Thursday 30 July 2015

Raya 2015

"Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersukaria 
Lalalalalaalala..."
 
"Selamat Hari Raya...
Kepada saudara serta saudari
lalalalallala..."

echewahhhh.....
 
Assalamualaikum..
 
masih terasa-rasa lagi enaknya nasi impit (ketupat susah jumpa..), pedasnya rendang ayam, kuah kacang yang marvelous, kuah lodeh yang cukup perisa tak lupa juga rendang hati yang meruntun jiwa
aduyaiiiiiii...meleleh airlio...hehehheheh
tu pasal bila raya, berat boleh naik double daripada yang berjaya diturunkan sepanjang bulan puasa
katakan berjaya turun 5kg, lepas raya bila timbang, arghhhhh naik balik 10kg...
mulalah salahkan ketupat rendang lemang bagai
padahal sapa yang mampu menolak juadah raya yang maha sedap tu..hehehehhe
diet semua selamat tinggal.....
 
tahun ni giliran raya rumah mil dulu tapi sebenarnya tak kisah pun mana-mana dulu pun 
almaklum kawin orang sebelah kampung je
pagi breakfast nasi impit lauk rendang ayam bersambung lunch kat rumah mil pastu petang minum petang nasi impit cicah kuah kacang dengan dinner lauk rendang ayam rumah mak aji pulak
dua tiga hari bermalam rumah mil pastu dua tiga hari rumah makpak aji pulak
tu la hikmahnya kawin orang dekat tak payah tunggu berhari-hari baru dapat jumpa makpak
apapun bersyukur la dengan apa yang ada
 
kali ni ada satu pembaharuan
kitorang pakat ambil cuti sehari sebelum raya
selalunya aku la penunggu setia ofis sehingga saat-saat hari terakhir sebelum raya
kali ni nak rasa feeling- feeling persediaan nak raya kat rumah pulak
persediaan la sangat kannnnnnn...
itupun, bercinta nak menghabiskan isnin hingga ke rabu tu, ofis takda orang dah sunyi sepi
rabu angkut NF masuk ofis sekali
aduiiiii..sekolah kebangsaan awal sangat start cutinya, isnin dah start
nak buat apa cuti awal-awal sangat, makpak bukannya cuti lagi
nasib baik rumah transit masih on macam biasa
kalau tak, ke ofis jugak la jawabnya
 
apa buat cuti awal tu? balik kampung awal ke....
 hahahahha..takpun...
merendang ayam, daging ke mengketupat melemang??
hahahahahhah...
takda buat apapun..lepak-lepak kat rumah, kemas-kemas apa patut, kemas baju dalam beg almaklum nak balik kampung kekdahnya
aku kalau nak balik cuti beraya mesti pening fikir apa berapa banyak baju nak sumbat dalam beg
cuti lama kan..kena fikir elok-elok apa baju nak bawak, berapa helai pastu kena ambilkira lepas dah sampai kampung nak balik kampung lain pulak lagi, pening..pening
tu pasal selalunya berjam-jam nak kemas baju dalam beg tu
berkuap panas la aku dalam bilik tu pilih baju
aku jenis tak suka baju tak cukup kalau pegi satu-satu tempat tu
biar berlebih jangan tak cukup, lagipun naik kereta kannnn..lain la kalau naik bas ke memang la kalau boleh nak bawak seminima mungkin
 sebelum balik kampung tu jugak, kenalah jugak pastikan keselamatan rumah yang nak ditinggalkan
jangan fikir nak seronok raya je, kang kita berseronok, pencuri pun berseronok kat rumah kita
 
sebab tahun ni beraya kat rumah mil dulu so dapatlah tengok takbir raya
yang bergerak dari rumah ke rumah
alhamdulillah, nampaknya tradisi tu masih diteruskan kat kampung tu
walaupun ramai orang-orang lama dah takda
kekdahnya depa akan singgah mana-mana rumah yang bukak pintu luas-luas
so tak payah la nak bagi salam kat rumah yang pintu rapat tu ye
maknanya kehadiran tak dialu-alukan la..
konsep main terjah tak terpakai kat sini ye...heheheh
bila bertakbir kat satu-satu rumah tu, so tuan rumah kena la sediakan sedikit makan minum
biasanya aku tengok kalau kat rumah mil, makanan raya tu la yang akan dihidangkan
en suami rajin ikut kumpulan takbir tu so dia bagitau ada rumah yang jamu sate la, bakso la
amboiii..kenyang sungguh depa ni
 
menu raya wajib rumah mil is gulai asam pedas daging tetel
kegilaan en suami dan adik beradiknya biasanya sapa lambat tak merasa la
aku suka je asam pedas tapi sebab aku makan isi (daging) je kan, tang lemak-lemak urat tetel tu payah la sikit
so biasanya aku makan tang isi-isi yang masih ada kat tepi-tepi tu
rendang ayam pencen ada, rendang ayam biasa pun ada
dah tentu-tentu la aku pilih rendang ayam biasa..tak berapa suka ayam pencen ayam kampung sebab tekstur daging tu agak liat
 
lewat pagi raya baru orang bukit turun...hahahahh..gelaran untuk famili adik ipar aku sebab dia duk kat area berbukit sana
dah complete famili, apa lagi sesi bermaaf-maafan la
tua muda saling bermaafan kosong kosong ye semua
takda air mata yang tumpah pagi tu, semua control cun kang abis make-up
lepas tu sambung makan lagi dan lagi
apa lagi aktiviti raya selain makan dan makan
makan kat rumah sendiri makan kat rumah yang diziarahi
 
petang baru pegi beraya rumah mak aji dengan pak aji pulak
dan makan lagi dan lagi
kali ni forum famili tak cukup, pakngah dan paklang takda balik beraya rumah pil
so yang ada hanya famili aku, pak uda dengan pak usu
itupun bukan lekat rumah budak dua orang tu, orang bujang la katakan
sesi salam menyalam terpaksa ditunda bila semuanya balik nanti
sesi bergambar pun takda
tapi la ni rasa menyesal pulak takda sebab walau tak cukup korum pun, still boleh on jugak kan..
rugi..rugi...
cuma ada sesi bergambar kat rumah mil je
 
