Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, 30 May 2022

Senaman kaki dan senaman mulut saling lengkap melengkapi



Peach strudel? Burnt Cheesecake? Anyone?
Who can resist these tempting 😋😋😋.
Tengok gambar ni je pun, dah menjejes-jejes air liur.
Minum air manis, boleh control lagi. Tapi makan benda manis macamni, aduhhhh, nafsu masih membuak-buak. Sejenis sweet tooth memang macam ni. 

Tau-tau je, pagi tu sampai Kenny Hills Bakers 🤭. Kat Jalan Ampang. Aterrr, tak kenyang ke kome berdua ni. Ada membela ke? 🤭. Sebelum ni dah pekena nasik lemak.
Alang-alang dah sampai KL, kita singgahlah sini. Kan orang tua-tua kata, tak baik kalau dah sampai, tak singgah. Nanti kecik hati tuan kedai tu.
Sebab perut dah rasa macam nak pecah, kita terpaksa ambik 2 jenis dessert je. Walaupun ikut hati, nak ambik macam-macam lagi. Macam bila kita masuk kedai Eco RM2.20 yang  nak naik RM2.40 tu, terpesona dengan harga yang dikatakan murah tu, kita ambil macam-macam sampai penuh troli. End up daripada plan nak beli bateri, bayar RM2.20 je tiba-tiba kat kaunter tulis RM50...heheheh. 
  
Tapi, memang boleh jadi tak tentu hala, hilang ingatan kejap, tengok semua pastries dan kek yang ada tu. Rupa paras semua cantik menawan belaka. 
Walaupun rasa belum tentu, tapi mata kita kan mudah tertipu dengan kecantikan luaran 😁. 
Tapi disebabkan graviti yang ada berjaya menarik diri daripada terus melayang-layang, kaki tetap terpasak di bumi ni so ajaran bonda berjaya keluar dan menjerit-jerit dalam diri bahawasanya "ikut hati, binasa".
So, peach strudel dan burnt cheesecake menjadi pilihan dan paling magiknya berjaya menyelit di celahan perut. Padahal perut dah maha kenyang tu. Tak tau la, macamna dia cari ruang tu 🤭.
Masih terasa-rasa kesedapannya. Boyfriend pun kata sedap. Kalau beliau kata sedap tu, memang sedaplah, al-maklumlah biasa buat review makanan dan ASMR mukbang. 


Tapi parking situ sangatlah hazabedahnya. Lorong sempit. Ada disediakan parking khas untuk pelanggan Kenny tapi parkingnya terhad, sampai double parking.
Tau je lah, kedai-kedai macam tu pasti ramai pelanggannya. 
Nyaris nak balik je, bila takda parking tu. Otw nak keluar lorong, lalu sebelah Supermarket Hock Choon. Tiba-tiba nampak ada parking kosong. 
Errrr... camna ye? 
Puas timbang tara bagai, akhirnya syaton tu menang. Salahkan syaiton tu.

 Menyamar la kejap jadi customer Hock Choon. Untuk menjustify kan parking situ, jomlah kita masuk dalam Hock Choon kejap.
 Sorry pak guard, cacing dalam perut ni mengidam nak makan kat Kenny. 

Tadaaaaa... ni lah nasik lemak pengisi perut pertama sebelum ke Kenny. 

Sekali lagi, tau-tau je sampai Nasik Lemak Wanjo Kg Baru.
1st time nak try nasik lemak ni. Dengarnya popular ye. 
Kesian.. orang lain dah berkurun makan ye. Kita baru nak try, tapi bak kata orang bijak pandai, better late than never, ghituwww.



Lauk pilihan pinggan isteri, paru goreng dan tempe goreng. 
Telur mata. Sambal lebih. 
First time makan nasik lemak dengan tempe goreng, hmmm..not bad. 
Hehehehe.. i is suka giler tempe, so makan dengan apa, sedap je.
Suami terchenta pulak, ada sambal sotong kembang, ayam goreng, telur dadar.
Sambal biasa.

Boleh tahan panjang beraturnya. Tapi servisnya cepat so tak terasa, sekejap je line jadi pendek.
Banyak pilihan lauk pauknya. Ayam goreng, rendang ayam, paru goreng, sotong sambal, kerang, bergedil etc. Ada tempe goreng jugak, favourite ❤️. 
Lauk pauk semua dicedok oleh orang kedai tu.
Bagitau je nak lauk apa, tak cukup, mintak tambah sesenduk dua tiga lagi. 
Mungkin kaedah tu jugak menyumbang kepada kecepatan servisnya.
Yelah, kalau biar customer ambik sendiri lauk, terutama ayam, pilih ayam je pun dah berminit-minit..hahaha. Sibuk nak membelek bahagian ayam mana nak ambik. Belek dan belek, ambik belum jugak lagi. Kat belakang line dah makin panjang.. hahahha.. Gara-gara pilih ayam goreng je pun.

Kat sini, sukati, pilih la mana yang berkenan di hati, janji bajet ada 🤭. 
Nak ambik semua lauk also cannn. Tepuk poket, tanya selera.
Lepas ni kalau orang tanya, dah makan nasik lemak Wanjo, dahhhhhhh.. panjang harkatnya.


