Thursday 30 July 2015

Raya 2015

"Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersukaria 
Lalalalalaalala..."
 
"Selamat Hari Raya...
Kepada saudara serta saudari
lalalalallala..."

echewahhhh.....
 
Assalamualaikum..
 
masih terasa-rasa lagi enaknya nasi impit (ketupat susah jumpa..), pedasnya rendang ayam, kuah kacang yang marvelous, kuah lodeh yang cukup perisa tak lupa juga rendang hati yang meruntun jiwa
aduyaiiiiiii...meleleh airlio...hehehheheh
tu pasal bila raya, berat boleh naik double daripada yang berjaya diturunkan sepanjang bulan puasa
katakan berjaya turun 5kg, lepas raya bila timbang, arghhhhh naik balik 10kg...
mulalah salahkan ketupat rendang lemang bagai
padahal sapa yang mampu menolak juadah raya yang maha sedap tu..hehehehhe
diet semua selamat tinggal.....
 
tahun ni giliran raya rumah mil dulu tapi sebenarnya tak kisah pun mana-mana dulu pun 
almaklum kawin orang sebelah kampung je
pagi breakfast nasi impit lauk rendang ayam bersambung lunch kat rumah mil pastu petang minum petang nasi impit cicah kuah kacang dengan dinner lauk rendang ayam rumah mak aji pulak
dua tiga hari bermalam rumah mil pastu dua tiga hari rumah makpak aji pulak
tu la hikmahnya kawin orang dekat tak payah tunggu berhari-hari baru dapat jumpa makpak
apapun bersyukur la dengan apa yang ada
 
kali ni ada satu pembaharuan
kitorang pakat ambil cuti sehari sebelum raya
selalunya aku la penunggu setia ofis sehingga saat-saat hari terakhir sebelum raya
kali ni nak rasa feeling- feeling persediaan nak raya kat rumah pulak
persediaan la sangat kannnnnnn...
itupun, bercinta nak menghabiskan isnin hingga ke rabu tu, ofis takda orang dah sunyi sepi
rabu angkut NF masuk ofis sekali
aduiiiii..sekolah kebangsaan awal sangat start cutinya, isnin dah start
nak buat apa cuti awal-awal sangat, makpak bukannya cuti lagi
nasib baik rumah transit masih on macam biasa
kalau tak, ke ofis jugak la jawabnya
 
apa buat cuti awal tu? balik kampung awal ke....
 hahahahha..takpun...
merendang ayam, daging ke mengketupat melemang??
hahahahahhah...
takda buat apapun..lepak-lepak kat rumah, kemas-kemas apa patut, kemas baju dalam beg almaklum nak balik kampung kekdahnya
aku kalau nak balik cuti beraya mesti pening fikir apa berapa banyak baju nak sumbat dalam beg
cuti lama kan..kena fikir elok-elok apa baju nak bawak, berapa helai pastu kena ambilkira lepas dah sampai kampung nak balik kampung lain pulak lagi, pening..pening
tu pasal selalunya berjam-jam nak kemas baju dalam beg tu
berkuap panas la aku dalam bilik tu pilih baju
aku jenis tak suka baju tak cukup kalau pegi satu-satu tempat tu
biar berlebih jangan tak cukup, lagipun naik kereta kannnn..lain la kalau naik bas ke memang la kalau boleh nak bawak seminima mungkin
 sebelum balik kampung tu jugak, kenalah jugak pastikan keselamatan rumah yang nak ditinggalkan
jangan fikir nak seronok raya je, kang kita berseronok, pencuri pun berseronok kat rumah kita
 
sebab tahun ni beraya kat rumah mil dulu so dapatlah tengok takbir raya
yang bergerak dari rumah ke rumah
alhamdulillah, nampaknya tradisi tu masih diteruskan kat kampung tu
walaupun ramai orang-orang lama dah takda
kekdahnya depa akan singgah mana-mana rumah yang bukak pintu luas-luas
so tak payah la nak bagi salam kat rumah yang pintu rapat tu ye
maknanya kehadiran tak dialu-alukan la..
konsep main terjah tak terpakai kat sini ye...heheheh
bila bertakbir kat satu-satu rumah tu, so tuan rumah kena la sediakan sedikit makan minum
biasanya aku tengok kalau kat rumah mil, makanan raya tu la yang akan dihidangkan
en suami rajin ikut kumpulan takbir tu so dia bagitau ada rumah yang jamu sate la, bakso la
amboiii..kenyang sungguh depa ni
 
