Wednesday, 13 October 2010

JEJAK KASIH TEMAN LAMA

Tak sangka dapat berjejak kasih semula dengan teman lama aka housemate masa keje kat BTR dulu. Congak-congak, ada la dekat 10 tahun kitorang tak berjumpa..lama betul...

Hyeriena Abdul Rashid atau nama panggilannya, Ina, salah sorang teman akrab yang begitu lama 'lost contact'. Selepas masing-masing bawak haluan baru, terus terputus hubungan.

Camna boleh terjejak kasih ni? Secara kebetulan, masa aku sedang cari maklumat dalam internet untuk keje aku, tetiba terpandangkan nama 'K' nama organisasi yang kalau tak salah aku Ina bekerja di situ. 

Buka website 'K', cari direktori staf dan tadaaa....ada namanya di situ.  Hati aku kuat mengatakan pemilik nama tu adalah Ina yang aku cari sebab ejaan namanya yang unik. Tapi, tak naklah gelojoh sangat. So, emel dulu but bila tak da reply, barulah aku cuba telefon. Dan alhamdulillah, memang itulah Ina....Ni berdasarkan konsep 'try & error' la.

Sebenarnya, bukan aku tak pernah cuba menjalinkan semula persahabatan yang terputus tu, malahan di awal-awal "perpisahan" kitorang tu, aku selalu layangkan kad raya untuknya yang dialamatkan di rumah familinya. Sampai tak sampai tu, wallahualam. Aku pun tak pasti sama ada alamat tu betul ke tidak. Sebabnya, aku tak pernah dapat reply pun. Lately ni je aku tak hantar lagi. Bukan setakat untuknya je, tapi untuk orang lain jugak. Tak sempat beli kad... 
ni la Hyeriena @ Ina...Berjaya jugak aku cari gambar ni setelah selongkar longgokan album dalam kabinet.

Kitorang sebenarnya house-mate masa keje di BTR kira-kira 10 tahun lepas. Berkongsi studio room sebagai rumah penginapan di kuarters pekerja BTR sepanjang mencari rezeki di sana.

Kiranya teman sebantal, sepinggan la. Saling berkongsi masalah, suka duka, pahit manis, juga kisah-kisah cinta angau...heh..heh...Al-maklum la, masing-masing jauh dari famili, juga buah hati....

Kalau ada masalah, Ina la yang aku cari, jadi mangsa. Sebenarnya, Ina seorang pendengar yang setia. Sentiasa sudi menadahkan telinga di kala aku memerlukannya. Kiranya, hampir tercabutlah telinganya dengar cerita ceriti aku sepanjang kitorang serumah.

Ina ni kerja dalam bidang tanaman, bunga-bunga di Japanese Tea House, BTR. Korang boleh tanya dia anything pasal pokok bunga ni padanya. Tapi, jangan cuba-cuba nak tipu pasal pokok bunga tu pada Ina. Kata orang, maklumat dihujung jari je.

Kitorang selalu jugak turun ke Bentong, biasanya bila lepas gaji, shopping barang-barang dapur. Perbelanjaan secara perkongsian. Kata serumah kan. Walau pun dapur kitorang jarang berasap, tapi barang-barang basic tetap kena beli jugak.

Ina ni rajin jugak masuk dapur. Berbanding aku. Busy la katakan, tak cukup siang, malam pun aku keje. Embun jantan dah keluar, ayam jantan dah menggeliat nak testing-testing kokok, baru muka aku muncul kat rumah. Habis tu macamana nak masak? 

Sebenarnya, dapur tu jarang berasap sebab kitorang dah disediakan makanan pun. Kerja resort kan, meals provided. Bila boring makan kat kantin, barulah guna periuk, kuali kat dapur tu. 

Aku memang gembira dapat 'jumpa' semula Ina walau pun hanya melalui telefon. At least, aku dah tau perkembangan terkininya. Dan besar harapan aku, kitorang tak ter'lost contact' semula. Dan harap dapat bertemu muka semula dengannya. Rindu la....


5 comments:

  1. Replies
    1. Salam..boleh bg email ke fb hyeriena ni tak..rasa mcam kenal dia la...x schoolmate dulu di jb...emailkan ke syuzaikie@yahoo.com ye...tima kasih

      Delete
  2. iena 'botanikal'7 March 2012 at 17:27

    Hellow pn. mas...takde gambar yg lagi cute ke? ni gambar den zaman tok kaduk ni tak menampakkan 'kedasyatan' seorg ibu yg busy le...skrg kita kita dah 'lebar' skit, tapi nampak lebih matang...emm...super women...tapi takle 'terror' sgt mcm mas crite tu..mak ai...'melayang-layang' den dibuek eh...

    Anyway, tq lah...bukan tak ingat, tapi tak bkesempatan.beberapa kali gak ke parcel D seblm kklw pindah dulu, tapi kita taule awak org penting, takut menganggu lak.anyway, salam utk 'pak cik Azrol'. hei...kenapa en. azrol namapk 'matang' bebenor tp cik puan mas nampak mcm 'daulu-daulu' lagi...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Pn Hyeriena..... finally you hv find this ya. sorry la baru malam ni i nak explore. see you on friday ya....

      Delete