Friday 22 October 2010

Graduan dakwa ditipu syarikat pelaburan

Ini salah satu kes yang dilaporkan dalam suratkhabar.Kes ni bukan yang pertama. Sebelum ni pun banyak kes sama yang dilaporkan.

Bila baca berita tu, teringat dulu-dulu aku pun nyaris-nyaris tak terlibat dalam ‘bisnes pelaburan’ tu jugak.

Masa tu baru lepas grad diploma, sementara waktu senggang tunggu offer degree, aku intai lah mana-mana kerja yang ada. Hari-hari aku kelebek suratkhabar. Siap beli Star lagi, sebab dalam tu banyak iklan kerja kan.

Dalam banyak-banyak tu, tertarik dengan satu iklan yang menawarkan jawatan eksekutif pentadbiran. Huiii...canggih bunyi jawatan tu kan. Syarat pun minimum je, bolehlah cuba ni.

Ada open interview, kat company nya di yow chuan plaza. 

Aku pun nak cubalah nasib. Melilau jugak cari company tu, tak jumpa. Plaza tu kan banyak kedai. Dah puas pusing baru jumpa.

Interviewnya simple je. Terus dapat lagi. Besoknya boleh mula keje.....heh..heh...masa tu rasa bangga jugak...yeah..yeah..aku dapat keje....eksekutif pentadbiran lagi...hahhh..hhahhh...hahah...

Tapi, lepas tu bila dengar penerangan tentang skop kerja, hmmm...kena fikir panjang kalau nak menceburkan diri dalam bidang pekerjaan tu.

Gaji rm500 je sebulan. Apa kes ni, ada diploma gaji bagi banyak tu..macam eksen la sikit..haahh..hahh...

Tapi ada komisen, yang akan top up gaji tu jadi tinggi. Kerjanya, kena cari orang untuk buat pelaburan.

Alamak!!!! Kena buat sales ke? Sangatlah aku tak minat...tapi aku tak bagitau masa tu yang aku tak minat.

Habis interview, masa merayau-rayau, jumpa dengan beberapa ‘pekerja’ company tu. Kitorang pun sembang-sembanglah lebih kurang. Diorang tengah cari customer la tu...Bunyinya memang payah jugak keje tu...

Balik rumah, bila bagitau ayahanda, terus dapat bangkangan seratus peratus. Dengar je lah bebelannya....terkulat-kulat aku di situ...

Sebagai anak yang takut patuh, aku ikut je lah. Lagipun, hati aku tak sepenuhnya nak ambik kerja tu. Gaji ciput sangat Tak minat la, bukan line aku pun...

Nasib baik aku dengar cakap ayahanda aku. Kalau tak, mau jadi macam kes graduan tertipu tu...kesian depa kan...

Mungkin ada company yang betul-betul buat bisnes pelaburan yang sah. Cuma kita kena check betul-betul la supaya tak datang masalah di kemudian hari...

TERLEPAS SUDAH...

Aiseyyman....rugi betul aku...

Dah terlepas satu peluang keemasan untuk bertukar keluar dari sini.

Hari tu ada kajian profiling, aku pun isi lah dengan tujuan nak minta keluar atau dalam erti kata lain bertukar dari sini.

Tang tempoh untuk keluar tu, aku pilih dalam jangka masa setahun. Ye lah, aku baru aje masuk sini, tak sampai pun 6 bulan, tiba-tiba gatal nak minta keluar serta-merta pulak. Padahal, memang tu pun..

Kiranya tempoh setahun tu, cara berlapik la..

Aku terlupa pulak dalam masa terdekat akan ada kenaikan gred.

Dan, rupa-rupanya, kajian tu diambil kira dan paling sadis sesiapa yang mohon bertukar dalam tempoh 6 bulan atau serta-merta diberi pertimbangan semasa penempatan untuk gred baru. Arrghh...rugi aku....rugi..rugi...

Apa lagi nak dikata. Nasi dah jadi bubur. Terpaksalah aku terperap di sini, untuk satu tempoh masa yang tak dapat dipastikan. Yang pastinya, biasanya orang-orang kat sini memang bertahun-tahun duduk sini...Adakah aku juga akan termasuk dalam kategori tu...Tidakkkk.......!!!!!!

