Wednesday 5 July 2023

Pesta Muda Mudi

11 Mei 2023. 
Pesta muda mudi jabatan x 🀭. 

Jamuan Raya aka farewell big bos No. 1.
Kali ni semua orang sedaya mungkin buat sehabis baik sebagai tanda penghargaan kat DS KP sebelum beliau bersara. 
Biarlah kemeriahan ni menjadi antara kenangan terindah buat DS KP. 

Pesta kali ni bertemakan negeri di Malaysia. So, bahagian dapat Sabah Sarawak/Borneo dan ada senarai menu cadangan, antaranya ada laksa Sarawak, kuih muih Borneo.
Wahhh..kalau kuih muih senang je, kita borong la kek lapis dengan amplang.
Walau bagaimanapun, memandangkan lady bos kita orang Sarawak, dah tentu lah menu pilihannya laksa Sarawak. 
Kita follow je la. 

Mesti orang kata, alah senang je, order je la kat katering. Betulll....
Cumanya, lady bos pilih "jom main masak-masak" 🀭.
Maka, jom la kita singsing lengan sesama. 
Yang best nya, lady bos pun sama-sama singsing lengan, ambik portion masak kuah laksa.
Bos siap order paste laksa dari Sarawak, bagi mengekalkan originaliti.
Air tangan bos memang dah terbukti πŸ‘.
Sebelum ni dah bawa bekal ke opis, jamu semua.
Untuk pesta ni, bos buat kuah, so, yang lain pun ada peranan masing-masing kat rumah sendiri, goreng telur dadar, buat sambal belacan, rebus dan carik ayam, rebus mihun sampailah deko-deko gerai.
Bos kita semangat so kita semua pun tak boleh la lemau kan.
Takda sapa pun boleh ngelat, iolls dah bahagikan sama rata. Semua ada kerja dan kena bekerja. 
Btw, iollss lead "projek" untuk bahagian ni 🀭. 

Gerai masih cantik lagi, kemas. Belum kena serbu. Mencabar betul nak kekalkan kecantikan ni hehhehe

Us.. tak ramai, tapi kita ada2. Ada yang takda dalam gambar ni, merayap ke mana tah. 
pegi skodeng gerai orang lain la tu.

Kenangan bersama mantan KP dan isteri. Bos yang sangat baik. 

3 gadis berbusana tradisional Sarawak. Ni model bahagian. Memang Sarawakian ni.
Single lagi depa tu..kot ada yang nak masuk daun.

Alhamdulillah, awal-awal dah kena serbu. Menu rare, orang suka. Sampaikan terpaksa stop production sebab juri belum datang menilai, makanan dah nak habis,,,acaner tu..hehheheh.

Kita sediakan belon jugak, kot ada yang nak balik kg.

Btw, berbaloi la bersingsing lengan, bermandi peluh semua, bahagian dapat menang hadiah ke-3 gerai tercantik..yeayyyy πŸ’ƒπŸ•ΊπŸ’ƒπŸ•ΊπŸ’ƒπŸ•ΊπŸ’ƒπŸ•ΊπŸ’ƒ.
Memang duk aim antara nombor 2 dan 3 je, sebab kalau juara kena bertanding kat jamuan raya JPM pulak..aduhhh satu hal pulak nak pasang memasang.
Semua bukannya rajin sangat...hahahah.
Walaupun hanya menang nombor 3, dia punya havoc, hushhh macam menang juara.
Semua iring bos ambik hadiah kat depan.
Tu baru memang nombor 3, bayangkan kalau juara..hahahaha.
Masa berarak ke pentas tu, salah sorang officemate tanya, ""kita menang nombor berapa ni? Juara ke?". Hahahaha...

Pagi hari kejadian, para TPs dan KPPs tengah gotong royong buang ekor dan kepala taugeh 🀣. Mana nak cari rajin camtu 🀣. Semua ala-ala acik katering dah. Ada miscommunication antara pegawai yang ditugaskan siapkan taugeh tu dengan orang cafe aka tukang beli taugeh. Tukang beli memang beli je. Acaner nak bagi orang makan dengan taugeh tak siap ni. Maka, ni la orang-orang yang jadi mangsanya, buang ekor dan kepala. Ni je orang yang masih tinggal kat opis pagi tu, yang lain dah pergi ke tapak pesta, untuk buat persiapan.


