Monday 25 January 2010

RIANG RIA DI HARI ISNIN

Assalamualaikum.

Hari ni isnin. 25 jan. so, what??? hari nie la semua orang gomen senyum2 sampai ke telinga. pergi opis pun semangat je. sungguh riang ria. pagi2 lagi mesti ramai dah beratur kat mesin ATM. buat apa lagi, aktiviti cucuk-mencucuk la...
pagi ni, aku pun dengan semangatnya nak rasa riang ria tu, pegi la ke ATM dekat P9. Sampai2 tu, isshh..apsal takda orang pun beratur? semua pakat simpan gaji dulu ke??? ke depa semua dah pakat serbu ramai2 sesudah subuh tadi??? masuk2 je, hmm..no wonder la takda orang....out of service daaa....both machine. hebat tak hebatnya penangan orang gomen pagi ni, sampai abih duit kat dalam mesin tu, hah..hah...
so, misi aku hari ni, tergendala sebentar. selamat duit aku..

Sunday 24 January 2010

WEEKEND ACTIVITY, MET TV3 PERSONALITY EZZAH AZIZ FAUZI

Assalamualaikum.
Yesterday, kitorang anak beranak pegi jogging kat Tasik Cempaka. Sapa duk Bangi mesti tau tempat ni. Dulu famous tempat orang 'bertenet', sampai masuk mastika tu...
En hubby bawak skali basikal our Farhanah. Ni first time basikal tu bakal menjejakkan rodanya kat atas tanah..heh..heh..Selama ni kayuh dalam rumah je. Sampai2 je sana, skit punya excited ke dia, minta kluarkan basikal dia. Tak nyempat2. Terus nak kayuh kat situ jugak. Heh..heh..tapi, baru kayuh skit, dah tak mo. Ni mesti kes masa kayuh tadi, tetiba jalan tu macam menurun skit, so, mcm terlaju la skit. takut agaknya..heh..heh..Apa la anak ibu ni, tadi bukan main semangat, tup2 kena simpan balik basikal dalam kete. Since our Farhanah tak mo naik basikal, kitorang pun mulakan aktiviti jogging skeliling taman.Tapi, rancangan tak begitu sukses, our Farhanah tak mo jogging pulak. asyik buat perangai je. Tak cukup tido agaknya. Malam tadi tido kul 12, ikut kitorang tengok drama kat TV. Suruh tido tak mo. Pagi2 dah kena bangun. So, finally, lebih banyak berjalan daripada joggingnya. 
tengah warm-up/excercise. takdanya...berenti nengok fish kat bawah tu.

aiyooo..jogging ke jalan ni???

percubaan untuk naik ke atas. ingat gelongsor ke???

penyudahannya.....dukung jugak best....

laparnya dia.....tgh makan nasik lemak

cuba teka, air apa ni???kopi dangdut. tak payah susah2 pegi kelab dangdut. kat sini pun boleh minum..

roti bakarnya amatlah sedap. ada kaya & sapuan some sort of inti kelapa (ala..mcm inti kat roti bun kelapa tu..). ni membezakannya dengan roti bakar tempat lain.

 
ha..kat sini la kitorang jumpa Ezzah Aziz Fauzi tu...hah..hah....jumpa kat dalam gambar kat dinding tu. kitorang breakfast kat kafe Kawan, Bangi. one of the ownernya, Ezzah tu.
 
dalam kafe. masa kitorang sampai, takda orang pun lagi. heran jugak. rupa2nya, kafe baru buka la...open at 10. patut la takda orang lagi...

Saturday 23 January 2010

BIRTHDAY GIRL @ THE PARTY

Assalamualaikum.
Nak kongsi few pics masa birthday my mom. Buat lewat skit, dalam seminggu lebih lepas tarikh sepatutnya. Aku kena settlekan segala urusan berkaitan study dulu. Dah settle, baru boleh enjoy!!!!
saja nak ek skit, kek tu aku sponsor ye, hah..hah...Kitorang adik-beradik pakat bawak makanan masing2, so mak tak payah masak. Takkan le, birthday girl kena masak pulak kan...Malam tu ada sate (adik aku, epul sponsor), kfc (adik aku, choi sponsor), & of course kek la. sapa sponsor? sendiri mau ingatlah..hah..hah...lupa pulak, ada kuih kasui yang kaler hijau tu. yang tu, birthday girl buat untuk minum petang... 

sedapnya....hazelnut cheese cake. aku dah makan 2 kali kek ni, tapi sampai skarang tercari2 kat mana cheese nya. dah gaul skali dgn kek kot...
kasi close-up skit..
 

tara....ni la birthday girl. my mom tengah nak merenjis my brother. terpaksa letak gambar lain coz' gambar2 malam tu tudung sumer terbang. makan2 famili kan...

