Tuesday 25 November 2014

Penangan Karnival Upin Upin

Wahhh....
sana sini orang bercerita pasal karnival upin ipin
hikhikhik..bukan pasal ke"best" an tapi lebih pada kekalautan yang jadi...

Walaupun dah tau betapa serabut dan kalutnya PICC masa tu
tapi saja jugak weolls menambahkan lagi sesak kat situ
semua demi Nurinhana
berulang kali cakap bila nak pegi
ok la..demi anak terchenta

Sebelum pegi
dah forward kat kekanda
pasal semua komen-komen negatif tu
supaya weolls semua bersedia
fizikal dan mental
nak menghadap sesak dan kalut tu

Maka lepas zohor, berdedai la kami
huisshhh dari jauh
dah nampak jalan ke PICC penuh kereta kat bahu jalan
sebagai jalan selamat
kami pun letak je la kereta kat bahu jalan depan PICC
pastu memasing mendongak ke atas seminit dua
tarik nafas hembus nafas
stretching lebih kurang
ayuhhh mendaki bukit....

Iya..kena mendaki la uolls..
kalau tak, macam mana nak masuk
kata nak tengk upin ipin kan..
berpeluh la ketiak
terketar-ketar lutut tetiba ada aktiviti lasak
hikhikhik
mujur mak ni prihatin
berangkut payung bagai
walaupun kekanda kata biasala kat Malaysia panas
hisshhh....iolls tak tahan
Nurinhana memula nak pakai heel
tak payah la nak
tinggi bukit tu
nasib baik bawak sandal spare

Macam pesta pulak
begitu ramai mendaki
dengan stroller bagai
kesiannya la hai tengok ada bawak baby
tapi tak bawak payung
panas tu dikkk....

Memang jantung mengepam lebih laju la
lebih laju dari biasa
terbakar segala kalori
harap-harap segala lemak tepu pun lupus la
dik penangan mendaki bukit di kala panas merembang..
ko ado....hikhikhik

Settle bab daki mendaki
segala shortcut yang ada semua tempuh
dengan harapan cepatlah sampai
tak tahan mengah wehhhh...
masuk ikut parking
udah kena tunggu lif pulak
kita bagi chance la mak pak yang bawak stroller untuk guna
so guna baki kudrat yang ada ni
panjat tangga pulak
nasib setingkat je
kalu tak mau pitam aku kat atas

Sekali tengok kat ruang legar
mak aiiii...ramainya manusia
nasib dah ready fizikal dan mental kan
so layankan je la
redah je la lautan manusia tu
masuk dalam dewan
sekali lagi mak aiiiii....
ni kena guna segala kekuda yang ada
kena tepis kiri kanan
andainya ada sayap
pasti sudah ku terbang melintasi semua....
yang tambah sesak kat dalam tu
terpacak beberapa booth kat tengah laman
weolls pun konpius
tak bolehkah diletak tepi dewan
paling bagus letak luar dewan je

view sayup dari belakang

Show nun kat stage depan
apa cerita kalau berdiri nun jauh kat belakang
so mai la pakat berasak-asak
nasib baik dulu-dulu
biasa naik bas mini
hikhikhik
so takda hal la..small matter je ni...

Payah sebenarnya nak cari port sesuai untuk Nurinhana
kalau boleh memang nak letak depan stage bebetul
tapi orang lain dah standby situ
dari pagi kot...
satu lagi
kena pastikan dia sentiasa dalam radar pandangan mak pak
oiii...banyak kes la ni kan..
dalam tu pun, asyik la ada pengumuman
sesapa ada hilang anak sila ambik sini
untuk anak nama sekian-sekian
mak pak hangpa ada tunggu kat sekian-sekian
sampai aku pun konpius
eh, sapa yang over excited ni
mak pak ke anak ni????
dalam keadaan sekarang ni
mak pak kena sentiasa peka
terleka walau sesaat
habisssss........huhhuhhuh

Dalam kalut dalam sesak
berbaloi rasa tengok Nurinhana ceria
sempat la tengok show
perarakan maskot upin ipin & kengkawan
persembahan ultraman
hat ultraman ni
aku rasa mak pak teruja lebih kot hikhikhik
almaklum semua membesar dengan cerita tu kan

