goreng, hmmm..not bad. 
Hehehehe.. i is suka giler tempe, so makan dengan apa, sedap je.
Suami terchenta pulak, ada sambal sotong kembang, ayam goreng, telur dadar.
Sambal biasa.

Boleh tahan panjang beraturnya. Tapi servisnya cepat so tak terasa, sekejap je line jadi pendek.
Banyak pilihan lauk pauknya. Ayam goreng, rendang ayam, paru goreng, sotong sambal, kerang, bergedil etc. Ada tempe goreng jugak, favourite ❤️. 
Lauk pauk semua dicedok oleh orang kedai tu.
Bagitau je nak lauk apa, tak cukup, mintak tambah sesenduk dua tiga lagi. 
Mungkin kaedah tu jugak menyumbang kepada kecepatan servisnya.
Yelah, kalau biar customer ambik sendiri lauk, terutama ayam, pilih ayam je pun dah berminit-minit..hahaha. Sibuk nak membelek bahagian ayam mana nak ambik. Belek dan belek, ambik belum jugak lagi. Kat belakang line dah makin panjang.. hahahha.. Gara-gara pilih ayam goreng je pun.

Kat sini, sukati, pilih la mana yang berkenan di hati, janji bajet ada 🤭. 
Nak ambik semua lauk also cannn. Tepuk poket, tanya selera.
Lepas ni kalau orang tanya, dah makan nasik lemak Wanjo, dahhhhhhh.. panjang harkatnya.


Sebenarnya, sinilah destinasi asal yang dituju pagi tu. Taman Tugu.
Sesi makan-makan tu kira samping-samping la.
Seawal 7am dah gerak. Kalau ikut plan asal, 6.30am 😆😆😆....ko dah kenapa awal sangat.
Taulah semangat kannn...
First time pegi sini, so tak tau nak jangkakan apa yang akan dilihat dan dilalui nanti.
Biasa tengok kat internet je.
Bila sampai dan habis pusing semua.. yessss..best sangat. 
Lain kali boleh pegi lagi.
(supaya boleh singgah Kenny lagi...hahahhaha).

Taman Tugu tu style jungle tracking and mendaki/turun bukit sikit. 
Rasa macam kembali ke zaman riang tirana Kembara UUM dulu 😅. 
Puas la menyedut udara segar kat taman tu.
Tapi kan.. kena beli tongkat jugak ni. Boleh tahan jugak lutut kena dera 😅.
Lama tak naik turun bukit, ambik ko.. rasain bila bangun tido esok ni 🤭.
Trek nya sesuai untuk semua golongan, tua atau muda.
Come on anak-anak muda.. you can do it.
Cover sikit semput nafas tu. 
Malu aihh kat warga-warga emas yang masuk Taman tu.😁.

Orang-orang tua pesan, kalau masuk hutan, mulut jangan celupar.
Setiap tutur kata kena jaga.
Si boipren ai ni, masa ni la pun duk sibuk tanya, camna ek kalau  sesat kat hutan tu..
Aduiiii...rasanya dah kabo awal-awal, jangan cakap benda yang bukan-bukan.







Thursday, 18 June 2020

Emas Berduri

Hai..

"oh kome.. derghoyan udah luruh
Lebih baik cepat pergi suluh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok"..



Yezza, musim durian sudah kembali.
Ke sana ke sini, gerai jual durian merata.
Tertarik dengan satu status yang bertebaran di wasap dan fb.
Katanya, durian dilahirkan di Malaysia, dibesarkan di Malaysia tapi harga mahal.
Betul jugakkan..hehehheh...

Harga durian memang mahal sekarang.
Bagaikan membeli emas kekdahnya.
Cuma beli emas, boleh simpan atau dileburkan kemudian.
Beli durian, hadam di perut je, hehehhe.
Mungkin sebab masih di awal musim, jadinya harga mahallah kot.
Mungkin bila dah banyak buah luruh nanti, harga jatuh..kannn. Marilah kita doakan sama-sama....dapatlah berkendurian puas-puas.

Tapi itulah, mahal macamana pun, tetap ada pembelinya. Yelah, penggemar durian ni ramai.
Walaupun mulut memberontak merungut tentang mahalnya durian ni, tapi kehendak hati siapa mampu tolakkan.
Umpamanya tiada apa yang mampu menghalangnya daripada mencium bau durian di tangan selepas selesai menjamahnya.
Lagipun kita bukan beli durian hari-hari kan?
Nak rasa, kita belilah jugak.
Ke ada yang beli hari-hari? Aiyoooo...kayanya beliau...hahahhah.

Untunglah sesiapa yang ada durian durian. Boleh tunggu buah luruh dan kutip bawah pokok dan terus takuk. Fresh from dusun tu..huhhuhuhuh..

Sekarang ni nak lebih selamat, kakak beralih beli durian yang dah siap letak dalam bekas. Jadi takda rasa kecewa bila beli berbiji-biji durian, tapi yang eloknya sebiji dua je.
Setakat ini, alhamdulillah semua durian dalam bekas yang kami beli dalam keadaan elok.
Berbaloi la beli.

Kalau nak cuba, boleh cari ezydurian (FB) dan durian.kotak (IG).
Rasanya banyak je delivery kat luar sana. Cuma kena rajin mencari la.
Dua ni yang memang kami dah cuba dan berpuas hati la.

Hmmm...tengok gambar durian lalu lalang kat wall FB, teruja pulak rasanya..hahahha...

Monday, 15 June 2020

Apa Ada Pada PKP

Hai,

PKP
Fasa 1: 18/3/2020 - 31/3/2020
Fasa 2: 1/4/2020 - 14/4/2020
Fasa 3: 15/4/2020 - 28/4/2020
Fasa 4: 29/4/2020 - 12/5/2020

PKPB: 13/5/2020 - 9/6/2020
PKPP 10/6/2020 - 31/8/2020

(Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
(Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PKP minggu pertama:
Bekerja dari rumah (BDR). Istilah bekerja yang digunakan untuk kebanyakan penjawat awam sepanjang PKP. Semua yang bukan dalam kategori essential services, digalakkan untuk BDR saja. 
Agak mencabar.
Kehidupan seperti surirumah (yang telah lama.diimpikan), menguruskan keluarga kecil ini dan pada masa yang sama menguruskan kerja.
Disebabkan berada di rumah, so tetap kena uruskan rumah jugak di samping menguruskan kerja. Kena fikirkan perut orang yang berada di rumah.
Kena pastikan rumah berkemas juga. Mujur Ramadan menjelma tak lama selepas tu, senang, tak payah fikir nak kena memasak makan tengah hari.  