Friday 22 January 2010

AKU, BREASTFEEDING & BREAST PUMP

Assalamualaikum.

Hari nie godek2 web susuibu.com. baca forum yang ada kat sana. Dah lama tak join forum, sejak dah grad breastfeed Nurin Farhanah. Web yang penuh informasi untuk para ibu & bakal ibu yang ingin mempraktikkan breastfeeding. Dulu, web tu la yang sentiasa aku jadikan rujukan tentang breastfeeding, nak dapatkan tips untuk banyakkan susu sampailah untuk mengatasi pelbagai masalah berkaitan. Banyak jasa tu. TQ for tuan rumah susuibu.com tu. Antara forum yang menarik perhatian, tentang breast pump pilihan. Kat market skarang ni pelbagai jenis breast pump ada dijual. Kiranya tepuk dada, tanya selera & poket. Nak mahal, nak murah, pendek kata macam2 ada. Lain orang lain keperluannya. Ada sesetengah orang yang sesuai pakai sesuatu pump tu, tapi tak semestinya pump tu sesuai untuk orang lain jugak. Bila kita pakai, memancut2 susu, tapi orang lain pakai, setitik pun susah, sakit lagi ada. So, buatlah pilihan yang tepat dengan keperluan masing2. Bagi aku yang pro-breastfeeding ni, tak salah kita berbelanja lebih skit untuk dapatkan breats pump yang berkualiti, walaupun mahal skit. Alah membeli, menang memakai. Bukan untuk sapa pun, untuk anak kita jugakan. 
Ni 2 jenis breast pump yang aku pakai dulu. Both brand Medela. Memula aku pakai Mini-E. Sangat2 membantu. Boleh pakai elektrik dan bateri. Kalau kat satu2 tempat tu takda elektrik, pakai je bateri, & operasi mengepam boleh diteruskan. Dekat setahun jugak aku fully utilised pump ni. Tapi biasalah, dah fungsinya jadi heavy duty, so motor dia mula problem skit. Aku rasalah (suka suki aku je), coz' daya sedutannya dah tak kuat sepeti biasa. Nak bagi penuh setakat setengah botol pun, jenuh. Adakah ni bermakna dah sampai seru tukar pump lain??? Hah...hah...alasan.. Cadangnya nak hantar servis nanti. So, sementara tu, kena la beli lain dulu. Alasan lagik, hah...hah... Lagipun, ada setahun lagi aku nak pakai pump (untuk sampai ke 2 tahun), so nak try manual  breast pump pulak.

Mini-E

Harmony
Bila aku kena pegi kursus, lagi la menguatkan hasrat aku  nak beli pump lain. Aku dah lama berkenan dengan Medela Harmony. Kecil, senang nak usung merata2. Bunyi pun takda. So, aku sambar je la satu. Alhamdulillah, pilihan yang tidak mengecewakan. Akhirnya Harmony ni la yang aku usung ke hulu ke hilir, bila kena pegi outstatation atau kursus. Langsung terus tak hantar Mini-E pegi servis. Macam dah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi, huh..huh...macam kejam lak aku ni. 
Harmony ni walaupun manual, tapi tangan tak lenguh pun pam, relaks je. Daya sedutan pun kuat. Mini-E memang power tapi ada skit bunyi. Actually tak la mengganggu konsentrasi kita pun, tapi, agak mengganggu orang sekeliling kalau tempat tu sunyi sepi. Kalau kat opis, masa takda bilik dulu, aku slalu tutup dengan kain kat motor tu, so bunyinya tak brapa dengar la. Kena la kreatif skitkan.


