Showing posts with label rumah kami. Show all posts
Showing posts with label rumah kami. Show all posts

Wednesday, 9 November 2011

Monday, 31 October 2011

Selamat Tinggal K..... Selamat Datang H

Kesian “rumah” ni, lama tak ber update. Selalu bukak, tapi tak sempat nak update, takpun mood takda nak update.

Tuan rumah sibuk pindah rumah. Bukan jauh mana pun, dari jalan k, ke jalan h. Bulan ni aktiviti utama kitorang tiga beranak adalah kemas, membungkus dengan kotak atau plastik semua barang-barang rumah yang boleh diangkut dulu ke rumah baru. Disebabkan asyik kemas dan kemas je, sampaikan bila aku dah rasa penat balik dari keje nak kena mengemas, aku duk merungut kat EA “apa ni, asyik nak kemas..kemas.. je..)...Bila dah penat, mulut cakap ikut sedap je la...

EA kata better angkut dulu mana-mana barang yang boleh diangkut. Ni supaya tak teruk sangat masa hari angkat barang besar-besaran nanti. Mahu dari pagi sampai malam kalau tunggu lori baru nak angkut semua. So, kereta kitorang jadi mini lori la...

And officially, kitorang telah pun selamat berpindah pada 29 Oktober baru ni. Terima kasih kepada semua tenaga kerja aka adik-beradik/ipar-duai/sedara mara yang telah menyumbang tenaga hari tu. Sempena hari kerja berat tu, aku dengan bantuan chef terkenal EA dengan baik hati telah masakkan mee kari (patutnya untuk breakfast, tapi sudahnya dimakan masa lunch sebab aktiviti angkat mengangkat mula lambat...). Pukul 2 pagi aku dengan EA tido malam tu tau, semata-mata nak siapkan kuah mee kari tu... Berbaloi rasanya bila licin semuanya walaupun kurang masin sikit. Bila nak panaskan kuah, dah tak jumpa garam, tah plastik mana dia duduk...

Rumah kitorang sekarang ni macam tongkang pecah. Barang bersepah sana sini. Malam tadi puas mencari beg sekolah Nurin hana, nasib baik tuan punya beg nampak beg dia kat mana. Kalau tak, pergi sekolah bawak plastik je la.... Tu belum lagi bab bedak, sikat aku semua. Cari-cari tak jumpa... Kat plastik mana la nyoroknya...

Mahu makan berhari-hari nak kemas dan susun semua tu. Al-maklumlah, siang-siang kitorang keje, harapkan malam je la. Tu pun singkat je la masanya nak mengemas sebab dah nak kena tido malam pulak, esok nak bangun awal pegi keje. Takpa la, kasi kayuh pelan-pelan... Yang penting kita kasi clear tingkat bawah dulu...Strategi..strategi...heh..heh...(bila ada orang datang, nampak kemas la......, padahal kat atas, bersepah...)

Selamat tinggal K...... Dekat 7- 8 tahun jugak kitorang duduk sana, banyak nostalgia tu...  Sob...sob...sedihhh....
Daripada berdua, jadi bertiga. Rumah yang menyaksikan pelbagai perkembangan dan tumbesaran Nurin hana selama 4 tahun ni... Masih terbayang Nurin hana merangkak-rangkak keliling rumah... Berlari-lari...
Juga, masih terbayang, saat jari jemari EA mengetuk mesin jahit menyiapkan tempahan kain langsir rumah ni. Juga EA mencari idea melukis logo hari merdeka sempena pertandingan mencipta loga hari merdeka tahun bila tah, dah tak ingat...
Selamat tinggal jugak kat pokok betik depan rumah yang banyak berjasa menghasilkan buah yang manis amat. Harap-harap lepas ni EA tanam pokok betik manis macam tu lagi... :).
Untuk pokok mangga kat belakang rumah tu, moga berbuah la kelak bila dengan tuan baru nanti. 4-5 tahun kitorang tunggu, tak jugak berbuah. Daun je rimbun...

Selamat tinggal K....... selamat datang H......

Tuesday, 20 September 2011

Decision...Decision....

Masa terus berjalan. Dah makin suntuk. Hati masih berbelah bagi... nak terima offer tu ke, tidak...


