Showing posts with label annniversary. Show all posts
Showing posts with label annniversary. Show all posts

Sunday, 1 March 2015

Warna-warna Pelangi 13

Salam...

Happy 13th Anniversary my better half... Alhamdulillah... Pertambahan satu tahun lagi untuk mencipta memori manis bersama.. In sha Allah, banyak tahunan mendatang lagi untuk kita terus bersama menganyam dan merealisasikan impian bersama.. Oh..jiwangnyaaaa....T____T



 
13 tahun? Hmmm...macam2 dah kita tempuh bersama kan...
Pahit manis masin pedas semua adalah... 
Plus 9 tahun lagi sebelum tu edisi kawan-kawan..

Alhamdulillah, Kita bebas mewarnakan sendiri kanvas rumahtangga yang kita ingini..
Kitalah pengarah, kitalah pelakonnya..

Walau ada conteng sana sini, warna terlebih, warna tumpah,
tapi kita masih memegang berus yang sama.. Terus melakar kanvas bersama..
walaupun masing-masing sebenarnya nak ada berus sendiri kot..hehehheh
 Adatlah, ada yang suka biru, ada yang suka merah,
patut tambah banyak warna lagi,
kurangkan warna..
kengkadang isteri nak lukis macam ni
tapi suami nak lukis cara lain pulak
sedangkan berus ada sebatang je
so????
berebut berus?
tinggalkan je la kanvas tu
pi cari kanvas lain???
no...no...no....
bak kata orang-orang tua
ingatlah saat-saat manis bersama
kegembiraan kebahagiaan yang ada
adatlah ada pasang surutnya
time muncung sedepa datang tu tak boleh nak elak la kan..hehehhehh
  
Kita suami isteri manusia biasa tidak sesempurna mana,
perlu saling melengkapi kekurangan satu sama lain
semoga tempoh 13 tahun ni makin mematangkan kita
semakin menguatkan lagi ikatan kita
kekal bahagia hingga ke jannah
 
cuma satu je permintaan dari sang isteri ini
wahai sayangku kekasihku
kurang-kurangkan lah mengadap hengpong tu
hehehehheheh...
 

Tuesday, 5 March 2013

11 tahun

Alhamdulillah....sudah 11 tahun ..... aku dan sugar hubby melayari bahtera bernama perkahwinan...

Selama 11 tahun, menjadi roommate, berkongsi kehidupan, bilik, almari, pinggan mangkuk, gelas, makanan, minuman, semuanya termasuk berus gigi....

Terima kasih kerana tetap menyayangi isterimu ini.....
Terima kasih kerana menerima diri isterimu ini seadanya...
Terima kasih kerana bertabah melayani karenah isterimu ini....
Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup suka duka dengan isterimu ini....
Terima kasih untuk semuanya....

Moga bahtera kita terus kukuh melayari lautan penuh gelora....
Moga kasih sayang antara kita terus mekar mewangi bak kasturi....
Moga kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmat-Nya dan keberkatan-Nya....
Moga urusan kita dipermudahkan. dimurahkan rezeki  dan kebahagiaan berlipat ganda serta diberi kekuatan dalam menghadapi onak dan duri....

HAPPY 11th ANNIVERSARY (1 mac) 

Thursday, 1 March 2012

Kejutan jambangan bunga @ 10th Anniversary

Hari ni I senyum sampai ke telinga...... Dapat kejutan daripada arjuna hati di pejabat tengahari tadi. Delivery jambangan bunga. Tak pasti pulak bila sampainya. Turun-turun dari tingkat atas lepas bengkel tadi, dah ada bunga tersandar atas kerusi depan pintu bilik..... Sebelum nampak tu, anak buah tanya, "puan, hari ni Anniversary puan ke?" Errkk...musykil jugak aku, rasanya takda la aku gembar gemburkan bila Anniversary aku. Tetiba diorang kata"surprise!!!!!".... ^___^

Ini memang satu kejutan....!!!! Sungguh tak sangka!!!! Pandai betul sang arjuna hati berdrama pagi tadi..... Saja bagi hint tanya berapa haribulan hari ni, tapi tak jawab pun.... Rupa-rupanya, jeng...jeng....jeng.....

Thanks my Darling hubby.......