Tapi, aku percaya ada hikmahnya semua tu......

Adakah statement itu berbunyi seperti untuk menyedapkan hatiku yang lara ni.......huh..huh.

p/s: Petang ni ada misi yang perlu dilaksanakan. Nak lobi tukar bahagian pulak...Habis tu tukar jabatan tak boleh, tukar bahagian la pulak...moga berjayalah hendaknya. AMIN.

Thursday 21 October 2010

AKHIRNYA, PERTEMUAN 4 MATA.......

Sebelum ni, memang rasa tak boleh tido lena. Fikiran kusut (mengalahkan PM pulak, hoh..hoh..). Setiap hari, setiap masa, sentiasa teringatkan sesuatu.

Orang kalau dah buat salah, memang la gelisah aje kan...Ke ada orang yang langsung tak rasa bersalah kalau dah buat salah? Huii...mana boleh camtu, kitakan orang baik-baik....:)

Sila rujuk sini, kalau nak tau apa kesalahan yang dah aku lakukan....

Akhirnya............detik yang ditunggu-tunggu selama sebulan lebih ni, tiba juga.

Setiap hari aku berazam untuk turun bawah jumpa cik timbalan pengarah tu. Tapi, selalunya, ada aje halangan. Sama ada cik timbalan pengarah meeting, takda kat ofis, atau aku sendiri pun meeting tak berani jumpa.

Pagi tu, masa sampai kat parking, aku nampak cik timbalan pengarah baru mem’parking’ mercedes nya yang kereta aku ‘cium’ sebelum raya hari tu. So, kali ni aku nekad nak turun ofis dia pagi ni.

Belum 8.30 pagi, so mesti ada kat ofis lagi, kalau pun ada meeting pagi tu.

Kiranya, aku main redah aje, tanpa telefon dulu akak p.a. Kalaulah dia tengah moody masa tu, nasib aku lah...


Jantung aku ni rasa macam nak pecah masa dalam lif turun bawah. Berdebar punya fasal. Macam nak kena buat presentation kat ofis pulak...hah..hah...

Doa jangan cakaplah...berbakul-bakul. Fuh kiri..fuh kanan...Siap boleh karang skrip dalam otak lagi...apa biji butir yang aku nak cakap masa jumpa nanti.
 
Eh, rasanya, jumpa bakal mak mertua dulu pun tak macam ni punya debarannya...hahh..hah...

Dan akhirnya............pertemuan empat mata..........
(image: google)


Hah..hah....tak ada maknanya nak gaduh-gaduh macam tu. Ini bukan kes rebut boyfriend.

Nasib aku baik sungguh. Kedatangan aku disambut dengan senyuman manis (betul....takda langsung bertukar expression mukanya bila aku membagitahu siapa aku...). Permohonan maaf yang datang dari hati yang tulus suci ni, diterima dengan baik sekali....Sempat aku berjabat salam dengannya. 

Terima kasih banyak-banyak cik...Harap-harap lepas ni, kalau nampak permohonan saya untuk kursus luar negara, janganlah reject ye....

Dan............aku dah boleh tido lena......la..la..la...la....

Wednesday 20 October 2010

NYARIS PINTU KERETA TAK TERBANG

Arrgghh...pagi ni nyaris tak terbang pintu kereta aku.

Masa tengah drive, aku perasan, lampu brake tu menyala je walaupun banyak kali aku dah tekan brake untuk tutup pintu.

Pintu mana pulak tak rapat ni? Pagi ni aku cuma bukak pintu belakang sebelah kanan untuk letak beg keje dan dah tentulah pintu depan pemandu untuk aku memecut ke ofis.

Dua-duanya aku memang pasti dah rapat sebab berdentum bunyinya masa tutup.

Cuak jugak rasanya ni. Masa berhenti kat traffic light sebab lampu merah, aku bukak pintu sebelah aku, dan tutup semula. Lampu brake nyala lagi. Cuba pintu belakang yang aku bukak tadi pulak. Sama jugak.