menu raya wajib rumah mil is gulai asam pedas daging tetel
kegilaan en suami dan adik beradiknya biasanya sapa lambat tak merasa la
aku suka je asam pedas tapi sebab aku makan isi (daging) je kan, tang lemak-lemak urat tetel tu payah la sikit
so biasanya aku makan tang isi-isi yang masih ada kat tepi-tepi tu
rendang ayam pencen ada, rendang ayam biasa pun ada
dah tentu-tentu la aku pilih rendang ayam biasa..tak berapa suka ayam pencen ayam kampung sebab tekstur daging tu agak liat
 
lewat pagi raya baru orang bukit turun...hahahahh..gelaran untuk famili adik ipar aku sebab dia duk kat area berbukit sana
dah complete famili, apa lagi sesi bermaaf-maafan la
tua muda saling bermaafan kosong kosong ye semua
takda air mata yang tumpah pagi tu, semua control cun kang abis make-up
lepas tu sambung makan lagi dan lagi
apa lagi aktiviti raya selain makan dan makan
makan kat rumah sendiri makan kat rumah yang diziarahi
 
petang baru pegi beraya rumah mak aji dengan pak aji pulak
dan makan lagi dan lagi
kali ni forum famili tak cukup, pakngah dan paklang takda balik beraya rumah pil
so yang ada hanya famili aku, pak uda dengan pak usu
itupun bukan lekat rumah budak dua orang tu, orang bujang la katakan
sesi salam menyalam terpaksa ditunda bila semuanya balik nanti
sesi bergambar pun takda
tapi la ni rasa menyesal pulak takda sebab walau tak cukup korum pun, still boleh on jugak kan..
rugi..rugi...
cuma ada sesi bergambar kat rumah mil je
 
macam biasa kat rumah mak aji, lauk pauk tetap meriah
sampaikan aku konpius sapa la nak makan banyak-banyak ni
lauk wajib rendang tok, rendang ayam, kuah lodeh dengan kuah kacang
padankan dengan nasi impit dengan lemang
rindunya la hai dengan ketupat, payah betul nak dapat sekarang ni
rendang hati pun ada, special request oleh anak pompuan kesayangan...hehehhe
tapi pagi raya takda lagi, raya ketiga baru mak aji masak sempena kepulangan aku ke rumah
hehehehheh.. I love u mak..
tu la kan...sayang tak sayang mak tu dengan anak-anak dia
mak aji siap simpankan sikit rendang ayam dengan kuah lodeh tu untuk paklang sedangkan paklang balik rumah raya ke lima, sah-sah dah tak berapa elok kondisi makanan tu
sayangkan anak, gitu la...dengan harapan anak dapat nikmati air tangan mak
walaupun sudahnya ke tong jugak sebab dah tak elok...
takpa la..yang penting ingatan tu ada
 
raya kedua famili mil semua pakat beraya ke melaka dengan rembau
rutin tu kalau giliran beraya rumah mil
aku suka je pi beraya, ajar anak-anak ni tradisi ziarah menziarahi ni kan
sehari suntuk kat melaka ye la duduk atas jalan pun dah makan berjam-jam
agaknya duduk atas jalan lebih lama dari beraya kat rumah sedara mara tu
ni masa jalan-jalan di melaka dengan rembau...rumah sedara mara belah mil
bertolaknya pagi tapi sudahnya sampai melaka petang jugak
kitorang siap singgah rumah dulu hantar plastik baju kotor, siram pokok bunga baru bergerak ke melaka pastu sangkut kat atas jalan berejam nak masuk tol alor gajah
nasib baik pemandangan pokok rambutan yang lebat berbuah berjaya menyejukkan hati
tapi, serius la best sungguh tengok rambutan lebat bukan main
boleh kata setiap rumah ada je pokok rambutan
siap bayangkan duduk bawah pangkin bawah pkok rambutans ambil kupas rambutan makan...hmmmmmm...nyamannnnnn...
angan je la, sebab pokok rambutan kat rumah tu tak besar-besar pulak...hmmmm
aku rasa tuan rumah pun tak lalu nak makan kot sebab dah terlampau banyak
nak jual, sapa pulak nak beli sebab masing-masing pun ada pokok sendiri
orang luar macam kitorang je la excited terlebih 
inlaw duk kerjakan pokok rambutan rumak nek tam
dapat la seplastik besar, ampun manis sungguh haihhhh
nyaris-nyaris rambutan tu abis dikerjakan rombongan kemudian yang datang hehehehhe
pasai kami semua pi beraya rumah depan pulak takkkan nak angkut plastik tu sekali kan 

