Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts
Friday, 25 November 2011
Cinta Hati sudah Kembali....
Yess.... cinta hati ku sudah kembali.....
Twilight Saga: Breaking Dawn part 1.
Malam ni, aku akan menonton secara berduet dengan cik abe. Nurin hana? Ada la sekali, mana nak tinggal buah hati pengarang jantung kami tu. Aku kata secara berduet sebab cerita macam ni bukan taste Nurin hana la. Confirm Nurin hana tak tengok punya. Harap-harap anak ibu berkelakuan baik malam ni kat panggung ye.... ibu nak feeling feeling malam ni..heh..heh..heh...
Tahun lepas masa tengok eclipse, dibantainya Nurin hana nak memerut pulak masa tu. so, sebagai ibu mithali terpaksalah aku tinggalkan scene yang tengah best tu, uruskan panggilan alam tu. Malam ni kalau nak memerut lagik, ajak papa ek.... Ikutkan perkiraan aku, malam ni patutnya ada aktiviti tu. Camna aku tau? Hai...kata ibu mithali kan..... So, Yang, please be ready.....
Edward, Bella......tunggu i yee...............
Tuesday, 12 April 2011
Meraikan Hari Jadi Yang Tersayang
Apa lagi yang seronok dan membahagiakan, kalau tak menghabiskan masa bersama yang tersayang terutama di hari istimewanya. Tentunya, ia suatu yang selalunya indah untuk dikenang di kemudian hari.
Atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, tahun ni, perancangan untuk menyambut hari istimewa Nurin hana sepertimana tahun-tahun sebelumnya, tidak menjadi. Namun, sambutan bersama ibu dan papa tetap ada, sebagai tanda kasih sayang dan menghargai serta meraikan hari istimewanya.
So, hari tu dipenuhi dengan aktiviti daripada pagi sampailah malam. Mula-mula, bawak Nurin hana pergi aquaria dulu. Ni adalah pertama kali kami bertiga menjejakkan kaki ke sini. Bukan main jauh nak berjalan kaki dari klcc ke aquaria. Di sepanjang-panjang jalan tu, Nurin hana bertanya, mana fish, kata nak tengok fish... Dah tak sabar la tu...
Dan nampaknya, Nurin hana memang enjoy pergi sana. Terutama bila tengok ikan-ikan yang besar tu. Ikan-ikan kecil ni dia tak minat sangat.
(Tapi, gambar-gambar dalam aquaria tu gelap, sebab tak dibenarkan guna flash kamera. So, semua gambar dalam tu, malap je...)
Bila melihat Nurin hana gembira, dah tentu ibu dan papanya pun gembira.
Setelah menghabiskan masa dalam 2-3 jam dalam tu, destinasi seterusnya adalah menonton wayang. Sekarang ni tengah berputar cerita Rio. Cerita ni memang enjoy, sesuai untuk kanak-kanak. Hari tu makan mcd so dapat complimentary tiket for children untuk cerita Rio ni. So, beli dua tiket dewasa dapat tiket kanak-kanak satu secara percuma. Buat julung kalinya juga, pergi menonton wayang dengan tiga seat. Biasanya beli tiket dewasa dua je, lepas tu Nurin hana duduk atas riba kitorang (biasanya, riba papa la...). So, kali ni Nurin hana dapat seat sendiri. Tapi, sekejap je bertahan duduk situ. Akhirnya duduk atas riba papa jugak....
Selesai dua aktiviti, seperti biasa pastinya diakhiri dengan makan besar session. Dan tempatnya dah tentu di bagan lalang. Sangat sesuai untuk makan-makan seafood dengan gembira tanpa bimbang belanja yang mahal.
Tapi, nampaknya kat sini, ibu dan papa je happy (makan sedap, mana tak happy nya...), Nurin hana agak kebosanan. Takda selera nak makan. Makan lebih kurang je, tu pun nasi dengan kuah sup je. Taknak lauk, walaupun papa dah order macam-macam. Tu pun Nurin hana makan sebab janji dengannya kalau makan banyak, nanti boleh beli pistol belon sabun lepas makan. Nurin hana nampak budak-budak lain main, tu yang dia minta. Kitorang pun apalagi, buat perjanjianlah, kena makan dulu, baru boleh beli... Nasib baik jugak berjaya.
On the way balik rumah lepas tu, tanya Nurin hana, samada dia happy tak? Katanya happy.... Aku tak pastilah adakah Nurin hana benar-benar faham happy tu macamana... Apapun, berdasarkan gerak badan, memang dia nampak happy....
Labels:
ANAKKU,
birthday,
Hana,
happy familiy,
jalan-jalan,
makan,
movie
Friday, 6 August 2010
Twilight Saga – ECLIPSE
Alahai..dah lama betul entry ni terperam....terlupa nak publish....