macam biasa kat rumah mak aji, lauk pauk tetap meriah
sampaikan aku konpius sapa la nak makan banyak-banyak ni
lauk wajib rendang tok, rendang ayam, kuah lodeh dengan kuah kacang
padankan dengan nasi impit dengan lemang
rindunya la hai dengan ketupat, payah betul nak dapat sekarang ni
rendang hati pun ada, special request oleh anak pompuan kesayangan...hehehhe
tapi pagi raya takda lagi, raya ketiga baru mak aji masak sempena kepulangan aku ke rumah
hehehehheh.. I love u mak..
tu la kan...sayang tak sayang mak tu dengan anak-anak dia
mak aji siap simpankan sikit rendang ayam dengan kuah lodeh tu untuk paklang sedangkan paklang balik rumah raya ke lima, sah-sah dah tak berapa elok kondisi makanan tu
sayangkan anak, gitu la...dengan harapan anak dapat nikmati air tangan mak
walaupun sudahnya ke tong jugak sebab dah tak elok...
takpa la..yang penting ingatan tu ada
 
raya kedua famili mil semua pakat beraya ke melaka dengan rembau
rutin tu kalau giliran beraya rumah mil
aku suka je pi beraya, ajar anak-anak ni tradisi ziarah menziarahi ni kan
sehari suntuk kat melaka ye la duduk atas jalan pun dah makan berjam-jam
agaknya duduk atas jalan lebih lama dari beraya kat rumah sedara mara tu
ni masa jalan-jalan di melaka dengan rembau...rumah sedara mara belah mil
bertolaknya pagi tapi sudahnya sampai melaka petang jugak
kitorang siap singgah rumah dulu hantar plastik baju kotor, siram pokok bunga baru bergerak ke melaka pastu sangkut kat atas jalan berejam nak masuk tol alor gajah
nasib baik pemandangan pokok rambutan yang lebat berbuah berjaya menyejukkan hati
tapi, serius la best sungguh tengok rambutan lebat bukan main
boleh kata setiap rumah ada je pokok rambutan
siap bayangkan duduk bawah pangkin bawah pkok rambutans ambil kupas rambutan makan...hmmmmmm...nyamannnnnn...
angan je la, sebab pokok rambutan kat rumah tu tak besar-besar pulak...hmmmm
aku rasa tuan rumah pun tak lalu nak makan kot sebab dah terlampau banyak
nak jual, sapa pulak nak beli sebab masing-masing pun ada pokok sendiri
orang luar macam kitorang je la excited terlebih 
inlaw duk kerjakan pokok rambutan rumak nek tam
dapat la seplastik besar, ampun manis sungguh haihhhh
nyaris-nyaris rambutan tu abis dikerjakan rombongan kemudian yang datang hehehehhe
pasai kami semua pi beraya rumah depan pulak takkkan nak angkut plastik tu sekali kan 

kat rembau pulak, merasa la jadi rombongan pertama ke open hauz
awal giler kot sampai..dalam pukul 9 pagi macam tu
makanan memang dah ready, tetamu je tak sampai-sampai lagi
pagi sangat kot....

ni kat rumah mak aji masa ni semua dah ada kat rumah
walaupun hanya ada 5 budak kecik, huiiiiii...kebisingannya toksah cakap la
tu belum ramai macam rumah mil, lagi la bergegar rumah dibuatnya
budak-budak kan nak cakap apa lagi

ehhhh...baru perasan, takda gambar makanan raya pulak..huhhuhhuh
tak teringat langsung nak ambil gambar
sesungguhnya makan itu lebih enak daripada ambil gambar makanan

btw, hangpa semua dah puasa enam kah? moh le kita puasa
sementara belum ada apa2 jamuan kat ofis ni...heheh

Wednesday 15 July 2015

Tragedi samperit

Assalamualaikum
 
tragedi ini masih menghantui aku... walaupun dah sebulan lebih berlalu..
trauma lagik..heheheheh..poyo sesangat
projek mengkukis masa aku mc panjang hari tu 
saja-saja cuba buat samperit sebab nf's favourite 
beria la mak belek resepi kat internet carik yang confirm jadi
masa petang kejadian, apaknya takda kat rumah so buat berdua la dengan nf
siap kabo kat nf, ni kalau opah tengok ni mesti terharu..hahahhah
 
bila dah petang menjelang tu tetiba mak macam rasa termalas pulak, pujuk nf kita buat kukis esok je la, huh..cannot...insist jugak nak buat petang tu
fuh..fuh..fuh...tarik nafas hembus, tarik nafas hembus
ok, moh le kita menkukis
barang-barang dah beli siap
acuan pun dah beli dua senang laju sikit nak buat, almaklum assistant ada kan
memang follow sebijik sebijik la resepi kukis tu, budak baru belajar jangan derhaka
eh, senang giler buat samperit ni, cantik je kaler dia kuning
bila tekan doh guna acuan tu, cantik giler hasilnya kelopak bunga kembang kebabommm
makin bersemangat la weolls menekan doh kat acuan tu
hidung kembang kempis dah ni tak zabarrr nak tayang kat adik beradik samperit buatan tangan ni
mesti kagum giler la depa tengok betapa rajin ahkak depa ni...hahahahahah
 
sekali ko..............................................................................
 >
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
 
 
huwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
apa sudah jadi?????????????? kelopak bunga samperit ku hilang benyek
dah tak jelita.......huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
resepi dah betul, telur pun pakai putih je
oven panas dah dulu...hmmmmmm.....
bukan batch ni je, semua batch kelopak bunga samperit kembang benyek
terus tak jadi nak up dalam grup adik beradik...kang kena kutuk kaw-kaw...nanti mak sentap
tu la, tadi eksen sangat kan...unsur-unsur riak pun dah muncul tu, tu pasal kukis tak jelita jadinya...
terus dapat hadiah cash...huhuhuhu
 
tragedi petang tu amat terkesan sekali di hati mak
mak kuciwa, terus hilang semangat nak mengkukis lagik..
itu pasal la mak tak mengkukis untuk raya ni, luka di hati masih berdarah lagi kekdahnya
biarlah ku ubati luka di hati ni dulu
hehehehheh
 
tapi, serius..... walaupun rupa samperit tu tak semenggah mana, rasamu tetap jadi pujaan
sedap sihhh, macam mak aku buat...