PKP minggu seterusnya:
Awalnya agak sukar, penasaran mikirkan bagaimana mahu bekerja sedangkan jasad di rumah, segala-galanya di opis.
Namun akhirnya, semakin hari semakin mudah.
Semakin lama semakin dapat menyesuaikan diri.

Sesungguhnya, banyak sungguh nikmat sebalik PKP ini. Antaranya:

1) siapa sangka, kehidupan selepas berpencen dapat dinikmati lebih awal. Ala-ala pra-pencen.
Selalu berangan-angan nak pencel awal. Hah, dapat jugak merasa sipi-sipi.
Duduk rumah sepanjang hari. Bangun pagi, menikmati sarapan pagi bersama ahli keluarga.
Nikmat yang selalunya hanya di hujung minggu. Bertambah nikmat, NF ada bersama-sama. Berganda kenikmatannya.
Selama ni, hanya hujung minggu je boleh luang masa bersama-sama, itu pun sebelum NF masuk asrama.
Sepanjang PPK, hambek... setiap hari mengadap muka masing-masing walaupun work station berbeza. Melekat bagaikan gam semuanya. 

2) siapa sangka, kakak berjaya memasak hampir setiap hari 😅.
Ini memang satu pencapaian terbesar ni. Satu kepuasan pulak dapat tengok semua makan berselera terutama NF, sepinggan penuh nasi nya.
Berjaya la buat beberapa resepi yang tak pernah dibuat: antaranya kuih badak berendam, buah melaka, keria gula melaka, nasi kari, pengat. Memang mak kakak mesti bangga punyalah kalau tahu betapa rajinnya anaknya ini...
Ada banyak lagi menu nak cuba masa tu tapi disebabkan bahan susah nak dapat masa tu, so tergendala la.
Jangan tak tau, kakak siap plan nak buat kuih seri muka, kuih lapis, kuih lopes, donut.
Sesungguhnya berangan tu free, tak perlu bayar kan..

Sesekali rindu lah jugak nak bersidai kat mamak atau kedai makan/food court. 
Sebelum era PKP, sekurang-kurangnya sekali seminggu mesti makan di luar terutama kalau balik lambat dari ofis atau kepenatan mahupun kemalasan melanda, hehehhe.
Kakak ada satu perangai, sampai satu masa kakak akan rasa jemu dengan air tangan sendiri, so kena pergi kedai jugak.
Oh ya, sepanjang PKP ni, ada order juga dari GrabFood, Food Panda. Kan kakak dah kata, bila masa itu tiba, kejemuan pasti melanda, hehehheh..  

3) dapat masuk dapur bersama-sama NF.
Peluang untuk mengajarnya serba sedikit asas-asas memasak.
Sekurang-sekurangmya sekarang ni fobianya pada pisau berjaya diatasinya.
Semakin mahir memotong bebawangan.. bravo my love.
Sekarang ni boleh bagitau secara jarak jauh je minta potong bawang, sayur, bahan-bahan asas masakan. Masak nasi pun dah lepas tu. Sebab kakak yang ajar so guna kaedah jari lah untuk ukur sukatan air dengan nasi.
Nak kena hilangkan fobia minyak terpercik pulak lepas ni. Takpa, perlahan-perlahan belajar ye.
Kakak juga telah sub-con beberapa tugas menguruskan rumah kepada NF, macam menyapu, mencuci tandas, membasuh pinggan dan mengemas pinggan mangkuk kepada NF.
 Inilah masa sesuai untuk membiasakan NF dengan tugasan tu semua.
Biarlah bersusah-susah sekarang, bersenang-senang kemudian.

4) Ramadan tahun ni juga jatuh masa PKP. Semua masjid dan surau ditutup.
Makanya, kakak dapat berjemaah terawih diimamkan oleh en suami sepanjang Ramadan.
Manisnya rasa, semanis kurma awwww. Lengkap tiga beranak.
Alhamdulillah, nikmat mana yang mahu didustakan. 
PKP juga bermakna tiada lagi kunjungan ke bazar Ramadan.
Selalunya memang pergi terutama minggu akhir tu. Tak dapatlah cuci-cuci mata. Terjaga poket...hehehheh..

5) persiapan Aidilfitri. Takda beli apa-apapun.
Kecuali baju raya, kebetulan memang tempah awal tahun hari tu so memang sempat siaplah. Itupun mujur dapat pergi ambil bila telah dibenarkan rentas daerah masa PKP hari tu. Dalam minggu akhir Ramadan. Kalau tak, pakai jelah baju mana yang ada.
Cuma nak cari yang sama tema warna tu mungkin susahlah sikit. Saiz baju NF pun masalah jugak, baju lama semua dah kecik.

6) rezeki dapat mengaji dengan aman sepanjang PKP ni. Alhamdulillah.
Sebelum ni terkejar-kejar hatta nak habiskan satu muka pun. Ni siap boleh pilih waktu mana nak baca. Nak dengan tidak je. Nikmat paling nyata. 


  

Friday, 12 August 2016

Demi keria

Assalamualaikum...
 
Whoaha...lamanya tak jejak kaki kat sini..
Mood tak berapa nak ada nak update cerita walaupun berlambak cerita ada untuk diceritakan..hahahah..

Ni semua gara-gara instagram... hahahaaa.. senang, ambik gambar, upload..
Tapi blog ni tetap kesayangan jugak..walaupun dah macam dianaktirikan (versi anak tiri zaman dulu kala, dipinggirkan dan selalu nangis di bucu lemari dapur..)..
Banyak kenangan disimpan sini..
 
Disebabkan sini memang tempat untuk disimpan kenangan..meh la kita update pasal kuih keria...
K.E.R.I.A. ye..bukan KERA....ehhh....hahahah..
keria bukan sebarang keria....
 
Hujung minggu baru ni, jejak kaki di tanah hang tuah..
memenuhi jemputan kenduri kahwin saudara belah en suami..
alang-alang dah ke sini, jom la kita cuba kuih keria yang katanya terkenal tu..

Macam biasa, kita google la baca sikit review dan lokasi kedai.. ok, ada satu  kedai yang dikatakan jual kuih keria sedap & sedap.. paling banyak orang review: kuih keria antarabangsa haji jalil
 
So memang berkobar-kobar la nak pergi beli..kalau boleh petang sabtu tu jugak nak pergi
tapi dah lewat petang, takut kedai tutup pulak.. hahaha...over excited sungguh..

So kita pergi la ahad tengahari tu..tanpa mengetahui sesuatu yang sangat mencabar sedang menunggu aku kat situ... yang aku tau, kuih keria je duk tunggu..
 
