Tuesday 30 August 2011

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Di kesempatan ni, 10 jari disusun mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Jangan terburu-buru. Takda apa nak dikejarkan, kampung halaman tu dah sah-sah duduk diam kat sana, takda hilang mana. Ingat, sedetik kita terleka, ke tempat lain la perjalanan kita lepas tu. So, memandu dgn berhemah ye...

Kepada yang main mercun dan bunga api tu, Main-main jugak, jangan sampai putus jari sudah la. Elok-elok ada jari cukup 10, tinggal berapa batang je pulak nanti. Pandai-pandai la korang ye kalau kena tangkap Pak polisi :)

So, selamat menikmati segala juadah raya. Makan sampai tak ingat dunia.....Eh...Eh...takdalah... Makanlah berpada-pada. Perut kan dah sebulan training, nanti terkejut pulak perut tiba-tiba macam-macam benda masuk.

Selamat Hari Raya daripada kami sekeluarga...

Saturday 27 August 2011

Mak, the best chef ever

Aku brani jamin klau kita tanya kat mana2 orang pun, siapakah chef terbaik? Mesti depa jawab mak, kan...

Jauh mana pun kita pegi, pasti kita tetap nak carik air tangan mak kita. Mana kan tidak, dari kecik kita membesar dengannya. Orang kata dah sebati kan..

So, hari tu balik kg buka rumah mak, mak masak menu yg aku suka.

Tima kasih mak...i love u...

 masak lemak (kering) udang, sedap sampai pengsan dibuatnya...

lopes..special request

Friday 26 August 2011

Al fatihah buat arwah Opah

Di saat memasing menghitung Aidilfitri yang bakal menjelang berapa hari je lagi, kitorang dikejutkan dengan khabar duka. Tanggal 23 Ramadan bersamaan 23 Ogos 2011, di bulan yang penuh keberkatan ini, Opah yang disayangi telah dijemput menemui Yang Maha Kuasa.

Opah, mak kepada abah aku, pergi dalam keadaan tenang dan tanpa disangka. Kali akhir aku jumpa Opah adalah pada bulan Jun baru ni. Opah kelihatan sihat ketika tu. Tapi siapa mampu menduga....selang 2 bulan, semuanya berubah.

Masih terkenang-kenang lagi perbualan aku dengan Opah bulan Jun hari tu, Opah beria-ria minta kitorang sekeluarga balik beraya di kampung tahun ni. Semua berkumpul di kampung. Namun, manusia hanya mampu merancang. Tuhan lebih berkuasa, lebih sayangkan Opah. Apapun, hasrat Opah tetap tercapai, semua anak beranak, cucu cicit balik berkumpul menziarahi jenazah Opah.

Makcik aku cerita, katanya Opah siap suruh beli tikar baru..katanya senang bila anak beranak, cucu cicit balik beraya nanti. Ya..tikar tu digunakan, tapi sebelum raya...

Aku cucu sulung, dan memang sangat rapat dengan Opah dan Atuk masa kecik-kecik dulu (tak tau mengapa bila dah besar panjang, rasa macam jauh je...ke sebab dah jarang baik kampung???). Masa kecik dulu, banyak masa aku dihabiskan kat kampung, duduk dengen Opah dan Atuk. Kata mak, depa siap nak bela aku lagi.

Aku ingat aku cukup kuat untuk melihat arwah. Tapi, airmata tak mampu ditahan. Semua yang ada kat situ merah-merah matanya. Paling tak tahan, masa diberi peluang untuk jirus air ke badan arwah, Tuhan je tau betapa sedihnya aku. Airmata berjurai-jurai depan makcik-makcik yang tengah uruskan jenazah (Nurin hana tanya, kenapa ibu nangis..). Satu lagi, masa kitorang diberi peluang untuk cium Opah buat kali terakhir. Sayu hati aku. Sedaya upaya aku tahan air mata supaya tak keluar masa nak cium Opah. Tenang je wajah Opah, seperti orang sedang tidur.

Atuk, aku tengok teresak-esak menangis. Manakan tidak, berpuluh-puluh tahun depa hidup bersama, Opah yang uruskan makan minum, tiba-tiba teman hidup dipanggil terlebih dahulu. Jangan tak tau, Atuk cukup suka air tangan Opah. Walau anak yang masak, masakan Opah jugak yang dicari. Masakan Opah tak sama dengan masakan orang lain.