Tuesday 14 July 2015

Baru nak Salam Ramadhan...

Assalamualaikum,
 
teruk giler dah ni, sampai tak nampak jalan dah nak masuk "rumah"...bukan setakat bersawang dah, complete dengan lumut cendawan bagai...semak samun subur...sampai sesat barat tuan rumah ni....hehehhehehhee....
adoyaiiiii lemaunya la sangat nak update...bizi pun iye..lemau pun iye..elok la beradun sebati...please...mood rajinnnnnnn...lai lai lai...come to mami....
 
diam tak diam dah nak abis ramadhan..cepat betul masa berlalu
in sha allah, takda aral melintang lagi dua hari dah nak raya
well...tuan rumah masih gigih bekerja lagi walaupun mood kerja dah ke laut, la ni mood raya je..
heheheheh...no la, kebetulan projek dah nak settle so tu yang boleh hembus nafas dengan aman damainya sambil menikmati kemeriahan nak raya
semua meeting pun aku dah schedule settle last week..hehehehhe
 
macamana puasa tahun ni?
tuan rumah jenuh nak qada' puasa esok ni, huhhuhuh..takpa la ada la hikmahnya tu
tahun ni masih memasak macam biasa sampai akak naik pening apa nak masak
hehehheheh...ngalahkan chef hotel, padahal lauk simple je pun
nak penuhi selera anak dara kat rumah ni bukan senang
hmmm..ala-ala cerewet jugak la.. tu tak nak ni tak nak, nasib baik makan nasik nak
ada masanya nak lauk udang je... ada masanya nak sardin je (yang ni mak suka...hehehehhe..senang)
la ni nak daging je pulak...
en somi tak risau sangat, semua boleh makan
maaf en somi, tak mampu lagi nak masak peberet u..ikan keli, siput sedut
camna nak masak, akak tak makan tu, ishhh..ishhh..ishhh..
tunggu la ada kekuatan esok-esok ye...
 
ada jugak la timbul keinginan pi makan buffet ramadhan
tapi insaf bila tengok harga, ni bukan cerita mampu duit atau tak
tapi mampu ke nak makan sebanyak nilai duit yang dibayar..
berapa banyak la perut ni boleh diisi lepas berpuasa seharian
kang tak berbaloi dengan harga dibayar
tangki kecik dik...
 
baju raya pun dah settle sebelum ramadhan atau lebih tepat bulan lima dah hantar kain
biar cepat janji siap..hikhikhik
tetap setia ikut makcik tailor walaupun dia dah pindah nun jauh di sana
so mengambilkira jarak perjalanan yang jauh tak berbaloi hantar sepasang kain
moh le kita angkut seplastik terus sekali dengan baju untuk keje
pejam mata je la bila kene hulur membayar upah jahit

tradisi lama yang kian dilupakan...hantar kad raya
sekarang kan semua orang pakai kad raya elektronik siap ada lagu raya lagi
gigih ni anak dara duk tulis kad raya bagi kat kengkawan dan cikgu
sampai kena pesan tak payah la bagi semua satu kelas..hehehheh..
 

enak menikmati moreh kat masjid putra
beria makan macam sedap sungguh la sampai pesan kat mak ni, "ibu, nanti carik la resepi masak macam ni"... iye la anak...

salah satu meeting masa Ramadhan ni...meeting di petang hari di bulan Ramadhan amat mencabar mata...ngantuk sihhh...
hari biasa kalau ngantuk boleh jugak la makan kuih ke, kannnn...

merendek di kuala lumpur di satu hari di bulan Ramadhan
lepak kat tangga sogo sambil berbuka puasa
siap ada tikar lagik (opkos la tikar disediakan ye...)
dah lama tak buat keje lepak-lepak macam ni hehehhehe
 
ok, uolls...jumpa lagi...
selamat berpuasa semua
ingat...ada dua hari lagi nak puasa ye, kalau jumaat raya la..
jangan excited sangat nak raya sampai lupa nak puasa pulak

Thursday 9 April 2015

April datang lagi - Happy birthday princess


 
"i'am a big...big girl...
in a big..big world..."
alunan NF...bukan main lagik...hehehhehehe
 
Happy 8th birthday
selamat hari jadi kesayangan ibu dan papa
kamu adalah cahaya kegembiraan ibu dan papa
sebab itulah namamu dipilih
sesungguhnya kelahiranmu lapan tahun yang lalu
dari hari pertama kamu diketahui wujud dalam perut ibu
sehinggalah hadir ke dunia ini hingga kini
sangat memberi makna buat ibu dan papa
kamulah hadiah terbaik dan termahal yang pernah ibu dan papa terima
kamu adalah anugerah terindah dalam hidup ibu dan papa 
 
Buat penawar hati ibu dan papa...
cahaya kegembiraan ibu dan papa
semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah
berjaya dan bahagia dunia akhirat
ibu dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu
ketahuilah, ibu dan papa sentiasa ada untukmu
menyayangimu tanpa apa-apa syarat
dan pastinya
kamu akan sentiasa menjadi anak kecil comel ibu dan papa  :)
 
 

Tuesday 7 April 2015

Seri Tanjung Tinggal Kenangan

Assalamualaikum...

Akhirnya.......
putus sudah kasih sayang
Daripada dengar-dengar..
apa tu omputeh panggil, hearsay sana sini..
Takda hitam putih..iya la namapun hearsay kan...
Apa lagi, cerita pindah randah ni la...

Ye...
I'm here now...
lonely
di sarang sendiri
sebelum ni kongsi sarang ramai-ramai

No more big group

Tapi bila dah masuk sarang sendiri... Dah sunyi pulak...
Huh Huh ... Dah terbiasa suasana bising meriah bila kitorang duduk dalam bilik besar kan...
La ni, feel lonely.... Udah la radio pun takdak... Lagi sunyi....
 