Sebenarnya, sinilah destinasi asal yang dituju pagi tu. Taman Tugu.
Sesi makan-makan tu kira samping-samping la.
Seawal 7am dah gerak. Kalau ikut plan asal, 6.30am 😆😆😆....ko dah kenapa awal sangat.
Taulah semangat kannn...
First time pegi sini, so tak tau nak jangkakan apa yang akan dilihat dan dilalui nanti.
Biasa tengok kat internet je.
Bila sampai dan habis pusing semua.. yessss..best sangat. 
Lain kali boleh pegi lagi.
(supaya boleh singgah Kenny lagi...hahahhaha).

Taman Tugu tu style jungle tracking and mendaki/turun bukit sikit. 
Rasa macam kembali ke zaman riang tirana Kembara UUM dulu 😅. 
Puas la menyedut udara segar kat taman tu.
Tapi kan.. kena beli tongkat jugak ni. Boleh tahan jugak lutut kena dera 😅.
Lama tak naik turun bukit, ambik ko.. rasain bila bangun tido esok ni 🤭.
Trek nya sesuai untuk semua golongan, tua atau muda.
Come on anak-anak muda.. you can do it.
Cover sikit semput nafas tu. 
Malu aihh kat warga-warga emas yang masuk Taman tu.😁.

Orang-orang tua pesan, kalau masuk hutan, mulut jangan celupar.
Setiap tutur kata kena jaga.
Si boipren ai ni, masa ni la pun duk sibuk tanya, camna ek kalau  sesat kat hutan tu..
Aduiiii...rasanya dah kabo awal-awal, jangan cakap benda yang bukan-bukan.







Wednesday, 18 March 2015

FAMILY DAY

Salam Sejahtera

hari tu ofis En. Abe ada buat family day
tapi alahai jauhnya lokasi yang dipilih
nun kat frim sg buluh sana
bayangkan dari putrajaya sebelah hujung sini travel ke hujung sana
jauh wehhhhh
dah la pepagi dah start
walaupun dah keluar seawal mungkin tapi tetap lambat jugak sampai
dengan jalan sesaknya sabtu kan what to expect
dengan sesat baratnya..semua gara-gara koordinat gps yang digunakan
entah koordinat mana yang depa bagi
lagi menambahkan kelambatan la
perut pun lapar muncung dah sedepa
penatnya duduk dalam kereta lama-lama
nasib baik sampai-sampai breakfast dah ready
terubatlah kemuncungan tadi hehehheheh
lama sungguh tak jejak kat kat frim
last sekali datang sini dalam 20 tahun lepas
bukan setakat last sekali, itulah jugak pertama dan terakhir kalinya
dulu datang ikut rombongan sekolah
masuk dalam hutan tu tengok pokok besar-besar
frim yang masih cantik kekal hijau
rasa best je bernafas dalam ni bersih je
hajat hati lepas family day ni nak ke jambatan gantung
saja jalan-jalan
tapi nan hado
penat giler lepas tu
nak berjalan pun tak larat
games sukaneka je tapi dengan panasnya
kebetulan lokasi yang dipilih terbuka so memang panas la
sekarangkan matahari cepat naik
berpeluh-peluh muka sorang-sorang
dik, pasni pilih la lokasi yang strategik sikit
games taklah banyak mana tapi cukuplah untuk semua terlibat
budak-budaklah seronok lebih sebab kalah menang semua dapat hadiah
aku joint jugaklah berlari ikat kaki dengan En. Abe
ala-ala romantika gitu lari-lari sambil berpelukan..awwwww
hakikatnya memang kena peluk kalau tak, salah sorang berdebuk la jatuh
satu lagi game musang berjanggut, ni asingkan beberapa jenis kacang kecil besar yang dah bercampur
patutnya tak masuk sebab aktiviti games tu buat tengah-tengah laman tu, panas oiiii
tapi sebab tak cukup orang terpaksa la jugak
ni sebab ada staff yang ngelat..huh..

oh ye...En.Abe jadik emcee as usual la
berkat suara ala-ala loud speaker kan
but u have talent la Yang..
 
overall semua seronok la
dapat main games dapat hadiah
paling penting mengeratkan ukhuwah sesama walaupun aku tak sempat kenal sesapa pun
kecuali seorang dua yang dah pernah jumpa sebelum ni
yang penting ukhuwah sesama depa la kan kerja sama-sama
bos depa pun datang..lambatlah tapi..standard la tu heheheheh
eh, apsal nama bos sama dengan nama bos iolls ni...haisshhhh
kuat sangat jodoh tu...
 
