Monday, 9 April 2012
Nurin hana @ 5
Wahai anak....hari ini genap usiamu lima tahun. Bermakna sudah lima tahun kamu menyerikan, membahagiakan, menggembirakan kehidupan ibu dan papa....
Selamat hari jadi....
Kamu adalah hadiah paling mahal dan terindah serta istimewa yang pernah ibu dan papa terima. Kelahiran kamu merupakan detik paling istimewa yang akan ibu dan papa kenang sampai bila-bila......
Kamu kini sudah menjadi anak gadis kecil ibu dan papa.
Kamu selalu berkata, “tak mahu ibu dan papa tua...” dengan memek muka sedih... Tidak mengapa sayang....itu adalah lumrah alam. Dahulu kita bayi, menjadi muda remaja dan beransur-ansur berubah menjadi tua. Usah gundah gulana. Walau ibu dan papa kian dimamah usia kelak, namun di mata dan hati ibu dan papa, kamu akan tetap anak kecil comel yang menjadi kesayangan sampai bila-bila...
Membesarlah kamu menjadi anak yang soleh, berbakti pada ibu dan papa, pada agama, pada negara. Jadilah kamu anak yang sentiasa membahagiakan dan menyejukkan mata dan hati ibu dan papa. Doa ibu dan papa akan sentiasa mengiringimu walau ke mana kamu pergi dan walau apa jua yang kamu lakukan. Biarlah kamu menjadi anak gadis yang bukan hanya cantik luaran namun paling penting cantik di dalamnya, cantik budi, cantik hati, cantik pekerti tingkahlaku.
Ya Allah, terima kasih di atas pinjaman yang tidak ternilai ini. Berkatilah usianya dan kehidupannya, kasihanilah dia dan peliharalah imannya agar sentiasa di atas landasan-Mu. AMIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment