Thursday 25 February 2010

ALHAMDULILLAH....27 MAC 2010, SINTOK

Assalamualaikum.
Yeahhh........nama dah naik untuk konvo bulan mac ni. Alhamdulillah. Sangat2 happy. Excited giloss. Al-maklumlah, nak naik atas stage semula selepas kali akhir 1999.
 
sorri la, nama tak brpa nak nampak...
  • Berbaloi penat lelah slama ni. Stay up sampai pagi, buat assignment. Biasa la, slagi tak sampai khamis & jumaat, keje memang tak jalan, Bila tiba 2 hari tu, barulah idea mencurah2...heh..heh... Sampaikan en hubby mentioned, "hari khamis dgn jumaat mulalah dia sibuk, sebelum tu goyang kaki jer.." Oppsss..bukan goyang kaki la, kita tengah carik idea...heh..heh..
  • Actually, tak sangka sampai ke tahap ni. Ingat dulu, nyaris2 tak jadi apply scholarship coz' masa dah suntuk sesangat. Baru jer naik opis lepas cuti 3 months (maternity + extra leave). Nampak mcm dah putus harapan. Awal2 dah ada ranjau. Due date permohonan tu lagik seminggu. Tolak sabtu ahad, tinggal 5 hari la. Sempat ke nak buat permohonan ni?Fortunately, my dear hubby bagi peransang, "cuba je la, kalau dapat, alhamdulillah, tak dapat, cuba lagik, Yang penting, kita cuba dulu." Hmm..betul jugakkan. Nasib baik aku cubakan, kalau tak???
  • Memula blurrrr nak ambik course apa? Aku suka HR, coz' aku dari background HR. My boss advised, biasanya chances untuk MBA lebih cerah untuk dpt scholarship tu. Tapi, aku tersangatlah tak minat course tu. Hate calculation, really. Lastly, aku letak course pilihan, Psiko IO & 2nd option, MBA. Korang mesti terpikir camna la aku boleh tulis Psiko IO tu ek..???Heh..my friend ambik course tu kat UKM & nampak interesting. Pada pandangan mata aku, kalau nak blajr ni, mestilah benda yang kita suka kan..Tambah2 lagik, belajar di kala usia remaja cam gini. Otak dah beku kan.....
  • Kena sakit mata pulak masa dpt interview tu. Adoiiii....dalam mudah, ada susahnya. Cuba minta tunda tarikh lain, unfortunately, tak boleh. Nak kena buat proposal tesis pulak tu, untuk dibentangkan dpn ahli panel masa interview nanti. Aku pun tak paham apa yang aku tulis dalam tu, last minute preparation. Mana pernah buat proposal sebelum ni. Cuma aku harap mampu defends proposal tu nanti. Nasib baik masa ari interview tu, mata dah beransur baik. Ada merah2 skit lagik, tak ketara sgt. Memang teruk la kena bantai masa interview tu. Ya lah, aku bukannya tau sgt pasal methodology, findings, etc pasal research ni. Apa yang aku boleh jawab, aku jawablah. Tapi, aku memang pertahankan sungguh proposal aku tu, aku bagi la segala sebab musabab aku nak buat research pasal tu. End of the day, tawakkal jer la.
  • Finally, berjaya jugak dapat full scholarship @ study leave. 
  • Dpt offer U kat bangi, Psiko IO, but then realized, can't make it. Period of study too long.  Decided to change to my favourite, HR. Guess what, nampaknya jodoh masih ada dgn sintok, the only IPTA offered HR proper. Luckily, have branches in KL. 
  • As MHRM's student,  THESIS - mandatory.....rela @ tak rela @ paksa rela...kena jugak buat...Aku lebih rela kalau kena ambik paper extra, gantikan thesis, kalau ada option lain. But one & only option..tulis thesis. Dan berjaya jugak aku menulis..hah..hah....Ye lah, bukan senang nak tulis tu, bukan boleh copy paste kan...must in your own writing..(p/s: please take note, tiru-meniru thesis adalah dilarang sama sekali ye...nak kantoi...cubalah buat....).
  • And.....finally........G.R.A.D.U.A.T.I.O.N............K.O.N.V.O.......ALHAMDULILLAH....