kat rembau pulak, merasa la jadi rombongan pertama ke open hauz
awal giler kot sampai..dalam pukul 9 pagi macam tu
makanan memang dah ready, tetamu je tak sampai-sampai lagi
pagi sangat kot....

ni kat rumah mak aji masa ni semua dah ada kat rumah
walaupun hanya ada 5 budak kecik, huiiiiii...kebisingannya toksah cakap la
tu belum ramai macam rumah mil, lagi la bergegar rumah dibuatnya
budak-budak kan nak cakap apa lagi

ehhhh...baru perasan, takda gambar makanan raya pulak..huhhuhhuh
tak teringat langsung nak ambil gambar
sesungguhnya makan itu lebih enak daripada ambil gambar makanan

btw, hangpa semua dah puasa enam kah? moh le kita puasa
sementara belum ada apa2 jamuan kat ofis ni...heheh

Wednesday 15 July 2015

Tragedi samperit

Assalamualaikum
 
tragedi ini masih menghantui aku... walaupun dah sebulan lebih berlalu..
trauma lagik..heheheheh..poyo sesangat
projek mengkukis masa aku mc panjang hari tu 
saja-saja cuba buat samperit sebab nf's favourite 
beria la mak belek resepi kat internet carik yang confirm jadi
masa petang kejadian, apaknya takda kat rumah so buat berdua la dengan nf
siap kabo kat nf, ni kalau opah tengok ni mesti terharu..hahahhah
 
bila dah petang menjelang tu tetiba mak macam rasa termalas pulak, pujuk nf kita buat kukis esok je la, huh..cannot...insist jugak nak buat petang tu
fuh..fuh..fuh...tarik nafas hembus, tarik nafas hembus
ok, moh le kita menkukis
barang-barang dah beli siap
acuan pun dah beli dua senang laju sikit nak buat, almaklum assistant ada kan
memang follow sebijik sebijik la resepi kukis tu, budak baru belajar jangan derhaka
eh, senang giler buat samperit ni, cantik je kaler dia kuning
bila tekan doh guna acuan tu, cantik giler hasilnya kelopak bunga kembang kebabommm
makin bersemangat la weolls menekan doh kat acuan tu
hidung kembang kempis dah ni tak zabarrr nak tayang kat adik beradik samperit buatan tangan ni
mesti kagum giler la depa tengok betapa rajin ahkak depa ni...hahahahahah
 
sekali ko..............................................................................
 >
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
 
 
huwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
apa sudah jadi?????????????? kelopak bunga samperit ku hilang benyek
dah tak jelita.......huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
resepi dah betul, telur pun pakai putih je
oven panas dah dulu...hmmmmmm.....
bukan batch ni je, semua batch kelopak bunga samperit kembang benyek
terus tak jadi nak up dalam grup adik beradik...kang kena kutuk kaw-kaw...nanti mak sentap
tu la, tadi eksen sangat kan...unsur-unsur riak pun dah muncul tu, tu pasal kukis tak jelita jadinya...
terus dapat hadiah cash...huhuhuhu
 
tragedi petang tu amat terkesan sekali di hati mak
mak kuciwa, terus hilang semangat nak mengkukis lagik..
itu pasal la mak tak mengkukis untuk raya ni, luka di hati masih berdarah lagi kekdahnya
biarlah ku ubati luka di hati ni dulu
hehehehheh
 
tapi, serius..... walaupun rupa samperit tu tak semenggah mana, rasamu tetap jadi pujaan
sedap sihhh, macam mak aku buat...

