Friday 27 August 2010

Status Bujang, Isteri & Ibu

Masa Bujang:
Masa ni tinggal dengan famili. Mesti le buka puasa kat rumah dengan famili. (takda boyfriend, nak ajak buka luar..huh..huh..). Mak masak....sedap...walaupun hanya lauk simple-simple je macam sambal tumis ikan bilis garing. Makan bertambah-tambah lagi...Badan pun bagai dipam..pam..heh..heh...Masa tu berat dalam 50kg. Berat tu kan..tapi orang kata kurus....Berat tulang apa....
Masa jadi student, of course berbuka dengan rakan seangkatan kat kolej. Kalau kat itm dulu, waktu berbuka puasa memang ditungu-tunggu semua warga kolej sebab menunya kat dewan makan biasanya memang best dan sedap (ke sebab perut semua kelaparan, semuanya pun sedap...heh..heh..). Kitorang siap boleh hafal menu untuk setiap minggu tu...heh..heh..Kalau masa sahur, saya jarang turun, ngantuk...tidur lagi best....So, portion kita tu, kita sedekah kat kengkawan je le...

Kalau kat sintok, kena beli sendiri juadah buka puasa. Bosan beli kat dewan makan perwaja. Kitorang pegi kat telekom pulak, takpun pegi guthrie ke. Masing-masing beli bekalan dan makan sekali dalam bilik. Tengok le bilik sapa yang jadi mangsa. Bentang kertas, letak polisterine, dengar azan, baca doa, terus ngapp..takda dakwa dakwi lagi. Kelebihannya makan ramai-ramai ni, dapat le rasa kawan-kawan punya lauk ke, kuih ke sambil gossiping...heh..hehhh.
Kitorang pernah berbasikal dari perwaja gi gate depan semata-mata nak ubah selera pulak, beli nasik campur kat luar. Tapi, buat penat je kayuh basikal bulan-bulan puasa dan jauh pulak tu, lauk yang dibeli sangat-sangat mengecewakan sebab dah tak boleh dimakan. Dalam erti kata lain, basi le. Chiss...apa la meniaga macam tu...macam tak ikhlas je....
Kengkadang kalau weekend (sintok weekend adalah jumaat, khamis half day), balik rumah pak sedara kat simpang empat, Perlis dengan cik ros merangkap room-mate saya dan jiran sebelah rumah pak sedara. Kat sini, dapat makan best la...maklum le, masakan rumah kan..mak sedara, cik senah masak. Makan bertambah tu...heh..hehh..Biasa makan nasik kawah kan, sesekali dapat makan nasik periuk kecik, alangkah sedapnya..heh..heh...Kengkadang, ikut cik ica (teman se itm dan se uum) balik rumah kat aloq staq. Huii..sini, dapat makan best jugak. Masa kat sintok, memang sangat-sangat jarang balik kl, jauhkan...Balik masa cuti sem je. So, makan kat rumah pak sedara dengan rumah cik ica, umpama makan di rumah sendiri...heh...hheehh...
Teringat satu kenangan yang paling menyentuh perasaan masa kat sintok...masa tu bulan puasa, dan kebetulan malam tu ada exam. Terpaksa buka puasa sorang-sorang dalam bilik sambil baca nota untuk exam malam nanti. Tangan duk menyuap nasik, tapi mata duk baca nota...Tak dapat nak joint geng lain sebab nota tak abih baca lagi, kang tak dapat jawab exam pulak...huh..huh...Tau-tau je le, kalau dah ramai-ramai tu, mesti sembang lebih punya. Nasib baik, tu je sekali exam masa malam bulan puasa.

Bila dah keje kat BTR, lain pulak senarionya. Kitorang kat sini, makan disediakan oleh pihak pengurusan. Kerja resort, biasa la. So, bila bulan puasa, kalau waktu keje, makan kat kafetaria staff, menu yang paling selalu dijamu dan disukai adalah masak ayam kuning (macam masak lemak, tapi bukan..). Tak sempat nak tanya chef, apa nama masakan tu dan resepinya..Tapi, sedap la...Kalau kat hostel, kitchen akan hantar makanan untuk kitorang semua masa dekat-dekat nak berbuka so beratur la ambik makanan. Bawak je la bekas masing-masing untuk dimasukkan makanan. Bawak naik atas, makan dengan room-mate, ina. Kengkadang, ina masak jugak. Saya? Busy le..tak dan nak tengok dapur pun..(alasan paling konkrit...hehe..). Kengkadang, jiran se hostel, zu bagi bubur kacang ke, penganan-penganan lain, dia rajin masak untuk boyfriend dia, so kitorang pun dapat le tumpang tempiasnya..heh..heh...