So, adik2 pihtihdih yang baru join servis, kena la ingat ye, kerja kita bukan hanya dalam aircond main dengan kertas, organise meeting/program atau segala kerja rutin biasa dalam opis dan yang tercatat dalam senarai tugas je ye. Kadang-kadang kita kena turun padang buat kerja-kerja lain, contohnya buang ekor dan kepala taugeh 🀣. Belum lagi tengok Pengarah kita susun condiments dalam mangkuk, tuang kuah, layan tetamu kat gerai. JUSA C tu ye. 

So, mudah-mudahan kita jadilah seperti padi, semakin tunduk semakin berisi, semakin berilmu, semakin merendah diri. Jangan jadi seperti lalang, makin lama makin tinggi, akarnya mencengkam bumi, liuk lentuk menyakitkan hati.

Batch 2001. Ada lagi 2 orang not in the picture.
Tapi hat tepi kiri depan tu tukar keluar.


Monday 22 May 2023

dia dah remaja

Komunikasi antara anak dan mak pak.

Anak: Ibu, Papa, hujung minggu ni kita ada pergi mana-mana ke?
Papa: Takda. Kenapa?
Anak: Kawan saya masuk tournament taekwondo Ahad ni. Boleh ke kita pergi?
Ibu: Kat mana? Boleh je, kalau kita tak pergi mana-mana.
Anak: Kawan saya kata kat Mall xx.
Ibu/Papa: Sapa kawan awak ni? Sama maktab ke?
Anak: Tak.. kawan masa PPCS dulu. Dia sekolah Maahad kat Kelantan. 
Ibu dan Papa saling berpandangan, ehhh..siapa pulak ek.
Papa: Perempuan ke?
Anak: Lelaki.

Sekali lagi Ibu dan Papa berpandangan, aikkk tak pernah berlaku ni. Siapakah beliau ini?
PPCS tu dah lama kot. Masa darjah 5 kot. 
Lama betul depa dua dah berkawan. 
Ni kiranya 1st time ever depa dua akan bersua mata lepas last sekali masa program PPCS.
Papa: Ok, nanti kita pergi. 

Ibu: Bagitau kawan awak, kita pergi lambat sikit. Kita pergi lepas Fun Walk Putrajaya nanti. 
Anak: Ok. Tapi kalau Ibu Papa nak tinggalkan saya dulu kat tempat tournament tu dulu pun boleh. 

Ibu dan Papa saling pandang memandang buat kesekian sekalinya. Hushhh, lain macam ni..hahahah. 

Ibu: Huiii, boyfriend ke? Hahahah... (saja nyakat).
Anak: Kawan je la Ibu.. 

Ye, Ibu dan Papa kena bersiap sedia dah la. 
Anak dah besar remaja. Dah mula ada kawan dengan pelbagai jantina. 
Kita pun pernah remaja. Faham...
Just tau batas masing-masing. Tau fokus pada pelajaran. 

Huwaaaa...anak den dah besar... 

Monday 27 March 2023

Tahniah Dapat Sekolah Asrama

Assalamualaikum.

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya ke MRSM/SBP/SMKA aka sekolah asrama. 
Minggu lepas dan minggu ni memang minggu yang agak sibuk buat mak pak, minggu pendaftaran anak-anak ke sekolah tu.

Ramai je, dah terima tawaran MRSM, lepas tu dapat pulak tawaran SBP/SMKA.
Hati berbelah bahagi, tak tau nak pilih mana.   
Tanyalah anak, mana yang dia nak pergi.
Kita salurkanlah kepada anak-anak maklumat mengenai sekolah-sekolah tersebut, pro dan cons nya.
Yang penting anak tu yang nak duduk di asrama.
Janganlah demi hasrat zaman dulu kala mak pak yang tak kesampaian yakni cita-cita nak masuk sekolah asrama tapi tak dapat, sudahnya kita lampiaskan pada anak pulak.
Biarlah anak tu masuk dengan rela hati. Lebih mudah urusan kehidupan seterusnya nanti di sana.