Cuba pulak pintu kiri. Pun sama. Akhirnya, terpaksa bukak pintu yang paling susah nak jangkau dari depan dalam keadaan duduk, pastu tengah standby kat traffic light pulak.

Bukak boleh, tapi nak tutup, tak sampai tangan nak tarik. Aku tarik je la pintu melalui tempat bukak tadi. Ala, tempat kat bawah tingkap kereta yang kita tarik untuk bukak pintu tu.

Berapa kali percubaan aku gagal, pintu tak rapat malahan siap terbukak lagi. Kalau aku jalan ni, mahu tercabut pintu kereta aku...Dalam panik tu, alhamdulillah berjaya jugak aku tutup pintu tu.

Bila pandang depan......aiseh...dah hijau la...lapang je depan aku..nasib baik orang belakang tak hon...sorry la ye...emergency...

Memang sah. Pintu yang tak rapat tu pintu belakang sebelah kiri. Sebab lepas tu lampu brake tak menyala dah. Lain kali, aku kena check betul-betul sebelum memandu keluar....Bahaya...bahaya....

Tuesday 19 October 2010

KEJADIAN ‘KECEDERAAN’ KERETA (KEJADIAN 2 HARI SEBELUM RAYA..)

Apa perasaan korang kalau kereta kena langgar?

Kereta tu pulak, kereta mahal, jenama Mercedes.

Paling-paling tidak pun, mesti bengangkan!!!!

Hatta, ‘kecederaan’ yang dialami tak begitu teruk dan memudaratkan.

Ye la, kereta mahal, ingat murah ke kos kalau nak baiki ‘kecederaan’ walau tak seberapa tu?

Tipu la, kalau korang tak rasa apa-apa...

TAPI.....

Kereta tu bukan aku punya.

Dalam erti kata lain, aku bukan pemilik kereta tu. So, apasal aku kisah sangat?

SEBABNYA.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku yang telah ‘mencederakan’ mercedes mahal tu. Huwwwaaa....

Secara tak sengaja.

Kejadian 2 hari sebelum raya:

“nak keluar dari ofis. Reverse kereta. Nurin hana menjerit. Jeritan kuat yang mencover bunyi alarm yang rupanya telah berbunyi kritikal yang aku tak perasan. Dan kesudahannya, maka berciumlah seketika belakang 2 buah kereta.”

Paling sadisnya.....tuan punya kereta tu adalah salah seorang big bos kat sini....timbalan pengarah tu.....huwwaaa...

Apo la nasib den....

Raya dah pun habis. Tapi benda ni tak settle-settle lagi.

Walaupun aku dah bercakap dengan P.A. big bos tu minta sampaikan permohonan maaf aku tu, malah aku dah sms sendiri big bos tu, tapi aku anggap belum selesai lagi.

Aku mesti jumpa sendiri dengannya. Minta maaf personally. Tahan je la telinga kalau dia nak marah ke, bertempik ke...Siap sedia je la kalau dia nak minta ganti rugi...huwwaaa....

Tapi, hingga ke saat ni aku masih belum berpeluang jumpa dengannya. Big bos kan...busy memanjang. Ingat ye, apa-apa urusan perlu melalui P.A. ...Tak boleh main terjah je.

So, sekarang ni aku kena tunggu pemilik kereta itu free, barulah aku boleh jumpa.

Nampaknya, permohonan maaf secara bersemuka terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang aku sendiri belum pasti bila...kita nantikan saja la...Aku tak sabar nak settle kan benda ni cepat-cepat...

Apa-apa hal pun, nampak gayanya, lepas ni kalau aku tak dapat gi mana-mana kursus/training kat oversea, aku tau lah apa sebabnya..huwwaa...

Friday 15 October 2010

EXAM LAGI....

Minggu ni pastinya minggu yang agak stress. Minggu peperiksaan telah pun bermula. Oppss, jangan salah sangka, bukan aku yang nak periksa. Tapi, Nurin Hana.

(image: google)


Ye...peperiksaan akhir tahun untuk anak-anak di generasi. Kesian kan...baru 3 tahun dah kena jawab periksa.
 