Tapi keria kena tunggu la dulu..kita pergi hilangkan dahaga di kala matahari rembang panas terik ni kat coconut shake original klebang dulu..
Mak aiii..ramainya umat..nasib baik dapat meja..sejuk je rasa bila coconut shake tu lalu kat tekak.. hahahah.. tambah pulak pekena nasik lemak bungkus..fuhhhh...memang terbaik la..
  

Lepas tu pi la jalan-jalan muzium kapal selam kat klebang dalam keadaan cuaca yang amatlah panas..sampai sepet mata tak boleh bukak
Tak peduli walapun aku sorang je berpayung kat situ..lantak la apa orang nak kata..janji aku dengan NF nyaman..

Rasa insaf sekejap bila masuk dalam kapal selam tu.. dengan sempitnya, tak selesanya, tu la kehidupan para askar yang duduk dalam kapal selam tu.. pengalaman yang kita takkan jumpa tempat lain.. so sayangilah abang askar ehhhh....hahahahha..

Nasihat untuk para pelawat yang masuk dalam kapal selam tu, tolong la pastikan laluan pejalan kaki tu tetap sehala, kalau rasa nak patah balik nak belek-belek lagi alatan dalam tu, sila la keluar dan masuk semula ikut pintu masuk ye.. laluan tu dah la sempit, jangan la tambahkan lagi kesempitan yang ada tu..

So far, kat area muzium tu cuma ada kapal selam dgn 2 jet pejuang.. bayaran nak masuk muzium murah je..
 
Dah berpanas terik kat situ, jom la kita cari kuih keria pulak..
Rupanya dekat je dengan kedai coconut shake tu..jalan terus lagi ke depan, pasti akan jumpa sebab berderet kereta kiri kanan jalan tu.
 
Mula-mula kita singgah kuih keria antarabangsa hjh rahmah dulu.. ada terbaca review pasal kuih keria sini..
nampak orang berkumpul depan kedai macam menghurung sesuatu..
aku pi intai, eh tak nampak kuih pun.. oh..rupanya kena tulis nama ko kat buku order.. padan la semua macam rehat-rehat je kat situ..
aku belek-belek la buku tu, mak oiii berderet nama, berhelai-helai.. ada terdengar orang belakang tu bagitau dia dah tunggu dekat sejam.. gulppp... telan liur dengar..
 
Ok, takpa..kita teruskan ke destinasi sebenar yang kita nak pi..keria haji jalil..
depan sikit je lokasinya.. sebelah masjid limbongan..
Kedai tepi jalan utama.. kereta berderet depan kedai, kiri kanan jalan
Nampak orang berbaris kat tepi meja kecik depan kedai



Masuk je dalam kedai... oh..oh..oh...
Panjangnya baris..ada dua baris.........huwwwaaaa.....
kegilaan apakah yang aku tengah hadap ni..
aku berdiri jugak la dalam baris, dalam hati duk bolak balik nak tunggu ke atau pulang ke pangkuan kereta je..
tapi bila tengok baris tu bergerak ke depan, macam ehh..boleh la kita tunggu je dalam baris
 
so, agak-agak berapa lama aku berbaris? 5 minit? 30 minit? No...No...No.....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
2 jam ko............... T_____T
 
tak sangka aku pun disampuk "kegilaan" tu....
aku berani jamin, tetiba la kalau ada mak buyung atau pakmakcik uzur yang tetiba dating berbaris
aku tak fikir ada orang akan pelawa "ahkak/makcik/pakcik meh sini beratur kat depan.."
berjam-jam dah berdiri kot..bunyi kijam sangat kannn...
tak baik tau suami ahkak mak buyung tu atau anak-anak pakmakcik tu pergunakan depa tau..notty sangat
 
sebenarnya half way beratur tu, macam rasa putus asa sangat
terfikir kenapa la nak kena susah payah berdiri sampai kejang kaki kat sini
buang masa sesaja je kat sini
penatnya toksah kata la.. ni kalau orang cuit sikit pun mau melenting jadinya...hahahhaha
emosi terganggu sangat rasanya
stress tau tengok depa bawak sedulang kuih keria tu ke meja depan
sekelip mata langsai..
rasa berdebar je bila tunggu dulang keluar
kalau sedulang je, confirm kaki ko melangkah setapak dua je la ke depan
kalau dua tiga dulang ada harapan la lima lapan tapak
cepat betul licin kuih dalam dulang
ye la, orang yang datang tu sekali beli berpuluh-puluh
tempoh menunggu tu memang sangatlah mencabar..
serius!!! kalau korang bukan jenis penyabar dan berhati kental, tak payah la beratur sama
pi je la cari kuih keria biasa
ye la..dulang keluar lambat dari dapur pun dah boleh meningkatkan paras ketensionan hahahha
sampaikan terfikir, awatlah depa ni uli dan goreng sikit-sikit, kuali kecik sangat ke...
hahahahha..parah betul..
aku pun heran bin ajaib macamna aku boleh stay dalam baris dengan cukup setia..hahahhaha
ni semua sebab dah alang-alang dah sampai, nak jugak rasa sedap sangat ke kuih keria ni kannn..
so bertahan je la, di mana ada kemahuan di situ ada jalan..hahahahahh haktuiii...
 
di kala beratur la jugak rasa nak shi shi sangat..aduhaiiiiii
en suami dalam kereta teman NF ketiduran, so sudahnya bertahan je la..
mujur takda insiden memalukan..hahahaha..boleh jadi viral beb
pompuan cun terkucil di kala berbaris tunggu giliran beli kuih keria...hahahahh..
 
paling best, makin dekat giliran, makin lambat pulak masa menunggu tu..dushhhh...
sabar je la...
ada sekali tu, masa aku dah masuk baris kedua, ada dua baris masa tu
Akak kedai datang dan bagitau orang di baris pertama, lagi dua jam kalau nak tunggu
pelan-pelan baris tu hilang...hahahhaha...see....bila hati tak begitu kental...
sekajap je baris hilang, lepas tu wujud baris baru balik
ramai betul peminat kuih ni
 