Cawangan kitorang sekarang dah kembali bersatu dengan para bos2 kat bawah ni
Sebelum ni anak-anak terpisah daripada mak pak...
Kalau mak pak rasa rindu, kena la telefon panggil anak2 turun bawah...
Takpun mak pak naik ke atas jumpa anak...
Nak bagi anak2 sendiri saja2 suka turun jumpa mak pak?
Huh...jangan harap...kalau boleh memang nak menyorok terus dari penglihatan mak pak... Hehehheh... Tu la pasal kalau kena panggil dengan mak pak,
semua pakat pelan2 je nak turun... Semua terhegeh2...
Tetiba banyak pulak benda nak kena buat... Kan cik bazz kan kan... Heheheh...
Kat tanjung ni memang standard arr mak pak tang datang ngadap anak2...
Ala..mak pak pun boring duduk bawah tu... Takdak orang...

Yes, kitorang di tanjung ukhuwah memang sangat tinggi
Maybe sebab sebilik dan senasib...
asal berbuku kat hati je, terus boleh kluarkan kat dalam ni...
Boleh berlumba2 kluarkan apa je yg berbuku tu..
Terus hilang stres... Heheheh...

Dekat setahun lebih dalam satu kumpulan besar,
mula-mula memang tak selesa,
almaklum tak biasa...
dulu memasing ada privacy sebab duduk sorang...
Bila duduk ramai-ramai, konsep "tiada rahsia antara kita" terpakai la....
hatta bersembang dengan mak pak semua pakat pasang telinga..
tu belum lagi kalau  nak berkasih sayang kat dalam phone dengan suami/isteri ke atau boipren... hahahahha...

ni ahli asal Seri Tanjung...Arma keluar ke bahagian lain tak lama lepas tu
pengarah gaya bergambar ni tak lain tak bukan si pakar penuh idea, Bazz
 
 
tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa (betul ke?)...
memasing belajar membiasakan diri
memang itu keperluan untuk kelangsungan hidup..hahah...poyo...
tak biasa, lama-lama terbiasa sampai jadi sebati dalam diri...
Kiranya kalau sorang takda,
tak lengkap la korum kumpulan besar tu...
memang meriah la selalu.. Ukhuwah memang kuat la...

Masa baru-baru masuk sarang besar ni,
ada la kitorang buat potluck...
asalnya potluck kecil-kecilan, khusus untuk grup kitorang je...
sekali merebak sampai ke bawah sampai ke bos semua...
Abis tu, tengah makan-makan, sorang bos masuk, pastu masuk sorang lagi...
abis tu, dah anak-anak buah dia semua ada dalam ni kan...
nasib baik makanan memang banyak....memang rezeki memasing la....

the best thing is,
kalau kepala otak buntu atau kehabisan idea nak buat satu-satu keje,
dun worry..
banyak kepala yang sudi sumbang idea bantu kita...
dia sama ada idea tu boleh pakai atau tak...hahahah..
biasa la kadang-kadang banyak idea mengarut je...

Tak tau apa akan berlaku lepas ni...
Yang pastinya kumpulan besar ni tetap menjadi antara momen terindah
yang akan dikenang sampai bila-bila, yang akan dirindui...
Esok-esok bila ada rezeki memasing dah pangkat besar,
boleh la kenang balik momen-momen kumpulan besar ni...
Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan...


nak terai monopod punya pasal, sampai tersembam hengpong member tu..hehehhehe
gambar rare ni sebab pak nuar bukan jenis suka bergambar

member hat depan tu dah dengar khabar dapat pindah keluar so dah hari-hari duk berangan..sampai sudah transfer letter tak sampai-sampai....hehehheheh

kenangan raya tahun lepas

Thursday 2 April 2015

GENG BAS SEKOLAH

Salam Sejahtera...


"Geng geng geng bas sekolah
Geng geng geng bas sekolah

Yang pandai bertaekwando
Amin namanya
Melly bersemangat
Berani dan cantik
Nak idea canggih
Tanyalah Chua
Teknologi moden kelebihan Jinak
Thanusha.. Thanusha.. Thanusha
Bertocang dua handal beraksi

Kamilah geng geng geng bas sekolah
Kami wira bas mencari jawapan
Kamilah geng geng geng bas sekolah
Kamilah wira bas penyelamat dunia

Kamilah geng geng geng bas sekolah
Geng geng geng bas sekolah
Geng geng geng bas sekolah"
(lirik lagu geng bas sekolah)

hahahahhahh..
ni bukan geng bas sekolah tapi geng bas pekerja
penumpangnya dua kategori je, muda belia dan warga tu...opssss...matang... 
sapa biasa naik bas pekerja? sebijik bas yang disewa khas untuk bawak orang pi ke bekerja marilah bekerja
ha..mesti ramai kan...terutama yang kerja kilang
aku pun pernah merasa naik bas pekerja dua tiga tahun jugak la sampai pindah sini
best woooooooo....boleh tido dalam bas.....hik hik hik...
 
 
 (sumber: google)
 
masa mula-mula baru masuk servis
zaman muda remaja tengah hijau kata orang
rumah kat ampang keje kat putrajaya
kereta takda lesen pun takda duit lagi la takda
apa option ada nak berbakti menyumbang keringat tulang empat kederat ni
mintak boipren hantar? hmmmm...dalam mimpi je la
boipren keje lencong ke utara, girlpren lencong ke selatan
masa tu putrajaya kiranya masih baru lagi
bas pun tak banyak ke sana, kena tunggu lama
pastu kena round the world baru sampai putrajaya sebab ampang-kl-putrajaya
pukul berapa nak kluar dan pukul berapa nak sampainya
tau je la kl punya hadap jem tahap gaban punya T___T
kiranya ko tido bangun tido bangun tak jugak sampai kl lagik
tu blom kira lagi kena turun tunggu bas lain pulak
tak pasti masa tu ada ke tidak tren erl tu...kalau ada pun idakla akak mampoooo
baru keje ko...abis duit ke tambang erl je la gituwwww...pitammmmm
 