Apa nak buat, dah itu yang ditetapkan. Nampak gayanya anak-anak sekarang, seawal 3 tahun dah kena menduduki peperiksaan.
 
Ibu dulu-dulu, masuk tadika 6 tahun baru mula kenal apa itu periksaan, tapi Papa bila masuk darjah 1 (kes tak masuk tadika la ni..). Tapi, takpa Nurin Hana, Ibu pun sampai sekarang dah besar panjang, dah bekerja, tak terlepas dari peperiksaan.

Berdasarkan peperiksaan awal tahun hari tu, boleh tahan jugak soalan-soalannya. Tapi, takdalah kena buat karangan bagai...What you expect from 3 years old kids? Gilo apo...

Kalau ikutkan hari tu, soalan-soalannya lebih berbentuk “padankan objek/huruf/nombor yang sama, cari perbezaan antara objek, etc..” Ada la kriteria-kriteria penilaian yang ditetapkan untuk anak-anak tu.

Apa pun, Ibu dan Papa doakan Nurin Hana berjaya. Ibu dan Papa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Nurin Hana.

p/s: ada orang tu mc hari ni...demam...moga en asrul cepat sembuh...i've good news to share with you... :D

Thursday 14 October 2010

INDOMIE DISAHKAN SELAMAT

(image: google)
"Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa bahan pengawet yang terdapat dalam produk mi segera ‘Indomie’ yang diimport dari Indonesia adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko kesihatan." (petikan Utusan Malaysia).

So, kepada penggemar-penggemar Indomie ni, bolehlah teruskan menikmatinya tanpa was-was lagi. Tapi, walaupun selamat macamana pun, berpada-padalah makan. Bukankah berlebihan tu mendatangkan kemudaratan...

Dulu-dulu, aku suka sangat  makan mee segera samada maggi, indomie, cintan. Tapi, sekarang dah tak berapa suka. Mungkin sebab masa zaman belajar dulu, dah berbungkus-bungkus aku balun, so selera tu dah tepu gamaknya....

Kat rumah ni ada jugak stok maggi. En asrul suka makan. Kalau aku teringin nak makan, tumpang en asrul punya je la. Sebab aku rasa, maggi tu rasa sedap bangat kalau en asrul yang masak....

Tapi peraturan dalam rumah ni, tak boleh makan maggi hari-hari. Katalah dah makan hari ni, 3 hari lagi baru boleh makan...So, terkulat-kulatlah beliau hanya mampu menjeling-jeling manja pembungkus maggi dalam rak kabinet dapur...hah..hah...hah...

Wednesday 13 October 2010

JEJAK KASIH TEMAN LAMA

Tak sangka dapat berjejak kasih semula dengan teman lama aka housemate masa keje kat BTR dulu. Congak-congak, ada la dekat 10 tahun kitorang tak berjumpa..lama betul...

Hyeriena Abdul Rashid atau nama panggilannya, Ina, salah sorang teman akrab yang begitu lama 'lost contact'. Selepas masing-masing bawak haluan baru, terus terputus hubungan.

Camna boleh terjejak kasih ni? Secara kebetulan, masa aku sedang cari maklumat dalam internet untuk keje aku, tetiba terpandangkan nama 'K' nama organisasi yang kalau tak salah aku Ina bekerja di situ. 

Buka website 'K', cari direktori staf dan tadaaa....ada namanya di situ.  Hati aku kuat mengatakan pemilik nama tu adalah Ina yang aku cari sebab ejaan namanya yang unik. Tapi, tak naklah gelojoh sangat. So, emel dulu but bila tak da reply, barulah aku cuba telefon. Dan alhamdulillah, memang itulah Ina....Ni berdasarkan konsep 'try & error' la.

Sebenarnya, bukan aku tak pernah cuba menjalinkan semula persahabatan yang terputus tu, malahan di awal-awal "perpisahan" kitorang tu, aku selalu layangkan kad raya untuknya yang dialamatkan di rumah familinya. Sampai tak sampai tu, wallahualam. Aku pun tak pasti sama ada alamat tu betul ke tidak. Sebabnya, aku tak pernah dapat reply pun. Lately ni je aku tak hantar lagi. Bukan setakat untuknya je, tapi untuk orang lain jugak. Tak sempat beli kad... 
ni la Hyeriena @ Ina...Berjaya jugak aku cari gambar ni setelah selongkar longgokan album dalam kabinet.