Untuk anak-anak yang tidak berjaya, masih ada peluang. 
Mak pak buatlah rayuan dan rayuan. 
Sekiranya memang bersungguh-sungguh nak belajar di sana, buatlah rayuan. 
In sha Allah, jika ada rezeki, tak ke mana. 
Proses rayuan tu ada beberapa kali, cubalah sehingga habis segala ruang dan peluang yang diberi. Teruskan buat rayuan, usah putus asa.

Anak-anak yang dah berjaya dapat tawaran tu, buatlah persiapan. 
Paling penting, adalah persiapan fizikal dan mental. 
Bukan material semata-mata (beli baju sekolah, peralatan etc).
Wahai mak pak persiapkanlah anak-anak secukupnya dari segi fizikal dan mental tu. 
Akak sendiri masih mentah dari segi pengalaman duduk asrama, baharu 4 tahun, tapi percayalah, sekiranya anak-anak kuat fizikal dan mentalnya, in sha Allah lebih mudah nanti.

Dan terpaling penting, mak pak sendiri kenalah bersedia "melepaskan" anak itu. 
Mak pak sendiri kena kuat. 
Iyalah, 12 tahun di depan mata, sentiasa di bawah ketiak, tiba-tiba berjauhan. 
Kalau mak pak sendiri tak kuat, bagaimana nak salurkan kekuatan dan positif tu pada anak?
Homesick itu biasa. 
Awal-awal anak-anak akan selalu hubungi mak pak, kadang-kadang dengan tangisnya, ada yang merayu untuk balik. 
Kita sapulah air mata mereka dari jauh, sematkanlah azimat nasihat, tanamkan keyakinan dalam diri mereka. Jangan pula kita hanyut sama πŸ˜….
Hantarlah positif vibe kepada anak-anak.

In sha Allah, anak-anak akan terjaga dengan baik di sana. Kita titipkan doa yang baik-baik untuk anak kita selalu, moga dipermudahkan segala urusan di sana dan sentiasa dalam lindungan-NYA.

#makanaksatupengarangjantungintanpayung
#demimasadepanmaklepaskandudukasrama

Tuesday 23 August 2022

Kenangan dengan public phone

sumber: google


Zaman sekarang ada ke lagi public phone? 
Macam tak pernah nampak la pulak kan...

Zaman belajar dulu, ni la alat komunikasi yang paling penting.
Ye la zaman tu, mana nak cekau duit nak beli handphone pun.
Sesiapa ada handphone masa tu memang kelasss la, have have, bak kata orang zaman sekarang.

Tapi, duit loan kan ada? Kenapa tak beli pakai duit tu je?
Haishhh....sesungguhnya, duit loan tu digunakan untuk belajar semata-mata #mataterkedipkedip... hahahaha.  Iyo la sangat...
Daripada habiskan beli handphone, baik la kita buat beli makanan, dah sah-sah kenyang perut, hatu pun gembira.
Takpun kita merayap kat Loq Staq atau paling-paling pun Jitra atau Kangaq bila cuti.
Honestly, benda paling mahal akak beli guna duit loan adalah kamera...hahahah.
Masa semester 2, dapat sedebuk duit sekaligus dengan semester 1 kan, so macam banyak la pulak kan. Hahahah.
So, kita donate la sikit kat kedai.
Ingat lagi, kamera Olympus. 
Masa tu takda la kemera canggih macam sekarang. 
Ini jenis pakai kodak tu la.. Kerjanya membeli kodak je...tu menunjukkan banyaknya ambil gambar.
Banyak sungguh jasa kamera tu, merata pegi sepanjang 5 semester. 
Ada la gambar kenangan yang dirakam.

ok.. ok... berbalik ke public phone tu.
Kat kolej kitorang memang ada 1 public phone, kebetulan dekat je dengan bilik.
Tiap-tiap malam, memang berderetlah, "inilah barisan kita".
Satu pemandangan biasa.
Masing-masing bawak syiling secukupnya, beratur dengan tertib, takda gaduh-gaduh pun. Bagus kan..
Masing-masing kalau dah start bergayut, mana cukup 10 - 20 minit..berejam mau nya.
Sabarlah wahai hati nak tunggu giliran tu.
Tapi bagusnya depa ni, nak berejam, depa tunggu tengah malam sikitlah. Orang dah tak ramai.