Akhirnya berkat kesabaran dan ketabahan serta kekentalan hati dan perasaan dan emosi semua
dapat la jugak aku menjinjit dua plastik kuih keria...hahahhahah
selepas dua jam ye....
alang-alang dah kejang kaki, "kak, beli 50 bijik kuih keria ni.."
hahahhahah...hambekkkkk...50 bijik terus..
bunyi macam tamak kan..
mula-mula ingat nak beli setakat 10-15 bijik je, ye la buat apa banyak-banyak
nak makannya dua makhluk je, aku dan en suami
sekali en suami bilang, alang-alang dah beratur sikit punya lama tu, beli je la 50
baikkkk....sebagai isteri solehah ai follow la
tapi betul jugak..lama kot beratur, takkan beli singgit dua ringgit
kena berbaloi la dengan masa dan kudrat tenaga berdiri tu
kita bagi la jiran tetangga sorang sikit merasa
hasil perjuangan beratur ni
tapi kan...brader depan aku tu beli dua ringgit je
aku macam...ehh..biar betul...ingat salah dengar, tapi telinga dah siap-siap korek sebelum tu
sekali betul, memang akak tu bungkus dua ringgit je
dua jam beratur, beli dua ringgit je..
memang tabik spring la kat brader tu
ni baru betul-betul pejuang..hahahhah
 
review lepas makan kuih keria...
yee...memang sedap...kena dengan tekak
tak sia-sia beratur dua jam...hahahahha
keria biasa bersalut dengan sira gula putihkan
ni sira dengan gula Melaka la apalagi.. Melaka beb..don't mess with me..
rasa agak berbeza dengan keria biasa
oh ye, harga kuih keria ni lima puluh sen je
so siapa nak mencuba, sila la..
siapkan diri dengan apa patut...hahahhah
cuma kalau pergi weekdays mungkin tak ramai kot beratur...
 
 



Thursday, 30 July 2015

Raya 2015

"Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersukaria 
Lalalalalaalala..."
 
"Selamat Hari Raya...
Kepada saudara serta saudari
lalalalallala..."

echewahhhh.....
 
Assalamualaikum..
 
masih terasa-rasa lagi enaknya nasi impit (ketupat susah jumpa..), pedasnya rendang ayam, kuah kacang yang marvelous, kuah lodeh yang cukup perisa tak lupa juga rendang hati yang meruntun jiwa
aduyaiiiiiii...meleleh airlio...hehehheheh
tu pasal bila raya, berat boleh naik double daripada yang berjaya diturunkan sepanjang bulan puasa
katakan berjaya turun 5kg, lepas raya bila timbang, arghhhhh naik balik 10kg...
mulalah salahkan ketupat rendang lemang bagai
padahal sapa yang mampu menolak juadah raya yang maha sedap tu..hehehehhe
diet semua selamat tinggal.....
 
tahun ni giliran raya rumah mil dulu tapi sebenarnya tak kisah pun mana-mana dulu pun 
almaklum kawin orang sebelah kampung je
pagi breakfast nasi impit lauk rendang ayam bersambung lunch kat rumah mil pastu petang minum petang nasi impit cicah kuah kacang dengan dinner lauk rendang ayam rumah mak aji pulak
dua tiga hari bermalam rumah mil pastu dua tiga hari rumah makpak aji pulak
tu la hikmahnya kawin orang dekat tak payah tunggu berhari-hari baru dapat jumpa makpak
apapun bersyukur la dengan apa yang ada
 
kali ni ada satu pembaharuan
kitorang pakat ambil cuti sehari sebelum raya
selalunya aku la penunggu setia ofis sehingga saat-saat hari terakhir sebelum raya
kali ni nak rasa feeling- feeling persediaan nak raya kat rumah pulak
persediaan la sangat kannnnnnn...
itupun, bercinta nak menghabiskan isnin hingga ke rabu tu, ofis takda orang dah sunyi sepi
rabu angkut NF masuk ofis sekali
aduiiiii..sekolah kebangsaan awal sangat start cutinya, isnin dah start
nak buat apa cuti awal-awal sangat, makpak bukannya cuti lagi
nasib baik rumah transit masih on macam biasa
kalau tak, ke ofis jugak la jawabnya
 
apa buat cuti awal tu? balik kampung awal ke....
 hahahahha..takpun...
merendang ayam, daging ke mengketupat melemang??
hahahahahhah...
takda buat apapun..lepak-lepak kat rumah, kemas-kemas apa patut, kemas baju dalam beg almaklum nak balik kampung kekdahnya
aku kalau nak balik cuti beraya mesti pening fikir apa berapa banyak baju nak sumbat dalam beg
cuti lama kan..kena fikir elok-elok apa baju nak bawak, berapa helai pastu kena ambilkira lepas dah sampai kampung nak balik kampung lain pulak lagi, pening..pening
tu pasal selalunya berjam-jam nak kemas baju dalam beg tu
berkuap panas la aku dalam bilik tu pilih baju
aku jenis tak suka baju tak cukup kalau pegi satu-satu tempat tu
biar berlebih jangan tak cukup, lagipun naik kereta kannnn..lain la kalau naik bas ke memang la kalau boleh nak bawak seminima mungkin
 sebelum balik kampung tu jugak, kenalah jugak pastikan keselamatan rumah yang nak ditinggalkan
jangan fikir nak seronok raya je, kang kita berseronok, pencuri pun berseronok kat rumah kita
 
sebab tahun ni beraya kat rumah mil dulu so dapatlah tengok takbir raya
yang bergerak dari rumah ke rumah
alhamdulillah, nampaknya tradisi tu masih diteruskan kat kampung tu
walaupun ramai orang-orang lama dah takda
kekdahnya depa akan singgah mana-mana rumah yang bukak pintu luas-luas
so tak payah la nak bagi salam kat rumah yang pintu rapat tu ye
maknanya kehadiran tak dialu-alukan la..
konsep main terjah tak terpakai kat sini ye...heheheh
bila bertakbir kat satu-satu rumah tu, so tuan rumah kena la sediakan sedikit makan minum
biasanya aku tengok kalau kat rumah mil, makanan raya tu la yang akan dihidangkan
en suami rajin ikut kumpulan takbir tu so dia bagitau ada rumah yang jamu sate la, bakso la
amboiii..kenyang sungguh depa ni
 
menu raya wajib rumah mil is gulai asam pedas daging tetel
kegilaan en suami dan adik beradiknya biasanya sapa lambat tak merasa la
aku suka je asam pedas tapi sebab aku makan isi (daging) je kan, tang lemak-lemak urat tetel tu payah la sikit
so biasanya aku makan tang isi-isi yang masih ada kat tepi-tepi tu
rendang ayam pencen ada, rendang ayam biasa pun ada
dah tentu-tentu la aku pilih rendang ayam biasa..tak berapa suka ayam pencen ayam kampung sebab tekstur daging tu agak liat
 
lewat pagi raya baru orang bukit turun...hahahahh..gelaran untuk famili adik ipar aku sebab dia duk kat area berbukit sana
dah complete famili, apa lagi sesi bermaaf-maafan la
tua muda saling bermaafan kosong kosong ye semua
takda air mata yang tumpah pagi tu, semua control cun kang abis make-up
lepas tu sambung makan lagi dan lagi
apa lagi aktiviti raya selain makan dan makan
makan kat rumah sendiri makan kat rumah yang diziarahi
 