Kitorang sebenarnya house-mate masa keje di BTR kira-kira 10 tahun lepas. Berkongsi studio room sebagai rumah penginapan di kuarters pekerja BTR sepanjang mencari rezeki di sana.

Kiranya teman sebantal, sepinggan la. Saling berkongsi masalah, suka duka, pahit manis, juga kisah-kisah cinta angau...heh..heh...Al-maklum la, masing-masing jauh dari famili, juga buah hati....

Kalau ada masalah, Ina la yang aku cari, jadi mangsa. Sebenarnya, Ina seorang pendengar yang setia. Sentiasa sudi menadahkan telinga di kala aku memerlukannya. Kiranya, hampir tercabutlah telinganya dengar cerita ceriti aku sepanjang kitorang serumah.

Ina ni kerja dalam bidang tanaman, bunga-bunga di Japanese Tea House, BTR. Korang boleh tanya dia anything pasal pokok bunga ni padanya. Tapi, jangan cuba-cuba nak tipu pasal pokok bunga tu pada Ina. Kata orang, maklumat dihujung jari je.

Kitorang selalu jugak turun ke Bentong, biasanya bila lepas gaji, shopping barang-barang dapur. Perbelanjaan secara perkongsian. Kata serumah kan. Walau pun dapur kitorang jarang berasap, tapi barang-barang basic tetap kena beli jugak.

Ina ni rajin jugak masuk dapur. Berbanding aku. Busy la katakan, tak cukup siang, malam pun aku keje. Embun jantan dah keluar, ayam jantan dah menggeliat nak testing-testing kokok, baru muka aku muncul kat rumah. Habis tu macamana nak masak? 

Sebenarnya, dapur tu jarang berasap sebab kitorang dah disediakan makanan pun. Kerja resort kan, meals provided. Bila boring makan kat kantin, barulah guna periuk, kuali kat dapur tu. 

Aku memang gembira dapat 'jumpa' semula Ina walau pun hanya melalui telefon. At least, aku dah tau perkembangan terkininya. Dan besar harapan aku, kitorang tak ter'lost contact' semula. Dan harap dapat bertemu muka semula dengannya. Rindu la....


Monday 11 October 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN @ YANKEES HUT

Yankees Hut. Tempat ni memang best. Ada pondok-pondok kecil dibina untuk pelanggan yang mahukan lebih privasi masa menjamu selera. Ada juga ala-ala bilik yang dipisahkan dengan dinding. Makan style bersila. 

Sama ada kat pondok atau kat bilik khas ni, kita boleh bersenang lenang menjamu selera dengan pelbagai aksi bebas. Nak melunjur kaki, nak baring, menelentang. Pendek kata sukahati la. Selain tu jugak, kat sini ada tipikal kerusi meja yang biasa ditemui kat kedai makan jugak. Mungkin ada yang tak selesa nak makan bersila, so ada disediakan option  lain.
 salah satu pondok yang ada....kalau rasa rindu nak main pondok-pondok, datanglah sini. pondok rendah ada, pondok tinggi pun ada
gambar diambil dari bawah. kitorang pilih pondok tinggi
untuk sesapa yang tak selesa nak makan bersila

Berdasarkan pengamatan, tokey kedai ni memang buat proper planning masa buat renovation. Make-over secara besar-besaran. Tapi, hasilnya memang cantik dan menarik berbanding kedai yang asal.

Dekat sini, menunya macam kedai makan yang lain. Cuma yang specialnya, cendawan goreng. Sedap. Rasa berempah. Tapi, en asrul kata, resepi cendawan goreng yang dulu lagi sedap berbanding sekarang. Sekarang pun sedap, tapi dulu lagi sedap. Maybe, chef nya dah tukar kot.