nasib baik pak aji bagi langkah penyelesaian permasalahan
matanya memang cekap tindakan pun pantas
katanya pagi-pagi ada bas sewa khas ke putrajaya
tunggu depan ampang point tu
tu memang kawasan laluan merempit pak aji pegi keje kat kl
cuma tak pasti aku, macam mana pak aji tau atau serkap jarang je
atau pak aji memang ada berhenti tanya dengan orang yang duk tunggu bas tu
jangannnn kooooo....pak aji ni ringan mulut peramah amat
aku rasa teori hat nombor dua tu la...hehehheheh
tanya adik-adik aku yang bawak kawan datang rumah
puas kena interbiu dengan pak aji...hehehehheh
 
so hari pertama nak pi lapor diri
debor ni....macam ada rama-rama dalam perut
camana persekitaran opis tu, keje apa nak kena buat, macam-macam la
tambah pulak dengan debor dengan cubaan pertama kali nak tumpang bas ni
hoiiiiii....kalau toreh muka takda darah ni, pucat sebab kecut perut
lebih kecut perut sebab pasal bas tu la hehhehehheh
dengan sapa nak tanya pasal nak tumpang bas, sapa pun tak kenal
pagi-pagi tu pak aji drop kan aku depan bus stop ampang point tu
gelap lagi masa tu wehhhh, matahari pun tak mangkit lagi
nasib baik pak aji tau penyakit malu keterlaluan anak dara dia ni kan
pak aji la yang pegi approach ada sorang akak kat situ
sampai la aku ingat nama akak tu, kak yus.... i lap u kak yus...
kak yus ni la yang pi bagitau kat pakcik bas, ni hah ada budak baru nak naik
kak yus jugak la kenalkan aku kat kawan-kawan dia
kak yus la partner in crime aku dalam bas
kebetulan opis kak yus sebelah opis aku je
tu yang chemistry kuat
so start those day, aku jadi penumpang setia bas sewa tu
masa tu biasanya company pakai bas persiaran hat panjang tu
rasa macam pelancong pun ye...hehehheh
bulan pertama bayar daily pastu monthly

heaven wehhh naik bas
tak payah pening kejap-kejap nak tekan brake, kejap-kejap tekan minyak pulak
bawak je diri naik bas pastu duduk duduk je lelap, duduk duduk je lelap
celik je mata, eh dah sampai.. :)
jangan ko pakat membuta style tido mati udah la
selamat la ngikut pakcik bas balik rumah...hehehehhe

tapi dalam heaven heaven tu pun ada la ketidak best an nya
kena balik on time, kalau lewat sila la ucapkan selamat tinggal kat bas
tau la kengkadang kena masuk meeting dah tak aman duduk dalam meeting tu
mata asyik le jeling kat jam tangan, tak cukup tu jeling jugak jam dalam bilik meeting
macam la jeling jam mampu membuatkan meeting habis on time T___T
nasib baik, biasanya kalau lambat pun setakat 5-10 minit bas boleh tunggu lagi
tapi menahan la ko tengok kena jeling dengan orang dalam bas pasal lambat naik

tapi hari tak la selalu cerahkan
akhirnya merasa la kena tinggal bas sekali masa balik
kebetulan hari kejadian ada meeting so terlambat la sikit
bertambah kebetulan kak yus partner in crime dalam bas cuti la pulak
(moral of the story sila la luaskan sikit cirle of fren tu... T___T)
berlari-lari anak ni nak menyampaikan ke bus stop tu
walaupun tau macam takda harapan je
manalah tau kot hari tu bas lambat ke sebab tayar pancit ke apa ke
sampai-sampai je semua orang dah takda T____T
huwwwwaaaaaaaaaaaaa............camna nak balikkkkkkkkkkkkkk
sejujurnya, aku memang takut giler
takut kena culik ke (hehehehheheh...poyo....)
dah la masa tu tak banyak lagi opis bukak kat sana
nak naik bas biasa pun tak tau nombor berapa nak naik
aku memang bermasalah sikit nak buat benda-benda yang tak biasa buat ni
penakut tahap extra
mujur la ada kengkawan batchmate yang sangat-sangat baik hati
depa sudi tumpangkan naik kereta ke rumah one of our girlpren sebelum ke tren star
bersesak-sesak la dalam kereta satria tu macam sardin
berhimpit-himpit 4 jejaka kat belakang sebab ada penumpang extra
budi baik korang akan ku kenang sepanjang hayat..lap u all la..

sampai lambat opis pun biasa la tu jem ni bukan boleh jangkakan
padahal bas memang ikut jadual 
mula-mula jalan smooth je tetiba selow sikit pastu bertambah selow
perkara pertama terlintas kat kepala is, ada accident la tu kat depan
tup-tup........ehhh, ada kereta rosak je pun..tu pun kat belah jalan sana..
apakehalnya jem kat jalan belah sini pulak???
sakit betul jiwa raga...
dah la lambat, punch card pulak merah..huhuhuhuhu

paling best sekali naik bas is masa balik kerja
badan dah penat otak pun letih
bila dapat duduk je dalam bas terus bagai ditarik-tarik mata ni untuk katup
masa ni paling suka kalau jalan jem hehehheheheh
boleh tidur lama sikit dalam bas
takpa la kita bagi chance pakcik bas handle jem tu selaku orang yang lebih pakar
yang penumpang ni lebih afdal la tidur... hehehheheheh

apapun, terima kasih kat pakcik bas
selamat bawak geng bas sekolah ni pergi keje dan selamat jugak bawak balik ke bus stop dengan suksesnya
banyak jasa bas pekerja tu
tanpa bas tu, patah la kaki aku
bawak motor tak pandai, bawak kereta pun tak pandai
takkan nak bawak basikal pulakkan
bila nak sampainya....-_____-
terima kasih pakcik bas
terima kasih geng bas sekolah
terima kasih jugak kat kak yus my partner in crime

Wednesday 25 March 2015

ALAMAK!!!! LUPA LA PULAKKKK

Salam Sejahtera.....

