Monday 30 November 2009

Salam AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha buat sumer. cam biasa, raya2 kena le balik kg kan, walaupun kg tu nun dekat sinun jer, heh..heh..

p/s: tapi, raya kali nie rasa tak sronok. ada la hal skit, yang tak mampu dirungkai kat sini. aku rasa tensen jer disebabkan hal tu. abih rosak mood raya aku. sedih pun ya...huh..huh...

Friday 20 November 2009

duit oh duit

bila la nak masuk gaji nie...kering kontang dah nie...bulan lepas kan dapat gaji awal. so, bulan nie rata-rata orang gomen sumer gelisah menanti hari 'indah' tu. dengar-dengarnyer awal next week. hmm....tak sabo nyer rasa..heh..heh...

Thursday 19 November 2009

cantik tak bertempat...

last sunday, kitorang tengok tv citer bahang ravina. best citernyer, psl anak menderhaka dgn ibu dia. memang sadis la...tapi, yang kelakarnya, ibu dia tu orang kampung (lokasi rumah maybe pinggir bandar kot..), orang biasa jer, ambik upah menjahit, tapi bulu mata huiii...cam artis. bertingkat...heh..heh...
kengkadang aku pun heran, depa nie sebelum berlakon, tak ker buat ulangkaji skit, mcm sesuai ker tidak nak pakai sesuatu tu..
pengarah pun satu, peka la skit...

Wednesday 18 November 2009

apa nie...masam...

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Aku skrg nie dalam proses untuk berhentikan anak dara aku tu daripada breastfeed. first day smalam, nampaknya suksess. memang la rasa sedih, tak sampai hati & macam2 la perasaan dalam nie, tapi mengenangkan yang farhanah dah pun umur 2 tahun 6 bulan, so, rasanya dah sesuai la untuk berhenti. kang jadik cam pak lang dia (adik aku la...), mak kata breastfeed sampai umur 3 tahun..
aku carik kat internet kaedah2 yang biasa para ibu gunakan. mak aku ada bagitau untuk gunakan getah bakawali tu, tapi mana la aku nak carik kat sini. bila balik kampung, asyik lupa jer nak ambik. so, kena la guna alternatif lain. godek punya godek, aku tertarik untuk cuba satu petua, sapu garam.
petang smalam, pas ambik farhanah dari school, aku terus calit skit garam. farhanah biasanya balik dari school, dia akan minta susu favourite dia tu. baru jer dia isap, terus dia lepaskan dan bagitau, 'masam' dengan muka yang pelik. aku terus bagitau dia, susu dah masam, farhanah tak boleh isap lagik. kena minum susu school jer. (susu school tu susu formula...farhanah panggil susu school, ye lah, minum susu tu kat school jer start umur 2 tahun aritu..). farhanah try lak satu lagik, huh...sama masam...
dia minum air masak jer. bila aku offer untuk buat susu school, dia tak mo. nasib baik, dia tak melalak meraung. dulu masa genap 2 tahun umur dia, aku dah pernah cuba nak berhentikan breastfeed, sapu pewarna merah. meraung-raung dia, suruh aku sapu. skang nie, maybe dia dah besar skit kot, dah ok.
bila mlm, lepas mkn ada gak dia kenen-kenen kat aku. aku bagitau dia, susu masam, nak ker? terus dia geleng kepala. sesekali dia merengek2 perlahan. adoii...kesian nyer aku tengok. ibu kena kuatkan semangat!!!
sebelum tido, aku bancuh susu school dan bagi dia minum. memula memang di tak mo. pas kitorang pujuk dia, dia minum la pelan-pelan. tapi, cara isapan tak "serakus" & "seghairah" kalau dia breastfeed. tak pa, janji dia minum. tapi, tak abih satu botol pun, tinggal baki skit lagik. pastu dia tak mo dah.
masa nak tido, penin gak pikir camna nak tidokan dia. biasanya dia akan tertido sambil breastfeed. hubby topok (tepuk la..) dia. aku topok dia. memang gelisah la dia sebelum nak tido tu. berkalih kiri, berkalih kanan. sekejap terlentang. finally, tertido gak dia. kesian anak ibu....just imagine, daripada baby lagik sampai la nie, kalau nak tido malam, mesti "pekena" dulu, sedar-sedar dah tido.
awal pagi tu dia terjaga, dalam kul 4 pagi kot, dia mula gelisah, nak menyusu. tangan dia tarik-tarik aku. aku cakap kat dia, susu masam, nak ker? dia tak mo. aku bagi dia minum air masak. pastu topok dia untuk tido smula. awal kul 7 tu, terjaga lagik. mintak susu lagik. aku buat trick tu lagik. kali nie, dia nangis la pulak. merajuk kat tepi katil dia. nasib baik, bila aku pujuk, dia ok dan sambung tido smula.
hmm..abih satu bab.
skang nie, kesan daripada usaha tu, aku lak yang sakit....berdenyut-denyut..bengkak..nak kurangkan, sesekali aku picit kuar...adoiii..sakit....
semoga dipermudahkanlah usaha ku ini...
apapun, aku bangga dapat breastfeed sepenuhnya anak aku sejak lahir sampai umur dia 2 tahun. pastu baru campur dengan susu lain.

Saturday 14 November 2009

hARi RAjiN....





assalamualaikum/salam sejahtera

dah lama betul aku teringin nak buat laksa. aku tak pernah buat. akhirnya hari nie, tercapai juga. tu pun, psl hubby bg idea untuk buat laksa smlm. tetiba dia sms, bagitau "besok kita buat laksa..." dah alang-alanmg tengah rajin tu, aku buat satu lagik resepi yang telah lama terpendam dlm fikiranku, sagu gula melaka. aku suka tu...nyum..nyum...aku pakai gula merah dgn susu cair.
hubby kata sedap for both...happy nyer aku dengar...heh..heh...

Friday 13 November 2009

SPORTS DAY @ generasi


hmm...


sukenyer dia...


yeaahh..dpt belon...


dah dpt pingat, masam lak...


si comel dan kengkawan...






Sg CoNGKak, LanGAt









gatHEriNg WiTH faMIly in Law

AHLI KELUARGA BARU




tahun nie, aku dapat 2 orang adik ipar, awal tahun hari tu satu, dan baru2 nie, seorang lagik. tahniah epul & ju. jom layan pics.


Wednesday 4 November 2009

sehari di opis lamaku

Assalamualaikum/salam sejahtera,

smalam settle dah edar separuh questionnaire opis lama. tinggal nak edar kat opis satu lagik lak. harap-harap dapat semula semua questionnaire tu nanti. jumaat ni hari kutip semula. kita tunggu dan lihat.....