petang baru pegi beraya rumah mak aji dengan pak aji pulak
dan makan lagi dan lagi
kali ni forum famili tak cukup, pakngah dan paklang takda balik beraya rumah pil
so yang ada hanya famili aku, pak uda dengan pak usu
itupun bukan lekat rumah budak dua orang tu, orang bujang la katakan
sesi salam menyalam terpaksa ditunda bila semuanya balik nanti
sesi bergambar pun takda
tapi la ni rasa menyesal pulak takda sebab walau tak cukup korum pun, still boleh on jugak kan..
rugi..rugi...
cuma ada sesi bergambar kat rumah mil je
 
macam biasa kat rumah mak aji, lauk pauk tetap meriah
sampaikan aku konpius sapa la nak makan banyak-banyak ni
lauk wajib rendang tok, rendang ayam, kuah lodeh dengan kuah kacang
padankan dengan nasi impit dengan lemang
rindunya la hai dengan ketupat, payah betul nak dapat sekarang ni
rendang hati pun ada, special request oleh anak pompuan kesayangan...hehehhe
tapi pagi raya takda lagi, raya ketiga baru mak aji masak sempena kepulangan aku ke rumah
hehehehheh.. I love u mak..
tu la kan...sayang tak sayang mak tu dengan anak-anak dia
mak aji siap simpankan sikit rendang ayam dengan kuah lodeh tu untuk paklang sedangkan paklang balik rumah raya ke lima, sah-sah dah tak berapa elok kondisi makanan tu
sayangkan anak, gitu la...dengan harapan anak dapat nikmati air tangan mak
walaupun sudahnya ke tong jugak sebab dah tak elok...
takpa la..yang penting ingatan tu ada
 
raya kedua famili mil semua pakat beraya ke melaka dengan rembau
rutin tu kalau giliran beraya rumah mil
aku suka je pi beraya, ajar anak-anak ni tradisi ziarah menziarahi ni kan
sehari suntuk kat melaka ye la duduk atas jalan pun dah makan berjam-jam
agaknya duduk atas jalan lebih lama dari beraya kat rumah sedara mara tu
ni masa jalan-jalan di melaka dengan rembau...rumah sedara mara belah mil
bertolaknya pagi tapi sudahnya sampai melaka petang jugak
kitorang siap singgah rumah dulu hantar plastik baju kotor, siram pokok bunga baru bergerak ke melaka pastu sangkut kat atas jalan berejam nak masuk tol alor gajah
nasib baik pemandangan pokok rambutan yang lebat berbuah berjaya menyejukkan hati
tapi, serius la best sungguh tengok rambutan lebat bukan main
boleh kata setiap rumah ada je pokok rambutan
siap bayangkan duduk bawah pangkin bawah pkok rambutans ambil kupas rambutan makan...hmmmmmm...nyamannnnnn...
angan je la, sebab pokok rambutan kat rumah tu tak besar-besar pulak...hmmmm
aku rasa tuan rumah pun tak lalu nak makan kot sebab dah terlampau banyak
nak jual, sapa pulak nak beli sebab masing-masing pun ada pokok sendiri
orang luar macam kitorang je la excited terlebih 
inlaw duk kerjakan pokok rambutan rumak nek tam
dapat la seplastik besar, ampun manis sungguh haihhhh
nyaris-nyaris rambutan tu abis dikerjakan rombongan kemudian yang datang hehehehhe
pasai kami semua pi beraya rumah depan pulak takkkan nak angkut plastik tu sekali kan 

kat rembau pulak, merasa la jadi rombongan pertama ke open hauz
awal giler kot sampai..dalam pukul 9 pagi macam tu
makanan memang dah ready, tetamu je tak sampai-sampai lagi
pagi sangat kot....

ni kat rumah mak aji masa ni semua dah ada kat rumah
walaupun hanya ada 5 budak kecik, huiiiiii...kebisingannya toksah cakap la
tu belum ramai macam rumah mil, lagi la bergegar rumah dibuatnya
budak-budak kan nak cakap apa lagi

ehhhh...baru perasan, takda gambar makanan raya pulak..huhhuhhuh
tak teringat langsung nak ambil gambar
sesungguhnya makan itu lebih enak daripada ambil gambar makanan

btw, hangpa semua dah puasa enam kah? moh le kita puasa
sementara belum ada apa2 jamuan kat ofis ni...heheh

Tuesday, 17 March 2015

ROJAK: 2 in 1

Salam Sejahtera..

Huh...mencabar sungguh la hai nak maintain 'hias rumah' ni
masuk kerap tapi selalu idea terencat
baru taip sepatah dua kata terus beku otak
ke sebab kurang membaca dah la ni
so tak banyak idea nak dicurahkan??
kesian blog jadi tempat singgahan jenguk gitu je
macam biskut pun ada, kejap aktif kejap pasif
but most of the time is pasif memanjang
hahahhahahh  
 
sesekali pekena rojak pun sedapkan
nak-nak kalau sambal petisnya menggigit
fuhhh dengan rangup masam lemak mangga, manis betik muda
 
ok, marilah kita rangkumkan aneka cerita dalam ni
macam rojak macam-macam buah adakan
 
(i)
BERTUNANG
Tak lama lagi, aku akan jadi kakak ipar...
buat yang ke sekian kalinya.. Yang ke 3 kalinya hehehheh..
anak teruna mak pak aku berjaya mengorat seorang awek yang berkenan di hatinya... 
dengarnya kenal masa belajar dulu
so selaku orang tua bila anak dah terpikat kat bunga di taman orang
moh le kita pi meminang
sesi suai kenal pun dah
kiranya lulus la kat situ, markah penuh
 
Di petang hari yang panas merembang
rombongan cik kiah pergi meminang sekaligus aka majlis bertunang
mak cerita dah siap-siap bagitau bakal besan
rombongan cik kiah ni ramai
so bolehlah siap sedia
ye lah, karang tak dibagitau kesian pulak kat tuan rumah
kenalah jaga airmuka tuan rumahkan..
 
