Friday 29 June 2012

Kota Singa 3hari 2malam-part 2

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu dinanti dengan penuh debaran tiba juaaa......... 
Check pamplet, program pagi ni mula jam 8.30 pagi, so dengan semangat kobar-kobar, awal-awal aku turun breakfast kat coffeehouse....sesudah subuh kekdahnya....^___^. 
Humang aiii....memang banyakkkkkkkkkk pilihan makanan kat coffeehouse tu, tapi yang aku berani makan hanyalah roti, roti dan roti, selain cereal..... Rasa was-was pulak nak makan yang lain. Depa serve pork & non pork tu sekali. Takpa la, roti pun rotila.... Tapi sedap gilesss roti tu...sampai sekarang terasa-rasa lagi...very the gebu....crunchy di luar, lebut di dalam....yummehhhh....

roti yang sangat yummehhhhh....rugi pulak masa tu tak bungkus dalam tisu...bawak balik bilik...hehehehe..buruk perangai....
ngengada..makan roti dengan pisau bagai....well....omputeh kata.....^___^
bar makanan
bar makanan lagi. depan bar ni ada buffet table, tapi tak snap...malu arrrr....


Lepas isi perut lebih kurang, ada la 5 minit je kot aku kat coffee house...ate...bukannya teman boleh makan yang lelain tu... Naik level 2, lokasi kursus. Sampai-sampai je, dah nampak sorang ahkak omputeh berdiri depan bilik dengan senyuman lebar... Rupanya ahkak tu la trainer nya... Very friendly, from NZ tapi tinggal kat australia. Agaknya memang style omputeh, style tegurnya buatkan kita rasa sangat dihargai dan rasa dekat dengan dia... Kita patut tiru benda-benda baik macam tu...


Orang lain tak nampak bayang lagi. Tengok bilik macam kecik je... tak ramai kot participantnya... Berdasarkan jadual atas meja tu, kursus mula pukul 9 daaaa....... sebab awal lagi, aku lepak-lepak kat luar dulu. Praktis cakap omputeh Tenangkan fikiran....... ^___^ ....bolehhhh...???? 


Bila bos turun, aku sebagai membuktikan anak buah yang taat setia, pun mengekor bos masuk dalam. Tapi.....walau taat setia, aku tak duduk meja sekali dengan bos, duduk meja lain. Ala....macamana nak berkembang kan...kalau asyik berkepit je dengan bos kannn.... ^____^.  Kena tunjuk jugak kat bos, "i can survive..." ^___^.  Eksen.....tak hengatttt.... ^___^. Kebetulan meja yang aku duduk tu, ada pegawai dari malaysia jugak, spad. Ada la jugak kawan nak cakap melayu sebab tiga orang lagi kat meja tu orang arab....uae. 


Sempat la jeling-jeling jam tangan ahkak arab yang duduk sebelah aku, marc jacob ko..... ^___^ ....sempat lagi jeling menjeling tu...  Dia dah sampai singapura sejak jumaat lepas, maknanya dah duduk sini 5 hari, dah pegi jalan-jalan merata, shopping bagai... siap bawak famili lagi..... so, kesimpulan yang korang boleh buat? Ahkak tu dah berjaya menyumbang kepada kemakmuran ekonomi kota singa.....^___^


Peserta kursus tak ramai pun, tak sampai 20 orang pun rasanya. 4 dari uae, the rest dari Malaysia dan brunei. Ada la sembang-sembang kosong tanda peramah dengan salah seorang dari brunei tu, aku tanya dalam bahasa melayu, dia balas balik in english. tapi bila diorang berborak sesama diorang, elok je cakap bahasa melayu/brunei... Errrkkk...tak ngerti aku..........Saja nak ek la tu.......

Seperti yang dijangkakan, language medium sepanjang kursus adalah bahasa omputeh aka english. Tapi english yang digunakan bukan macam yang kita biasa dengar dan guna kat sini....kita kan lebih terdedah dengan american english. Tapi ahkak trainer pakai australia/nz english... So, hari tu memang kepala otak aku ni bekerja penuh maksima....^___^... Ahkak trainer tu memang best, very helpful  dan buatkan kita tak bosan duduk dalam bilik tu. Very energetic. Tapi mata aku ni lain macam sikit, walau best macamana pun bila tiba time dia nak terkatup tu, jenuh nak menahannya... ^___^. Memang alergic sikit dengan ceramah-ceramah nie.... Kena cover-cover sikit, bos kat belakang tu... ^____^. Ke entah-entah bos pun dah lentok.....? Tapi kan...eye contact trainer ni memang superb. Dapat rasakan dia punya eye contact tu cover semua orang yang ada dalam bilik tu. Ke aku je rasa cam tu sebab dia perasan mata aku dah nak melena tu pasal dia asyik ber eye contact dengan aku je.... ^___^. 