siap depa tempah baju untuk family day uollssss... purple gituwww
iolls punya En Abe tempahkan sekali termasuk ongkosnya la sekalik hikhikhik
NF punya kebetulan memang ada baju warna tu
 
kids tengah ready nak mulakan games
 
cuma kemudahan tandas kat situ agak kurang memuaskan
kurang terjaga penuh pasir kat lantai macam kat pantai pulak kekdahnya
paip ada tapi getah paip tak padan dengan kepala paip so camna tu..T____T
mungkin pihak pengurusan kena tengok perkara ini
sayanglah kan..tempat cantik tapi tandas teruk tak guna jugakkan
tapi harap-harap hanya kat area situ je la tandasnya masalah
oh ye, semua guna tandas lelaki je sebab tak jumpa tandas perempuan
ni area berdekatan padang bola

dah abis program, moh le kita round keliling tengok apa ada
tak tahan NF menyanyi-nyanyi kat telinga
eh, ada sungai untuk mandi manda berkelah la
ada air terjun gak
dalam penat penat tu gagahkan la jugak seret kaki masing-masing daki ke atas bukit sikit
NF sibuk ajak naik
halfway la tapi.. tobat..tak larat...
zikir NF tak abis lagi...ajak jugak pegi jambatan gantung tu
sebenarnya mak pak dah tak larat ni
budak-budak kan mana reti penat
kami cari juga la pusat informasi untuk tanya pasal jambatan gantung
kebetulan aku google frim dan terbaca
ada masa yang khusus untuk naik tu
kebetulan memang dah out of time dah..
guna alasan tu je la kat NF
lega di situ..hehehheh
next time ye...

 
 

Tuesday, 17 March 2015

ROJAK: 2 in 1

Salam Sejahtera..

Huh...mencabar sungguh la hai nak maintain 'hias rumah' ni
masuk kerap tapi selalu idea terencat
baru taip sepatah dua kata terus beku otak
ke sebab kurang membaca dah la ni
so tak banyak idea nak dicurahkan??
kesian blog jadi tempat singgahan jenguk gitu je
macam biskut pun ada, kejap aktif kejap pasif
but most of the time is pasif memanjang
hahahhahahh  
 
sesekali pekena rojak pun sedapkan
nak-nak kalau sambal petisnya menggigit
fuhhh dengan rangup masam lemak mangga, manis betik muda
 
ok, marilah kita rangkumkan aneka cerita dalam ni
macam rojak macam-macam buah adakan
 
(i)
BERTUNANG
Tak lama lagi, aku akan jadi kakak ipar...
buat yang ke sekian kalinya.. Yang ke 3 kalinya hehehheh..
anak teruna mak pak aku berjaya mengorat seorang awek yang berkenan di hatinya... 
dengarnya kenal masa belajar dulu
so selaku orang tua bila anak dah terpikat kat bunga di taman orang
moh le kita pi meminang
sesi suai kenal pun dah
kiranya lulus la kat situ, markah penuh
 
Di petang hari yang panas merembang
rombongan cik kiah pergi meminang sekaligus aka majlis bertunang
mak cerita dah siap-siap bagitau bakal besan
rombongan cik kiah ni ramai
so bolehlah siap sedia
ye lah, karang tak dibagitau kesian pulak kat tuan rumah
kenalah jaga airmuka tuan rumahkan..
 
Alhamdulillah
dengan sekali lafaz sahlah adik bujang aku jadi suami orang, ehhh..
hehehehheheh.... sah jadi tunangan orang la...
single but not avaliable
adik aku ikut jugak rombongan tapi tunggu dalam kereta la
gelojoh sangat la nak sibuk-sibuk masa orang tua-tua tengah bincang
masa makan hah baru ada muka dia
tapi awatlah slekeh benar dik oiii
pakai la segak sikit....haisshhhh
 
 
gambar pengantin takda, semua dalam kamera.. ni apa yang ada kat hp je

pengantin tengah potong kek tunang..tahniah la ye...selamat menabung hehehheh
 
Terima kasih makcik pakcik sudi terima adik kami yang tak berapa nak ada rupa tu
sikit hensem ada la
poket pun tak berapa nak tebal tu hukhukhuk
mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan perkahwinan nanti
terima kasih jugak makcik pakcik untuk menu yang sedap-sedap masa kenduri
kenyang la perut sampaikan anak dara tu makan bertambah
 
so mutakhir terkni dengarnya la ni
adik aku rajin OT kumpul duit kekdahnya
hehehehheh...selamat menabung la ye..
 
(ii)
BELON PANAS PUTRAJAYA
Sebenarnya nak singgah sini belah petang
pagi setakat nak lalu lalu je tengok belon
sekali terturun kereta pulak dah hehehheheh
nampaklah dua biji belon panas tengah in action
anak dara dah bising nak naik tapi tiket sold out sudahhh
orang memang ramai tapi masih senang la nak ke hulu ke hilir
tak pack sangat lagi maybe sebab baru pukul 10 pagi macam tu
tapi panasnya huhhhh...berbahang...lupa bawak payung so silalah beli payung baru T____T
payung yang aku beli tu kalau tengok keadaan fizikal luarannya
macam payung dah lama sebab dah terkopek plastik balut pemegangnya tu
tapi dah itu je option yang ada...huhhuhhuh...
takpa, kalau riwayat hidup payung tu tak lama
seploh hengget je...orang kaya kan...T____T
 
tak dapat naik belon panas
meh la kita masuk belon panas satu lagi
 
 

bola plastik nipis yang ditiup angin dalamnya
pastu ditolak masuk atas air
kita gerak-gerakkan badan dalam tu supaya bola boleh bergerak merata
ni ala-ala belom panas jugaklah
sebab duduk dalam tu meruap panasnya
NF keluar daripada bola tu berpeluh-peluh sakan merah muka
rupa-rupanya orang dewasa pun boleh masuk dalam bola tu
tapi tak selesa kot nak gerak-gerak dalam tu
nak-nak kalau saiz agak besar dan masuk berdua
ada satu couple tu masuk mak aihh terseksa aku tengok depa nak golek-golek tu T____T


so, apa yang aku dapat kat belon panas tu?
baju...hehehheh sempat shopping kat gerai-gerai yang ada tu

Tuesday, 26 February 2013

Ekspo Buku Islam 6 Putrajaya



Anda peminat buku? Bolehlah berkunjung ke Ekspo Buku Islam Putrajaya, yang sedang berlangsung mulai 22 Februari hari tu sehingga 3 Mac 2013. Banyak buku-buku yang dijual di sini, terutama buku-buku berunsur keislaman. 






biografi pun ada...