p/s: Kalau ada rezeki baby lagik, aku dah berangan-angan nak sambar yang double pump punya. Huii..tu lagi best, senang keje, hasil pun lebih lumayan, masa pun jimat.
p/s: teringat masa kursus QA, aku terpaksa la usung cooler bag jugak coz' kursus tu pagi sampai petang. Kang kat mana pulak aku nak simpan susu yang dah dipam. Cooler bag aku tu ala2 beg fotografi tu. So, coursemate aku yang lelaki ni ada yang menyakat aku bila tengok aku usung beg tu, depa kata lebih kurang gini lah bunyinya, "nko nak gi mana ni bawak beg kamera ni..." Hah..hah....
p/s: masa awal2 lepas bersalin dulu, aku ada try satu breat pump manual ni. Murah je. Mak aiii..terseksa gunanya, tangan aku lenguh giler bila pam, pastu sakit lak. Sabar je la. Tapi, ada orang lain pakai, ok je. Macam aku tulis kat atas, lain orang lain la kesannyakan. Belilah berdasarkan kemampuan dan keperluan sendiri. Slalu2 lah baca review, untuk membantu kita buat pilihan. Paling bagus, kalau kita diberi peluang cuba dulu sbelum  beli. Kat kedai susuibu tu, ada tester, so senang skit. Jangan lokek melabur skit untuk dapatkan yang bagus kualitinya, hasilnya pasti berbaloi2...           

Thursday 21 January 2010

TIPS SUPAYA HUBBY RAJIN TOLONG BUAT KEJE RUMAH

Assalamualaikum.
Duk kemas-kemas meja desktop (al-maklum la, zaman study bakal berakhir tak lama lagi...en hubby dah komplen, heh..heh...Al-maklum la, student kan, meja memang sepah giler la), terjumpa satu artikel yang menarik kat mingguan wanita. Tentang macamana kita nak buat hubby kita rajin @ ringan tulang bantu buat keje rumah. Jom baca.....
(1) PASTIKAN SUAMI TIDAK TERLALU PENAT.
- jika kita nak minta bantuannya buat keje rumah, pastikan hubby bukan dalam keadaan yang terlalu penat. Janganlah, kita nampak jer hubby balik keje, terus minta dia sidai kain. Tak kuasanya dia nak tolong....
(2) BERIKAN ALASAN YANG LOGIK.
- bagi alasan2 yang logik & mampu diterima akal, kenapa kita perlukan bantuannya selesaikan keje rumah. Contohnya, kita penat sangat ke. Jangan pulak guna alasan, nak tengok drama kat tv...hah..hah...
(3) TAWARKAN SUAMI LAKUKAN TUGAS BERAT.
-  ada certain keje rumah yang perlukan tenaga ekstra,macam bersihkan bilik air, baiki barang rosak. Biasanya kaum lelaki ni suka kalau kita hargai tenaganya, rasa macho la skitkan, heh..heh..
(4) SENTUH PERASAANNYA.
-  cuba rayu hubby dengan menyentuh perasaannya. Kita kena pastikan hubby paham kenapa kita perlukan bantuannya Kalau caranya tepat & dapat menyentuh hatinya yang peka, insyaallah kita dapat membuatkan hubby terus offer diri bantu kita.
(5) RAYU DENGAN HADIAH.
- heh..heh...macam2 hadiah kita boleh tawarkan. misalnya, masakkan favourite food hubby dan macam2lah. 
(6) UCAPAN TERIMA KASIH.
- janganlah lupa ucapkan terima kasih jika hubby nak bantu kita. & pujilah hubby bila dah abis buat keje tu. Ni satu bentuk motivasi kat hubby, akan membuatkan hubby rasa cukup berharga coz' dapat ringankan beban isteri terchenta.
(7) MASA YANG SESUAI
- kita ni kalau nak minta tolong kat orang, kenalah tengok masa juga.Misalnya, ketika hubby tengah relaks takda buat apa-apa & mood pun elok, masa ni mungkin kita boleh minta tolong kat hubby.


UNPLANNED HOLIDAY vol. 2

Assalamualaikum.
Sambungan holiday vol.2 @ selesa & genting.
view daripada bilik apartment, selesa hillhomes. nampak tak kabus tu...bukan asap ok.
 
after breakfast @ selesa hillhomes. apartment yang kitorang stay tu, cam kat belakang tu la.
 
dalam cable car on the way naik genting.
 
kat genting
 
 
 
yang putih2 dalam gambar tu, kabus. cam kat oversea pulak, heh..heh...