Saturday 20 February 2010

CUTI2 MALAYSIA-tganu

Assalamualaikum.
Nak story skit psl trip to tganu last week. Lately ni, aku diserang penyakit "M". So, rasa lemau semacam nak update blog ni. Namun, kugagahi jua....
Kitorang 3 beranak bertolak ke tganu hari khamis. Kiranya celebrate my besday kat sana la.
 
our little princess, hana still tido lagik. ngantuk...mlm tadi tido lambat. hmm...ibu & papa breakfast dgn amannya...
Pagi2 dah kuar, nak ngelakkan jammed kat MR2. Kat situ kalau sangkut..huiii..haru. 
 
nasik lemak for breakfast.tp tak lalu nak mkn,pagi sgt nak mkn yg heavy. 
 
 singgah mkn sata (betul ke spelling?) kat kemaman. Actually, nak makan sata kat kedai satu lagik, orang kata situ famous, tapi blom bukak la pulak. so, makan kat kedai satu lagik. tapi, kedai ni pun ok gak. sedap la sata kat kemaman ni. so berbeza daripada yang jual kat pasar malam tu. kat sini  byk ikan. so yummi...
 
view dari bilik sutra. bukak pintu je nampak laut. princess hana tengah menung jauh... 
ombak kat sini kuat. ngeri aku tengok. takut aku nak mandi kat situ.

bercanda di tepian pantai.swimming pool.

pekena durian kat depan pasar payang. budak tecik ni sgt minat dgn raja buah.malam sebelum tu pun dah makan durian. tak puas lagik...

main pasir kat pantai batu buruk. kali ni stay kat BB pulak.lepas gian main pasir, perkara yang dilarang sama sekali kat rumah. 

tapak kaki alien we all...

main kejar2 dgn ombak laut... 

sian rabbit tu..nak muntah darah dah kot, drpd pagi melantak pallet. bila kita hulur, dia dah tak heran. gamaknya dalam hati rabbit tu dia cakap "bila la manusia2 ni semua nak kluar dari kwns aku ni..."
ni kat Berjaya Hills. tompek kojo den dulu...

atas safari, on the way to Japanese Tea House. best kat atas tu..sejuk. tak dpt gi jepun, pegi situ pun jadilah..ahah..hah..
masa tunggu safari intuk turun, kitorang dgn rajinnya turun jalan kaki ke hentian kat bwh. tengok ramai orang turun. so, join la skalik. kononnya tunggu kat situ je lah. turun bukit..apa ada hal kan..tapi,tu lah benda yang tak sepatutnya kitorang buat. rupanya yang reramai turun tu, depa memang parking kete kat situ @ dalam erti kata lain, depa bukan nak tunggu safari cam kitorang ni. & paling parah, safari tak berenti situ. masa safari turun dari atas pun, dah penuh so nak sumbat kat mana lagik 3 orang ni. nak jalan kaki terus turun bawah...ya ampun...jauh giloss tu. mengenangkan hari dah lewat (7 lebih dah), nak tak nak terpaksa la kitorang menonggek naik ke atas semula. macam nak putus nafas...terpaksa gak la naik, kang tak pasal2 sumer orang kat atas tu dah abih naik, tinggal kitorang jer situ...eeiii takut...
Kesimpulannya:
  • sgt2 enjoy gi holiday with 2 chenta hatiku...walaupun, tak sempat pegi banyak tempat...Sangat panas kat sana....
  • lain kali tak mo jalan ke pantai timur on friday, depa cuti rupanya...kedai tutup belaka...
  • tak puas shopping jalan kat pasar payang. Aku rasa ada la 15-20 minit spent time kat situ. Saturday baru boleh pegi sana. klam-kbut, berebut masa nak balik check out resort. Pastu nak gi ronda tempat lain lagik, nak singgah jerantut lagik....
  • happy dapat jumpa famili jerantut, setelah sekian lama tak jumpa. ni first time depa jumpa our 'lil princess. actually, ni famili angkat aku. Program anak angkat masa kursus DPA, tahun 2001. 2 daerah dipilih, jerantut & kuala lipis. aku kena kat jerantut. Semoga persaudaraan kita kekal selamanya....

Friday 12 February 2010

HOLIDAY WALLALALA....@ TERENGGANU

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, selamat sampai ke terengganu petang semalam. Huhh..penat giloss. Jauh betul..penat duduk dalam kete. Nasib baik en hubby berhenti few places untuk rehat. Stay kat sutra beach resort & spa, merang. Nice place. Large pool (princess really enjoy it..:D). Room, sea view & so beautiful... 
Malam before dinner, sempat la potong kek. Princess tak sabar2 nak makan kek. Katanya, happy birthday dia. Marah kalau kita bagitau, kek tu untuk happy birthday ibu..ahka..hah,..hah..
Hari ni kitorang akan gi duduk tempat lain pulak...
Sementara tunggu detik2 check out...kita enjoy dulu....