Selain ceramah, ada group discussion dan presentation jugak. Prot pret prot pret la semua orang. Sesekali aku sembang dengan akak spad tu pakai bahasa Melayu la...yang ahkak arab tiga orang tu pulak cakap bahasa arab...  biasa la bila kita jumpa puak yang sama, tak boleh nak elak mesti cakap bahasa yang sesama faham..... Kedua-dua presentation tu kitorang bagi chance kat ahkak dan abang arab buat.... kita nak dengar cerita pasal negara diorang pulak la kannn... 

Untuk makan tengah hari, training company  tu deal dengan hotel untuk sediakan makanan halal sebab most of us muslim. Nasib baik...baru ingat nak masak maggi kat bilik... ^___^. Tapi makanan halal tu disediakan secara ala-carte aka hidang. Sementara tunggu dihidangkan, f&b manager kot..bawak kitorang tour kat bufet section ,bagitau mana yang pork & non pork (katanya kitorang boleh makan yang ni jugak la...selain ala-carte tu..). Ada tomyam, & so on... Aku tak minat sangat nak ambik pot sebab aku tau memang aku tak akan akan ambik makanan tu semua sebab walau pun dia kata boleh makan, masalahnya bekas makanan tu semua diletak sebelah menyebelah. So, ada kebarangkalian, sudu, senduk yang digunakan untuk cedok  adalah sama. So, takpala...aku tunggu makanan ala-carte tu je la.

Ini la dia...nasi putih, fillet ikan masak sos, papadom, ayam kari, acar mentah. Bismillah....jemput makan....portion nasi nampak kecik tapi alhamdulillah kenyang malah tak abis pun makan...jaga body tak boleh makan banyak

Sesi belah petang tu habis awal sikit sebelum pukul 5. Katanya nak bagi peluang orang pegi shopping. Habis je kursus, salam-salam dengan rakan semeja dan trainer (esokkan aku dah balik... kursus tu ada 3 modul lagi sambung esok sampai jumaat..yang kitorang pergi ni hanya modul 1 je..), naik atas pastu turun bawah semula, merayap dekat-dekat hotel tu. Cadangnya nak cari sauvenir sikit. Yang aku tau tuju,mustafa centre tu je. Memang besar...... aku masuk dalam tu sambil duk hafal jalan masuk, takut tak jumpa jalan yang aku masuk tadinya...haru kalau sesat dalam shopping complex.........^___^. Tak habis ronda pun sebab rasa macam masuk mall kat sini jugak, barang-barang lebih kurang je...di situ, selamat duit aku..... ^___^

Tak tau nak pergi mana lagi, aku patah balik ke hotel...Tup-tup terserempak dengan bos. Bos baru nak mulakan journey. aku pun joint la sekali....Padan muka aku, kekonon nak jalan sendiri last-last follow bos jugakkk... ^___^. Kitorang jalan kaki je..entah jalan mana yang bos bawak...dia pun tak tau, ikut kaki je....jalan punya jalan...jumpa la kitorang kedai jual sauvenir.... yeaaaaaa.............!!!!! finally....... borong..jangan tak borong...tapi tak beli banyak pun...duk kelam kabut takut bos hilang di mata, so sambar mana yang nampak je...Bila balik malaysia, alamak..tak cukup la pulakk...untuk ahli keluarga, lupa daaaa....nasib baik ada jugak beli sikit untuk buah hati dua orang tu.....


sebenarnya, nak snap gambar bangunan tu, tup-tup kereta cantik lalu daaaaa..... 



kalau malam sebelum tido dengan perasaan berdebar, malam ni tido dengan perasaan teruja nak balik.....yahooooo..................................
sebahagian dari lobi hotel