Booth upin & ipin pun ada jugak, termasuk ana muslim. Selain buku, ada jugak produk-produk jenama tu. Anak-anak mesti suka... So pandai-pandailah sesapa yang bawa anak kecik tu untuk tarik depa pergi jugak ke booth lain selain duduk bertumpu kat booth ni je...hehehhehe...


ye....untuk penggemar novel karangkraf/alaf 21... banyak novel kat sini. Pilih mana suka, tak cukup satu, boleh ambik 10 novel, janji masa kat cashier boleh bayar. Less 20%.

So, apa lagi, moh kita ramai-ramai serbu.... Rugi kalau tak pergi.... Ada macam-macam buku, plus boleh dapat diskaun untuk buku-buku, 10-20%.   Masih lagi berlangsung hingga 3 Mac ni.... Dibuka jam 9 pagi hingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat, kalau Sabtu dan Ahad masa tutup dilanjutkan sikit ke jam 9 malam. Lokasi di Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Berdekatan Maybank dan pejabat Amanah Saham Nasional Berhad Putrajaya. 

Untuk detail, boleh ke sini, http://ekspobukuislam.com

Thursday, 26 July 2012

Misi Kek Oren............

Kata orang, bila timbul angin rajin, datang la apa saja...semua bisa ditepis. Inilah yang terjadi petang semalam. Balik dari opis, entah dari mana, tetiba timbul ilham dan pastinya kerajinan yang amatlah tingginya, terus reheat oven. Heheheh...time rajin, memang semangat. Tapi, bila tiba angin lenguh2 tangan dan kaki, mintak maaf je la.......


Apa yang nak dimasak?


Masak kek, ko............untuk bukak posa.... Bukannya rushing nak prepare masak2 untuk berbuka. Kek yang dikerjain kan dulu... Ni kalau mak haji tengok, geleng kepala ni...apake penyakit anak aku ni ....


(Ke, penangan mendengar kabar-kabar sipi dari angin sepoi-sepoi bahasa, rezeki raya suda mariiii..... hehehheh.....
orang gomen semua senyum sampai telinga wehhhh lepas dapat berita baik tu............. Alhamdulillah.......)


Aku saja try kek yang guna blender je. Almaklumla ai ni takda mixer (masih menunggu ehsan pak enche untuk hadiahkan) so try la kek yang boleh guna blender je. Kek blender oren nama diberi. Boleh google kat internet. Banyak resepinya. Pakai buah oren sebab nampak buah oren sunkist masih berbuah meriah dalam fridge, takda sapa teringin nak makan.... Aku selalu terlupa nak makan. Tu yang kengkadang bila tiba-tiba teringat nak makan, tengok-tengok........eh...eh....bekas pun dah takda... T___T. Kesian kannnnn...... Tu pasal tak suka nak simpan-simpan apa-apa makanan yang jauh dari pandangan, nanti terlupa langsung nak makan....


So, berbekalkan resepi yang aku duk google, bermulalah aktiviti basuh-basuh, potong-potong, godek-godek, pastu terus masuk dalam oven. Pastu tarik kerusi duduk menunggu depan oven, bertopangkan dagu......... .....hehehhehehh.......over la tu sampai cam tu sekali...taklah, lepas masuk dalam oven tu, aku buat la kerja lain, sambil jeling-jeling sikit...sikit je...kat oven tu....hehehhehehe....


Tak lama lepas tu, hmmmm.....harumnya bau .........bau oren....!!!


Namun..........................................


Entah di mana silapnya.... Tetiba macam bau hangit... ................


Eh apsal pulak ni.... Timer yang di set belum abis pun lagi... Baru 20-25 minit camtu. Sepatutnya masa bakar antara 40-60 minit. Intai kat pintu, kek dah naik cantik, tapi....ngapa kek tu kat bahagian atas yang naik cantik tu lain macam je kaler nya.....agak gelap gulita di situ....... Macam terlebih bakar pulak kekdahnya kat atas tu. Hairan bin ajaib sungguh....


Tutup suis, aku belek2 oven....... kot la dapat ilham punca masalah tu........... 


Laaaaa......sapa pulak yang tukar setting mode oven ni............. Aku mmg buat oven tu sentiasa dalam mode api atas bawah. Kali ni, mode nya api atas je.......  Aku try cucuk kek kat bhg bawah, tak masak pun lagi.... Atasnya ok cuma kaler tu agak kelam di situ la.....
Hmmm....no wonder la kek tu masak kat bahagian atas je..... Tapi, takkan nak buang je kek tu.......rasa sayang la pulak..... (eh, betul ke, ada effect ke api atas bawah untuk bakar kek???)
So, aku try bakar sekali lagi, pakai api bawah je pulak. Timing sama macam memula tadi......... Cubaan untuk menyelamatkan kek orenku.........Kot la boleh kannnnn.................