Alhamdulillah
dengan sekali lafaz sahlah adik bujang aku jadi suami orang, ehhh..
hehehehheheh.... sah jadi tunangan orang la...
single but not avaliable
adik aku ikut jugak rombongan tapi tunggu dalam kereta la
gelojoh sangat la nak sibuk-sibuk masa orang tua-tua tengah bincang
masa makan hah baru ada muka dia
tapi awatlah slekeh benar dik oiii
pakai la segak sikit....haisshhhh
 
 
gambar pengantin takda, semua dalam kamera.. ni apa yang ada kat hp je

pengantin tengah potong kek tunang..tahniah la ye...selamat menabung hehehheh
 
Terima kasih makcik pakcik sudi terima adik kami yang tak berapa nak ada rupa tu
sikit hensem ada la
poket pun tak berapa nak tebal tu hukhukhuk
mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan perkahwinan nanti
terima kasih jugak makcik pakcik untuk menu yang sedap-sedap masa kenduri
kenyang la perut sampaikan anak dara tu makan bertambah
 
so mutakhir terkni dengarnya la ni
adik aku rajin OT kumpul duit kekdahnya
hehehehheh...selamat menabung la ye..
 
(ii)
BELON PANAS PUTRAJAYA
Sebenarnya nak singgah sini belah petang
pagi setakat nak lalu lalu je tengok belon
sekali terturun kereta pulak dah hehehheheh
nampaklah dua biji belon panas tengah in action
anak dara dah bising nak naik tapi tiket sold out sudahhh
orang memang ramai tapi masih senang la nak ke hulu ke hilir
tak pack sangat lagi maybe sebab baru pukul 10 pagi macam tu
tapi panasnya huhhhh...berbahang...lupa bawak payung so silalah beli payung baru T____T
payung yang aku beli tu kalau tengok keadaan fizikal luarannya
macam payung dah lama sebab dah terkopek plastik balut pemegangnya tu
tapi dah itu je option yang ada...huhhuhhuh...
takpa, kalau riwayat hidup payung tu tak lama
seploh hengget je...orang kaya kan...T____T
 
tak dapat naik belon panas
meh la kita masuk belon panas satu lagi
 
 

bola plastik nipis yang ditiup angin dalamnya
pastu ditolak masuk atas air
kita gerak-gerakkan badan dalam tu supaya bola boleh bergerak merata
ni ala-ala belom panas jugaklah
sebab duduk dalam tu meruap panasnya
NF keluar daripada bola tu berpeluh-peluh sakan merah muka
rupa-rupanya orang dewasa pun boleh masuk dalam bola tu
tapi tak selesa kot nak gerak-gerak dalam tu
nak-nak kalau saiz agak besar dan masuk berdua
ada satu couple tu masuk mak aihh terseksa aku tengok depa nak golek-golek tu T____T


so, apa yang aku dapat kat belon panas tu?
baju...hehehheh sempat shopping kat gerai-gerai yang ada tu

Thursday, 27 February 2014

Dia, Sekolah dan dot dot dot

Assalamualaikum...

Diam tak diam, dekat dua bulan dah anak dara tu bersekolah di tahun satu. Alhamdullilah, so far Nurin hana nampak happy nak pegi sekolah pagi maupun petang...


So, antara rumusan sepanjang dua bulan ni termasuk pencapaian dan rutin Nurin hana dan orang-orang dalam rumah ni:


1) Sekarang ni rutin harian mak berubah secara drastik terutama ahad... 
Kalau dulu, ahad malam tugas gosok menggosok hanya untuk baju kerja aku dan cik hubby. Kalau rajin, lima hari straight punya gaju aku gosok.. Kalau level malas tu agak tinggi, setakat baju untuk esoknya je la.. Gosok baju malam untuk pakai esoknya, kekdahnya... 
Tapi sejak Nurin hana masuk sekolah ni, mak kena la rajin super-super extra... Selain baju kerja macam biasa, ada tambahan...Baju sekolahnya ada 9 pasang sekolah kebangsaan dengan sekolah agama, tudung lagi 10 helai...Fuhhh...memang berpeluh ketiak gosok..walaupun kipas menderu lajunya....nasib gosok sambil duduk kat lantai... See darl... ada faedahnya jugak ai suka papan penggosok jenis macam tu, hehehehhe...           

Tak berani la aku nak buaty style macam sebelum ni, gosok malam pakai esok, kang tak sempat, naya je... Tapi, adakalanya sebab dah penat menggosok baju sekolah tu, aku ngelat jugak gosok baju kerja banyak-banyak...lenguh arr duduk lama-lama...pulak dahhh....hehehhe...gosok untuk pakai esok lusa je... Hmmm...takda jual ke mesin gosok baju...?? Btw, macam tu la mak-mak kita masa kita kecik, tolong gosok baju sekolah... la ni turn kita la pulak bila dah ada anak...

2) Hari-hari kasut sekolah yang putih suci tu tukar warna jadi kelabu asap..... aku pun heran, depa ni pegi sekolah ke, atau main pijak-pijak kasut... takkan la hari-hari nak tukar kasut kan...so sarung jugaklah kasut yang sama walaupun tak berapa nak putih dah meskipun dah disapu kapur...

3) Hah, Nurin hana dah pandai susun buku ikut jadual waktu…yeayyy…boleh ibu dengan papa pencen kemas buku… tapi sebagai mak pak yang mithali, pantau la jugak kot ada buku yang tertinggal...So far, boleh diharap la.. Aku memang nak dia buat sendiri, supaya dia tau buku atau barang apa yang dibawak.

4) Tiap-tiap petang balik sekolah mesti bergegas lari kluar rumah, nak main… almaklum la..dah ada ramai kawan kat rumah tu...sejak masuk darjah satu ni, Nurin hana dah pandai berkawan dengan budak-budak keliling rumah… kalau hari cuti, asal pukul lima je dah mula gelisah... 
Payah dah ibu ngan papa nak berjalan-jalan, asyik ajak balik cepat… Kalau ambik dari transit pun, nak cepat-cepat balik rumah..tak minat dah nak singgah kedai ke, petronas ke...

5) Nurin hana pun dah pandai basuh kasut sekolah sendiri… dari awal masuk sekolah memang papa ajar cara-cara untuk basuh sendiri.. dah besar kan…kena la basuh sendiri… mula-mula masa belajar basuh tu, kena basuh kasut tengah panas ...aku pun heran, apsal kena basuh tengah panas.. tu kena tanya papa la...

6) Awal-awal dulu, duit belanja sekolah mesti abis...tapi la ni, mesti ada baki...papa la untung, tak payah ganti duit baru..just tambah je bagi cukup...nanti nak ajar dia supaya menabung..so kalu nak beli jajan ke, apa ke, boleh beli pakai duit simpanan sendiri..hehehheeh...