Tuesday 14 July 2015

Baru nak Salam Ramadhan...

Assalamualaikum,
 
teruk giler dah ni, sampai tak nampak jalan dah nak masuk "rumah"...bukan setakat bersawang dah, complete dengan lumut cendawan bagai...semak samun subur...sampai sesat barat tuan rumah ni....hehehhehehhee....
adoyaiiiii lemaunya la sangat nak update...bizi pun iye..lemau pun iye..elok la beradun sebati...please...mood rajinnnnnnn...lai lai lai...come to mami....
 
diam tak diam dah nak abis ramadhan..cepat betul masa berlalu
in sha allah, takda aral melintang lagi dua hari dah nak raya
well...tuan rumah masih gigih bekerja lagi walaupun mood kerja dah ke laut, la ni mood raya je..
heheheheh...no la, kebetulan projek dah nak settle so tu yang boleh hembus nafas dengan aman damainya sambil menikmati kemeriahan nak raya
semua meeting pun aku dah schedule settle last week..hehehehhe
 
macamana puasa tahun ni?
tuan rumah jenuh nak qada' puasa esok ni, huhhuhuh..takpa la ada la hikmahnya tu
tahun ni masih memasak macam biasa sampai akak naik pening apa nak masak
hehehheheh...ngalahkan chef hotel, padahal lauk simple je pun
nak penuhi selera anak dara kat rumah ni bukan senang
hmmm..ala-ala cerewet jugak la.. tu tak nak ni tak nak, nasib baik makan nasik nak
ada masanya nak lauk udang je... ada masanya nak sardin je (yang ni mak suka...hehehehhe..senang)
la ni nak daging je pulak...
en somi tak risau sangat, semua boleh makan
maaf en somi, tak mampu lagi nak masak peberet u..ikan keli, siput sedut
camna nak masak, akak tak makan tu, ishhh..ishhh..ishhh..
tunggu la ada kekuatan esok-esok ye...
 
ada jugak la timbul keinginan pi makan buffet ramadhan
tapi insaf bila tengok harga, ni bukan cerita mampu duit atau tak
tapi mampu ke nak makan sebanyak nilai duit yang dibayar..
berapa banyak la perut ni boleh diisi lepas berpuasa seharian
kang tak berbaloi dengan harga dibayar
tangki kecik dik...
 
baju raya pun dah settle sebelum ramadhan atau lebih tepat bulan lima dah hantar kain
biar cepat janji siap..hikhikhik
tetap setia ikut makcik tailor walaupun dia dah pindah nun jauh di sana
so mengambilkira jarak perjalanan yang jauh tak berbaloi hantar sepasang kain
moh le kita angkut seplastik terus sekali dengan baju untuk keje
pejam mata je la bila kene hulur membayar upah jahit

tradisi lama yang kian dilupakan...hantar kad raya
sekarang kan semua orang pakai kad raya elektronik siap ada lagu raya lagi
gigih ni anak dara duk tulis kad raya bagi kat kengkawan dan cikgu
sampai kena pesan tak payah la bagi semua satu kelas..hehehheh..
 

enak menikmati moreh kat masjid putra
beria makan macam sedap sungguh la sampai pesan kat mak ni, "ibu, nanti carik la resepi masak macam ni"... iye la anak...

salah satu meeting masa Ramadhan ni...meeting di petang hari di bulan Ramadhan amat mencabar mata...ngantuk sihhh...
hari biasa kalau ngantuk boleh jugak la makan kuih ke, kannnn...

merendek di kuala lumpur di satu hari di bulan Ramadhan
lepak kat tangga sogo sambil berbuka puasa
siap ada tikar lagik (opkos la tikar disediakan ye...)
dah lama tak buat keje lepak-lepak macam ni hehehhehe
 
ok, uolls...jumpa lagi...
selamat berpuasa semua
ingat...ada dua hari lagi nak puasa ye, kalau jumaat raya la..
jangan excited sangat nak raya sampai lupa nak puasa pulak