Dan, sememangnya rezeki kami, dapatlah jugak kek tu masak atas bawah..... Dapatlah jugak aku merasa air tangan sendiri. Ni warm up ni, nanti pak enche nak belikan mixer......hehehhe......


Gambar? Sorilah...tak sanggup aku aku nak snap.... rupa tak semenggah...tapi rasanya marvelous la kat tekak aku budak baru belajar ni.... Cuma pak enche kata tawar sikit. Aku rasa manis dah tu.... Siap plan nak kurangkan sukatan gula lagi next time kalau angin rajin mai lagi.......

Friday, 20 April 2012

Pengalaman Berbudi Pada Tanah


Banyak-banyak pokok, pokok apa yang menjadi idaman hati?

Sepanjang "17 tahun" (sweet seventeen sepanjang masa...^___^)  hidup aku ni....hanya sekali aku pernah tanam pokok. Pokok mangga harum manis kat ilp kangar, masa kat ofis lama dulu. Agaknya dah besar dan banyak buahnya sekarang ni... Kawan-kawan kat jtm sana, tolong tengok-tengokkan pokok mempelam teman tu, banyak ke buahnya? Kalau ada berlebih-lebih tu, bak mai la sepuluh bijik duapuluh bijik... ^___^.

Ingat lagi masa tu, tengahari buta, kitorang semua gigih menanam pokok buah kat ilp kangar. Ada anak pokok mangga, rambutan dan jambu kalau tak salah. Lepas meeting pengarah-pengarah bersama kp, so aku pun tumpang sekaki tanam walaupun aku bukannya pengarah. Tapi aku masuk meeting tu, okay la tu..kiranya melayakkanlah aku untuk joint sekali membanting tulang empat kerat menyangkul tanah tengahari buta tu.... Mana-mana yang berjaket bagai tu, kena bukaklah, ni bukannya masa untuk “biar panas asal bergaya...”....^___^

Apsal aku pilih mangga harum manis? Aikkk..kata kat perlis kannnn, so mesti la tanam pokok mangga yang menjadi kebanggaan orang perlis ni....Lagipun, aku suka je mangga ni, sedap dan manis tapi maha susah nak dapat.... Masa kat uum dulu merasa la makan, member bawak.

Sejak dari saat dan detik tu, tak pernah la aku menceburkan diri dalam aktiviti tanam menanam ni lagi. Setakat tengok sang arjuna menanam pokok betik dan pokok mangga je la...

Tapi semenjak dua menjak pindah jalan H ni, agak terpengaruh nengokkan sang arjunaku sibuk menanam itu ini... petani bandar la katakan... Kiranya petani bandar ni berjaya menghasut aku untuk menglibatkan diri dalam aktiviti ni. Jangan tak tau, kalau ikut petani bandar ni, tanah luas so kalau boleh pokok durian pun nak ditanamnya sekali. Tak payah la yang... lama benor nak tuai hasilnya tu...

Menengokkan kerajinan sang arjuna, maka tuan permaisuri pun tak mau la tinggal port. Dah sampai seru gamaknya untuk merasa beli pokok. Bab tanam, sang arjuna la handle...teman tak reti... Tumpang sekaki beli pokok cili api, pokok ulam raja dengan pokok limau purut. Memandangkan aku chef kat rumah so aku lebih suka beli pokok-pokok yang boleh digunakan dalam masakan/makanan. Berangan nak rak, bukak-bukak tingkap terus petik masuk dalam periuk kuali semua...^____^

Oleh kerana aku nak hasil yang pantas, cepat dan tuntas, maka pokok-pokok yang aku beli memang dah ada hasil yang boleh dituai. Pokok cili yang aku beli tu memang tengah subur dengan cili, eii..memang geram nengoknya... beberapa kali petang, pergi petik cili dengan Nurin hana...rasa macam kat kebun cili...hahaha..hahah..melampau punya imaginasi... ^____^

Walaupun aku tak pasti masa bila sebenarnya boleh petik cili ni, tapi aku belasah je. Rasa macam dah merah tu, aku petik je la. Tapi kehairanan wujud jugak kat sanubari ni, apsal cili-cili aku tu ala-ala bonsai je... kemetot-kemetot..memang spesies gitu gamaknya...Nak kata ikut tuannya ni ha, tinggi lampai je kennn...

Pokok ulam raja pun dah ready untuk petik je. Konon-konon nak buat amalan makanan sihat, makan ulam hari-hari. Tapi tu la, bila dah ada depan mata, tak kuasa pulak nak makan. Kalau kena beli tu, bukan main semangat nak mencari merata....

Pokok limau purut pulak, tinggi kan main..eerr...patutnya pokok tu merimbun ke atau menegak je? Duk tunggu buah, tak nampak bayang lagi. Daunnya dah banyak la aku gunakan...