7) Beg duit belanja dah dua kali keciciran... both kat sekolah agama... aku rasa ni mesti lepas beli barang kat kantin, Nurin hana masukkan dalam poket baju tapi sebenarnya tak masuk bebetul... Pasni papa kena la beli satu karung beg duit...standby kalau cicir je, ada ganti..

8) Hari-hari kena check alat tulis sekolah..pensel, pemadam, pembaris, pengasah pensel, pensel warna.. tau je la budak-budak... hari ni bawak pensel dua batang, petang dah tinggal sebatang..tu kira bagus jugak..kalau tak, sebatang pun takda.. Dah tulis nama besar-besar dan terang-terang kat semua barang..tapi ada kaki semuanya tu...tak reti duduk dendiam kat tuannya...berjalan merata.. pensel warna dah hilang sekotak yang ada dua belas batang tu... pemadam bertukar ganti, takpun tiba-tiba jadi halus benar pemadam tu...dipotong-potongnya jadi kecik... hai la anak... 

9) Pagi, kadang-kadang semangat bangun pagi... tak payah kejutkan atau kejut sekali je, terus bangun.. ada masanya pulak, liat bukan main.. dah goyang-goyang badan berkali-kali, tak jugak bangun. Paling parah, jam loceng berbunyi tepi telinga pun boleh buat tak tau je... Bab kejut mengejut ni selalunya ditugaskan kat papa...sebab kalau ibu yang kejutkan tapi tak jugak bangun-bangun, nanti ibu naik darah tinggi...hehehheh...

10) Masa mula-mula Nurin hana masuk sekolah, risau jugak macamana dia nak makan masa rehat nanti. Yelah, bukannya pernah beli barangkan..pastu Nurin hana agak pemilih makan orangnya... Sempat ke nak beli makanan kat kantin... 
Sekali ko...jangankan makanan, siap dengan gunting, salotape, buku kartun, kad besday dibelinya...hehehheh...pandai makan mee goreng la, kuetiaw la, sayur dalam mee tu la... Padahal kalau kat rumah, mee tu tak pandang la...inikan pulak sayur... Selalu dia cerita dengan bangganya, dia makan habis semua mee tu dengan sayur-sayur sekali... Siap kata sedap... Amboi...sedap sungguh la makcik kantin tu masak ye.. Kat transit pun, Nurin hana kata sedap cikgu masak... Aikk...tercabar ibu ni....hehhehe... Kalau ibu masak tak sedap, takkan la papa jadi macam sekarang...hehehhehe...
Disebabkan terlampau pandai membeli, kami kena pesan kat Nurin hana supaya duit belanja tu guna buat beli makanan dan air je..Air pun patutnya tak payah beli sebab hari-hari dah dibekalkan air masak dengan air kotak. Kalau nak beli benda-benda lain, beli kemudian kat kedai dengan papa ke, ibu ke... apsal nama papa dulu? kan lebih afdal papa yang disebut dulu..... heheheh.... 

Apapun, all the best my love, Nurin hana... In sha allah, perjalananmu masih jauh, namun ibu dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu... Ibu dan papa sentiasa ada di sisimu..


p/s: Sekarang ni, kalau nak cuti pun rasa sayang je... kononnya nak simpan cuti, nak cuti masa cuti sekolah nanti... heheheh...kot la bos bagi cuti panjang.... so, kengkawan, pasni cuti sekolah turn gua la pulak ek..






Tuesday, 5 March 2013

11 tahun

Alhamdulillah....sudah 11 tahun ..... aku dan sugar hubby melayari bahtera bernama perkahwinan...

Selama 11 tahun, menjadi roommate, berkongsi kehidupan, bilik, almari, pinggan mangkuk, gelas, makanan, minuman, semuanya termasuk berus gigi....

Terima kasih kerana tetap menyayangi isterimu ini.....
Terima kasih kerana menerima diri isterimu ini seadanya...
Terima kasih kerana bertabah melayani karenah isterimu ini....
Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup suka duka dengan isterimu ini....
Terima kasih untuk semuanya....

Moga bahtera kita terus kukuh melayari lautan penuh gelora....
Moga kasih sayang antara kita terus mekar mewangi bak kasturi....
Moga kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmat-Nya dan keberkatan-Nya....
Moga urusan kita dipermudahkan. dimurahkan rezeki  dan kebahagiaan berlipat ganda serta diberi kekuatan dalam menghadapi onak dan duri....

HAPPY 11th ANNIVERSARY (1 mac) 

Friday, 21 December 2012

Happy birthday my Darling aka Papa

Delayed entry



17 Disember 2012........
Nurin hana nyanyi...
"Happy birthday Papa...Happy Birthday Papa...Happy Birthday Papa...Happy Birthday Papa...."
Ingat boleh potong kek.....rupanya ada sambungan lagi...
"Allah selamatkan Papa...Allah selamatkan Papa...Allah selamatkan Papa asrul...Allah selamatkan Papa...."

Ai know...jauh di sudut hati enche asrul, pasti tersentuh hatinya dengar Nurin hana nyanyikan lagu untuknya....Berkaca-kaca la mata tu...Nasib baik pakai spek, boleh la cover line....Takpa kalau nak nangis...ai faham......hehehhehe...

Actually, no big celebration pun...just three of us...
Pra birthday, makan-makan besar kat bagan lalang, seperti biasa... Walaupun hanya bertiga, tapi tetap makan besar....
Ikan siakap bakar, ikan kerapu masak tiga rasa, sotong goreng tepung, udang sambal, ketam sambal, lala sambal pecah telur, kangkung belacan...dah cukup mengenyangkan kami bertiga...burrp..alhamdulillah... semuanya enak sekali, ditambah dengan cicahan pada sambal kicapnya... dan teh o ais bersama tembikai laici dan laici, melengkapkan makan besar kami....
#sorrygambartaksempattangkaptengoktengokdahabissemua#
Hasilnya, balik rumah semua tido kekenyangan....macam ular sawa...

(Sebab nak makan sedap, tengahari tu perut memasing hanya dijamu dengan mihun goreng sedap...ala-ala pengalas perut tapi Nurin hana makan sampai 2 pinggan...)

Pada hari kejadian, sesekali kita berkopitiam untuk breakfast.... because it's Papa's big day, so kita bagi chance Papa pilih apa yang mau dinikmatinya.. end up dengan nasi lemak rendang ayam bersama roti bakar tangkup kaya dan kopi gelas besar. Ibu? cukup setakat wantam hailam udang bersama roti bakar potugis kaya dan butter...sedap-sedap..... Papa dan ibu makan macam itulah breakfast yang terakhir kat situ...Nurin hana hanya mau roti bakar kosong...Ye..roti bakar yang ibu pun boleh buat kat rumah...roti tanpa sapuan apa-apapun kecuali ada kesan terbakar sikit-sikit sana sini...Hai la anak....