Cerita pasal Twilight Eclipse la.....Dah basi pun kan.....! Tapi, takpa, sebab saya sangat suka dengan siri-siri ni....
Masa tayangan tengah hot hari tu, kami 3 beranak sempat ‘date’ dengan si vampire yang hensem, Edward Cullen, si wolf yang perkasa, Jacob dan si gadis yang sweet, Bella Swan. Kepada peminat Twilight, pastinya amat-amat kenal dengan watak-watak yang saya sebutkan tadi..heh..heh...
Cerita pasal Twilight Eclipse la.....Dah basi pun kan.....! Tapi, takpa, sebab saya sangat suka dengan siri-siri ni....
Masa tayangan tengah hot hari tu, kami 3 beranak sempat ‘date’ dengan si vampire yang hensem, Edward Cullen, si wolf yang perkasa, Jacob dan si gadis yang sweet, Bella Swan. Kepada peminat Twilight, pastinya amat-amat kenal dengan watak-watak yang saya sebutkan tadi..heh..heh...
Saya memang tertunggu-tunggu Eclipse, selepas jatuh cinta menonton Twillight, dan disusuli dengan New Moon. Umpama, dari mata turun ke hati....heh.. heh... Tapi, daripada 4 siri novel tu, 2 je saya dah habis baca, lagi 2 iaitu Eclipse dan Breaking Dawn, belum baca lagi. Eclipse baru baca separuh, tapi saya berhenti dulu, semata-mata nak tengok movie nya dulu. So, lepas ni saya boleh mulakan semula membaca novel Eclipse. Tapi, kena seru mood dulu...Mood...ke mari kau......(takda mood, tak boleh baca, nanti takda feel....).
Sebelum masuk cinema, masa dinner, en hubby bagitau movie tu klasifikasinya parental guide for kids. So, boleh ke bawa Nurin Hana masuk ni??? Finally, hubby kata, let say diorang tak bagi masuk, kita balik je la...Hah...takkan kot...Heh..heh..nasib baik, boleh je masuk. Kami dah siap pesan kat Nurin Hana, kalau tak suka tengok, tidur je kat dalam nanti. Heh..heh..takut dia buat hal sebab cerita tu bukannya cerita budak-budak, mesti dia bosan nanti. Dan seperti yang dijangka, cerita tu ternyata membosankannya (tapi menyeronokkan buat ibu...heh..heh..), dan dia mula membuat hal sendiri di pertengahan cerita. Gula-gulakan dengan popcorn, tak jalan, chicken ball tak jalan. Tapi, nasib baik dia tak merengek-rengek atau meraung nak keluar. Kalau tak, haru....Masih boleh dipujuk supaya duduk diam dan berkelakuan baik. So, dia buat halnya sendiri, main jari sambil mulutnya pot pet pot pet...Sesekali terpaksa bisik kat dia minta perlahan sikit volume. Kang marah pulak orang dalam cinema tu. Paling best, orang gelak, dia pun sama gelak..padahal bukannya tau apa pun...hai anak..hai anak....Paling haru, dia pakat ‘bertelur’ pulak kat dalam tu...Adeiii....nak tak nak, terpaksa la bawak jugak ke toilet, memandangkan lambat lagi nak habis. Kang, harum semerbak satu panggung..hahh..hah....
Habis je movie, Nurin Hana terus ajak pergi main game. Alamak, dia ingat la pulak. Sebelum masuk tadi, dia duk main kat tempat games, dan bila nak masuk cinema, pujuk dia dengan bagitau, kita main balik lepas tengok wayang. Dia ingat tu...Risau jugak ni, sebab masa kluar panggung, jam dah dekat pukul 10 malam. Bukak lagi ke kedai games tu. Kang mengamuk pulak dia...Tapi, heh..heh...nasib baik, kedai tu bukak lagi la...Kami temankan lah dia main dulu..
Rasanya, perlu menonton sekali lagi movie tu. Tak puas la tengok, banyak gangguan..heh..heh...Tapi mesti lambat lagi kluar DVD ni....
Saya tak mahu komen banyak fasal movie ni, sebab rasanya banyak komen telah dikeluarkan untuk Eclipse ni. Lagipun, saya memang minat giless dengan Twilight Saga, so bagi saya best je movienya....hah..hah....
Nak komen sikit pasal beberapa watak:
1) Edward – of course la....sangat protective pada buah hatinya, Bella. Terserlah sifat cemburunya. So loving. Saya lebih suka fesyen rambutnya dalam Twilight Saga 1. Lagi nampak smart.
2) Dr Cullen – saya suka dia. Sangat-sangat cool dan relaks. Muka sweet je.