Sapa pernah tengok cerita Puteri? No...no...no...bukan cerita Puteri yang Nora Danish berlakon tu...
Ni cerita kartun, under les copaque company yang sama buat upin ipin..
Lama dah tayang ni, tapi ada beberapa siri je pastu tetiba eh..dah abis..maybe promo dulu kot..
 
teringat kemabukan NF pada siri tu satu ketika dulu
satu hari di hari Khamis
malamnya pulak dipanggil malam Jumaat
apa ada malam Jumaat?
hmmm......
kecanduan terbaru budak-budak
selepas upin ipin dan boboiboy
:
:
:
:
:
ANIMASI PUTERI (sumber google)

Yeeee
animasi baru ni yang menghantui
at least seorang kanak-kanak perempuan
bernama NF la..
memang dah terpahat kukuh di sanubari
setiap malam Jumaat, jam 9 malam, di tv3

Selama ni tak pernah layan malah tak kenal pun channel 3
asyik 615, 616 dan sewaktu dengannya
tapi sejak ada Puteri ni
kenal dah..hikhikhik..

alkisahnya malam tu makan luar
gara-gara ibu balik lambat
tak koser sempat nak masak
tapi dah kena warning awak-awal oleh NF
tak boleh balik lambat nanti miss the series
so makan dekat-dekat je la

balik rumah semua buat urusan sendiri
mewangikan diri memasing
pastu turun bawah
layan hunger games
seronok aihhh
tetiba jam 9.45 apak bersuara
"alamak!!!!! dah lepas!!!!!!"
terus mencetuskan keamukan seorang kanak-kanak dalam rumah tu
walaupun ayat apak tu tergantung gitu je

Iyaaaa.....
meraung macam tak hengat kanak-kanak dalam rumah ni
melimpah ruah air mata
macam kena bantai pulak
mak confius apak confius
apa ke teruk benor
puas pujuk bagitau nanti boleh tengok kat youtube
tak makan saman jugak
hah, muka apak dah merah tu dah merah tu
hikhikhik
cerita 5 minit tu yang dikisahkannya
tak sempat kelip mata pun dah habis
nasib baik la dapat mak apak yang tinggi toleransi
pujuk tak layan, kita bolayan je la...
sapa nak dipersalahkan ek?
memasing tak ingat langsung
dah tu kusyuk pulak layan cerita lain
termasuk sang kanak-kanak tadi
sambil main masal-masak..hikhikhik...

(sumber: google)

Wednesday 18 March 2015

FAMILY DAY

Salam Sejahtera

hari tu ofis En. Abe ada buat family day
tapi alahai jauhnya lokasi yang dipilih
nun kat frim sg buluh sana
bayangkan dari putrajaya sebelah hujung sini travel ke hujung sana
jauh wehhhhh
dah la pepagi dah start
walaupun dah keluar seawal mungkin tapi tetap lambat jugak sampai
dengan jalan sesaknya sabtu kan what to expect
dengan sesat baratnya..semua gara-gara koordinat gps yang digunakan
entah koordinat mana yang depa bagi
lagi menambahkan kelambatan la
perut pun lapar muncung dah sedepa
penatnya duduk dalam kereta lama-lama
nasib baik sampai-sampai breakfast dah ready
terubatlah kemuncungan tadi hehehheheh
lama sungguh tak jejak kat kat frim
last sekali datang sini dalam 20 tahun lepas
bukan setakat last sekali, itulah jugak pertama dan terakhir kalinya
dulu datang ikut rombongan sekolah
masuk dalam hutan tu tengok pokok besar-besar
frim yang masih cantik kekal hijau
rasa best je bernafas dalam ni bersih je
hajat hati lepas family day ni nak ke jambatan gantung
saja jalan-jalan
tapi nan hado
penat giler lepas tu
nak berjalan pun tak larat
games sukaneka je tapi dengan panasnya
kebetulan lokasi yang dipilih terbuka so memang panas la
sekarangkan matahari cepat naik
berpeluh-peluh muka sorang-sorang
dik, pasni pilih la lokasi yang strategik sikit
games taklah banyak mana tapi cukuplah untuk semua terlibat
budak-budaklah seronok lebih sebab kalah menang semua dapat hadiah
aku joint jugaklah berlari ikat kaki dengan En. Abe
ala-ala romantika gitu lari-lari sambil berpelukan..awwwww
hakikatnya memang kena peluk kalau tak, salah sorang berdebuk la jatuh
satu lagi game musang berjanggut, ni asingkan beberapa jenis kacang kecil besar yang dah bercampur
patutnya tak masuk sebab aktiviti games tu buat tengah-tengah laman tu, panas oiiii
tapi sebab tak cukup orang terpaksa la jugak
ni sebab ada staff yang ngelat..huh..

oh ye...En.Abe jadik emcee as usual la
berkat suara ala-ala loud speaker kan
but u have talent la Yang..
 
overall semua seronok la
dapat main games dapat hadiah
paling penting mengeratkan ukhuwah sesama walaupun aku tak sempat kenal sesapa pun
kecuali seorang dua yang dah pernah jumpa sebelum ni
yang penting ukhuwah sesama depa la kan kerja sama-sama
bos depa pun datang..lambatlah tapi..standard la tu heheheheh
eh, apsal nama bos sama dengan nama bos iolls ni...haisshhhh
kuat sangat jodoh tu...
 