Sebab semangat nak balik, pepagi dah bangun dan turun breakfast. Lagipun flight awal pun, 9.50 pagi. Pukul 7 lebih kitorang pun bertolak ke airport. Naik teksi yang dipandu oleh orang Pakistan yg baru dapat taraf residence. Datang sini 2005, 2008 dah dapat...cepatnya... Bos aku ramah benar...di interview nya mamat teksi tu... Disebabkan dia bukan local, so gps la yang guide kitorang. Tak kisah la, janji sampai dgn selamatnya...tapi menahan la aku all the way tu, abang teksi...tak mandi pagi ke..??? Bau badan ke ketiaknya kot....sesak nafas dibuatnya.......mujur la airport tak jauh mana...kalau tidak, kena bantuan oksigen lepas tu.... ^____^. So, peringatan la untuk sesapa (termasuk la aku...) yang nak deal dengan orang ramai khususnya, pastikanlah badan kita bersih dan wangi takda bau-bauan "harum menusuk' tu...Jangan la lokek benar nak beli pewangi ke, deodorant ke, bedak ke...bagi wangi supaya orang yang nak berurusan dengan kita rasa selesa, bukannya rasa nak muntah tahan bau busuk.....sekian, terima kasih....

Sebab awal sangat sampai airport sampai ahkak imigresen tu pun sound kata "dik, awal lagi ni...". Tak pa la kak, datang awal boleh ronda-ronda kat dalam..... Jalan-jalan cuci mata....hakikatnya, jasad je kat changi, tapi hati dah terbang jauh balik ke putrajaya........ oh kanda.....oh anakanda........ ^____^

Alhamdulillah....walaupun kursus yang dihadiri hanya sehari, tapi aku dapat menimba air ilmu di situ..... Dan secara automatiknya, dalam profil kerjaya aku, ada la catatan tambahan tentang berkursus kat oversea (heheh..memang la orang lain galak gi kursus oversea sebulan dan lebih, tak kecoh pun....ai kena terima hakikat di situ.... Kat sini, dapat kursus kat luar walau sehari ni pun dah berganda syukurnya...sebabnya kitorang memang susah nak keluar, pastu kena dicalonkan, barulah merasa.... Jadilah...daripada takda kannn.... ). Pasport aku pun telah berjaya di renew setelah habis tempoh bertahun-tahun lepas....  ^___^. Kiranya ada chance la nak gi coti-coti oversea.....tak gitu Yangggggggggggggg..............................^____^

Thursday 28 June 2012

Nak naik kereta sport? Bolehhhh......

Nak minta pilot opis bawak laju umpama naik kereta sport? Bolehhhhh......takda sapa kata tak boleh..... Nak berapa punya laju? 150? 190? 200? atau lebih 200km/j? No hal punya.... Janji korang pakai tali pinggang keledar molek-molek, sebelum pilot memecut ke destinasi yang korang nak tuju....

:
:
:
:
:
:
:
:
:


:
Hah....nampak tu? 
Sticker ni ditampal kat dashboard kereta opis. So, sesapa yang rasa-rasa nak berangan ala-ala naik kereta sport dengan kelajuan maksima, apa lagi, jemputlah menyain buku log seperti yang disebutkan tu....... Nescaya permintaan dan hajat anda tu akan dimakbulkan oleh pilot kereta opis tu....... ^____^

Wednesday 20 June 2012

Kota Singa 3hari 2malam-part 1

Demi tugas terchenta...echewahhh....minggu lepas aku telah menghadiri kursus di Kota Singa. Kursus apa tu??? Judul kursus pun bunyinya kelihatan sungguh canggih, "accelerated policy & program excellence toolkit 2012".  Pasal apa pulok niiii........ ^___^

Debar jugak nak pergi tu. Iyalah...dah la aku tak tau apa ke bendanya kursus tu tentang apa, walaupun basically pasal polisi la... pastu buat kat Singapura sana..sah-sah medium language yang akan digunakan nanti dah tentu bukannya bahasa kebangsaan Malaysia..... almaklumlah..teman ni idok le pandai bebenor bahasa omputeh ni...mau ketaq lutut nanti.... ^___^

Tapi dah dikata, dipilih, so pergi je lah... Lagipun, bukan senang nak dapat pergi kursus kat luar. Big bos dah pilih tu, kiranya satu kepercayaan la jugak tu kan... Okey la..satu pendedahan untuk aku sebagai orang baru kat sini... Kang gatal mulut tolak, mau sampai sudah takda peluang langsung nak pergi kursus kat oversea gituuuu....