Wednesday 20 January 2010

KEBAIKAN SUSU IBU

Assalamualaikum.


Di zaman serba mencabar ni, masih banyak ibu bekerjaya yang mampu menyusukan anaknya dengan susu badan atau omputeh kata, breastfeeding. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, memang banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh, terutama macam kita yang bekerja ni. Kena pegi outstation, kursus, training, etc. Kalau tak kuat semangat dan mengenangkan si chomel, mungkin usaha murni tu tak akan berjaya. Tapi, sesungguhnya, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, tak mustahil usaha tu akan gagal walaupun niat baik tu dah ada. Alhamdulillah, niat dan usaha murni aku tu berjaya, aku berjaya fully breastfeed Nurin Farhanah selama 2 tahun. Aku nak kongsi sedikit info dari artikel yang aku jumpa kat website ni pasal breastfeeding.
"Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi anda. Ia mengandungi segala khasiat yang diperlukan dengan komposisi yang betul. Ia mudah dicerna dan sentiasa tersedia dalam suhu yang sesuai pada bila-bila masa. Susu ibu mengandungi antibodi yang tidak ternilai yang dapat melindungi bayi anda daripada jangkitan dan alahan,terutama dalam bulan-bulan pertama. Perkembangan dan kecerdasan seseorang bayi juga adalah lebih baik bila mendapat khasiat susu ibu.

Kebaikan



Untuk bayi :



  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :


  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Lain - lain kebaikan :



  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

So, apa lagi, jom la kita kaum ibu yang diberi keistimewaan ini menyusukan anak kita dengan susu ibu. Tapi, aku dah khatam @ grad. Good luck untuk para ibu dan bakal ibu yang lain. Insyaallah, dengan niat yang baik beserta usaha yang gigih dan tawakkal, pasti akan berjaya.
-credit to www.susuanibu-pk.gov.my, www.myhealth.gov.my

UNPLANNED HOLIDAY vol. 1

Assalamualaikum.
Last week, tanpa dirancang, angin takda, ribut takda, tetiba dapat pegi holiday. En Hubby terchenta kena pegi workshop kat Janda Baik, so apa lagi, nurin hana and of course ibunya pun follow la. Kitorang akan stay kat D'Ark Training & Resort's Ashida Villa. Pagi-pagi thursday tu, kitorang tiga beranak bertolak ke sana. Sepanjang perjalanan tu, terkenang memori lama. Terutama bila berhenti kat R&R tu. En Hubby, masihkah ingat??? Heh..heh...Kenangan zaman chenta-chenta dulu..ahaks...jiwang karat....
Mak aii..jauhnya tempat tu. Ni first time aku sampai kawasan Janda Baik. Selama keje kat Bukit Tinggi, tak pernah terfikir pun nak jejak kaki kat sana. Tak tau pun ada tempat menarik kat sana. Memang betul....cantik resort tu. Ala-ala rumah kampung, tapi yang jenis grand la...Sejuk dan nyaman kat sana. Bila duduk kat beranda lobi tu, terasa angin bertiup. Best sangat. Bilik pun ok. Cuma satu je tak best kat sana, nak makan susah. Resort tu takda restoran @ cafe. Al-maklum la, tempat tu biasanya untuk training/workshop. Sangat-sangat jarang individu biasa datang. Tapi, don't worry, tak lama lagik ada cafe kat sana yang akan hidangkan a-la carte. Cafe tu still dalam pembinaan.
On Friday, kitorang transfer gi Selesa HillHomes pulak. Pernah pegi sana dulu, long-long time ago. Ex-Boss HRM Bukit Tinggi belanja lunch kat sana. Jauh tu, macam kat Bukit Tinggi tself takda restoran. Ada..memang ada, tapi kat sana memang makan free. Tak da la value belanja tu kan..
On Saturday, after check out, kitorang merayap ke Genting pulak. Actually, masa tu berbelah bagi la pulak, nak pegi Bukit Tinggi @ Genting. Kena bajet masa betul-betul. coz' hanya ada dalam 2 jam lebih je kat sana. Ada wedding invitation kat Shah Alam.  Lastly, decided pegi Genting je la. So, masa singkat, turun naik cable car je la, jalan-jalan makan kabus kat atas Genting sana. Bestnya, masa pegi sana, kabus memang tebal. Sejuk banget. Kali akhir pegi sana, takda pun kabus camtu. Ye la, kat atas sana kan dah tak berapa sejuk. Memang nasib kitorang baik la.   
@ Janda Baik
jangan tak tau, depan resort ni ada sungai. air jernih, bersih. diorang kata, kalau weekend, penuh sungai ni. 
 