siap depa tempah baju untuk family day uollssss... purple gituwww
iolls punya En Abe tempahkan sekali termasuk ongkosnya la sekalik hikhikhik
NF punya kebetulan memang ada baju warna tu
 
kids tengah ready nak mulakan games
 
cuma kemudahan tandas kat situ agak kurang memuaskan
kurang terjaga penuh pasir kat lantai macam kat pantai pulak kekdahnya
paip ada tapi getah paip tak padan dengan kepala paip so camna tu..T____T
mungkin pihak pengurusan kena tengok perkara ini
sayanglah kan..tempat cantik tapi tandas teruk tak guna jugakkan
tapi harap-harap hanya kat area situ je la tandasnya masalah
oh ye, semua guna tandas lelaki je sebab tak jumpa tandas perempuan
ni area berdekatan padang bola

dah abis program, moh le kita round keliling tengok apa ada
tak tahan NF menyanyi-nyanyi kat telinga
eh, ada sungai untuk mandi manda berkelah la
ada air terjun gak
dalam penat penat tu gagahkan la jugak seret kaki masing-masing daki ke atas bukit sikit
NF sibuk ajak naik
halfway la tapi.. tobat..tak larat...
zikir NF tak abis lagi...ajak jugak pegi jambatan gantung tu
sebenarnya mak pak dah tak larat ni
budak-budak kan mana reti penat
kami cari juga la pusat informasi untuk tanya pasal jambatan gantung
kebetulan aku google frim dan terbaca
ada masa yang khusus untuk naik tu
kebetulan memang dah out of time dah..
guna alasan tu je la kat NF
lega di situ..hehehheh
next time ye...

 
 

Tuesday 17 March 2015

ROJAK: 2 in 1

Salam Sejahtera..

Huh...mencabar sungguh la hai nak maintain 'hias rumah' ni
masuk kerap tapi selalu idea terencat
baru taip sepatah dua kata terus beku otak
ke sebab kurang membaca dah la ni
so tak banyak idea nak dicurahkan??
kesian blog jadi tempat singgahan jenguk gitu je
macam biskut pun ada, kejap aktif kejap pasif
but most of the time is pasif memanjang
hahahhahahh  
 
sesekali pekena rojak pun sedapkan
nak-nak kalau sambal petisnya menggigit
fuhhh dengan rangup masam lemak mangga, manis betik muda
 
ok, marilah kita rangkumkan aneka cerita dalam ni
macam rojak macam-macam buah adakan
 
(i)
BERTUNANG
Tak lama lagi, aku akan jadi kakak ipar...
buat yang ke sekian kalinya.. Yang ke 3 kalinya hehehheh..
anak teruna mak pak aku berjaya mengorat seorang awek yang berkenan di hatinya... 
dengarnya kenal masa belajar dulu
so selaku orang tua bila anak dah terpikat kat bunga di taman orang
moh le kita pi meminang
sesi suai kenal pun dah
kiranya lulus la kat situ, markah penuh
 
Di petang hari yang panas merembang
rombongan cik kiah pergi meminang sekaligus aka majlis bertunang
mak cerita dah siap-siap bagitau bakal besan
rombongan cik kiah ni ramai
so bolehlah siap sedia
ye lah, karang tak dibagitau kesian pulak kat tuan rumah
kenalah jaga airmuka tuan rumahkan..
 
Alhamdulillah
dengan sekali lafaz sahlah adik bujang aku jadi suami orang, ehhh..
hehehehheheh.... sah jadi tunangan orang la...
single but not avaliable
adik aku ikut jugak rombongan tapi tunggu dalam kereta la
gelojoh sangat la nak sibuk-sibuk masa orang tua-tua tengah bincang
masa makan hah baru ada muka dia
tapi awatlah slekeh benar dik oiii
pakai la segak sikit....haisshhhh
 
 
gambar pengantin takda, semua dalam kamera.. ni apa yang ada kat hp je

pengantin tengah potong kek tunang..tahniah la ye...selamat menabung hehehheh
 
Terima kasih makcik pakcik sudi terima adik kami yang tak berapa nak ada rupa tu
sikit hensem ada la
poket pun tak berapa nak tebal tu hukhukhuk
mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan perkahwinan nanti
terima kasih jugak makcik pakcik untuk menu yang sedap-sedap masa kenduri
kenyang la perut sampaikan anak dara tu makan bertambah
 
so mutakhir terkni dengarnya la ni
adik aku rajin OT kumpul duit kekdahnya
hehehehheh...selamat menabung la ye..
 
(ii)
BELON PANAS PUTRAJAYA
Sebenarnya nak singgah sini belah petang
pagi setakat nak lalu lalu je tengok belon
sekali terturun kereta pulak dah hehehheheh
nampaklah dua biji belon panas tengah in action
anak dara dah bising nak naik tapi tiket sold out sudahhh
orang memang ramai tapi masih senang la nak ke hulu ke hilir
tak pack sangat lagi maybe sebab baru pukul 10 pagi macam tu
tapi panasnya huhhhh...berbahang...lupa bawak payung so silalah beli payung baru T____T
payung yang aku beli tu kalau tengok keadaan fizikal luarannya
macam payung dah lama sebab dah terkopek plastik balut pemegangnya tu
tapi dah itu je option yang ada...huhhuhhuh...
takpa, kalau riwayat hidup payung tu tak lama
seploh hengget je...orang kaya kan...T____T
 
tak dapat naik belon panas
meh la kita masuk belon panas satu lagi
 
 

bola plastik nipis yang ditiup angin dalamnya
pastu ditolak masuk atas air
kita gerak-gerakkan badan dalam tu supaya bola boleh bergerak merata
ni ala-ala belom panas jugaklah
sebab duduk dalam tu meruap panasnya
NF keluar daripada bola tu berpeluh-peluh sakan merah muka
rupa-rupanya orang dewasa pun boleh masuk dalam bola tu
tapi tak selesa kot nak gerak-gerak dalam tu
nak-nak kalau saiz agak besar dan masuk berdua
ada satu couple tu masuk mak aihh terseksa aku tengok depa nak golek-golek tu T____T


so, apa yang aku dapat kat belon panas tu?
baju...hehehheh sempat shopping kat gerai-gerai yang ada tu

Sunday 1 March 2015

Warna-warna Pelangi 13

Salam...

Happy 13th Anniversary my better half... Alhamdulillah... Pertambahan satu tahun lagi untuk mencipta memori manis bersama.. In sha Allah, banyak tahunan mendatang lagi untuk kita terus bersama menganyam dan merealisasikan impian bersama.. Oh..jiwangnyaaaa....T____T



 
13 tahun? Hmmm...macam2 dah kita tempuh bersama kan...
Pahit manis masin pedas semua adalah... 
Plus 9 tahun lagi sebelum tu edisi kawan-kawan..