Paling syok public phone ni, orang luar boleh buat call ke dalam.
Errr.. faham ke? Alaaa... macam phone kita, orang call kita.
Hah, macam tu la.
Janji tau nombor phone tu, pastu pass la kat sesapa berkenaan.
Tak ramai yang tau nombor tu....hahahaha.
Untuk memastikan hanya senior yang dapat keistimewaan tu.
Nama pun senior kannnn...

Biasanya kalau phone tu berdering, orang bilik sebelah akan tolong angkat.
"Hello, boleh panggilkan si polan binti si polan?"
Pastu, ko tunggu la depa laung nama "Si polan binti si polan... ada calllllll".
Takpun, buat janji siap-siap dengan orang yang akan call tu, pukul berapa nak call, so kita tunggu la siap-siap kat situ. 
Senang kerja orang bilik sebelah tu...hahahah, tak payah susah payah bazirkan air liur panggil si polan bnti si polan.

Jimat syiling wehhh, guna kekdah "menunggu panggilan si dia" ni.
Tak kisahlah siapa pun si dia tu.
Tapi biasaya kekdah ni digunakan untuk bergayut dengan boipren la.
Biar depa la keluarkan duit. Kata sayangkan.... 


Monday 4 July 2022

Trip Penang - Mak Jah

Bersempena cuti sekolah hari tu, jomlah kita ronda-ronda sambil memenuhkan kereta atas highway.
Destinasi pilihan, Penang... Yeayyy, dah lama nak pegi belah sana.

Asalnya nak ke Pulau Pangkor, senang nak hantar NF balik asrama lepas tu.
Dah terbayang-bayang, petang-petang lepak tepi pantai...hahahha.
Tapi lepas timbang kati semua, jom la kita ke Penang. 
Nasi kandar, durian Balik Pulau dah memanggil-manggil tu.

Bab cuti-cuti ni, memang biasanya en suami suruh pilih tempat dan senaraikan itenarary sesuai.
Beliau akan uruskan pasal booking hotel semua.
Pilihan yang ada, memang belah utara sebab nak mudah NF balik nanti.
Kang kalau pilih Pantai Timur, jauh la pulak nak pusingnya.
Belah Utara, kita ada Penang, Kedah, Perlis dan Perak sendiri.
Tu yang timbul idea ke Pulau Pangkor. Lama sungguh tak pegi.
Last pergi, NF pun takda lagi...hahaha.
Sambil-sambil sun bathing, boleh soping sekali, kata dah jadi pulau bebas cukai...hahahah.
Last minute plan, time cuti sekolah pulak, pilihan hotel memang tak banyak.
Full belaka. 

Pagi tu dah plan cantik, nak keluar jam 8 pagi. 
Apakan daya, kita hanya mampu merancang...hahaha.. tau-tau je lah, macam-macam nak uruskan sebelum keluar tu.
NF akan terus balik ke asrama lepas trip Penang so kena make sure semua barang ready dan dibawa sekali. Pagi tu la nak iron baju sekolah. 
Pagi tu la nak kemas buku-buku sekolah. 
Pendek kata segala-galanya la buat pagi tu. 
Pagi tu jugak,  NF bagitau kena bawak gambar ukuran passport.. #sakitjantungmak.
Mujur dia bagitau Papa dulu. Papa tenang-tenang je. Mak kena belajar macam ni.
Kalau bagitau mak dulu, memang la mak akan bawak pegi kedai gambar, tapi sebelum tu tadahlah telinga dengar suara merdu mak "menyanyi"...hahahhaha. 
Ye lah, dah 5 hari duduk kat rumah, tak terdengar langsung pasal nak kena bawak gambar tu.
Mujur kedai bukak. 
Kalau tak, panjang lagi la "nyanyian" mak.

Sebelum sampai Penang, kita belok dulu ke Taiping.
Saja, nak melambat-lambatkan sampainya..hahahha.
Kita singgah Mak Jah kejap la, makan tengah hari. Perut dah berdondang sayang.