Baru-baru ni, kitorang berkunjung semula ke sini setelah skian lama tak datang. Lokasi kedai ni agak ke dalam sikit. Saja, nak makan cendawan goreng. Teringin lepas baca entry en asrul. Jugak, sempena "hari raya" en asrul, setelah berjaya menamatkan puasa 6 nya dengan suksess. Kitorang sama-sama mula, tapi en asrul raya dulu. aku skip 2 hari sebab ada jamuan raya kat opis. Puas la aku pujuk dia supaya tak payah puasa 2 hari tu, tapi en asrul tetap teguh dengan niatnya. Baguih..baguih...
 ni la dia cendawan goreng yang popular kat sini....rasa adunan tepung dengan rempah ratus yang sedap. cuma malam tu, cendawan tu rasa sejuk sikit....tapi rangup memang rangup. kalau makan 2 orang, baik order untuk 2 orang jugak. takut tak cukup, berebut-rebut pulak nanti
 udang goreng tepung. tak order pun, tapi bila dia hantar, kitorang ambik je la...nasib baik ok rasanya. tepung salut tak tebal sangat, just nice (pernah makan yang tepung salut tebal teramat, rasa macam makan cekodok...)
 kali ni sayur tukar lain pulak.kangkung goreng. asyik kailan ikan masin je kan
 sup kosong untuk nurin hana. ala-ala sup mamak sebab rasa berempah
 air size daddy. fresh orange suam. tembikai suam. kalau rasa tak lalu minum banyak, order size biasa je
 udang goreng kunyit. agak pelik sikit, sebab isi udangnya lembut. biasanya isi udang kenyal atau keras. en asrul kata, udang tu direbus dulu kot..sebelum digoreng
  ikan siakap masak pedas

Saturday 9 October 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN @ WARUNG DUSUN

Sesapa yang biasa jalan-jalan cari makan kat Bangi, mesti familiar dengan satu kedai makan yang selalu penuh dengan pelanggan seawal jam 6 petang, Warung Dusun. 
Selain masakannya yang sedap dan memenuhi cita rasa, satu keunikan kedai ni, semua waiter nya kaum lelaki. Betul..tak tipu...Biasanya kalau kita pegi mana-mana kedai makan, mesti ada lelaki dan perempuan jadi waiter nya kan. Tapi kat sini, all gentleman yang ke hulu ke hilir ambil order atau bayaran. Dari dulu sampai sekarang. Aku rasa depa semua ‘senegeri’ kot...atau ‘sedara-mara’.

Kedai ni mengalami satu perubahan drastik dari segi insfrastrukturnya. Dari sebuah kedai yang biasa-biasa je, jadi sebuah kedai yang menarik dan cantik. Ha..tu dah tunjukkan betapa untungnya kedai ni...kalau tak mana boleh buat renovation besar..kan....

Masa preggy dulu, boleh dikatakan dalam sebulan, beberapa kali singgah situ. Kerap tak kerapnya sampaikan brader kat situ boleh cam masa kitorang datang semula dengan ada nurin hana, dia siap boleh tegur dan perasan dengan kehadiran baby masa tu, dulu dalam perut skarang dah keluar....

 tempat ikan bakar

Apa yang best kat sini? Ikan bakarnya. Boleh pilih sama ada ikan kembong atau cencaru. Sebenarnya, sambal yang diletak atas ikan tu membuatkannya sungguh SEDAP..... Pas tu perah pulak dengan asam limau atas ikan bakar tu...hmmm....menyelerakan....Aku suka ikan bakar yang dibakar agak garing, so part-part isi yang nipis akan rasa crunchy skit.

Satu lagi yang best kat sini, ikan masak pedas sama ada ikan siakap atau kerapu. Kitorang biasanya order siakap. Rasa kuah yang membanjiri ikan tu, cukup masin dan manisnya serta pedasnya. Kenapa kitorang tak order, ikan masam manis atau 3 rasa? Sebabnya, aku tak makan nanas. Kedua-dua masakan tu biasanya ada dimasukkan nanas. Teringat kat rumah mak masa cuti raya hari tu, mak masak kerapu 3 rasa, hanya mampu makan kerapu goreng tu je tanpa kuah. Nasib baik, kuah memang asing. Kalau tak, tengok je la kerapu tu...