Aku tak boleh bayangkan macamana perasaan Atuk masa Raya nanti. Dan yang paling harunya, di saat semua yang berkumpul kat rumah Atuk akan beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Raya nanti.... Masa aku nak balik petang tu pun lepas pengkembumian, Atuk menangis...

Pastinya kehilangan Opah amat dirasai. Sebab Opah sihat sebelum ni, sakit-sakit biasa tu adalah, tapi taklah kritikal manapun. Tiba-tiba je Opah pergi..... 

Al-fatihah buat arwah Opah....Moga roh arwah ditempatkan di sisi orang yang beriman. Dan, semoga Atuk diberi kekuatan menghadapi dugaan besar ini.....

Aku akan sentiasa merindui Opah.....

Tuesday 23 August 2011

Cuti Raya Yang Terpaksa Dipendekkan


Hari ni mood ke lautttt..................

Bukan aku sorang je....berani jamin, semua p&p kat ofis ni......

Di minggu terakhir sebelum minggu raya ni, di saat semua orang dah terbayang bonda ayahanda kat kampung, lemang ketupat rendang, kitorang baru dapat arahan untuk REVISE semula cuti raya.... Ye...sila semak semula cuti raya memasing...Memasing dah apply cuti.... So, terpaksalah pinda mana patut....

Arahan: had dibenarkan 3 hari saja (termasuk isnin dan jumaat minggu raya). Baki satu hari lagi tu, sama ada ko nak ambik sehari sebelum minggu raya atau sehari lepas minggu raya. No dakwa dakwi.....

Ingatkan boleh la hooorey...hooorey...cuti lama sikit.... Nampaknya, kena makan biskut raya kat ofis je la nanti....

Thursday 18 August 2011

Nostalgia ruangan Salam Perantau

Selak-selak surat khabar hari ni, terpandangkan ruangan salam perantau, ala...kat ruangan yang siarkan gambar-gambar orang-orang kita kat oversea sana sambil depa mengucapkan selamat hari raya pada kaum keluarga, sahabat handai.

Macam-macam gaya kan depa. Yelah, nak masuk surat khabar, nak bagi orang kampung tengok, mestilah bagi gambar yang paling cun kan... Takkan pulak nak hantar yang paling serabai kottt.... Masa ni la para gadis para jejaka Malaysia nak usha sama kan.....heh..heh...

Dulu-dulu aku cukup suka baca ruangan tu. Bukan apa, saja suka tengok gaya depa. Yelah...kita ni tak pernah pergi oversea sana kan...so dapat tengok gambar pun jadilahkan.. Satu lagi, kot ada kengkawan yang kita kenalkan...

Satu tika dulu, en asrul pun pernah masuk ruangan tu. Masa muda belia dulu la. Masa tu kitorang kawan-kawan je lagi... tapi selalu berutus surat. Ala-ala best friend la. Aku dah bertahun tak jumpa dia, so memang aku tak ingat langsung camna la rupanya budak asrul ni. Tak terbayang dek akal aku rupa parasnya tu. Zero okay... Kalau orang tanya, dia hensem ke? Entah... aku pun lupa.

Disebabkan kegemaran aku belek ruangan tu, yang menyebabkan aku terperasan en asrul ada dalam tu. Camna aku kenal pulak? Lohhh...kan ada namanya dan nama universiti kat situ. Lagipun, instinct tu kuat kata tu memang dia. Nasib baik memang dia pun...haha..hah... 

Saja aku potong baik-baik gambar tu, letak balik cermin kabinet buku. Bukan apa, nak buat sumber inspirasi...hah..hah..takda maknanya...Masa tu bukannya kitorang ni couple pun lagi... Saja, hajatnya bila dia balik nanti, boleh tunjuk kat dia. aku ingat lagi, en asrul dalam gambar tu pakai baju melayu hitam, rambut panjang (berikat) dengan beberapa orang kawan-kawannya.

Alih-alih tu, satu hari aku tengok gambar tu dah takda kat tempat biasa. Eh, mana pulak ghaibnya ni. Nak kata adik aku kebas sebab minat, mustahil..sebab adik-adik aku semuanya laki-laki. Setahu aku takda la yang songsang. Mak aku? Lagi la mustahil, mana lak nak letak abah aku tu. Selidik punya selidik, laaaa......abah aku buang dah gambar tu.... Heh..heh..., dia ingat mamat mana.