Satu hari, semasa lawatan tapak, aku terperasan, apsal pokok-pokok aku kering semacam je..warna sudah tukar kekuningan, ala-ala layu gitu....

Selang beberapa hari lepas tu, keadaan pokok bertambah teruk. Hidup segan mati tak mahu, macam tu umpamanya. Apsal pulak ni.?? Nak kata tak siram, hari-hari aku tengok arjuna siram, sekali pagi, sekali petang. Tu la rutin wajibnya sejak dua menjak jadi petani bandar ni...lewat macamana pun balik kerja, pokok-pokok semua tu tak pernah miss terima kunjungan hormat dari petani Bandar. Bertuahlah ko wahai pokok.... Nak harapkan aku siram, takda la...sibuk la katakannnn..... Dengan petani bandar tu, bukan setakat bersiram bagai, siap berbaja lagik. So, kat mana silapnya? Tanah tak sesuai ke? Oh ya, kebanyakan aktiviti tanam menanam kat rumah ni menggunakan pasu. Sebab tanah rumah ni macam berbatu sikit, ko cangkul-cangkul, mesti jumpa batu punya. Takut pokok tak sesuai tanam kat situ. Tu pasal, pokok mangga, pokok ciku hatta pokok rambutan duduk dalam pasu....

Satu hari kitorang pergi tempat pujaan hati sang arjuna, nurseri pokok la.... beli pokok lagi. Kat situ ada pakar pokok kan, so aku Tanya la apsal pokok aku ala-ala hidup segan mati tak mau tu... berdasarkan story telling aku, brader pokok tu kata, maybe sebab telah berlakunya lebihan siraman di situ. Katanya lagi, terlampau banyak air pun tak boleh, nanti pokok tu lemas.... bukan lemas, tu aku yang kata...Hehehehhh...

Bila banyak air, pokok boleh mati sebab tanahnya akan tampung banyak sangat air, akarnya dan tanah keliling pun jadi basah je, lebih kurang gitu la kata brader pokok tu...aku pun tak berapa nak paham sangat. Yang aku jelas, pokok tak boleh siram banyak air. Brader pokok bagilah tips kat kitorang, balik rumah, bongkar pokok tu dan check akar pokok tu. kalau akar tu elok lagi, boleh tanam kat tempat lain guna tanah yang lain. Tapi kalau akarnya dah macam busuk, rosak, ucapkan je la selamat tinggal romeo...

Balik-balik tu, sang arjuna pun bongkar tanah. Hmmm...nampaknya teori brader pokok tak dapat disangkal lagi. Akar pokok aku memang dah rosak, tak mampu diselamatkan lagi, terpaksa dikuburkan sahaja.... Tanah kat bahagian dalam tu pun lembab je, kesan banyak sangat air... Huh...huh...

Kata orang patah tumbuh patah berganti......tapi luka aku masih belum sembuh sepenuhnya...masih meratapi ‘pemergian’ pokok cili dan pokok ulam raja kesayanganku....T____T 
Tunggu semangat pulih semula, boleh beli pokok masakan baru. Baru ni aku beli pokok hiasan, macam pokok krismas tu...tak tau apa namanya tah... cantik... harap pokok ni tak terima nasib yang sama macam pokok-pokok aku yang dah pergi tak kembali lagi tu...

Monday, 2 April 2012

Karya seni terulung

Aku baru belikan water colour untuk budak kecik ni, Nurin hana. Start dari malam yang aku belikan tu, sibuk ajak mulakan aktiviti mewarna. Nak oiii...kita tido la dulu..esok kan ada lagi...

Esok harinya, skrip yang sama duk ulang lagi...aduyaiii... biasalah, first time nak guna water colour. Excited terlebih la... Dah lama niat nak belikan, bagi Nurin hana biasa pegang berus, asyik-asyik pakai colour pencil je...

Sebelum mula aktiviti, aku suruh pakai apron dulu... Huii..bukan aje nak memasak kena pakai apron, nak mewarna pun kena jugak...kang abis comot satu baju... mak bukannya rajin benar nak basuh bagai..... ala..tak suka la tengok dia comot-comot ni... so, protection kena la ada...tak gitu..

First of all, aku kena lukiskan dulu objek untuk dia kaler. Ishh...ishh...tak sangka, skil melukis aku masih ada la...skill tahap mega....sila muntahhh... ^___^. Lepas tu, baru Nurin hana mula mewarna. Wahh...seronok dia picit satu satu kaler yang ada. Aku suruh dia habiskan mana-mana kaler yang dia dah picit dulu..kang membazir pulak picit banyak-banyak. Lagipun, tiub kaler tu kecik beno, kang baru dua hari guna dah abis.. Dan aku dapat merasakan, itu yang akan terjadi, berdasarkan ke excited an nya tu... Tapi takpala..., next time kita beli yang banyak dan besar punya..kita pau papa pulak ekk...

(Serius, aku dah lupa macam mana lupa water colour yang kita biasa pakai zaman sekolah dulu. Tu menunjukkan betapa lamanya dah zaman tu berlalu......)
hasil karya bakal pelukis terkenal... hanya yang celik seni dapat menghayati keindahan lukisan ni...hehehhehe...opss..Nurin hana dah minta untuk tampal kat dinding ye...

macam-macam gaya. mencangkung pun ada...rasanya berus tu tak lama riwayatnya sebab Nurin hana mewarna seolah-olah sedang guna colour pencil, ditenyeh sakan berulang kali..hehe..hehhehh

Wednesday, 4 January 2012

Meniti 2012


Semoga kita menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum...