Aku tak pergi berseorangan.... ditemani oleh bos... Nasib baik ada kawan walaupun bos...tak la aku menggagau-gagau sepanjang kat sana nanti... Ada jugak la tempat mengadu kasih nasib...... ^___^. Kursus tu 1 hari je...diulang siaran, 1 aka SATU HARI je..... tapi campur dengan hari pergi dan balik, so jadilah 3hari 2 malam. Pergi jauh-jauh (jauh benor la tuuuuu....), tapi kursus sehari je....ishh..ishhh..ishhh... tapi, jadilah daripada takda kan... ^___^

Flight ke Singapore petang, pukul 5.20.  Aku minta kebenaran bos siap-siap, tak nakmasuk ofis isnin pagi tu. Hari perjalanan kannn....tak payah la masuk ofis...Terima kasih bos..tak tahan tengok muka poyo aku kott.... ^___^

So, pagi isnin tu dipenuhi dengan aktiviti kemas-kemas apa patut kat rumah memandangkan kitorang baru balik dari kampong, kenduri kawin adik ipar aku merangkap adik lelaki enche suami. Pastu terus cari money changer, kata nak pegi oversea kan....(hehehe...oversea la sangat....). Oleh sebab teman tak ada kad kredit maka terpaksa la teman tukar duit dalam kuantitiyang agak banyak sebab nak kena bayar duit hotel paling utamanya. Ofis suruh bayar dulu, balik claim. Ringgit Malaysia tukar ke singapore dollar, alahai....mahal duitnya.... tukar RM2500 baru dapat SGD1000. Aku bajet untuk bayar hotel je ni... tak cukup kalu...dengan muka nak menangis..”bos...kasi top-upsikit..balik nanti ai bayar....”.

Masa kat money changer, tengah rancak sembang dengan mamat duit tu, al-maklum la pengalaman pertama tukar duit ni hah selepas 7-8 tahun lepas....tup-tup ada mamat black sudah mari, berdiri kaunter sebelah. Masa tu tengah berlaku transaksi duit antara aku dengan mamat duit tu. Risaunya aku... udah la gaya mamat black tu amat-amat mencurigakan...ngaku student kat tokey duit tu, tapi tengok gaya tak macam student pungggg..... lepas tukar duit, aku kepit kuat-kuat beg, pastu siap belok gi toilet lagik...takut mamat black tu follow....hahahha..gila psiko.... ^___^. Baik beringat sebelum terkena....

Settle semua, terus pegi klia, diiringi sendu dansyahdu enche dengan Nurin hana. Nurin hana sibuk..”nak ikut ibu naik aeroplane....”.... Jenuh pulak nak mujuk... sabo la nak...ibu pegi cari nafkah ni nak....bukan pegi jenjalan.... lain kali ada rezeki apaknya, kita pegi la jenjalan naik aeroplane ekk.... So, enche arjuna...penuh-penuhkanlah tabung apa yang patut...bawak anak gi naik aeroplane “real” punya...kesian dia...

Disebabkan ke”excited”an tahap gaban aku, kitorang sampai awal kat airport. Lebih kurang pukul 2.30 cam tu. Falsafah aku, biar sampai awal, melangut lama kat airport tu daripada kena tinggal dengan kapalterbang.... Tengok kaunter check in dah bukak, so aku check in dulu, hantar beg sekali. beg tu kecik je, tapi saja tak bawak sebagai hand luggage.

Tak lama pun enche arjuna tunggu aku kat airport tu, panggilan mata dah tak mampu nak tahan... nak mentido la, apa lagi... maka,detik perpisahan pun tiba...sob..sob... T___T, macam nak pegi lama kekdahnya..padahal 3hari 2malam je... tapi sememangnya aku sebak jugaklah..tapikontrol....kang termalu pulak kat mak polisi kat pintu masuk tu....

Lama tak lamanya aku tak naik kapal terbang ni, sampai kat kaunter imigresen, eh...mana pulak hala aku ni? Takda orang pun kat kaunter untuk pasport Malaysia tu... Rupanya sekarang dah pakai mesin je.... Ko lalu situ, masukkan pasport dalam slot mesin yang dikhaskan, pastu letak ibu jari ko kat situ, mesin tu terus baca detail pasport ko...senang ko..dan cepat dan mudah....thumbs up to imigresen Malaysia...