Sebagai Isteri:
Tahun 2002, tahun pertama berpuasa dan berbuka sekali sebagai isteri kepada chenta hati mr asrul. Sebelum tu, masa zaman cintan cintun, biasa jugak buka puasa sama-sama. Takda masalah buka puasa lepas kahwin..sebabnya kitorang duduk ngan famili...heh..heh...Apa yang mak masak, tu le yang kitorang makan. Masa ni jugak, saya dah join gomen so, takda la masalah berjauhan macam dulu-dulu. Kengkadang kitorang buka puasa kat rumah mertua. Memula buka puasa rumah mertua, terkejut....sebab diorang tak makan nasik...diorang makan makanan selain nasik macam mee, mihun, etc. So, sejak tu, kalau nak gi berbuka sana, en asrul mesti suruh beli nasik dulu kat bazar ramadhan.
Bila dah duduk menyewa sendiri, sangat-sangat jarang masak untuk berbuka. Al-maklum le, amatur le kata kan, tambah lagik pulak, berdua, rasa tak berbaloi nak masak. So, selalu terjah bazar ramadhan kat kosas ke, ampang ke. Kengkadang berbuka di luar je. Oleh sebab, rumah mak dan mertua tak jauh mana, kitorang selalu jugak berbuka sana terutamanya masa weekend. Makanan dah tentu sedap, jimat pulak tu..heh..heh...

Sebagai Ibu:
Bila lil’ hana lahir, rasa lagi seronok. 2007, pertama kali kitorang berpuasa dengan kehadiran hana. Tapi, masa tu hana baby lagi, so tak reti apa-apa lagi. But then, tahun satu lagi, hana dah pandai bangun sama-sama masa Ibu dengan Papanya sahur. Entah apa dibuatnya bangun pagi-pagi. Nak belajar-belajar sahur ye.... Macam tu jugak, masa berbuka.
Masa hana kecik, kitorang lebih kerap beli kat bazar ramadhan je. Sebab makan berdua je kan. Tapi bila dia dah pandai makan macam-macam makanan, selalu la jugak Ibunya berperang kat dapur. Tambah-tambah lagi sekarang. Hana agak choosy sikit kalau makan di luar. Dia lebih berselera kalau makan masakan Ibunya ni...kan..kan...honey...heh..heh..Ibu masak lagi sedap ye...heh..heh..
Sekarang ni, balik je dari ofis, tanpa tukar uniform, terus singsing lengan kat dapur. Masak je la apa ada. Biasanya lauk simple-simple je. Mengejar masa. Masak untuk buka je. Sahur, mr asrul and me tak makan nasik. Nasib baik mr asrul jenis tak cerewet, apa je yang dimasak dia akan makan je. Untung I....heh..heh...Kalau rasa penat (atau malas..heh..heh..) ke bazar ramadhan le jawabnya.....tunjuk-tunjuk je....hehh...heh....


Walau apapun status sama ada bujang, isteri atau ibu, keseronokan berbuka puasa tetap dirasai. Tambah-tambah lagi bila bersama keluarga.....

Thursday 26 August 2010

'DUIT RAYA' RM500 Untuk Kakitangan Awam, Pesara

Pagi-pagi ni sesampai di ofis sebaik je bukak berita online, mata terus terpaku kat skrin, membaca tiap-tiap bait ayat yang tertera sambil bibir tersenyum (lebih tepat kalau dikatakan tersengih..heh..heh..) dan minda menerawang jauh memikirkan sesuatu (apa nak buat nanti...heh..heh...).
Saya pasti sekarang ni semua orang gomen senyum sampai ke telinga...(walaupun kena marah kat ofis...). Gembira dengan berita yang diumumkan oleh PM.

Sedikit petikan :
KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.
Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri. (Sumber: berita harian online).
 
Alhamdulillah. Walaupun tak banyak mana, tapi cukuplah menampung mana-mana yang patut perbelanjaan untuk Raya ni..heh..heh...
Tapi, jangan boros sangat. Jimat cermat skit.....kalau ikut perkiraan, gaji bulan depan lambat, lepas raya....so, simpan-simpan le sikit untuk lepas raya sementara tunggu dapat gaji lagi. Tau-tau je le, biasanya Raya ni memerlukan belanja yang agak banyak. Karang, lepas Raya, poket dah kering.
 