HAPPY 10th ANNIVERSARY... And...Yes,
IT HAS BEEN AN ADVENTUROUS AND WONDERFUL YEARS.....

I LOVE YOU NOT ONLY FOR WHAT YOU ARE,
BUT FOR WHAT I AM WHEN I'M WITH YOU...
"BEING DEEPLY LOVED BY SOMEONE GIVES YOU STRENGTH,
LOVING SOMEONE DEEPLY GIVES YOU COURAGE..(by lao tzu)"

Tuesday, 22 March 2011

"A Doctor In The House",..................................................For Him

"A Doctor In The House, The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad".
Aku kira, karya seorang yang istimewa, sangat sesuai untuk seseorang yang istimewa dalam hidupku, chenta hati.

Sebelum ni puas aku fikir, apa hadiah anniversary yang nak dibeli untuk en asrul. Kebetulan keluar pulak buku ni, so aku fikir buku ni adalah hadiah terbaik untuknya. From someone special, to someone special too....

En asrul suka membaca buku dalam train, sepanjang perjalanan ke ofis. Kiranya, sesuai sangatlah bagi buku tu. Tapi, disebabkan buku tu tebal dan agak besar, terpaksalah ulit buku tu kat rumah je...Takpalah, janji khatam. Lepas ni, turn aku pulak baca.
"Yang, harap sukalah hadiah tu ye...."

Thursday, 3 March 2011

Sembilan Tahun Yang Penuh Warna-Warni


Kita pernah sekelas semasa darjah lima
Setahun kita duduk dan belajar di kelas yang sama
Mendapat ajaran dari guru yang sama
Tapi, lucunya, kita tidak pernah kenal satu sama lain
Paling parah, kita tidak pernah dapat mengingati 
Walau sekelumit kenangan pun
 Yang membuktikan kita pernah sekelas
Walaupun puas kita cuba ingat dan kenang
Semuanya kelam
Itulah, kuasa Tuhan
Mengaturkan pada masa lalu
Kita tak pernah kenal
Supaya kita berkenalan "semula" beberapa tahun selepas itu
Perkenalan yang lebih manis dan bermakna

Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan Tuhan

Kita, dua manusia yang sangat-sangat berbeza
Tapi disatukan atas dasar cinta kasih dan sayang
Melalui tali perkahwinan suci
9 tahun yang lalu

Sememangnya, kita mempunyai minat yang berbeza
Citarasa juga jauh berbeza
Kalau boleh diukur
Mungkin lebih banyak perbezaan berbanding persamaan

 Namun itu semua tidak menjarakkan kita
Kita masih serasi bersama
Sebab kita kan suami isteri
Saling memerlukan antara satu sama lain
Sentiasa belajar menerima perbezaan, kekurangan, kelebihan masing-masing
Setiap perbezaan, pasti ada titik persamaannya
Setiap kekurangan, ditampung oleh kelebihan yang ada
Malahan, perbezaan itulah yang menyatukan kita

Seharusnya tempoh 9 tahun yang telah kita lalui
Semakin mematangkan kita
Dalam setiap tindakan dan perbuatan

Untuk suamiku merangkap kekasih, teman baik juga kawan bertekak, dan bapa kepada anak perempuanku, Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan. 

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi kala susah dan senang, menerima dan menyayangiku sebagaimana adanya. 
Semoga kebahagian kita berkekalan selamanya dan sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Yang Maha Esa.  
Moga kita juga sentiasa diberi kekuatan dalam  menghadapi cabaran mendatang.

Tolong tahu, walaupun awak memang tahu, saya sangat sayang awak. Percayalah, walau adakalanya saya terlampau banyak cakap, itu adalah sebab saya sayang awak, dan saya ambil berat pasal awak.

Thursday, 4 March 2010

HAPPY ANNIVERSARY - 8th

Assalamualaikum.

1 Mac, hari yang istimewa buat both of us as married couple.
Our wedding anniversary yang ke 8. Alhamdulillah.
Rasa macam baru smalam je kawin..hah..hah...hah...

To my dear hubby, ASRUL AZLIN, happy anniversary.
Semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati oleh yang Maha Esa.
Semoga hari ini, esok dan seterusnya membawa lebih kebahagiaan buat kita sekeluarga.
Amin.