Untuk flight ke singapore ni, tak payah ke terminal satelit sana. Kat terminal domestik ni je. Nun hujung kat G sana......menapak aku kesana.... masuk-masuk dalam, tengok bos sudah ada. Sembang-sembang kosong sikit dengan bos, mana boleh sombong dengan bos...kena beli jiwa sikit...hahahha...nanti apa-apa hal kat singapore, dengan dia jugak aku nak bergantung harapan.......

Hmm..ramai omputeh dalam flight ni... tak salah aku, aku la sensorangnya yang pakai tudung dalam flight tu... flight tak penuh pun. Aku dapat seat tepi tingkap lagi. Aku memang suka...sebab boleh tengok view... tapi kali ni tak nampak apa pun, naik-naik je terus nampak putih jeee......apa pun tak nampak kat bawah, kecuali sayap kapal terbang...

Sebab flight ni ambil masa dalam 50 mint je so no meals la...hanya ada kacang dan jus je. Aku suka gila dengan kacang MAS tu...sedap ke main aku rasa.... cukup berlemak dan masinnya..... tapi sebab kondisi aku masa tu galak berkokok so aku ambik kacang dan dengan penuh sedih terus masuk dalam beg je... takpa, kat bilik hotel kang, boleh belasah... kat dalam kapal terbang tak boleh makan, kang tak pasal-pasal depa kena buat pendaratan kecemasan sebab ada passenger kena batuk kritikal.... ^____^.

50 minit tu kejap je bila dalam flight. Baru aku agak-agak nak lelap kejap, eh dah sampai ko... tak sempat nak feeling-feeling terbang di awan biru... bila semua orang berdiri, aku pun sama standby nak turun, walaupun pintu kapal terbang pun tak bukak lagi. Bukannya aku gelojoh sangat nak jejak kaki kat kota singa ni, tapi disebabkan aku takut kena tinggal dengan bos..... ^___^.


Kitorang duduk asing-asing dalam kapal terbang. So mata aku meliar mencarinya. Macam nampak dia jalan nak ke kaunter imigresen, tapi salah orang daa... Macam dah putus harap, tapi bila aku jalan lepas kaunter imigresen tu, nampak bos tengah rileks tunggu aku kat situ. Nasib baik bos ingat lagi kat anak buahnya ni, aloo..looo....loo...bos...terima kasih la bos..kalau tak,banjir la changi airport tu dek air mata teman.... terharu ai...

Sebab aku gatal tak nak bawak beg naik atas, so terpaksala aku pegi kutip beg dulu. Tak tunggu lama pun, sebab beg semua dah keluarpun. Terus sambar dan berjalan keluar. Ehhh...mana pulak dak bos niii....???bos...di mana dikau.....bos.....????? 


Tengah aku berdiri tegak, kepala berpusing mencari dia, tup-tup nampak dia baru nak keluar. Gi toilet kot..Pastu terus kitorang ambik teksi, pergi hotel....opppssss....diulangi sekali lagi, kitorang naik teksi dan dibawa ke hotel tempat penginapan merangkap tempat berkursus tu.... ^___^ . Bos ajak naik teksi, ai follow je... kalau bos ajakjalan kaki pun, ai follow je... mana la aku tau selok belok situ... Destinasi yang kitorang tuju, hotel parkroyal, kitchener road.  

Wahh...sangat impress dengan jalan raya kat sini...sangat lancar..berdesup laju je teksi tu. Alangkah best nya kalau kl macam ni... lancar takda jammed... Sampai-sampai je hotel, terus sound bos, “bos, tolong bayar tambang teksi ek...”......ala..boleh claim semua tu... tapi, mahal la tambang teksi tu...dalam SGD20 lebih tu....ko convert ke RM, berganda mahalnya...Padahal tak la jauh mana pun airport tu dengan hotel.... Nak kata teksi canggih, tak jugak..biasa je....