Untuk para bos-bos jusa ke atas, tak payah le jeles ekk...Tapi rasanya depa tak heran pun dengan pengecualian untuk dapat 'duit raya' tu. Gaji dah besar.......heh..heh...
 
p/s: hmmm....pesara pun dapat tu.....heh..heh...boleh le nurin hana, syafiq dan faris kutip duit raya dari atok lebih sikit...hehh..heh....

Wednesday 18 August 2010

WAJIB ADA BILA BERBUKA DI BULAN PUASA

N.A.S.I.

Ye....nasi....juadah wajib ada bila berbuka puasa. Tak mengimpikan ayam golek, murtabak, roti boom, dan sebagainya. For me, tu semua pelengkap je. Paling penting, nasi mesti ada. Letak la mihun sup atau laksa paling lazat di alam ni, tapi, nasi jugak pujaan hatiku..heh..heh...

Mungkin, sesetengah orang, bila waktu berbuka, akan menikmati makanan selain nasi. Nasi dah biasa makan, so masa berbuka, tukar juadah lain pulak. Variety sikit kan....Nasi ni kiranya dipinggirkan le. But, not me...Dah terbiasa sejak kecik, memang akan makan nasi masa berbuka. So, nak buat camna..dah sebati kata orang...heh..heh...

Lauk tak kisah, as long as bukan lauk yang saya tak suka makan, macam pajeri nanas, ikan keli, bendi, terung, etc. Makan nasi dengan ikan bilis goreng pun, ok. Sedap apa, tambah-tambah lagi nasi panas, letak kicap sikit, ikan bilis baru goreng, garing, dengan bawang dan cili api. Huii..lengkap dah rasanya sesi makan..heh..heh...

Oppss..tak sabar nak balik buka puasa kat rumah mak hujung minggu ni.....mak akan masak lauk udang kuning.....udang besar....sedapnya....abah dah tanya, nak udang besar ke kecik...Wahai adik-adikku semua, epul, choi, asma, cain, ijat, kome tak balik ke rumah nanti? Kalau takda, akak je la balun semua udang tu dengan sepuas-puasnya....dengan mak abah, en asrul, nurin hana. Ju? Tak boleh makan...dalam pantang lagi...hehh..hheehh...

image: google.

Monday 16 August 2010

Senario Pagi Di Atas Jalan Raya di Bulan Puasa

Hampir 30 minit!!!!
Untuk perjalanan lebih kurang 6km.
Ni tak tipu..betul punya....

Tu le senario yang perlu ditempuhi setiap pagi terutama paling teruk sepanjang bulan puasa ni. Bulatan besar presint 1 kat sini akan jammed tiap-tiap pagi. Jalan lain kat sini, tak pasti le pulak. Jammed jugak kot. Tempat lain tak boleh nak ngomel sebab tak lalu situ..heh..heh..Senario bumper to bumper ni buatkan pengguna jalan raya jadi resah, asyik mengerling jam di dashboard kete, tak cukup dengan tu, kerling kat jam tangan jugak. Macam tak puas hati tengok kat satu jam je, padahal sama je waktunya. Mungkin dengan anggapan, bila tengok jam satu lagi, kot masa tu jadi lambat skit ke...heh..heh... Ni gara-gara waktu untuk punch card dah makin kritikal. Masa ni la ngomel sendiri, apsal la aku tak keluar awal tadi, kalau tak mesti tak sangkut. Masa ni jugak la talian hayat diperlukan. Calling-calling rakan seangkatan yang dah selamat sampai kat ofis, minta punch kan kad. Tau benda tu salah, tapi dah terdesak, apa pun boleh, kan...! Tapi, hati-hati....silap haribulan...... Haruuu... 

Ofis tak jauh dah, tersergam depan mata. Tapi tak sampai-sampai jugak. Agak-agaknya, kalau boleh tinggalkan kete jap kat jalan raya tu, gi lari kejap ke ofis untuk punch card, then balik semula, mesti sempat punya kan....heh..heh...
Tu baru putrajaya, camna le korang kat kuala lumpur sana kan! Lagi parah rasanya....
(google)
 Agaknya, bulan puasa ni  ramai yang tukar wp 1 kot. So, pemandu wnita yang dedikasi ni yang wp 2 tapi kluar awal tertumpang sekaki terperangkap sama dengan kesesakan jalan. Punyalah banyak kete atas jalan. Tu belum campur motor, bas, lori. Basikal? So far, tak pernah la pulak nampak orang gi ofis naik basikal. Jalan sesak takpa lagi, yang paling bengangnya, ada sesetengah pemandu ni memang takda sivik langsung. Suka-suka je masuk jalan orang tak bagi signal, pastu buat muka bodo je. Ingat dia je nak cepat. Satu lagi, kalau kat simpang 4 @ 3, dah nampak kat depan tu jammed, pegi jalan juga. Dan sikap gelojohnya tu menyebabkan kenderaan dari jalan simpang satu lagi dah kena blok!!!! Tak boleh nak gerak walaupun lampu trafik tu dah kaler hijau. Apa la punya mentaliti...  