Friday, 25 November 2011

Cinta Hati sudah Kembali....


Yess.... cinta hati ku sudah kembali.....
Twilight Saga: Breaking Dawn part 1.

Malam ni, aku akan menonton secara berduet dengan cik abe. Nurin hana? Ada la sekali, mana nak tinggal buah hati pengarang jantung kami tu. Aku kata secara berduet sebab cerita macam ni bukan taste Nurin hana la. Confirm Nurin hana tak tengok punya. Harap-harap anak ibu berkelakuan baik malam ni kat panggung ye.... ibu nak feeling feeling malam ni..heh..heh..heh...

Tahun lepas masa tengok eclipse, dibantainya Nurin hana nak memerut pulak masa tu. so, sebagai ibu mithali terpaksalah aku tinggalkan scene yang tengah best tu, uruskan panggilan alam tu. Malam ni kalau nak memerut lagik, ajak papa ek.... Ikutkan perkiraan aku, malam ni patutnya ada aktiviti tu. Camna aku tau? Hai...kata ibu mithali kan..... So, Yang, please be ready.....

Edward, Bella......tunggu i yee...............

Wednesday, 9 November 2011

Thursday, 30 December 2010

@ Senandung Malam

Senandung malam....sedap namanya kan...
Macam nama tren kereta api. Tapi, ni bukan kereta api ye.
Senandung malam adalah nama sebuah tempat makan di bagan lalang.

Pelanggan RAMAI, PENUH biasanya membawa makna pada kita yang tempat tu adalah best dan makanannya sedap. Betul tak?

Sesedap namanya, begitulah jugak makanannya.....
Tak hairanlah, pelanggan sentiasa penuh. Tak sempat satu-satu meja tu kosong, sekejap je dah diisi. Bersilih ganti pelanggannya. Siap ada  yang terpaksa menunggu meja kosong. Kat sini memang betul-betul sesuai dengan konsep 1Malaysia, sebab pelbagai kaum datang menjamu selera.

Ni pertama kali kami makan-makan di sini. Biasanya makan kat kedai satu lagi. So, apa yang best kat bagan lalang? Kalau nak tau, kalau sebut bagan lalang, apa lagi yang specialnya, dah tentu makanan lautnya.

Sama macam dua kedai makan lain yang kami pernah kunjungi sebelum ni, di sini terdapat pelbagai pilihan makanan laut, boleh pilih sama ada ketam, udang laut/kolam, lala, sotong besar, pepahat, kerang dan pelbagai jenis ikan. Kita boleh pilih sendiri dan tentukan jenis masakan yang diingini. Konsep pilih-pilih, timbang, masak, makan, bayar.

Sebenarnya, acara makan-makan ni sempena hari jadi en asrul. Dah jadi satu kemestian pulak, any birthday celebration sama ada en asrul, aku mahupun nurin hana, kami akan ke bagan lalang, menjamu selera dengan seafood. Walau jauh, tapi berbaloi dengan keenakan dan harganya....

Kali ni makan dengan ditemani angin laut yang sejuk sebab hujan renyai-renyai. Grrr...sejuk wehhh...sebab sejuk, perut semakin terserlah kelaparannya...hahha..hah...Tu yang ambil makanan tak ingat dunia....
 tengok....penuh satu meja. padahal makan berdua je. nurin hana makan sikit je. jom kita zoom setiap satu....
 Ikan Bakar – pilihan kami, ikan kerapu. Sedap, isi ikan tu lembut walaupun dibakar. Cicah dengan kicap cilinya, huii..sangatlah marvelousnya...
Ikan Siakap masak masam manis - Memandangkan aku tak makan nanas so ni option yang aku boleh pilih. Orang kedai tu kata masak 3 rasa ada nanas. Sedap, ada garing-garing sikit kat ikan tu.
Sotong goreng tepung - ha...ni memang betul-betul sotong yang digoreng menggunakan tepung dengan kadar kuantiti yang munasabah. Sesetengah kedai, sotong goreng tepung tu rasa macam makan cekodok sotong sebab tepung salut yang teramatlah tebalnya. Yang ni, just nice, isi lembut je, tak liat ketika dikunyah. Tapi, En Asrul kata tak boleh kalahkan “cumi goreng” kat Wong Solo.
Udang Masak Pedas (sebelah kiri) – Aku mati-mati la ingatkan macam udang sambal atau sambal tumis tu. Rupa-rupanya, macam goreng air dan ditambah cili api. Pedas berapi kalau tergigit cili apinya. Kepedasan terasa sampai ke kuahnya. Apa-apapun, sedap...
Udang Goreng Kunyit (sebelah kanan) – menu kesukaan Nurin Hana. Tapi, tak tau kenapa, malam tu, Nurin Hana tak berapa nak makan udang tu. Biasanya, laju je dia kalau nampak udang. Udang tu sedap cuma agak keras sikit, mungkin goreng lama sangat kot.
Ketam sambal – disebabkan teringin nak makan ketam, aku ambil 2 ekor. Sambalnya memang sedap. Siap boleh buat cicah dengan udang lagi.
Pepahat – yang ni special request dari En Asrul. Aku tak suka sebab bentuknya tu lain macam...heh..heh...
Sayur skima kalau makan kat kedai, kailan ikan masin. Tak terasa ikan masinnya. Agaknya kalau kedai makan seafood ni, bab masak sayur ‘kurang’ sikit kot...sebab 2 kedai kat situ yang pernah kami pergi dulu, pun sayur tak boleh jalan. Speciality untuk seafood je agaknya.
nurin hana yang nak kerang ni. kami minta kerang bakar sebab kalau rebus, takut tak masak sangat, nanti sakit perut pulak dia.