Mee Udang special ni, yang tersohor katanya. 
Ada 3 ketul udang galah.

keutiaw special

nasi goreng udang. 
Saja ambik nasi.. asyik mee je, buhsan pulak.
Nampak tak ada macam kuah kat tepi nasi goreng tu?
First time ever makan nasik goreng ada kuah macam tu. Kuah mee udang rasanya, sebab rasa sama.
Tapi, sedap jugak tambah atas nasik tu. Rasa lain sikit. 
Ehh.. awat semua ada udang? Laa.... dah namanya speciality nya udang, dah tentu-tentu berudang belaka.

sotong goreng tepung. Menu ni kita kena order kat stall depan. Not bad, sedap jugak, buat kunyah-kunyah sementara menu berasas udang sampai. Pakai sotong kecik-kecik tu. Tepung crunchy.


Sebenarnya singgah Mak Jah ni sebab memenuhi hasrat hati en suami.. 
Rupa-rupanya selama ni kitorang tak pernah singgah sini kalau turun Taiping.
Mee udang memang pernah makan kat Taiping, tapi bukan kedai ni.
So, jom la singgah, kang kempunan pulak cacing-cacing dalam perut tu...hahahahah.

Frankly speaking, akak lebih suka makan udang biasa (laut atau kolam)...hahahah.
Tau je la, udang galah ni, kepala je pun dah besar dari badan..so isi nya dapat sikit je.
Sebab tu lagi enjoy makan udang biasa. 









Thursday 2 June 2022

Panik disebabkan oleh sebuah handphone

Hubungan kita yakni manusia dan handphone diibaratkan bagaikan isi dengan kuku.
Adakalanya sangat intim, sampaikan bangun pagi, benda pertama yang dicapai adalah handphone.
Ada orang yang bagaikan tak boleh hidup tanpa handphone.
Bagaikan ayam berak kapur kalau takda gajet tu kat tangan.
Tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.
Cubit peha kanan, peha kiri juga akan terasa kekdahnya.
Hubungan yang aneh...hehehe.

Dalam kes aku, handphone tu umpama nyawa satu lagi jugak la.
Sebab semua nombor perhubungan orang dalam tu.
Tu yang aku pentingkan.
Nombor telefon orang yang aku ingat sangat-sangat terhad. 
Hanyalah nombor husband je yang boleh register dalam otak, tak termasuk nombor sendiri...hhahaaha.. 
Orang lain, mintak maaf la.. tak mampu dek otak nak hafal.
I is lemah dengan nombor-nombor ni.

Handphone ni pernah membuatkan aku panik dan bagaikan nak hilang nyawa.
Ada satu hari tu kena outstation ke Ipoh. 
Bos nombor 2 diundang ke majlis di sana.  Makanya, bos nombor 3 pun kena turun jugak. 
Automatik, orang kanan dan kirinya pun "sibuk" sekali la..
 
Selesai majlis, semua berangkat pulang. Apa-apa hal, kita bagi bos-bos lepas dulu.
Sepanjang jalan, semua kusyuk layan mata.
Letih yakmat, walaupun event orang tapi perjalanan pergi balik tu memang makan tenaga banyak jugak.

Sampai rumah, terus melompat kegirangan.
Jumpa toilet sendiri. Jumpa bantal sendiri dan macam-macam jumpa lagi la.
Asyikkkkk...
Dalam 15 minit lepas tu, tergerak hati nak tengok handphone.
Kan kata dah tadi, kita dengan handphone bagai isi dengan kuku.

Cari-cari tak jumpa. Habis selongkar beg. Arghhh..sudah..mana pulak perginya ni.
Tiba-tiba teringat, tadi ada charge handphone dengan power bank.
Letak dalam poket seat depan.
Memang ada seorang anak buah dalam tu otw ke pejabat.
Ahhhh...lega rasanya. Tak jadi gabra.

Tiba-tiba teringat..
Mana ingat nombor dia 😭.
Nombor pilot pun semua dalam handphone yang tercicir tu.
Macamna nak contact depa dalam kereta tu.
Gabra pun sudah mari.
Mana taknya, kereta tu akan ditinggalkan kat parking pejabat, semalaman.
Lepas tu, handphone tu tengah charge.
Paling awal boleh dapat handphone tu pun, pagi esok bila masuk pejabat.
Imaginasi liar mula mendesak masuk.
Risau, power bank meletup, sebab kepanasan dalam kereta. Power bank letup, automatik kereta pun letup... 
Pastu, risau handphone tu jatuh ke tangan orang tak sepatutnya.
Banyak benda-benda penting dalam tu. Naya tu kalau jadi apa-apa.