Hmm....masa ni le terfikir, alangkah bestnya kalau ofis sebelah rumah kan....seminit lagi punch card nak bunyi, baru masuk. Tapi....ada tapinya jugak....kalau ofis kat sebelah rumah, tak boleh la nak monteng keje, nak EL bagai, kalau malas..nanti bos nampak..heh..heh...satu lagi, senang la bos nak cari...dah sepelaung je....

Friday 13 August 2010

Alahai Desktop Research

Desktop Research (DR)? Apa le bendanya tu ek???
Heh..heh..DR tu maknanya kita kena buat penulisan kajian tentang any topic of Human Rsorce Management & kaitkan dengan perkhidmatan. Dan paling tak bestnya, mandatori untuk semua p&p. 2 DR setahun. Tapi, disebabkan bergelar "warga baru", so boss dah bagi permission, buat satu je. Alahai, yang satu tu pun tak terbuat lagik....

Tah le, sejak joint sini, rasa macam masa kat ofis tu singkat bebenor. Busy manjang. Tak sempat nak google-google topik yang menarik dan pastinya MUDAH. Kat rumah, bila balik keje, dah penat dah..tak larat dah nak fikir benda berat-berat ni. Hari cuti pulak, nak rehat le....
Errrkk...banyaknya alasan......ke tu tanda kemalasan masih membelenggu diri ini????? Heh..heh...

Wei....bangun..bangun...buat cepat-cepat. Nanti dapat lnpt rendah, baru tahu...dah la DR tu salah satu SKT p&p yang kena capai... 

Apa le topik nak buat ni ek....???

Thursday 12 August 2010

PORT BAIIIKKK...PUNYA.....

Dalam rumah ni, ada satu tempat favourite Nurin Hana kalau menonton tv. Kitorang pun tak tau kenapa Nurin Hana suka sangat dengan tempat tu. Padahal, banyak lagi tempat duduk lain.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan kacau ek..ni tempat "i".....
tengok tu...kalau dah duduk situ, kusyuk nengok tv. kalau kita panggil pun, buat tak tau je dia. buat kering tekak je panggil berulang kali....

Wednesday 11 August 2010

FADILAT PUASA DAN ORANG BERPUASA

Alhamdulillah, syukur padaNYA, dengan izinNYA, bulan Ramadhan yang penuh keberkatan tiba lagi. Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah silap. Selamat Berpuasa buat semua. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan amalan kita diterima olehNYA.

Sedikit info untuk dikongsi bersama tentang antara fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa (petikan dari Utusan Malaysia, 11 Ogos 2010):

Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya. Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari: Sesungguhnya dikatakan pada Syurga, tidak dikatakan bagi Syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: Puasa merupakn perisai. Dan daripada Uthman bin Abi al-As; Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat. Ini kerana, puasa mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan pada ghalibnya, mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As: Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id, Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak.

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa sekalipun diam dan tidur.

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam.

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa.

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya.

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

"KERENTUNGAN" MELANDA

Di saat saya ber"lumus tungkus" ber"team-building" kat Cherating hari tu, ada dua orang ni pulak sungguh enjoy bersuka ria di swimming pool dan pantai. Berendam sampai tak ingat dunia. Dan hasilnya?
Habis rentung.....
 pemandangan dari bilik....begitu jelas lambaian swimming pool tu...tu pasal la budak kecik tu dengan papa dia sungguh bersemangat sekali turun ke sana...
 nak oii...berapa lama dah berendam dalam tu...? sampai berbirat kaki tangan tu semua...
hah..hah..hah....ibu takda...boleh berpoya-poya sepuasnya....haha...hah...hah...
main kejar-kejar dengan ombak la pulak. Papa? menung jauh...rindu kat ibu la tu..heh..heh...
yeaahhh.....i'm free......ibu takda.....