main congkak. sekejap je, pas tu, dipunggahnya smua guli tu ke lantai. actually tengah tunggu nak check-in, sampai awal around 10 pagi, kena tunggu pukul 3 petang la. nasib baik depa bagi kitorang masuk bilik awal skit, pukul 12. kesian kot, tengok budak chomel tu...

jangan berani dekat, nurin hana 'kick' nanti. posing depan bilik.
 
apsal la tak boleh terbang ni, puas mengepak. ooo..patut la, takda kepak daa...
jalan-jalan ambik angin, tak sempat mandi pagi pun lagi.
 
dia suka sangat dengan benda tu. mesin penggelek getah, rasanya.
 
2 chenta hati, posing depan lobi masa nak check out.

uiiit...sakit pinggang ese posing gitu..heh..heh...
 
depan resort.
 
1st time nurin hana tengok kelapa kat pokok.

Monday 18 January 2010

Nurin Hana & Playschool

Asssalamualaikum.

Tahun nie Nurin Farhanah mula masuk Tadika @ Playschool untuk umur 3 tahun. Masih di Generasi (Presint 9), senang dah ada ramai kawan. Cikgu-cikgu pun dah kenal dia. Al-maklum la, sejak baby lagi dah dihantar ke sana. Bila masuk Playschool, dapat la buku teks. Mak aiii...banyak sungguh. Dekat 20 buah. Buku-buku tu akan digunakan sepanjang setahun kat sana. Nasib baik ada mr hubby terchenta, tolong balutkan buku, tengah malam masa budak tecik tido.TQ dear. Ibu? tido  tolong gak, tulis nama kat buku. Heh..heh...


sempat posing dengan school uniform. tapi tak pernahnya dipakai pegi school, since day 1. bila disuruh pakai, mesti nangis. merengek nak pakai baju biasa. heran betul..ngapa la tak suka pakai baju tu sayang....ibu dah bayar tu...
 

SHOPPING TAK HENGAT DUNIA

Assalamualaikum.
Dua hari sebelum berakhirnya karnival beli belah 2009, kitorang pegi jenjalan di JJ tmn equine. Aduss....sungguh bestnya dapat men'shopping' baju nurin hana....Errk..baju ibu pun dah lama tak berganti, huh..huh...Tak pa la, anak punya pasal.

memula jalan-jalan cuci mata dulu. 
 

senyum sampai ke telinga anak ibu dgn papa nie...
 

uiiik...minah rempit mana lak ni..???bahaya..bahaya...
 

tarraaa.....ni lah hasilnya. mcm orang nak berniaga. ni smua baju budak tecik tu yang sempat aku borong. best la...

Friday 8 January 2010

Anak Aku vs Anak Sedara Aku

Assalamualaikum.

Cucu-cucu mak ngan abah, my 'lil princess, Nurin Farhanah & my nephew, Mohamad Syafiq.


 

Makan-Makan Lagi @ SOHO


sayur asparagus. sedap


antara special kat sini, siakap stim lemon. memang sedap. kitorang dah banyak kali order menu ni kalau makan sini. highly recommended la. terasa masam, pedas, manisnya....sedap.....


udang goreng kunyit, untuk 'lil princess


licin......
oppsss...ada satu lagik menu sedap kat sini, kerabu mangga. cuba try, baru tau..heh..heh...

Lokasi: SOHO, Bangi

Happy BIrthday Mak, Love U- Special Entry For MAK

Assalamualaikum.