Tarik nafas. Hembus pelan-pelan.
Nasib baik, otak bagi kerjasama yang sangat baik.
Fikir camna nak contact orang dalam kereta tu, sebelum keadaan menjadi lebih gawat.
Then, NF bagi idea, ibu try la contact kawan ibu.
Terus teringat, directory Jabatan.
Pinjam laptop dia, bukak carian.
Alaaaa... directori tu takda nambor handphone.
Intranet Jabatan tak boleh akses pulak.

Sekali teringat sesuatu. 
Dulu-dulu pernah contact salah sorang kawan ofis guna handphone NF. 
Diyakini kawan ofis tu ada nombor anak buah yang dalam kereta tu.
Pinjam handphone NF, kita browse contact sambil berdoa ada la nama dan nombor dia dalam tu. 
Huwwaaaa... rasa macam nak nangis, tengok adaaaaa.
Terus call dan alhamdulillah dia dapat provide nombor handphone yang dicari.
Terima kasih daun keladi Fidah... you'are my hero.

Mujur la, orang dalam kereta sudi nak jawab call dari unknown number.
Bagitau dia pasal handphone keciciran.
Mujur belum sampai ofis lagi. Baru lepas hantar pilot lain.
Dan, dalam 15 minit macam tu, handphone dan power bank sampai dengan selamatnya kat depan rumah.
Alhamdulillah.. sujud syukur aku πŸ˜….

Sejak malam tu, terus bertekad nak salin semua nombor dalam handphone tu masuk buku kecik.
Siap beli dah pun buku tu.
Tapi... errr..  belum sempat salin lagi πŸ˜….
Ada masalah teknikal sikit...hahahhaha.
Ok.. ok.. lepas ni terus salin. 
 

Monday 30 May 2022

Senaman kaki dan senaman mulut saling lengkap melengkapi



Peach strudel? Burnt Cheesecake? Anyone?
Who can resist these tempting πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹.
Tengok gambar ni je pun, dah menjejes-jejes air liur.
Minum air manis, boleh control lagi. Tapi makan benda manis macamni, aduhhhh, nafsu masih membuak-buak. Sejenis sweet tooth memang macam ni. 

Tau-tau je, pagi tu sampai Kenny Hills Bakers 🀭. Kat Jalan Ampang. Aterrr, tak kenyang ke kome berdua ni. Ada membela ke? 🀭. Sebelum ni dah pekena nasik lemak.
Alang-alang dah sampai KL, kita singgahlah sini. Kan orang tua-tua kata, tak baik kalau dah sampai, tak singgah. Nanti kecik hati tuan kedai tu.
Sebab perut dah rasa macam nak pecah, kita terpaksa ambik 2 jenis dessert je. Walaupun ikut hati, nak ambik macam-macam lagi. Macam bila kita masuk kedai Eco RM2.20 yang  nak naik RM2.40 tu, terpesona dengan harga yang dikatakan murah tu, kita ambil macam-macam sampai penuh troli. End up daripada plan nak beli bateri, bayar RM2.20 je tiba-tiba kat kaunter tulis RM50...heheheh. 
  
Tapi, memang boleh jadi tak tentu hala, hilang ingatan kejap, tengok semua pastries dan kek yang ada tu. Rupa paras semua cantik menawan belaka. 
Walaupun rasa belum tentu, tapi mata kita kan mudah tertipu dengan kecantikan luaran 😁. 
Tapi disebabkan graviti yang ada berjaya menarik diri daripada terus melayang-layang, kaki tetap terpasak di bumi ni so ajaran bonda berjaya keluar dan menjerit-jerit dalam diri bahawasanya "ikut hati, binasa".
So, peach strudel dan burnt cheesecake menjadi pilihan dan paling magiknya berjaya menyelit di celahan perut. Padahal perut dah maha kenyang tu. Tak tau la, macamna dia cari ruang tu 🀭.
Masih terasa-rasa kesedapannya. Boyfriend pun kata sedap. Kalau beliau kata sedap tu, memang sedaplah, al-maklumlah biasa buat review makanan dan ASMR mukbang. 