Tuesday 10 August 2010

CHERATING- Hari Terakhir

Malam sebelum tu, dah berseronok-seronokan....Pagi hari ketiga & hari terakhir ni, kursus semula. aktiviti bina menara tertinggi. Kitorang diberi batang paip plastik beberapa batang dan tali. Kena sambungkan setiap batang paip tu jadikannya menara setinggi yang boleh. Gunakan kreativiti yang ada untuk dirikannya menggunakan tali rafia tu. Huii...sangat mencabar sebab baru beberapa batang disambungkan, dah melentuk dan jatuh....Tali berselirat sana sini.
Apa-apahalpun, posing dulu....peace....
ok...lari setempat.....acara memanaskan badan
apa yang penting...kerjasama...(nyanyi mcm lagu "wonder pets"). memasing berganding bahu membantu naikkan menara drpd batang paip tu....susah wooo....bila dah tinggi, asyik nak melentur jer....
3 "dara pingitan"....pheewwiittt....
jenuh nak nyampaikan ke tahap tinggi ni....meliuk lentuk....
en trainer cabar kitorang, kalau kitorang berjaya pecahkan rekod menara tertinggi yang pernah dibina, dia akan lari bogel tepi pantai.....huii..banyak berani la.....
nasib baik tak berjaya pecahkan rekod, kalau tak....tengok aksi terlampau la nampaknya..heh..heh...
en trainer sorang lagi pulak, ke hulu khilir dia duk dalam cubaan 'memecahkan kesepakatan kerjasama' dengan ngajak pegi minum pagi la....siap kena 'halau' dengan bebudak ni..heh..heh...

CHERATING - Hari ke-2, Special Dinner

Hari ke-2, lokasi Legend Cherating:
Sebelah malamnya, ada special dinner, dengan temanya "Red Carpet/Glamouros". Ada beberapa tema yang dipertandingkan sebelum ini, antaranya "Bollywood", "Arabian Night" tapi nampaknya warga BPP lebih minat dengan "red Carpet/Glamorous", heh..heh...
Puaslah fikir, macamna rupanya baju untuk tema tu? Adakah semestinya kena "bling-bling" atau bagaimana? Macam artis tu ke? Finally, pakai je blaus hitam dengan jaluran keemasan halus dan skirt kembang hitam. Sebenarnya, ada beli baju untuk dinner tu, dress bunga-bunga warna hitam putih, tapi tak jadi nak pakai, takut terlebih glamour pulak..heh..heh...
Saya salute AJK yang buat preparation untuk malam dinner tu. Memang  class, ala-ala red carpet, siap ada tempat untuk bergambar lagi,  ala-ala artis gitu..ahakss....Setiap yang hadir akan diambil gambarnya. Tapi, saya terlepas saat tu, sebab terdatang lebih awal daripada photographer. Malas la nak posing semula. Just tangkap gambar beramai-ramai je.
Huuii..malam tu macam-macam style pakaian ada. Lawa-lawa belaka. Iyalah, inilah masa memasing melaramkan...Sorang anak buah saya so comel...dengan sari bergemerlapannya, sorang lagi dengan suit bow-tie lagi....and sangat-sangat berbaloi coz' both of them menang anugerah "pakaian kreatif" dan "pakaian lelaki terbaik". Tumpang banggalah jugak...heh...heh....Iyolah..anak buah sapo tu...? Anak buah den jugak....heh..heh...
Bila tirai mukadimah telah dibuka, memasing serbu ambik makanan. Semua kelaparan setelah kepenatan sebelah petang tu, berlari ke sana sini....Ada macam-macam makanan, ada udang, nasi, daging kambing, ayam, etc. Makan sampai tak muat perut...heh..heh...
Bagi memeriahkan majlis, dibuat sesi karaoke. Ramailah yang ke depan menonjolkan bakat terpendam selama ni. Boleh tahan suara memasing...Datuk J pun turut nyanyi..sedap suaranya...Orang lama la, katakan...
Sporting tak sportingnya Datuk J malam tu, selain nyanyi, siap menari lagi...heh..heh...Memang sporting betul...Datuk, lepas geram ke?? Heh..heh... malam tu kalau ada anugerah khas untuk tu, mesti Datuk J menang punya..Alahai Datuk...you're the best...Tak percaya? Tanyalah bebudak BPP ni...Ni adalah contoh seorang ketua yang "down to earth", respect to others, etc...

Monday 9 August 2010

Selamat Bersara.........