Belum selesai breakfast, Nurin hana dah sibuk bertanya, bila nak beli kek??? Nurin hana macam ibunya...kalau birthday, mesti ada kek..barulah lengkap birthday tu...walaupun hanya sepotong kek... So, lepas breakfast, hajat hati nak kelainan sikit, asyik makan kek je kan..so kita cari pavlova pulak. Singgah lwc...alamak....closed on monday la pulak...takda rezeki nak merasa pavlova nya yang dikatakan sedap tu....

Sementara tunggu untuk lunch, celebration kan tak abis lagi... kita jalan-jalan cuci mata dulu... Mujurlah belum gaji, kalau tak, ada la barang yang aku rembat... Silau mata tengok tag "sale" sana sini tu...hehehhehe... Kedai pandora dah bukak kat alamanda....eiii..geram sungguh nengok gelang dengan cincinnya... dah jatuh hati kat satu cincin ni..silver, berukir macam bunga2 gitu kelilingnya...cantik sungguh bila diacukan kat jari ai yang cute ni...hahhahahha...terus rasa jelita...#muntah#... Tak beli pun... Nasib baik masih sedar diri dan berpijak di bumi nyata...

Dekat pukul 2, Nurin hana dah merengek-rengek..."hungry...hungry....", so terpaksalah kami gerak ke destinasi seterusnya, walaupun perut masih kenyang lagi...tak jauh mana pun, di situ jugak...TGi friday's...

auwww....seksinya si puteh tu...nasib baik la patung je, kalau tak..jangan harap la dapat peluang posing kat sebelah..hehehhehe....

First time kami masuk situ....quite impress.... interior nya menarik... macam-macam menu ada...tapi yang terbayang dalam kepala aku bila masuk sini adalah nak makan stik.... so aku ambik sirloin steak dan enche hubby ambik championship bbq beef ribs... Nurin hana punya pulak, chicken fingers..yang aku rasa patut ditukar nama kepada fries fingers..... Mana taknya, chicken fingers hanyalah 4 ketul, yang nipis, kurus sedangkan fries nya bukan main banyak..thats why lebih sesuai namanya fries fingers...tapi fries nya sedap... Kami ambik jugak parmesan crusted chicken quesadillas. Order jugak mushroom soup tapi sampai sudah tak datang-datang pun...jimat duit aku.  Kalau diberi pilihan antara menu antara sirloin steak dengan beef ribs tu, aku prefer sirloin steak.. lain tekak lain citarasanyakan....

parmesan crusted chicken quesadillas...starter...sedap tapi sos tu potong la....rasa manis pulak...

sirloin steak...yummy..yummy... brokoli tu rasa fresh, sedap dan crunchy...
chicken fingers untuk Nurin hana... see..chicken fingers yang dalam bulatan tu...cute sama saiz dengan fries... 

championship bbq beef ribs....

Buat Sayang aka Papa...Selamat Hari Lahir...Hmm...nampaknya u dah tua la...hahahaha....tapi takpa, tua dari segi umur je...hati maintain muda... Semoga mencapai apa yang diidamkan (ai know one of it...), dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah lindunganNYA.... Ibu dan Nurin hana sayang Papa....

Thursday, 9 August 2012

Riang ria bersama


Ni koleksi gambar Nurin hana dengan sepupu-sepupunya belah famili aku. Baru ada 2 orang je plus sorang lagi bulan September depan. Walaupun, bilangannya sikit tapi tahap riuh nya boleh tahan jugak.....nak-nak kalau ada budak kurus kecik molek tu, Syafiq... He will conquer everything. Konsepnya, mainanmu mainanku jua dan mainanku tetap mainanku jua.... Badan sangat kecik tapi akal sangat besar.... Kalau lari, laju betul sebab badannya ringan. Sangat-sangat aktif sampaikan kalau pegi makan kat luar boleh tak kenyang mak dengan apaknya sebab mana nak makan, mana nak melilau mata tengok dia berlari ke sana sini.....

Yang sorang lagi, Faris yang bakal dapat adik insyaallah bulan september ni. Badan lebih besar daripada Syafiq walaupun lebih muda. Kalau gandingkan depa berdua, mesti orang akan ingat Faris abang dan Syafiq adalah adik... Baru dapat mulut, so asyik nak pot pet pot pet...cakap ambik tang yang hujung-hujung je... Kalau panggil Nurin hana, panggil "Na..." je....walaupun kita puas ajar panggil kakak.... Tak kisah berkongsi barang dengan orang. Tu pasal kalau boleh semua mainan dalam biliknya nak dikeluarkan...sampai kena control. Kalau tak, maka berlakulah perebutan secara besar-besaran antara tuan punya mainan dengan tukang pinjam yang berperilaku seolah-olah mainan tu sendiri punya....hehehehheheee...

Nurin hana walaupun belum ada adik tapi ada la ciri-ciri kekakakan tu..... Boleh la harap untuk main sama-sama dan buat riuh secara berjemaah.....Kengkadang kena buli dengan adik-adiknya ni, terutama dak Syafiq sebab dia main kasar sikit, sedangkan akaknya tu lemah lembut gemalai bak putri. Apapun, depa semua ni buah hati pengarang jantung pak aji dengan mak aji ni aka atuk dengan opah.

Belah famili enche arjuna laaaagiiiii ramai, ada 6 orang plus Nurn hana jadi 7. Just imagine bila reramai berkumpul kat rumah nenek Mori, macam nak pecah rumah dibuatnya...padahal baru 7 orang je tu..... The main player is abang Syakir... Semua nak pegang, nak sentuh..pendekata pantang lalu la, mesti tangan pun jalan sama jugak..... Sangat lasak but the funny thing is......dia suka merajuk. Pantang kena tegur, mesti tarik muka dan bongkokkan badan ala-ala longlai....so cute.....this boy arrr...banyak akal... Dan satu lagi, takut dengan bunyi mercun dan jugak bunga api. So, musim-musim ramadhan dan raya ni, semua orang sibuk main bunga api, dia akan jadi penonton setia saja...tak berani langsung nak pegang ataupun datang dekat......

Aku rasa, Syafiq kalau Syakir memang sesuaiiiii sesangat.... Nama pun dah dekat-dekat tu. Mesti runtuh rumah dibuat dek budak dua orang tu...hehehehheh... 

Harapnya depa semua kekal berkasih sayang sehingga hujung nyawa..... Iyalah, kadang-kadang kemesraan tu hanya wujud masa kecik je, bila memasing dah besar, dah jadi orang asing....