Dilema nak pilih antara rumah baru vs rumah sekarang... dua-dua pun bukan rumah aku pun..rumah kerajaan... ;)

Kenapa aku kena ambik offer tu:
  • Teringin nak merasa rumah cam tu
  • Lokasi masih dekat dengan kawasan rumah aku sekarang
  • Masih dekat dengan sekolah, tadika
  • Rumah yang luas dan besar untuk kitorang 3 beranak ni...
  • Laman tepi yang luas..puas Nurin hana main lari-lari tu
  • Corner lot
  • Ruang dalaman yang lebih luas, memudahkan aktiviti bermain Nurin hana
  • Bagi peluang kat orang lain untuk duduk kat rumah aku pulak
Dan kenapa pulak aku rasa macam nak stay je rumah sekarang:

  • Dah selesa kat sini, jiran baik (tapi, esok-esok jiran baik pindah?)
  • Sekolah sepelaung je
  • Barang-barang ya ampunnn..banyakk...jenuh kalau nak pindah ni...
  • Tak tau kondisi rumah baru tu elok ke tak..intai-intai macam ok je...
  • Kat area rumah baru, banyak rumah bos. Tak boleh la nak buat jahat sikit kan...
  • EA kata rumah baru tu pintunya tepi, tak best. Rumah tu memang pelik sikit, patutnya pintu depan kat depan la kan..tapi ni tak, pintu depan berada di sebelah tepi rumah...lepas parking kereta, ko kena jalan ke tepi rumah baru boleh masuk rumah.
Alamak, senarai pro & cons sama banyak. Camana tu....

Kalau aku reject offer ni, aku kena queue semula. Tunggu lagi 6 bulan dan ke atas. Ala-ala blacklist sekejap la. Offer yang ni pun, cepat sampainya. Aku mintak seminggu sebelum raya hari tu, dua minggu lepas raya terus dapat. Sungguh efisyen. Risau jugak, rumah lain yang di offer lepas ni, lokasi tak best, pastu rumah pun tak best jugak.

Surat offer dah ready, kunci pun ada. Tinggal ambik kat hartanah je.

Hmmm..........Decision...decision....

Tuesday, 9 June 2009

tv baru


hubby beli nie..

Sunday, 22 March 2009

oh rumah kita


fuhh..lama betoi tak update blog nie. tah ler, rasa malas skit lak. ari nie baru rasa ada mood...
ari nie me, en hubby & ms farhanah gi rumah kitorang kat kajang sana. kitorang ada beli rumah kat sana, tapi dah almost 3 years umur rumah tu tak pernah pun kitorang duduk. kecintaan lebih pada kuarters lagik, heh..heh...so, we'll decided untuk sewakan jer ler. sayang sebenarnyer, maklum ler tak pernah duduk kat rumah tu lagik, tapi apa kan daya, takkan nak biar kosong jer. karang rosak gitu jer. baik sewa kat orang, at least ada gak orang jaga (kalau tenant yang baik la...), bulan2 pun ada income masuk. kurang ler skit kitorang nak bayar bulan2 rumah tu.
so, memandangkan dah ada tenant nak masuk (lepas few tapisan, kitorang pilih yang nie ler...harap2 ok la..), ari nie kitorang mop2 skit rumah. actually, rumah tu kitorang dah basuh tapi dah berabuk balik. almaklum ler, kosong kan...
my hubby kata, dia nak rumah tu bersih masa tenant masuk, so bila depa kluar nanti, rumah tu mesti bersih sebagaimana masa depa masuk. kalau tak, potong deposit, heh..heh...
tenant akan masuk awal april nie..."korang duduk ler rumah kitorang tu bebaik ye...toksah ler korang hancurkan rumah tu pulak..."(sedih.. ).

p/s: nampak ker lalang depan tu...sebalik pagar tu? dah bubuh racun ari tu, tengok2 pastu lalang yang tumbuh subur plak. ari nie hubby tebas smua dah..bersih..
ari nie, tidak dapat mendatangkan diri ker kelas...tapi dah mintak zu belajo betul2 nanti kena jadik cikgu plak kat aku nie dgn hani skali..heh..heh.. :-)