Hari ni cuaca agak panas.
Tapi, mendung di sini, BPP.
Hari ni last day our lovely big boss di BPP. Datuk Pengarah.
Mulai besok, big boss akan bersantai-santaian di rumah.
No more pening-pening. No more tension. 
Sebab? Big boss dah bergelar pesara.....
Ye..dah sampai umur bersara..........
 Datuk & Kak Gi berpadu suara....meletup.....
Sempena persaraannya, BPP organized majlis perpisahan untuk big boss.
Big boss adalah contoh boss yang paling bagus untuk dicontohi oleh semua yang bergelar boss dan bakal bergelar boss. Pemerhatian singkat saya di BPP mendapati big boss:
  • amat mudah didekati.
  • very friendly, although to the new comer.
  • very commited.
  • selalu bermanis mulut dengan orang di sekeliling.
  • menghormati orang lain.
  • tidak lokek memberi pujian kepada kerja anak buah.
  • merendah diri.
  • sangat sporting.
  • etc...pendek kata, ciri-ciri sorang ketua@pemimpin yang bagus memang ada padanya.
Good luck Datuk....all the best to you......
BPP will miss you a lot....& tentunya, orang yang paling rapat dengan Datuk, Kak Gi (P.A. Datuk) akan paling merindui Datuk...
Moga sikap-sikap terpuji Datuk akan diwarisi dan dicontohi oleh semua di BPP.

p/s: Gitulah kan..kalau orang tu baik, pemergiannya pasti ditangisikan.....sedih la pulak...huh..huh..

CHERATING - Hari Ke-2

Hari ke-2 di Cherating,maka bermula le kursus teambuilding. Memasing kena menyarung pakaian sukan. Ini bermakna, hari ni secara rasminya saya merasmikan kasut sukan yang baru dibeli sebelum ni. Kasut lama dah tertanggal tapak...heh..heh...Rasa cun terlebih pulak dengan kasut baru ni..heh..heh...(unsur-unsur riak ada di situ...heh..heh...)
apa-apa halpun, kena senaman dulu...tarik nafas...lepas....


Ada beberapa aktiviti diadakan hari ke-2 tu:
1) Ice-breaking.
Lepas pembahagian kumpulan dibuat, setiap peserta diberi satu borang yang mengandungi beberapa ciri-ciri personaliti seperti "tidak merokok, suka main bola, etc", dan peserta dikehendaki mendapatkan tandatangan orang yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam borang tadi. Seorang hanya boleh tandatangan pada satu ciri saja dalam satu-satu borang.
Memang kelakar la masa mencari tandatangan tu. Kena pergi tanya setiap seorang. Siap ada "ngelat" lagi, tolong tandatangan walau ciri tu tak da, heh..heh.....Siap kita boleh minta tengok setiap ciri tu dan just tandatangan salah satu mana-mana ciri yang kena mengena. Memang havoc masa tu....
Finally, hanya ada 4 peserta berjaya mendapatkan tandatangan terbanyak. Diorang dipanggil ke depan. Heh..heh..masa ni la pecah rahsia, kita tak tahu pun sapa yang turunkan tandatangan pada  borang tu....just minta je...Bila ditanya oleh trainer, tak dapat jawab...heh..heh...
hingar bingar....mcm pasar....memasing bertungkus lumus penuhkan senarai...
2) Persembahan "cheer" kumpulan.
Setiap kumpulan kena bagi nama pada kumpulan masing-masing, siap dengan "cheer" sekali. So, masing-masing "berlumus-tungkus" (pinjam kata-kata trainer....perkataan yang menggantikan bertumus-lungkus...). WakaWaka...itulah nama kumpulan saya. Inspirasi dari lagu Shakira tu....

Yeeahh...waka..waka....is coming....

Macam-macam aksi boleh dilihat masa buat "cheer" tu....Fun....
Rasanya yang paling best, group Datuk....siap dia melompat lagi, pastu sebut ala-ala rap bahasa tamil...macam nak pecah perut kitorang tengok....

3) "Search".
Ni aktiviti mencari barang. Setiap kumpulan diberi senarai barang-barang yang perlu dicari  dan semua barang-barang tu ada markahnya. "Tayar", "bunga warna merah", "ikan hidup", etc...
Bila hon bunyi je, masing-masing bertempiaran lari. Ye la, semua nak menangkan...
Bagi memudahkan pencarian, group kitorang buat pengagihan barang, masing-masing cari 2 barang je. Saya ditugaskan cari bunga warna merah dengan bantal. Bantal, rembat kat bilik anak buah. Bunga warna merah, petik kat tepi bilik. Bunga kertas. Pastu, nampak sorang group mate masih mencari helmet. So, tolonglah cari sekali. Ke hulu ke hilir kitorang cari dan tanya staff Legend tu. Masalahnya, parking motor jauh giless dari lobi. Nak markah lebih punya pasal, redah je la. Sampai-sampai parking tu, nampak satu helmet atas motor. Tuannya tak nampak pulak batang hidungnya. Terdesak punya pasal, kitorang "pinjam" je la dulu...heh..heh...Mau naik angin tuannya kalau datang-datang tengok helmet dah lenyap...heh..heh... Habis aktiviti, kitorang pulangkan semula. Nasib baik tuannya tak mencari lagik...heh..heh...Kalau tak haru....


ni le list barang yang kena cari tu....

Habis masa, group memasing giat mngira markah setiap barang. Syarat telah diberi yg markah kena 85 ke atas. Group kitorang yang ke2 tertinggi. But then, trainer check detail setiap barang, masa ni la, group markah tertinggi terus drop ke tangga ke berapa tah....Salah satu barangnya "tepung maruku",didapati palsu....bukan palsu camna, "tepung maruku" tu hanya  ada dalam bentuk perkataan je, kreatif tak kreatifnya diorang, kertas A4 tu ditulisnya perkataan "tepung maruku"...Untuk barang "sabun May" pun, diorang ambik sabun dalam bilik hotel, pastu ukir "May" atas tu...Oooo...nak ngelat yer.....terbongkar sudah....heh..heh...Tapi, tu menunjukkan betapa kreatifnya diorang....heh..heh...

4) Machine
berlakon ala-ala piston kereta....jgn tanya lebih2, saya pun tak tau menatang apa piston tu...
Setiap kumpulan kena berlakon sebagai machine.

5) Explore Race
Aktiviti berlari lagi.....lari dan lari.....
Sebelum group diberi sampul clue, kena jawab beberapa soalan dulu. Adeiii..susahnya soalan tu semua. Sapa yang dapat siapkan cepat, dapat clue dulu dan boleh lari dulu. Terkial-kial la group kitorang nak menyelesaikan soalan tu semua...siap tanya trainer, apa jawapannya...heh..heh..Finally, ktorang jadi group ke-5 berlepas, daripada 7 group.


tengah lari-lari tu, berenti jap, posing skit..heh..heh...depan tu akak p.a bos besar, kak gi, & dia baik...
Memusing-musing semua orang, ke depan ke belakang hotel. Kelihatannya semua orang begitu teruja dan bersemangat sekali....
Setaip clue saling berkait dan akan merungkaikan jawapan kepada barang yang dicari. Clue yang terkumpul berbunyi begini:
1) Harganya murah.
2) Tua muda sukakannya.
3) Mudah didapati.
4) Bermula dengan huruf "T".
5) Ada pelbagai perasa.
6) etc....
Korang rasa apa?
.
.
.
.
.
.
.
.

waka waka yang happening.....twisties tu la yang dicari....dan juga hadiah kemenangan....
Itu aktiviti saya sepanjang siang. Apa pulak aktiviti 2 kesayangan yang ditinggalkan kat bilik?
Ye....swimming..and swimming..and swimming...and swimming.........sampai tukar color....kerentungan melanda 2 kesayangan hamba itu....

Friday 6 August 2010

Twilight Saga – ECLIPSE

Alahai..dah lama betul entry ni terperam....terlupa nak publish....
Cerita pasal Twilight Eclipse la.....Dah basi pun kan.....! Tapi, takpa, sebab saya sangat suka dengan siri-siri ni....
Masa tayangan tengah hot hari tu, kami 3 beranak sempat ‘date’ dengan si vampire yang hensem, Edward Cullen, si wolf yang perkasa, Jacob dan si gadis yang sweet, Bella Swan. Kepada peminat Twilight, pastinya amat-amat kenal dengan watak-watak yang saya sebutkan tadi..heh..heh...
Saya memang tertunggu-tunggu Eclipse, selepas jatuh cinta menonton Twillight, dan disusuli dengan New Moon. Umpama, dari mata turun ke hati....heh.. heh... Tapi, daripada 4 siri novel tu, 2 je saya dah habis baca, lagi 2 iaitu Eclipse dan Breaking Dawn, belum baca lagi. Eclipse baru baca separuh, tapi saya berhenti dulu, semata-mata nak tengok movie nya dulu. So, lepas ni saya boleh mulakan semula membaca novel Eclipse. Tapi, kena seru mood dulu...Mood...ke mari kau......(takda mood, tak boleh baca, nanti takda feel....).

Sebelum masuk cinema, masa dinner, en hubby bagitau movie tu klasifikasinya parental guide for kids. So, boleh ke bawa Nurin Hana masuk ni??? Finally, hubby kata, let say diorang tak bagi masuk, kita balik je la...Hah...takkan kot...Heh..heh..nasib baik, boleh je masuk. Kami dah siap pesan kat Nurin Hana, kalau tak suka tengok, tidur je kat dalam nanti. Heh..heh..takut dia buat hal sebab cerita tu bukannya cerita budak-budak, mesti dia bosan nanti. Dan seperti yang dijangka, cerita tu ternyata membosankannya (tapi menyeronokkan buat ibu...heh..heh..), dan dia mula membuat hal sendiri di pertengahan cerita. Gula-gulakan dengan popcorn, tak jalan, chicken ball tak jalan. Tapi, nasib baik dia tak merengek-rengek atau meraung nak keluar. Kalau tak, haru....Masih boleh dipujuk supaya duduk diam dan berkelakuan baik. So, dia buat halnya sendiri, main jari sambil mulutnya pot pet pot pet...Sesekali terpaksa bisik kat dia minta perlahan sikit volume. Kang marah pulak orang dalam cinema tu. Paling best, orang gelak, dia pun sama gelak..padahal bukannya tau apa pun...hai anak..hai anak....Paling haru, dia pakat ‘bertelur’ pulak kat dalam tu...Adeiii....nak tak nak, terpaksa la bawak jugak ke toilet, memandangkan lambat lagi nak habis. Kang, harum semerbak satu panggung..hahh..hah....

Habis je movie, Nurin Hana terus ajak pergi main game. Alamak, dia ingat la pulak. Sebelum masuk tadi, dia duk main kat tempat games, dan bila nak masuk cinema, pujuk dia dengan bagitau, kita main balik lepas tengok wayang. Dia ingat tu...Risau jugak ni, sebab masa kluar panggung, jam dah dekat pukul 10 malam. Bukak lagi ke kedai games tu. Kang mengamuk pulak dia...Tapi, heh..heh...nasib baik, kedai tu bukak lagi la...Kami temankan lah dia main dulu..

Rasanya, perlu menonton sekali lagi movie tu. Tak puas la tengok, banyak gangguan..heh..heh...Tapi mesti lambat lagi kluar DVD ni....

Saya tak mahu komen banyak fasal movie ni, sebab rasanya banyak komen telah dikeluarkan untuk Eclipse ni. Lagipun, saya memang minat giless dengan Twilight Saga, so bagi saya best je movienya....hah..hah....

Nak komen sikit pasal beberapa watak:

1) Edward – of course la....sangat protective pada buah hatinya, Bella. Terserlah sifat cemburunya. So loving. Saya lebih suka fesyen rambutnya dalam Twilight Saga 1. Lagi nampak smart.
2) Dr Cullen – saya suka dia. Sangat-sangat cool dan relaks. Muka sweet je.
3) Alice – cute & sweet & energetic.
4) Jasper – dulu, mukanya so innocent, tapi kali ni nakal skit. Rambut panjang skit daripada dulu.

KESIMPULANNYA: JANGAN BAWAK BUDAK KECIK KALAU NAK PEGI TENGOK WAYANG SELAIN CERITA KARTUN.............NANTI DIA BUAT HAL.......

P/S: LA..LALA...LA..LA...LA...LA.....LA...
LA...LA...LA...LA...LA...LA........
hmm...gumbiranya....
pasal?
semalam semuanya ok......alhamdulillah....
nampaknya meeting agak santai.....no stress at all......
hopefully kondisi begini berterusan la...

Thursday 5 August 2010

Meeting oh Meeting...

  • Petang ni saya ada meeting bahagian. Dan meeting ni menyebabkan saya tidak keruan dan gelisah dari pagi tadi. Membuatkan saya rasa agak tertekan dan tidak boleh fokus pada kerja yang tengah dibuat.
  • Petang ni, buat pertama kalinya akan dipengerusikan oleh Boss besar baru (Lady Boss baru baik pangkat). Kitorang semua tau style nya macamana, walaupun saya baru masuk sini. Aci tak kalau saya gunakan ungkapan ni, "sangat menggerunkan...".
  • Dan yang paling paling tak bestnya, boss saya ter'mc' pula hari ni. Ala boss...apsal tak nak sakit mata esok ke, lusa ke.....huh..huh...Suka-suki je, nak tetapkan bial orang nak sakit.....
  • Tambah parah, senior saya pun pegi outstation, besok baru masuk opis.
  • So, nak tak nak, saya le wakil sektor yang kena bentangkan SKT nanti ni....Huh...huh....Dinding kiri kanan semua takda ni.......
  • Camna cara nak bentang ni? Hmm..hentam je la....
Perangsang untuk diri sendiri: YA....SAYA BOLEH LAKUKAN....TEBALKAN MUKA, PEKAKKAN TELINGA, DENGAR JE APA SAJA 'TEMBAKAN' PETANG NI.......
SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUANYA. AMIN.