Alhamdulillah, Kita bebas mewarnakan sendiri kanvas rumahtangga yang kita ingini..
Kitalah pengarah, kitalah pelakonnya..

Walau ada conteng sana sini, warna terlebih, warna tumpah,
tapi kita masih memegang berus yang sama.. Terus melakar kanvas bersama..
walaupun masing-masing sebenarnya nak ada berus sendiri kot..hehehheh
 Adatlah, ada yang suka biru, ada yang suka merah,
patut tambah banyak warna lagi,
kurangkan warna..
kengkadang isteri nak lukis macam ni
tapi suami nak lukis cara lain pulak
sedangkan berus ada sebatang je
so????
berebut berus?
tinggalkan je la kanvas tu
pi cari kanvas lain???
no...no...no....
bak kata orang-orang tua
ingatlah saat-saat manis bersama
kegembiraan kebahagiaan yang ada
adatlah ada pasang surutnya
time muncung sedepa datang tu tak boleh nak elak la kan..hehehhehh
  
Kita suami isteri manusia biasa tidak sesempurna mana,
perlu saling melengkapi kekurangan satu sama lain
semoga tempoh 13 tahun ni makin mematangkan kita
semakin menguatkan lagi ikatan kita
kekal bahagia hingga ke jannah
 
cuma satu je permintaan dari sang isteri ini
wahai sayangku kekasihku
kurang-kurangkan lah mengadap hengpong tu
hehehehheheh...
 

Wednesday 18 February 2015

Edisi Santap: Bersenandung Malam lagi

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..
 
Dah agak lama juga tak makan2 di Senandung Malam.. Restoran ikan bakar yang tak pernah mengecewakan tekak dan selera kami. kesedapan ni subjektif ye..
ikut tekak masing-masing

Tempat ni di pantai bagan lalang.. Jauh memang jauh tapi berbaloi datang sebab sedap dan harga yg reasonable.. 

Sempena cuti wilayah baru ni kan.. So last minute plan, terjah sini..
As usual sebelum datang kami sms dulu order makanan...
Sampai2 nanti senang, tak perlu tunggu lama.. Restoran ni sentiasa penuh dengan orang..
Perut lapar kena tunggu lama nanti angin naik satu badan.. Heheheh..
Tak kisah la tak dapat pilih sendiri seafood utk dimasak, janji sampai2 boleh ngap terus.. 

Memandangkan masa pegi tu esoknya Isnin meaning that hanya org kolumpo Putrajaya je cuti so jangkanya mesti tak tak ramai orang...
Sekali...hambekkkk ramai giler orang..
Yang beratur nak pilih seafood, yang berlegar2 cari meja kosong...
Standard la kalau makan tempat macam ni, mesti lama la tunggu meja kosong
sebab makan nasi dengan lauk pauk kan, mana boleh makan laju2.. 

Walaupun kami dah sms tapi still kena tunggu meja kosong kejap
sebab orang terlalu ramai.. Tapi tak lama la..sbb dah booking kan..
Duduk2 je, tak sempat jeling orang sebelah
terus datang nasi dengan lauk.. See...senang hidupkan...
So dinasihatkan kalau korang nak datang sini, make sure telefon/sms dulu..
But no worries, kalau suka feel pilih2 ikan udang sotong sendiri, boleh je beratur dan tunggu untuk dimasak.. tapi sila la bertabah tunggu lauk dimasak ye...dun komplen-komplen ye
Ada famili belakang ni, dapat meja dulu tapi kami yg habis makan dulu,
dia punya tak sampai-sampai lagi.. Datang dari jauh cannot maaa tunggu lama2..

So, apa kami order hari tu? 

 
Ada sotong goreng tepung, ketam sweet sour pecah telur, udang butter, kailan ikan masin
dan for the first time, ketam bakar...
Humang aiiiii... Manis isi ketam tu... Ketam baru tu...
sotong goreng tepung tu memang favourite
terasa la rempah kat tepung tu
paling penting salutan yang just nice je, bukan jadi cekodok pulak
udang butter? hmmm..udang butter yang sedap memang payah nak jumpa
tak ramai tukang masak yang pandai buat
biasanya sarang dia tu tak jadi
tapi yang ni sarang semua ok cuma agak manis, maybe terlebih gula sikit
ketam sweet sour pecah telur pulak memang best
ni inspirasi daripada pepahat sweet sour pecah telur, favourite en husband
 
for the first time jugak, kami tak order ikan bakar....
Dah banyak lauk, nanti tak habis... Tapi kat sini ikan bakar mmg recommended,  
ada sambal kat atas ikan tu, memang power la..  Kicap cili limau cicah pun best..

Berdasarkan pemerhatian, setelah berkali2 datang sini,
menu yg kami order dah makin menyusut... Dulu lagi macam2 diorder... padahal makan berdua je
Hahahah maybe faktor usia... Tangki makin kecik tak boleh isi bebanyak dah... Jin makan dah larik... Heheheh...
 
Dah alang-alang esoknya cuti so moh la kita berholiday kat bagan lalang jugak
last minute plan nasib baik ada kosong lagi kat Seri Malaysia
penuh tak penuhnya Seri Malaysia tu
sampaikan breakfast pagi melimpah ruah orangnya
saja je lepak situ, lepas makan besar tak perlu rushing nak balik
almaklum, perut kenyang mata dah tentu mengantuk
swimming pool pun ada boleh berendam anak beranak
nak lagi luas, tu hah pantai bagan lalang tu
tapi pantai tu tak best mandi manda
sebab macam keruh airnya
boleh la setakat nak lepak-lepak kat pantai main pasir cuci-cuci mata




anak beranak tak sudah-sudah main air...sampai rentung...mak tak kuasa la...lagi best bermalas-malasan kat kerusi


cubaan nak buat sand castle tapi pasir tak sesuai... gagal di situ...berjaya buat turtle je...hehehhe..

sila la call/sms nombor kat atas ni ye..kalau malas nak tunggu lama..