Animasi tengah hot la ni pun ada
Puteri
tapi teaser je
agaknya takdak lagi maskot kot
aku suka jugak tengok
comel-comel je karakter kartun tu
manis, lipis, bali, purut, kasturi

Dalam seronok-seronok tu
hampir terlupa keperluan perut
kesiannnnnn
so meredah la lautan tu sekali lagi
lautan luas ku renangi
sedangkan tadi bukit tinggi juga ku daki
berbondong-bondong la serbu
pintu keluar situ jugak pintu masuk
dunkin donut licin
mujur ada stok lagi kat stall grab & go tu
dapat la mihun dengan pau
air jambu merah jambu hijau
so piknik la dulu
mengisi perut yang berkeroncong tu
ada cafe@picc tapi tak pasti bukak ke tidak
ada jugak disediakan dewan untuk nasi campur
rm12 sekepala dewasa, kanak-kanak 6-12 rm6
cuma masa tu dah petang
lauk hanya kari ketulan ayam kecik, saki baki sayur lemak putih
ikan sambal dengan nasi putih

Selesai menjamu selera
bateri badan pun dah charge
moh le kita ke dalam dewan semula
ultraman dengan puteri dah lambai-lambai
ehhh, macam tak berkurang orang dalam dewan
makin penuh ada
sebab dah charge bateri kan..so kita redah la sampai depan
huiiii..kali ni lagi teruk beb
nak gerak pun payah
mujur berkat usaha tangga kejayaan
sampai jugak ke destinasi impian
finally dapat jugak duduk depan tepi stage
camna?
biasanya habis satu slot orang akan keluar
so depa keluar kita masuk la
tapi tak payah la nak expect duduk dengan selesa ya..
dah tau ramai kan..
so biasa la tu berlaga lutut bagai
pastu budak-budak lalu lalang kiri kanan
main redah je
bertabah je la..


Aku tahu Nurinhana walau enjoy
tapi ada keciwa jugak
hikhikhik
keciwa tak dapat belon
sikit bebenor belon diedarkan
budak-budak bukan main ramai
pastu ada sesi soal jawab dan naik stage
beria la anak dara tu angkat tangan
semangat sungguh
tapi kesian tak terpilih
muka kelat je hikhikhik

Kemudahan surau PICC memang elok
cuma masa hari kejadian terlalu ramai manusia
so sesak sikit dalam tu
ada pulak segelintir berehat-rehat dalam tu
aku suka surau kat klcc sebelah maybank tu
ada guard dalam tu
ko dah solat dan bersiap silalah keluar
kalau tak kena sound dengan mak guard

Apa-apapun
harap-harap lepas ni pengajur buatlah bedah siasat
baiki mana kurang

buatlah kat tempat yang lebih besar
yang boleh tampung crowd yang ramai
almaklum manusia ni pelbagai ragam
bila dah sesak penat tu
tersenggong sikit pun boleh jadi penyebab

pastu cari la tempat yang ada banyak parking
paling penting tak perlu mendaki..hikhikhik...

pintu masuk dan keluar dewan pun asingkanlah
pintu masuk untuk masuk je
pintu keluar untuk keluar je
takla semua tertumpu kat satu pintu je
macam semut hurung gula
walaupun ada signboard
tapi sebaik-baiknya
letak la orang untuk kawal
so laluan teratur la

booth pulak letaklah tempat lain
asingkan dari lokasi stage
aku pun tak faham
camna orang nak melawat booth tengah-tengah laman tu
kalau semua berasak-asak nak tengok persembahan kat stage
takda fungsi dah booth tu

letak lebih banyak skrin kat luar dewan
so mana-mana tak dapat masuk
boleh lepak luar je tengok
masa hari kejadian ada satu skrin di luar
tapi alahai kualiti gambar menyedihkan
memang tak clear
so please tengok jugak la kualiti tu ye
tak guna jugaklah kalau letak seratus pun
tapi semua kualiti gambar hampehhh

mungkin boleh diperbanyakkan tempat jual makanan
(tak pasti PICC maybe ada peraturan tertentu untuk outsider food provider)
faham-faham je lah kalau bawak budak-budak, lapar je
perut mak pak pun perlu diisi
bila ada banyak tempat makan
taklah hanya tertumpu kat satu-satu tempat je
sampai kena beratur panjang
apapun kemudahan grab & go kat PICC hari tu memang best
mihun dan pau yang sedap

