Mula tu aku berbelah bahagi jugaklah nak buat outdoor ni. Kan senang kalau buat kat restoran atau fast food je. Bagi idea, bayar dan semua dah siap diurus. Aku kan suka nak yang mudah je... Tak suka nak serabut-serabutkan kepala. That's why, benda-benda yang pening ni, aku bagi peluang kat sang arjuna je la fikir. Takpa la, nak bagi neuron-neuron kat otak tu bercambah... okay what... semakin bercambah semakin bijak la orang tu...
Lepas
Cadangan awalnya nak buat di Sungai Semungkis, dekat Hulu Langat. Ofis arjunaku ada buat family day tahun lepas kat situ (aku tak joint, sibuk dengan hal-hal negara....kennnn....). Kampung halaman terchenta kitorang suami isteri ni kat ampang so, kalau untuk mudahkan kaum kerabat semua, kenalah pilih port yang dekat-dekat situ je....Hulu Langat la the best location. Kitorang je la jauh...takpa, demi kaum keluarga terchenta...rela bekorban apa saja....^___^
Tapi tempat tu dah teruk lepas kena banjir besar baru-baru ni tu. So, kena la fikir alternatif lain pulak. Sungai congkak? Ala, asyik-asyik situ je... Kena cari tempat lain pulak.....
Sampailah satu hari tu. Thanks to my friend, Millie... Aku terbaca statusnya dalam fb, tentang gathering nya dan gambar yang ditunjukkan kat wall fb tu benar-benar menarik perhatian aku. Bak jatuh cinta pandang pertama gitu..... ^___^. Katanya tu kat sungai kemensah.
So, kenapa kitorang tak try survey kat situ pulak? Berdasarkan survey rambang kat internet, ada beberapa tempat menarik yang aku kira sesuai untuk berfamily gathering ni. Kitorang turun padang terus, survey tempat-tempat tu semua. Kena turun padang, baru dapat feel sama ada tempat tu memang best atau best tengok kat gambar je...
Antara tempat yang kitorang jejak, chalet rimba jinbara, teratak angah, warisan rimba, kemensah waterfall chalet,........
Wahhh..sungguh mengagumkan...rupa-rupanya banyak tempat menarik kalbu kat kemansah ni, bagai permata terlindung, gitulah kekdahnya.... Pilih je mana tempat yang kita berkenan, tepuk dada tanya poket. Rata-rata yang kitorang pergi tu disediakan pondok penginapan dan tempat untuk BBQ. Bukan wakaf ye, tapi ni pondok yang ada dinding keliling, atap, tingkap dan pintu. Boleh tidur-tiduran kat situ, salin-salinan baju, pendek kata sukahati koranglah apa nak buat kat dalam tu, janji bukan benda-benda tak senonoh atau yang boleh merosakkan pondok tu. Ya la, buatnya korang pakat beramai-ramai lompat-lompat kat dalam tu, roboh la pulak...menjawab la korang dengan tuannya tu... ^____^
Ada chalet yang jugak ada tempat ala-ala swimming pool, air yang ditakung dari gunung/bukit, selain air sungai sedia ada. Yang membezakan air gunung/bukit tu dengan air sungai, air gunung/bukit tu suam, air sungai pulak sejuk sampai mencengkam tulang sum-sum...Boleh kecut la badan korang duduk berendam lama dalam sungai tu. Tapi, bukankah tujuan datang berkelah di sungai untuk mandi mandi aka berendamkan...so apa ada halkan kecut mecut ni kannn....
Setelah timbang kati bagai, kitorang putuskan pilih chalet rimba jinbara. Agak mahal sewa pondoknya tapi aku suka tempat tu. Damai je.....chewahhhh.... Entahlah, aku pun tak tau kenapa aku suka tempat tu. Maybe sebab tak crowded sangat kot..more privacy la jugak.... Lagipun, apa salahnya. Bukannya nak raikan orang lain pun...untuk anakanda terchenta jugak....
Dah pilih tempat, kena pecah kepala memikirkan pasal menu pulak. Memanglah nak buat BBQ tapi, takkan tu je kan? Kebanyakan yang datang tu memang kategori food lovers. So,
Malam sebelum tu, aku selaku chef yang dipertanggungjawabkan untuk buat sambal udang atas permintaan arjuna, masak siap-siap sambal udang tu. So, pagi nanti perangatkan kejap boleh terus bawak. Pagi terus concentrate buat mee goreng special (kononnnnnn..........) dengan sup cendawan. Bahan-bahan untuk sandwich, aku dah siapkan malam tu. Arjuna secara aktifnya telah bertindak selaku pembantu chef dengan menjalankan tugas-tugas potong bawang halus-halus, racik cili merah nipis-nipis, potong limau, jugak bersihkan udang. Tak lupa, pembantu chef sorang lagi, Nurin hana yang bertugas untuk melenyekkan telur untuk buat sandwich dan menggaulkan segala bahan campuran dalam bekas sandwich. Kedua-dua pembantu chef telah bergotong royong secara berduet menyiapkan sandwich pagi-pagi tu. I love u guys... ^___^
Kek birthday? Kali ni kita try new place. Order kat Cafe Giat Mara kat presint diplomatik. Katanya, student yang buat. Mula tu risau gak, adik yang ambik order macam tak confident je bercakap, boleh ke siap kek ni... Tapi, tawakkal je la...Hehehe...serius..berdebar jugak kitorang masa nak gi ambik kek hari yang sepatutnya tu. Mana nak cekau kek kalau kek tak siap lagik. Bukak-bukak pintu je, terus terpandangkan kek sebijik macam design yang kitorang minta. Terus confident, mesti kek Nurun hana la tu. Yalah, dah sebijik sebijik macam yang diminta. Fuhhh..lega...