3) Alice – cute & sweet & energetic.
4) Jasper – dulu, mukanya so innocent, tapi kali ni nakal skit. Rambut panjang skit daripada dulu.
KESIMPULANNYA: JANGAN BAWAK BUDAK KECIK KALAU NAK PEGI TENGOK WAYANG SELAIN CERITA KARTUN.............NANTI DIA BUAT HAL.......
P/S: LA..LALA...LA..LA...LA...LA.....LA...
LA...LA...LA...LA...LA...LA........
hmm...gumbiranya....
pasal?
semalam semuanya ok......alhamdulillah....
nampaknya meeting agak santai.....no stress at all......
hopefully kondisi begini berterusan la...
Labels:
aktiviti,
ANAKKU,
Hana,
happy familiy,
hubby,
jalan-jalan,
movie
Tuesday, 22 June 2010
BENCI BILANG CINTA
"Jangan benci bilang cinta...
jangan marah bilang sayang..
jangan mendustai hati..
bila engkau memang suka..
jangan engkau merasa jauh..
bila kau dekat denganku..
jangan kau menganggap cinta..
mudah datang mudah pergi.."
Heh....heh...Rasa-rasanya ramai yang familiar dengan lagu tu kan...! Lagu tema sinetron yang tengah hangat kat Astro 104, Benci Bilang Cinta.
(image: google la..)
Adoiii...entah macamna terperangkap dengan sinetron ni. Al-kisahnya, last week, my MIL & SIL came to our home sweet home. My SIL had an interview with PSC. After came back from office, joint them watching tv..(no need to cook, MIL & SIL dah prepared it..:)..). At first, tak ambil kisah sangat jalan cerita tu. Entah kenapa, tiba-tiba bagaikan ada satu magnet yang bagaikan menarik kuat untuk terus mengadap tv. Eh..best la rupanya...Apsal la dah banyak episod baru tengok, aisehh...Actually, tak minat sangat sinetron ni. Ceritanya banyak yang tak masuk dek akal, yang boleh dipertikaikan. Tapi, saya sudah jatuh cinta dengan cerita BBC ni...
Cuma masa siarannya, 6.30-7.30 malam. Kebetulan masa tu bertembung dengan masa cerita favourite Nurin Hana, Ultraman kat 611. Macamna nak tengok..Kang pegi tengok kat atas, apahal pulak dia kat bawah. Kalau Papa dah balik, alright la jugak. Satu lagi, masa tu adalah masa tengah sibuk memasak. for dinner. Nak tangguh masak lepas 7.30mlm? Tak boleh...kang pukul brapa pulak nak makan, nak tidur. Masa tidur untuk Nurin Hana dah ditetapkan tak lewat dari jam 10.00 malam. Hmm...camna ek...
Solution: lepas tidurkan Nurin Hana, bangun dan tunggu ulangan jam 11.00 mlm. Tadi baru ternampak kat slot rancangan tv dalam newspaper, ada ulangan tengah malam. Tapi, sanggup ke.....????
Satu lagi, tadi baru terbaca kat blog kawan, siri tu ada siaran non-stop on saturday petang, rasanya....ni satu option yang agak baik..heh..heh...Tapi, sabtu kadang-kadang nak pergi jalan...so how????
Senang cerita, mana yang sempat tengok, kita tengoklah...
Nanti tengok kat internet je, atau beli dvd...abih cerita...:)
Saturday, 5 June 2010
JOM LAYAN SHREK FOREVER AFTER
Assalamualaikum.
Kali ni berkisar tentang kehidupan bahagia Shrek di samping Fiona dan tiga cahaya matanya. Tapi, kemanisan tu mula bertukar bila Shrek mula bosan dengan rutin harian yang dijalaninya. Shrek mula rindu pada kehidupan lampaunya yang bebas buat apa saja.
Ha..kat sinilah muncul watak antagonis, Rumpelstiltskin yang umpama menangguk di air keruh. Shrek terpedaya dengan tipu muslihat Rumpelstiltskin dan bersetuju membuat perjanjian yang membolehkannya kembali ke kehidupan lampaunya tanpa mengetahui ada udang di sebalik perjanjian tu. Apa yang diimpikan Shrek menjadi kenyataan tapi banyak kejutan yang berlaku. Fiona tidak lagi mengenalinya. Diorang seolah-olah tidak pernah bertemu dan jatuh cinta. Kawan baiknya sendiri, Donkey dan Puss juga tak kenalnya. Shrek mula sedar akan kesilapannya & cuba mengembalikan kehidupan asalnya sekaligus menyelamatkan keluarga dan kawan-kawannya.
Fiona kali ni adalah seorang pahlawan yang gagah berani dan ada pengikut tersendiri. Lebih ganas daripaad Shrek sendiri..hah..hah…Puss, si kucing perkasa sebelum ni, tampil berbeza…….badan yang gempal tapi maintain cute. Terutama masa, dia buat muka kesian tu..So cute…
Antara moral of the story daripada cerita ni:
i) Hargailah apa yang kita ada/disamping kita.
ii) Fikir sebelum membuat sesuatu keputusan.
Tuesday, 2 March 2010
TWILIGHT FEVER
Assalamualaikum.
New addiction....demam..demam...
.
.
.
.
.
.
Tak sangka...sungguh best rupanya citer vampire ni.
Sebelum ni aku tak kisah pun pasal movie twilight masa tengah hangat di cinema.
Kebetulan tertengok kat 413 satu petang tu, ehhh...best la...
Macam addict pulak, aku cari novel2nya pulak.
Jumpa kat mph alamanda, terus sambar twilight dgn new moon. ingat nak 'labur' lagik duit dengan 2 buah novel lagik, tapi tunggu dululah. Tu pun tak pasti bila zaman dapat abihkan.
And sungguh tak disangka, aku dapat abih baca both novels dalam masa singkat je. Sekejapan dah abih. tak boleh elakkan diri dari baca dan terus membacanya...
Amat mempersonakan..hah..hah...
Sekarang ni tunggu nak sambar twilight saga eclipse dgn breaking dawn pulak..
Tanpa disangka, aku 'ter'beli jugak dvd vol 1. Dah berulang kali aku tengok, tak jemu2..hah..hah..
Wednesday, 10 February 2010
CHANGELING vs PAPADOM
Assalamualaikum.
Demi kasih, demi sayang, ibu & bapa sanggup berkorban untuk anaknya. Tapi, tak dinafikan, ada jugak ibu & bapa yang sanggup 'mengorbankan' anak sendiri demi memenuhi hati hitam tu. Tapi, aku percaya, bilangan ibu & bapa yang sayangkan anaknya lebih ramai daripada bilangan yang kalau kita boleh pangil dungu tu.
Citer pasal kasih & sayang ni, aku teringat dengan 2 citer yang mengenengahkan tema tu. Pernah tak tengok citer Changeling & Papadom? Seriously, tak rugi punya tengok both movie. Air mata aku berderai-derai tengok citer tu. Changeling, dari awal sampai abih, memang touching giloss..sedih... Papadom, citer komedi, tapi tang penghujungnya, touching wooo...
citer tentang seorang bapa @ pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja hingga berjaya kejar cita2nya, tapi at the same time, terlupa tanggungjawab pada isteri & his one & the only doughter. Bila isterinya meninggal, situasi mula berubah. Demi kasih sayang terhadap arwah isterinya, dia mula berubah dan setiasa berada di sisi anaknya di mana saja berada. Bila anak kesayangannya tu pegi belajar di kolumpo, tanpa pengetahuan anaknya, bapa ni curi2 pegi kolumpo jugak dan sanggup bekerja sebagai tukang kebun kat ipt tu semata2 supaya dapat setiasa dapat melihat anaknya. Sejak tu, pelbagai kisah berlaku......suka...duka...
movie ni adalah based on true story. seorang ibu tunggal yang kehilangan anak lelaki berumur 9 tahun. anaknya terpaksa ditinggalkan di rumah buat pertama kalinya sebab kesulitan mencari pengasuh, apabila si ibu dipanggil bertugas. tanpa disangka, hari tu la merupakan hari terakhir dia dapat melihat anaknya. sejak itu, si ibu tak pernah berhenti berusaha mencari anaknya. sehinggalah satu hari, si ibu dipertemukan dengan seorang budak lelaki yang dikatakan sebagai anaknya. tapi, budak tu bukan anaknya!!! ironinya, budak tu mengaku kat semua press & orang yang ada kat stesen keretapi tu bahawa itu adalah ibunya!!!tak ke haru tu..ibu kata tu bukan anaknya, sedangkan budak tu kata tu ibunya...sebenar-benarnya budak tu memang memang bukan anak dia, ada criter balik klambu sebenarnya. bayangkanlah, seorang ibu mesti kenal amat2 anak sendirikan, tanda2 kat badan dsbnya. apa perasaan korang kalau berada kat tempat dia?siap kena hantar mental hospital lagi sbb mempertikaikan kerja polis (actually,hanya bagitau polis budak tu bukan anaknya, tapi dia pulak dipersalahkan..kesian..). rupa2nya polis memang silap..
Sesungguhnya kasih ibu dan bapa sepanjang hayat......
Subscribe to:
Posts (Atom)