Satu lagi, rasanya, sup gear box kat sini memang popular. Sebabnya selalu nampak orang order. Siap sedut-sedut pakai straw. Aku tak suka sangat sebab supnya rasa agak masam (tipikal sup di kedai tomyam). Aku suka sup macam yang kita biasa masak kat rumah tu.

Kat sini pun ada otak-otak dengan tauhu bakar. Nurin hana suka betul dengan otak-otak. Rasanya pedas-pedas sikit. Tauhu bakarnya sedap, disiram dengan kicap dengan kacang tanah halus, ada rasa pedas-pedas sikit.

Paling penting, servis kat sini boleh dikatakan pantas jugaklah, walaupun customer ramai. Makanan pun sedap....memang puas hati la makan sini...

Ini adalah menu yang kitorang order baru-baru ni...
 ikan bakar yang sangat sedap sos sambalnya...yummy....
 
 kailan ikan masin, telur goreng, sup kosong
laici suam (nurin hana punya, yang habis cuma laici je..), sirap limau suam, tembikai suam. semua serba suam.....tapi sedappp...
aksi sang puteri....

Friday 8 October 2010

NURIN HANA DI HARI RAYA

Alhamdulillah, tahun ni tahun ketiga kitorang beraya sebagai ibu dan papa bersama nurin hana. Seiring dengan usianya yang dah 3 tahun, so semakin aktif la jadinya. Dah semakin faham untuk berbaju cantik atau baju raya, siap ber hand bag lagi. actually, sling bag. Warna pink. Nak sama macam ibu la tu, mengusung hand bag ke sana sini.

Bag nurin hana penuh dengan angpau duit raya yang diberi oleh orang, yang semakin kembung dengan angpau. Tapi bag ibu, makin kempis....Dah pesan padanya, jangan bukak beg tu kecuali kalau nak simpan angpau duit raya. Nanti tercicir duit kalau asyik bukak. So, memang dia mendengar kata.

Nurin hana nampak enjoy sangat-sangat sepanjang cuti raya ni. Al-maklumlah, tak payah pergi school kan. Seronok sungguh dia. Bila kita kata nak balik kampung, lagilah seronok dia. Siap boleh nyanyi “balik kampung...oooo..balik kampung...”.

Sebenarnya keseronokannya tu disebabkan ada ramai orang melayannya. 

Kat rumah mak, ada adik-adik aku terutamanya pak lang dan pak uda nya yang rajin melayan kerenahnya dan teman bermain. Kat rumah mak mertua pulak, ada sepupunya, mimin yang rajin bermain dengannya. Ye la, kat rumah selalunya main sorang-sorang je. Kat kampung, ada “kawan” ramai. Tu yang dia rasa seronok sangat tu. 

Kiranya sepanjang cuti raya tu, ibu dengan papa hilang seketika dalam ingatan, kecuali masa nak tidur dan masa nak kena pujuk kalau merajuk. 

Dalam seronok-seronok tu, perangai suka merajuk tetap tak lekang. Pantang ditegur sikit, mulalah menyendiri merajuk kat mana-mana sudut. Kadang-kadang, angin takda, ribut takda, tetiba je dia “hilang’ dari pandangan. Tengok ada kat sudut dinding dengan muka masam mencuka. Rupa-rupanya, jeles tengok ibu atau papa dukung atau main dengan baby aka sepupunya....Alahai anak ibu....camana nak ada adik ni....
 kat rumah nenek..pose penat...
 kat rumah opah. rebut bukak hamper dengan pak lang & pak uda.
 pegi beraya rumah jiran, dengan pak uda & kawan kat kg, kakak purnama.
 ehh..ehh..pandainya anak ibu jaga baby....kata taknak adik....
tengah tolong opah jaga baby faris, her cousin, anak pak ngah.
 zzzzzz......kepenatan...
 hah..hah...tengah merajuk tu....bawak diri...
 dengan cousins nya, kakak mimin & syakir, kat rumah nenek.

MAKAN-MAKAN FAMILI SEMPENA RAYA - Episod 2

sambungan pada entry lepas.
acara makan-makan famili.........


ada satu lagi, sate...tapi takda dalam gambar..

terima kasih pada semua famili..sudi berkunjung ke teratak kitorang....