Wednesday 10 February 2010

ACTIVITIES WITH 'LIL PRINCESS

Assalamualaikum.

Insyaallah, besok pagi en hubby, princess & me akan bertolak ke terengganu. gi holiday yeeaaahhh....
nak gi mana nanti ek? pasar payang, dah tentu. & few places lagik.
last weekend, bawak princess gi swimming & menonton wayang. citer adnan sempit kat alamanda. memula en hubby ajak gi sana, nak main bowling. tapi, penuh la pulak. ada game kat situ. tau2 je la, sunday kan. tu tukar plan gi tengok wayang pulak. ni 1st time bawak princess gi tengok wayang ni, nasib baik dia behave pulak kat dalam tu. mujur tak tanya macam2 kat dalam tu. maybe sebab gelap kot..
few pictures to share....
 
bagaikan couple yang sedang hangat bercinta..ahak..hah.hah...
@ alamanda, lepas tengok wayang
 
  
@P9
 
 


 

CHANGELING vs PAPADOM

Assalamualaikum.

Demi kasih, demi sayang, ibu & bapa sanggup berkorban untuk anaknya. Tapi, tak dinafikan, ada jugak ibu & bapa yang sanggup 'mengorbankan' anak sendiri demi memenuhi hati hitam tu. Tapi, aku percaya, bilangan ibu & bapa yang sayangkan anaknya lebih ramai daripada bilangan yang kalau kita boleh pangil dungu tu. 
Citer pasal kasih & sayang ni, aku teringat dengan 2 citer yang mengenengahkan tema tu. Pernah tak tengok citer Changeling & Papadom? Seriously, tak rugi punya tengok both movie. Air mata aku berderai-derai tengok citer tu. Changeling, dari awal sampai abih, memang touching giloss..sedih... Papadom, citer komedi, tapi tang penghujungnya, touching wooo...
 
 citer tentang seorang bapa @ pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja hingga berjaya kejar cita2nya, tapi at the same time, terlupa tanggungjawab pada isteri & his one & the only doughter. Bila isterinya meninggal, situasi mula berubah. Demi kasih sayang terhadap arwah isterinya, dia mula berubah dan setiasa berada di sisi anaknya di mana saja berada. Bila anak kesayangannya tu pegi belajar di kolumpo, tanpa pengetahuan anaknya, bapa ni curi2 pegi kolumpo jugak dan sanggup bekerja sebagai tukang kebun kat ipt tu semata2 supaya dapat setiasa dapat melihat anaknya. Sejak tu, pelbagai kisah berlaku......suka...duka...    
 
movie ni adalah based on true story. seorang ibu tunggal yang kehilangan anak lelaki  berumur 9 tahun. anaknya terpaksa ditinggalkan di rumah buat pertama kalinya sebab kesulitan mencari pengasuh, apabila si ibu dipanggil bertugas. tanpa disangka, hari tu la merupakan hari terakhir dia dapat melihat anaknya. sejak itu, si ibu tak pernah berhenti berusaha mencari anaknya. sehinggalah satu hari, si ibu dipertemukan dengan seorang budak lelaki yang dikatakan sebagai anaknya. tapi, budak tu bukan anaknya!!! ironinya, budak tu mengaku kat semua press & orang yang ada kat stesen keretapi tu bahawa itu adalah ibunya!!!tak ke haru tu..ibu kata tu bukan anaknya, sedangkan budak tu kata tu ibunya...sebenar-benarnya budak tu memang memang bukan anak dia, ada criter balik klambu sebenarnya. bayangkanlah, seorang ibu mesti kenal amat2 anak sendirikan, tanda2 kat badan dsbnya. apa perasaan korang kalau berada kat tempat dia?siap kena hantar mental hospital lagi sbb mempertikaikan kerja polis (actually,hanya bagitau polis budak tu bukan anaknya, tapi dia pulak dipersalahkan..kesian..). rupa2nya polis memang silap..
   

Sesungguhnya kasih ibu dan bapa sepanjang hayat......