Pukul 8 lebih baru kitorang bertolak dari putrajaya. Bajet awal, pukul 8 nak keluar sebab patutnya kena berkumpul kat chalet 9.30 pagi. Heheheh...Pukul 6 lebih baru sibuk nak masak dan packing semua, pastu bila dah keluar rumah baru pulak perasan minyak kereta dah habis. Nasib baik sampai on time je.
Sampai-sampai je, eh..eh..eh...ramai pulak orang kat chalet tu. dua kali kitorang turun survey, lengang je. Kali ni siap parking lot pun penuh (parking memang kecikpun..). Agaknya ada orang buat family day kot sebab nampak macam group. Tapi tempat yang kitorang ambil tu tetap kitorang je conquer. Best..best..best...
Alhamdulillah, semua adik-beradik kitorang dapat join sekali, termasuk cik rosni, cik ro dan cik mori. Makanan pun cukup dan berlebih pulak. Bolehlah sorang sikit tapau bawak balik. Terima kasih semua sebab sudi mengosongkan masa pada hari tu, tukar syif kerja semua. Insyaallah, next time kita horey-horey lagi....Maybe, another host...?
air banyak pulak kat sungai tu. masa survey, air cetek je, kali ni okay la. maybe hujan malam sebelum tu, that's why air jadi dalam sikit. seronok berendam...air sejuk.....
merpati dua sejoli.... ^____^. wei, jangan buat pasal...adik beradik kandung tu, sama mak, sama bapak....
birthday girl yang sangat-sangat happy hari tu....happy dikelilingi dengan orang-orang yang rapat dalam hidupnya...
taiko selayang dengan ex-taiko yang telah ditumbangkan....
tu la satu-satunya pelampung yang dibawak. menjadi idaman semua, tak kira muda mahupun tua... yela, yang tua pun teringin jugakkan....
si merah yang asyik menempel kuat kat badan pak longnya masa mula-mula jumpa air...
tempat ni ada tempat berpasir, macam kat tepi laut. sesuai la kanak-kanak ribena termasuk yang dah melepasi tahap remaja main-main kat situ, korek pasir, buang pasir, korek pasir, buang pasir.
kanak-kanak ribena pelbagai peringat usia yang begitu seronok berendam sakan....
rendam...rendam jugak...panggilan perut kena layan jugak....
yummy..yummy... ada ayam, daging lembu, daging kambing, udang, sotong. tempat bbq dan arang disediakan, opss..bukan free arrr...kena sewa.....
life guard yang sibuk mengawas semua kanak-kanak ribena
pondok chalet rimba jinbara yang kitorang sewa. ada pangkin kat depan tu untuk rehat-rehat.
kek hasil buatan pelajar giat mara. ok what..not bad...
satu lagi. angry bird's cup cakes. cute...
oh..anak...awat pi jilat pisau kek tu..... tengok...banyak betul kek....maksu bawak red velvet cup cake dengan cheese cake
Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu, Nurin hana...
ye...potong...jangan tak potong....semua tak sabar nak ngap kek....
makan angry bird dulu la....
bersama sebahagian cousins. ada lagi yang takda dalam gambar ni. sama ada busy kena kelek dengan mak-mak atau busy makan...
Sememangnya cadangan buat kat sini adalah satu keputusan yang amat tepat......semua happy, perut kenyang, hati pun senang.........
life guard yang sibuk mengawas semua kanak-kanak ribena
pondok chalet rimba jinbara yang kitorang sewa. ada pangkin kat depan tu untuk rehat-rehat.
kek hasil buatan pelajar giat mara. ok what..not bad...
satu lagi. angry bird's cup cakes. cute...
oh..anak...awat pi jilat pisau kek tu..... tengok...banyak betul kek....maksu bawak red velvet cup cake dengan cheese cake
Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu, Nurin hana...
ye...potong...jangan tak potong....semua tak sabar nak ngap kek....
makan angry bird dulu la....
bersama sebahagian cousins. ada lagi yang takda dalam gambar ni. sama ada busy kena kelek dengan mak-mak atau busy makan...
No comments:
Post a Comment