Wednesday 6 October 2010

RAYA @ IPOH

Syawal hari tu, me, en asrul, nurin hana bersama mak & abah sempat balik kampung rumah atuk & opah kat Ipoh. mak & bapa abah tinggal kat sana. Adik-beradik abah semuanya pun tinggal dekat-dekat dengan rumah atuk dengan opah, kecuali abah dengan mak sedara kitorang, yang dipanggil Wah yang tinggal kat Kuala Pilah, NS. Depa berdua je yang tercampak duduk “luar kawasan”. 

On the way ke Ipoh, singgah Kg Gajah, ziarah kubur arwah opah (mak kepada mak) dan pak/mak sedara. Arwah opah meninggal selang beberapa hari aku dan en asrul bernikah. Sampai-sampai kubur, en asrul dengan mak dan abah je turun. Aku dengan Nurin Hana duduk dalam kereta je, tunggu depa. Puas la nak menerangkan kat si kecil ni, Papa pegi mana, buat apa. 

Selesai sana, alang-alang dah sampai, kitorang singgah Teluk Sareh jugak, ziarah kubur atuk abah aka moyang ...Yang ni, tak pernah jumpa. Dah selesai semua, barulah kitorang teruskan perjalanan ke Ipoh. Perjalanan yang agak jauh sebab dah terkeluar dari highway plus, ikut jalan lama. Pak driver aka en asrul dah kepenatan dengan cuaca panas di luar. Memang panas giless kat luar sana. Aircond pun tak berapa nak rasa.

Diakui, kitorang memang jarang balik kampung. So, sesekali bila balik kampung, kenalah ziarah semua rumah pak sedara, mak sedara yang ada. Tapi, mudah je, sebab masing-masing duduk berdekatan. Malam tu jugak, operasi beraya ke rumah mak dan pak sedara dimulakan. Bukan setakat makan kuih raya je, tapi turut dijamu dengan makanan-makanan lain.

Rumah pertama: rumah pak lang. Dijamu mee sup. Panas dan berasap lagi. Fuhh..sedap sungguh makan dengan perut lapar...

Rumah kedua: rumah achik bab. Kali ni dijamu dengan mee goreng pulak. Makan lagi dan lagi...Tapi, kena tapis-tapis sikit sebab ada rumah lain lagi nak pegi ni...

Rumah ketiga: rumah chu mie. Menunya laksa dengan mee bandung (rasanya la..). Aku  memang suka laksa, so tak ampai hati pulak nak tengok je, walaupun perut dah kenyang giless. So, makan lagi.

Fuhh..nasib baik dah lewat malam, kalau tak, ada rumah lagi yang nak kena terjah, rumah mak yang dengan achik anja. Rumah mak yang keesokan harinya baru singgah. Rumah achik anja tak jadi pegi sebab tuan punya badan dah ada kat rumah opah pagi-pagi tu.

Tapi, walaupun dalam kekeyangan tu, kitorang (me & en asrul) sempat beli burger masa carik ubat nyamuk kat kedai. Burger special lagi. Heh..heh...Makan lagi....

Memang best sesekali dapat jumpa sedara mara ni, jumpa sepupu-sepupu yang ramai yang dah jadi anak dara dan anak bujang. Jumpa ‘anak sedara’ (anak kepada sepupu). Juga berpeluang bawak Nurin Hana jumpa dan kenal dengan moyangnya, atuk dengan opahnya yang ramai tu dan jumpa pak sedara mak sedara yang muda belia hatta tua setahun je darinya.....
 dari kiri: sepupu @ anak chu), mak su, sepupu @ anak chu) & mak lang. nurin hana kat bklg baju ungu tu dengan makcik & pakcik dia aka sepupu aku, yang perempuan tu anak mak lang, yang lelaki tu anak achik bab.
 dari kiri: pak lang, irfan (sepupu aku @ anak achik bab), amirul (sepupu aku anak chu), anak chu (tak ingat nama), chu yang nampak sipi2 je & achik bab.
 dari kiri: sepupu aku @ anak chu, mak lang, abah.