Rupa-rupanya, tu la menantunya kemudian harinya ...hehh..hehhh...

Saturday 13 August 2011

Puteri yang suka merajuk

Lately ni, makin menjadi-jadi pulak peel suka merajuknya tu. Ada je benda yang boleh membuatkannya merajuk dan pergi bawak diri ke belakang.

Sensitif benar. Kalau ibu atau papanya tegur, wlau dengan nada yang lembut, dikatakannya kita marah dia. Dah...merajuk.

Dah banyak kali aku bagitau, macamana rupanya kalau ibu atau papa marah. Tak jalan jugak...

Kengkadang, pasal tv pun boleh jadi penyebab rajuknya. Ni gara-gara berebut tv dengan papanya la. Ate..asyik nengok kartun, bosan jugakkan. Bila tukar channel lain, tengoklah dia tarik muka sedepa, silap-silap boleh nangis lagi.

Petang kelmarin paling tak tahannya. Masa aku tenngah memasak, Nurin hana lari ke belakang, menangis teresak-esak, sebut, "ibu dengan papa tak sayang Nurin hana...". Entah apa yang dirajuknya. Tu kena tanya papanya la... Tersentap aku dengar... Duhai anak..kalau tak sayang, takdanya ibu dengan papa jaga awak dengan sebaik-baiknya, tatang awak bagai minyak yang penuh, belai awak dengan penuh kasih sayang....

Entah sapa lah diikutnya kuat merajuk ni.... Ke gen ibu dengan papa yang memang sensitif bila bergabung, menghasilkan super power merajuk??? Hmmm....

Friday 12 August 2011

Ramadhan 12 - masak simple-simple je

Alhamdulillah, dah 12 hari kita berpuasa. Sekejap je nak dekat dua minggu kan....
Ramadhan kali ni, rajin pulak aku kelentung kelentang kat dapur. Biasanya tuju ke Param je, tunjuk-tunjuk je lauk yang berkenan di mata (mata dulu, rasa belakang kira...).

Rasa malas pulak nak pergi Param, ramai benar umatnya. Satu lagi panas pulak tu. Satu lagi, sebab terpenting sebenarnya, aku kesian kan kat budak tecik ni. Sepanjang Ramadhan ni, baru sekali kitorang pergi Param kat sini, kesudahannya, aku dengan Papanya bawak balik juadah untuk bukak puasa tapi dia takda apa-apa. Dia taknak makan apa-apa. Bila tanya nak makan apa, dia senyap je.

Bertitik tolak dari situ, aku usahakan jugaklah masak bila balik kerja. Bukan masak canggih manapun. Masak simple-simple je. Ala..nak makannya masa berbuka je. Lagipun, en asrul pun jarang makan heavy bulan puasa ni (diet okay......). Aku pun dah boleh tak makan nasik masa berbuka. Kalau dulu, mau merintih hiba aku kalau tak jumpa nasik. Sekarang ni, steady je... Heh..heh... So, biasanya aku masak benda-benda bergoreng macam mihun goreng, maggi goreng, fetuccini goreng, takpun nasik goreng. Kalau masak nasik, aku buatlah sup sikit, buat sambal udang ke, ikan bilis ke, sayur, etc. Pendekata yang mudah-mudah la. Yang cepat dimasak, sedap dimakan. Dan paling penting dimakan oleh Nurin hana.

Gulai-gulai belum masak lagi. Tak kuasa pulak nak masak since tukang makannya aku sorang je... Kuih-muih? Tak tercapai dek akal nak buat..chik tak reti..... Tunggu pergi Param, boleh beli kuih. Takpun, tunggu balik rumah mak.

Sebut balik rumah mak, insyallah esok kitorang balik kampung. Dah terbayang-bayang kat kepala aku kuih lopes ni.... Jangan tak tau, aku dah order siap-siap kat mak minta tolong buatkan...heh..heh.... Tu belum lagi aku bayang-bayangkan lauk-pauk yang mak aku akan masak esok....Huiii..kecur liur mengenangkannya...

Monday 1 August 2011

Selamat Berpuasa... Kelebihan Bulan Ramadhan

Riwayat: Riwayat Bukhari & Muslim:


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.

Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:


i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.


ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.


iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.


iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

sumber: JAKIM