Tapi parking situ sangatlah hazabedahnya. Lorong sempit. Ada disediakan parking khas untuk pelanggan Kenny tapi parkingnya terhad, sampai double parking.
Tau je lah, kedai-kedai macam tu pasti ramai pelanggannya. 
Nyaris nak balik je, bila takda parking tu. Otw nak keluar lorong, lalu sebelah Supermarket Hock Choon. Tiba-tiba nampak ada parking kosong. 
Errrr... camna ye? 
Puas timbang tara bagai, akhirnya syaton tu menang. Salahkan syaiton tu.

 Menyamar la kejap jadi customer Hock Choon. Untuk menjustify kan parking situ, jomlah kita masuk dalam Hock Choon kejap.
 Sorry pak guard, cacing dalam perut ni mengidam nak makan kat Kenny. 

Tadaaaaa... ni lah nasik lemak pengisi perut pertama sebelum ke Kenny. 

Sekali lagi, tau-tau je sampai Nasik Lemak Wanjo Kg Baru.
1st time nak try nasik lemak ni. Dengarnya popular ye. 
Kesian.. orang lain dah berkurun makan ye. Kita baru nak try, tapi bak kata orang bijak pandai, better late than never, ghituwww.



Lauk pilihan pinggan isteri, paru goreng dan tempe goreng. 
Telur mata. Sambal lebih. 
First time makan nasik lemak dengan tempe goreng, hmmm..not bad. 
Hehehehe.. i is suka giler tempe, so makan dengan apa, sedap je.
Suami terchenta pulak, ada sambal sotong kembang, ayam goreng, telur dadar.
Sambal biasa.

Boleh tahan panjang beraturnya. Tapi servisnya cepat so tak terasa, sekejap je line jadi pendek.
Banyak pilihan lauk pauknya. Ayam goreng, rendang ayam, paru goreng, sotong sambal, kerang, bergedil etc. Ada tempe goreng jugak, favourite ❤️. 
Lauk pauk semua dicedok oleh orang kedai tu.
Bagitau je nak lauk apa, tak cukup, mintak tambah sesenduk dua tiga lagi. 
Mungkin kaedah tu jugak menyumbang kepada kecepatan servisnya.
Yelah, kalau biar customer ambik sendiri lauk, terutama ayam, pilih ayam je pun dah berminit-minit..hahaha. Sibuk nak membelek bahagian ayam mana nak ambik. Belek dan belek, ambik belum jugak lagi. Kat belakang line dah makin panjang.. hahahha.. Gara-gara pilih ayam goreng je pun.

Kat sini, sukati, pilih la mana yang berkenan di hati, janji bajet ada 🀭. 
Nak ambik semua lauk also cannn. Tepuk poket, tanya selera.
Lepas ni kalau orang tanya, dah makan nasik lemak Wanjo, dahhhhhhh.. panjang harkatnya.


Sebenarnya, sinilah destinasi asal yang dituju pagi tu. Taman Tugu.
Sesi makan-makan tu kira samping-samping la.
Seawal 7am dah gerak. Kalau ikut plan asal, 6.30am πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†....ko dah kenapa awal sangat.
Taulah semangat kannn...
First time pegi sini, so tak tau nak jangkakan apa yang akan dilihat dan dilalui nanti.
Biasa tengok kat internet je.
Bila sampai dan habis pusing semua.. yessss..best sangat. 
Lain kali boleh pegi lagi.
(supaya boleh singgah Kenny lagi...hahahhaha).

Taman Tugu tu style jungle tracking and mendaki/turun bukit sikit. 
Rasa macam kembali ke zaman riang tirana Kembara UUM dulu πŸ˜…. 
Puas la menyedut udara segar kat taman tu.
Tapi kan.. kena beli tongkat jugak ni. Boleh tahan jugak lutut kena dera πŸ˜….
Lama tak naik turun bukit, ambik ko.. rasain bila bangun tido esok ni 🀭.
Trek nya sesuai untuk semua golongan, tua atau muda.
Come on anak-anak muda.. you can do it.
Cover sikit semput nafas tu. 
Malu aihh kat warga-warga emas yang masuk Taman tu.😁.

Orang-orang tua pesan, kalau masuk hutan, mulut jangan celupar.
Setiap tutur kata kena jaga.
Si boipren ai ni, masa ni la pun duk sibuk tanya, camna ek kalau  sesat kat hutan tu..
Aduiiii...rasanya dah kabo awal-awal, jangan cakap benda yang bukan-bukan.