Malam tu, memang kekenyangan sampai tegak badan aku ni. Hah..hah...Malam tu semua orang tidur lena kekenyangan penangan seafood.
 birthday papa tapi nurin hana yang dapat hadiah..heh..heh...

Wednesday, 29 December 2010

Bermain Dengan Cahaya

Beberapa malam lepas, kami bertiga menerjah taman cahaya, mana lagi, i-city la...Asyik dengar cerita orang je, so nak jugak rasa macam mana tempat tu.

Balik kerja, siap-siap apa yang patut, kami gerak ke shah alam, berpandukan sesalinan peta dan panduan jalan yang telah diberikan oleh kawan en asrul.

Senang jugak nak ke sana sebab dari jauh dah nampak cahaya warna warni. Nurin hana excited, aku pun sama excited..hahh..hah...

Kena bayar ye untuk masuk dalam tu, rm10, bukan free. (terima lah seadanya, dalam dunia ni mana ada yang free, kome nak gi toilet pun kena bayarkan...).

Masuk-masuk je, dah disajikan dengan pemandangan lampu ‘warni-warni’ (nurin hana sebut...). Memang cantik. Tapi, camna la rupanya kalau waktu siang kan....heh..heh...mesti tak berseri langsung...

Apa-apa hal pun, sebelum boleh menikmati pemandangan yang lebih menarik, terpaksa menempuh kesesakan teruk masa nak masuk kompleks parking bertingkat. Kura-kura pun laju lagi banding dengan kereta kami. Jalan yang sama digunakan untuk masuk dan keluar....mana tak sesak... hmmm..

Dan sebelum berjalan jauh lagi, nurin hana dah minta belikan cekak rambut berlampu. Nurin hana nampak ramai orang pakai kat situ. So, sebagai papa yang penyayang, en asrul telah membelinya dengan harga rm8. Ok lah kot...ingatkan belas-belas ringgit tadi... So, nurin hana bergaya dengan cekak rambut berlampunya malam tu (sampai masuk kedai mamak kayu pun, dipakainya.....).

Layan je la gambar yang di snap dengan  canon compact aku. Masa ni terfikir, alangkah bagusnya kalau ada dslr...huh..mantop....
jangan jeles dengan cekak rambut saya....ada lampu tau.... 
 
 
 
 kelihatan tembam pulak muka ku ini bila memakai inner tudung tu...

Ingat tak fasal bayaran rm10 yang dikenakan masa masuk tadi. Dekat kupon bayaran tu, ada tertulis yang kita boleh redeem foods kat restorannya. So, ingatkan boleh la nanti tengok makanan apa yang boleh di redeem dengan kupon rm10 tu. Tapi, tak kesampaian hajat tu...

Sebabnya....nak masuk ke beberapa bahagian kat sana, kena bayar lohhh...

Ada satu kawasan kecil yang menempatkan bentuk zirafah, lembu, kenderaan santa claus, kena bayar. Kupon tadi boleh digunakan untuk masuk situ. Aku dengar budak kat situ bagitau, satu kupon rm10 tu untuk 5 orang je. Maknanya kalau gi ramai lebih dari 5 orang, kena tambah lagi la bayaran tu...

Kat situ, nurin hana berkenan dengan kenderaan santa claus tu, menonong je nurin hana pergi situ dan panjat untuk duduk dalamnya. Lepas tu dengarlah, ‘preettt....preeitttt.......’ Bukan bunyi hon ke, apa ke, tapi bunyi wisel guard kat situ. Rupa-rupanya tak boleh masuk situ daaa.....mana la kita taukan..lain kali letak la kepungan sikit kat tempat tu...
 kawasan kena bayar rm10. baru je kaki sentuh sikit benda tu, dah kena 'preeett...preeett...'. huh..sungguh berdedikasi en guard di situ 
Penerokaan diteruskan lagi selepas keluar kawasan berbayar tadi. Menikmati kreativiti pencipta tempat ni...Masa jalan-jalan tu nampak satu kawasan bawah bukit sikit, nampak cam menarik. Ingat nak pergi la situ. Alamak...kena bayar la lagi....Setelah berbincang hati ke hati, kami ambil keputusan tengok dari luar je la...huh..huh...

Inilah aktiviti malam minggu yang paling singkat tapi fun.....sampaikan selipar cantik nurin hana yang ada batu-batu baru beli dekat klia hari tu, tertinggal kat kedai mamak kayu tu...huh..huuh..Memang takda rezeki....