Selamat Hari Jadi Mak...... 
Apa la punya anak, dah beberapa hari baru nak buat special entry. Sori, mak, anak pompuan mak sorang nie busy la..konon...:D. Tapi, aku dah wish tru telefon dah on that day.
Actually, mak's birthday on 6 Jan. This year genap umur 55 tahun. Hah..jubli apa tu..jubli intan? jubli emas? jubli perak? Tak kisah la jubli apapun, yang penting aku sayang banget kat mak aku tu. Ya la, dalam dunia ni, kita kan ada mak kandung sorang jer. 
Aku sentiasa doakan yang terbaik buat mak. Sentiasa dalam rahmatNYA, lindunganNYA. 
Camna aku nak describe mak aku tu ye??? Antaranya,

  • very soft spoken. Sapa ek yang ngikut mak aku tu? Aku? Rasa macam tak :D,. Adik-adik aku? Hmm...sumernya jate (lelaki la...), ada ker soft spoken? Mak aku sentiasa cakap lembut ngan anak-anak dia. Tak pernah berkasar pun. Seingat-ingat aku mak tak pernah tengking kitorang pun, tak pernah tinggikan suara pun. Pertanyaan untuk diri sendiri, dapatkah aku mencontohi sikap mak?  Aku harap, mak rintik, anak borek.....heh..heh...
  • mak tak sekolah tinggi, orang dolu-dolu mana pentingkan benda nie sangatkan. Tapi mak sangat kuat azamnya. Aku ingat lagik masa aku sekolah dulu, mak minta aku ajarnya membaca. Masa tu aku rasa terharu sangat. Di kala umur begitu, mak masih ada kemahuan dan usaha. Tak macam bebudak skang, banyak kemudahan, banyak peluang, tapi dipersia-siakan jer. Malas jer. Aku memang respect la kat mak. Dan alhamdulillah, berkat usaha gigih mak, skang nie mak dah boleh membaca suratkhabar, majalah. Aku jadi supplier majalah hiburan..hah..hah...Aku every week memang beli majalah, so bila dah abih baca, aku transfer kan la ke rumah mak. Ada la jugak benda nak dibaca masa senggang. Baca majalah hiburan, just for fun...ada point untuk gossipping anak beranak, hah..hah...
  • sangat sayang kat anak-anak plus cucu (dah ada 2 cucu la nie, sepasang girl and boy). Tapi, skrang nie rasanya, lagik sayang kat cucu-cucu kot, hah..hah....Anak-anak sumer degil, tak mau dengar kata, hah..hah....Kalau kita call rumah, mesti tanya pasal cucu punya. Kita pun mak tanya jugak. Dalam seminggu, kalau tak call rumah, mesti mak akan tanya punya, ngapa dah lama tak call. Eerrr...tersipu-sipu sendiri diri ku, huh....huh...Terkadang, kita sering lalai dan memandang mudah pada tanggungjawab yang tak berat mana pun, sekadar call bertanya khabar. Mak, mesti slalu risau tentang anak-anaknya, walaupun anak-anaknya dah besar panjang.
  • mak masak simple-simple jer, tapi sedap banget....sambal tumis ikan bilis, lemak kering kerang, etc...Ke mana-mana anak-anaknya pergi, mesti akan merindui masakan mak. Ya lah, dari kecik sampai besar makan air tangan mak, mana tak rindu-rinduan kan. Aku tak tau la kot ada dalam dunia ni, anak yang tak suka masakan mak dia. Something wrong somewhere la tu. Sebab tu, ada lelaki yang cari calon isteri, nak cari yang pandai masak makanan seperti keenakan masakan mak dia. Tapi, buat Mr hubby terchenta, sorry la sayang...dapat wife tak pandai masak, huh..huh....
  • etc......
Banyak lagik sebenarnya. Tapi, biarlah kitorang adik-beradik jer tau. Aku cuma berharap dapat membahagiakan mak aku. Dan aku juga harap dapat mempunyai rasa kasih dan sayang kepada anak-anak  aku (buat masa nie baru sorang la, harap-harap lepas nie, ada rezeki kitorang lagi..) sepertimana rasa kasih dan sayang mak kepada kitorang. 


MAK, SELAMAT HARI JADI. I LOVE YOU FOREVER & EVER.



"ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku....bila ku berduka..engkau hiburkan selalu...
ibu...ibu..engkaulah ratu hatiku...."