Harap lepas ni
penganjuran karnival upin ipin akan datang
bertambah baik
takda kalut-kalut
takda sesak-sesak
pengunjung gembira
penganjur pun senang hati
tak terbakar kepanasan dek komen-komen pedas pahit lepas tu..hikhikhik...

Friday 7 November 2014

Keluar Dari Sarang, akhirnya....



Hai...hello...(sambil melambai-lambai tangan, jambul diangkat ke atas...wahhh macam retis gitu....)

Kali akhir blog ni bercahaya pada Julai yang lalu .... Pastu bergelap dan terus bergelap sampai la ni... Draf memang berlambak-lambak tapi semua pakat tulis sekerat jalan je...
Masa dan keadaan begitu mencemburui untuk terus berkepit dengan dunia blog ni.... Chewahhh...macam busy sesangat... 

Banyak benda nak tulis tapi tu la...masa sangat cemburu...heheheh...

Ok, moga kita berjumpa lagi selepas ni... 


Wednesday 9 July 2014

Puasa dan Nurin Hana

Salam Ramadhan ke-11...
Selamat berpuasa uollssss....

Hahahhaha...dah nak masuk tengah puasa, baru ucap bagai....ampun....lama giler tak bukak blog ni...sampai terlupa password dah la....nasib baik boleh trace balik....

Wahhh..kejap je puasa rasanya...dah nak masuk tengah puasa...
Hari-hari mak pikir apa nak masak untuk berbuka...
Bukannya tak boleh beli kat bazar ramadhan tapi mood rajin tengah ada ni, kita layankan je la... Heheheh...Rasanya dari puasa tahun lepas memang banyak masak la daripada beli...entah, rasa macam suka nak masak sendiri..kalau hari-hari biasa, suka je pi membeli, tapi bulan puasa macam rajin pulak ketang ketung kat dapur...takpa la.. tunggu la hujung-hujung bulan pi bazar syok sikit, orang dah tak ramai...ramai dah balik kampong...heheheh

Satu lagi sebab terbesar kena merajinkan diri ketang ketung tu, anak dara tu puasa....
Anak dara tu cerewet sikit kalau makan luar..tak sanggup pulak tengok dia tak berselera makan padahal perut gigil lapar puasa... Takpa sayang, mak tau masakan mak memang sedap....eh...
Tapi betul apa...cuba kita tanya mana-mana anak pun, mesti masakan mak dia jugak yang paling sedap hatta goreng telur mata je...Fuhhh..dasat penangan air tangan mak...masak dengan penuh kasih sayang kekdahnya.....

Tahun ni cubaan untuk melatih Nurin hana berpuasa penuh..Dah umur tujuh tahun kot..sesuai la sangat tu untuk belajar puasa.. Dan alhamdulillah, Nurin hana  berjaya puasa penuh sehingga hari ni... Bravo..bravo..good girl.. ibu papa sangat bangga dengan kamoo...
Memang la ada orang kata, belajar solat tu kena diutamakan dulu..Yes, kami buat selari..Solat pun ye..puasa pun ye...

Tak sangka Nurin hana  boleh bertahan sampai waktu berbuka... Alhamdulillah, kekal semangatnya walaupun sekolah pagi petang dengan cuaca panas ni.. Cuma hari pertama tu memang dia flat la...melepek seharian...terbaring je...nasib baik first puasa hari cuti....heheheheh...Penangan puasa hari pertama tu, sampai termuntah lepas berbuka... perut masuk angin agaknya sebab masa berbuka tu dia tak lalu nak makan..minum sikit je..so dalam pukul 8 malam tu, aku bagi makan nasik, tetiba uwekkk..terkeluar balik nasi.. Hari kedua dan seterusnya, dah tak melepek...muka ada senyum la jugak...cuma aktiviti main dengan kawan-kawan tiap-tiap petang ditunda hingga abis bulan puasa..member tak larat nak bawak badan...hehehhehe...