Kitorang sampai hotel dalam pukul 7 lebih. Dah gelap sikit masa tu. Samapi-sampai, terus check in bilik. Aku dah siap standby duit untuk bayar duit hotel, bila orang hotel tu bagitau yang depa akan hantar bil ke company. Eh, biar betulllll...ofis kata kitorang kena bayar sendiri dulu. Ahhh..gasak la...dah hotel kata camtu, kitarang follow je la. Sebagai guarantee,depa pakai kad kredit bos. Bos bagitau, guarantee tu bersekali dengan aku. Siang-siang aku dah bagitau bos, untuk tolong cover kos deposit hotel kalau-kalau aku tak cukup duit. Almaklum...bawak tunai bukannya banyak mana pun...lepas la untukbayar 2-3 malam punya kos.... disebabkan depa guna satu kad kredit untuk dua orang, so masa nak bagi bilik tu, depa tanya, “ you want one room?” maknanya kongsi la...awww...tak rela ai..youu......Hah!.....no...no...no... ^___^. depa ingat kitorang ni couple kot...^___^. Agaknya, macam ni kot yang kes-kes scandalicous antara bos dengan anak buah tu.... nahuzubillah... mintak dijauhkanlah....    

bilik dan katil yang sangat selesa. tinggi bukan main katil tu...view mengadap mustafa centre....



Lepas check in bilik, bos ajak pegi carik makan. Perut sudah kekeroncongan... aku ok je, walaupun sebenarnya aku dah standby maggi hot cup dalam beg atas pengaruh enche arjuna. Mana tau kot ada kedai makan Melayu ke dekat-dekat situ. Maka, gigihla kitorang jalan-jalan area dekat-dekat hotel tu, cari kedai makan ada tanda “halal”.Banyak kedai cha ya nun alif. Depan sikit nampak macam kedai-kedai makan india.Bukan mamak okay... sekali masuk mustafa centre, ada cafe kat situ. Bos tanya kat cashier situ, sini halal ke? Cashier tu balas, “ bang...sini halal bang..saya ni Melayu...”. hehehe... mana nak tau, sebab muka dia tak nampak macam Melayu pun....dia kata kat situ hanya ada tosei dan sewaktu dengannya, kalau nak beriani,kena pegi cafe satu lagi kat sebelah bangunan tu. 


So, kitorang pun cari yang satu lagi. Cafe ni bawah mustafa centre jugak. Ha...kat area mustafa centre ni,baru boleh nampak muka-muka macam Melayu, dan pakai tudung selain banyakkkkknyaaaorang india.... cafe ni style self service. Aku cop tempat, bos gi order dan bawak makanan sekali. Kitorang makan nasi beriani ayam...besar potion nasi dan ayam tu...aku dah teka, mesti tak habis makan bila tengok potion tu... tapi, rasa sangat sedap, lain sikit dari rasa beriani kat sini. Maybe ni beriani india-india sikit kott... teh tarik pun best... dan sekali lagi aku bagai tersedak..tengok harga makan ni...mahal sehhh.... aku rasa lepas ni tak payahla otak aku ligat gi convert semua barang dengan harga RM, mahu tersedak berganda-ganda nanti...

meninjau persekitaran sementara bos order makan

ha...tu la bos ai.....sebagai bos yang prihatin, tengah sibuk order makan untuk diri sendiri dan anak buah...

ni resit makan tu.... aku ingat murah la sebab cafe aka kios je punnn...bukan restoran...rupanya harga restoran jugak la....ke kalau makan kat restoran, lagi mahalllll...................?

Lepas makan, ikut bos masuk mustafa centre tu. 24hours shopping complex ye....harap makluman.... memang besar...banyak barang...ramai umat manusia dalam tu... singgah sekejap je, bos beli jajan je. Lepas tu terus balik....layan fb la kat bilik... kitorang ambik pakej bilik bersekali dengan wifi..... sambil berdebar tunggu esoknya, hari kursus....macamana la kursus kat negara orang ni ek... participants mesti ada orang luar jugak..... nak kena bercakap ke masa kursus nanti...trainer nya omputeh....bla..bla..bla....zzzzzzzzzzzzz

sesuatu yang menarik mata...tak pernah nampak kat sini....
nampak tak tulis tu, "mouth freshner"

ni kerusi rehat kat lobi hotel...berkenan sungguh aku dengan design kerusi ni....very nice....
sila abaikan beg atas kusyen merah tu...beg bos aku...tu je beg yang dia bawak sepanjang 3hari 2malam kat sini....banding dengan aku....hehehhee...orang pompuan..normal la bawak beg besar sikit, mana nak isi baju (baju wajib tukar tiap hari), nak isi tudung lagi..tu belum masuk benda-benda lain lagi tu.... ^___^

Teman Sejati

(sumber: fb)