Tesis ku

Assalamualaikum.

Lama betul tak update blog ku ini. Busy la mengerjakan tesis nyawa ku tu. Busy gilosss...
Bila dapat balik paper dah di'examine' oleh external examiner tu on sunday, klam kbut aku betulkan apa yang patut. Namapun kena buat correction..kan. Memang kat examiner letter tu, tertulis 'pass with minor correction', tapi adohaii.......tang 'minor correction' tu agak complicated skit. Pendek kata, blurrr tak reti nak buat...:(
Luckily, ada supervisor yang really really helpful. TQ la doc.....banyak sangat i tanya kat u..sampaikan u mesti ingat "apa ker tak brapa credik budak ni.." : D Tak kisah la..janji siap paper aku...
My dear friends, Kellie & Kavitha send for hard cover binding on tuesday morning. Aku biasa la..slow skit, tuesday night baru aku gi hantar kat seri kembangan sana, near UPM. We all under same supervisor, Dr Chandra. Korang..bebudak UUMKL kalau nak carik supervisor for tesis, aku highly recommend Dr Chandra nie. He's based in Sintok. Tapi percaya la, u all takkan kecewa punya. Berbaloi-baloi..hah..hah....
Memandangkan aku ni kan study sambil jadik full housewife, so terpaksa la aku meng'print' sendri hasil kerja ku tu. Saat-saat tu, terkenang opis terchenta.....bukan missed..tapi..terkenang tang kemudahan kat sana yang boleh digunapakai, heh..heh... :D . Bestnya kalau aku duk kat opis masa tu cam kengkawan yang lain.....(tak mo citer, korang mesti boleh teka apa yang aku bayangkan kan tu.....hah..heh...). Printer laser jet canon aku nie memang banyak jasa spjg aku blaja nie. Sayang kat dia.... :D. Tapi, kali nie aku akan print satu dokumen yang banyak dekat-dekat 100 pages, bukan satu, tapi 5 salinan. Mampu ker printer terchenta bertahan. Dah jadik heavy duty lak. Tawakkal jer la. Kang kalau print kat kedai, huii mesti mahal punya, kalau sekeping singgit, bayangkan 97 pages x 5 copies. Tak pa la, biarlah aku print pelan-pelan. Biar lambat asal selamat. Lagik pun, kualiti terpelihara. Ni bukan kes kedekut maaa....
Alhamdulillah, mission printing sukses. Mr Hubby balik keje petang tu, terus we all gi carik kedai kat seri kembangan sana, kat flat ikan...bebudak UPM mesti tau punya. Aiyooo..kat kedai, problem lain lak muncul. Ingatkan paper aku boleh terlepas, rupa-rupanya facing same problem with Kellie & Kavitha. Kitorang punya tesis nie nipis jer so kedai susah skit nak buat cover dia. Title panjang bebenor so, kat spine buku tu (tulang buku) tu problem, terlalu lebar tak boleh match dgn 'kenipisan' buku tesis tu, huh..huh....Uncle kedai bagi solution pendek kan title. Adoii..camna nak pendekkan? Tu title yang dah dipersetujui oleh supervisor. Sib baik, sbelum gi kedai aku dah call supervisor, ala-ala 'remind' him yang aku akan call dia nanti masa kat kedai kalau ada problem. Sib baik la supervisor aku sudi menadah telinga. Doc suruh buang title kat tulang buku tu, just tinggalkan nama, degree and year. Settle!!!!
Aku rasa lega teramat bila dah slamat menghantar tesis tu untuk binding. Rasa nyaman jer, hah..hah....
Cmna la rupanya tesis aku tu ye..... 

p/s: TQ Kavitha taking mines also & courier together with yours and Kellie.
p/s: TQ Dr Chandra for your guidance, comments, help, etc....


Friday 1 January 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum...

SELAMAT TAHUN BARU 2010...
Satu lagik tirai baru dibuka.
Automatik masing-masing memasang azam untuk mencapai sesuatu.
Aku?
Antaranya: untuk menggenggam segulung/sekeping Master yang ku idam-idamkan. Insyaallah, nie semester terakhir aku.
Lagik?
......................................... (biarlah rahsia.......)