Dah berjaya melepasi hari pertama dengan jayanya, maka kena la teruskan untuk hari-hari seterusnya jugak... Awal-awal tu biasa la dengar dia berbunyi petang-petang masa ambik dari transit, lapar la.. Tapi aku pujuk la bagitau tak lama je lagi.. Nasib baik Nurin hana  jenis mendengar kata... Kalau dia melalak-lalak nak jugak berbuka, ada jugak yang jadi singa nanti ni...hehehhe...

Masa awal-awal puasa ada dia cerita katanya dia pening kat sekolah so ustaz/ustazah suruh rehat kat pejabat...terima kasih la ustaz/ustazah sebab prihatin dengan bebudak ni... Nurin hana  siap bagitua, "cikgu cakap, kanak-kanak umur tujuh tahun boleh puasa sampai 20 hari je.." Hahahha..aku tak tau sama ada dia reka sendiri atau sebaliknya... So, aku just buat penambahan ayat tu, "kalau dapat berpuasa penuh ramadhan lagi bagus"...

Ok..anak ibu...terus bertahan ye...sikit hari je lagi...pastu boleh selamat hari raya... ^__^

Wednesday 9 April 2014

Happy 7th Birthday My Sunshine


You are my sunshine..... My only sunshine... .You make me happy when skies are grey..
You'll never know dear, how much I love you..

Happy 7th Birthday my dear darling baby...
You will always be my baby...

Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, anak yang sentiasa menyejukkan hati Ibu dan Papa, moga berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat...
Ibu dan Papa sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu sayang....

Thursday 27 February 2014

Dia, Sekolah dan dot dot dot

Assalamualaikum...

Diam tak diam, dekat dua bulan dah anak dara tu bersekolah di tahun satu. Alhamdullilah, so far Nurin hana nampak happy nak pegi sekolah pagi maupun petang...


So, antara rumusan sepanjang dua bulan ni termasuk pencapaian dan rutin Nurin hana dan orang-orang dalam rumah ni:


1) Sekarang ni rutin harian mak berubah secara drastik terutama ahad... 
Kalau dulu, ahad malam tugas gosok menggosok hanya untuk baju kerja aku dan cik hubby. Kalau rajin, lima hari straight punya gaju aku gosok.. Kalau level malas tu agak tinggi, setakat baju untuk esoknya je la.. Gosok baju malam untuk pakai esoknya, kekdahnya... 
Tapi sejak Nurin hana masuk sekolah ni, mak kena la rajin super-super extra... Selain baju kerja macam biasa, ada tambahan...Baju sekolahnya ada 9 pasang sekolah kebangsaan dengan sekolah agama, tudung lagi 10 helai...Fuhhh...memang berpeluh ketiak gosok..walaupun kipas menderu lajunya....nasib gosok sambil duduk kat lantai... See darl... ada faedahnya jugak ai suka papan penggosok jenis macam tu, hehehehhe...           

Tak berani la aku nak buaty style macam sebelum ni, gosok malam pakai esok, kang tak sempat, naya je... Tapi, adakalanya sebab dah penat menggosok baju sekolah tu, aku ngelat jugak gosok baju kerja banyak-banyak...lenguh arr duduk lama-lama...pulak dahhh....hehehhe...gosok untuk pakai esok lusa je... Hmmm...takda jual ke mesin gosok baju...?? Btw, macam tu la mak-mak kita masa kita kecik, tolong gosok baju sekolah... la ni turn kita la pulak bila dah ada anak...

2) Hari-hari kasut sekolah yang putih suci tu tukar warna jadi kelabu asap..... aku pun heran, depa ni pegi sekolah ke, atau main pijak-pijak kasut... takkan la hari-hari nak tukar kasut kan...so sarung jugaklah kasut yang sama walaupun tak berapa nak putih dah meskipun dah disapu kapur...

3) Hah, Nurin hana dah pandai susun buku ikut jadual waktu…yeayyy…boleh ibu dengan papa pencen kemas buku… tapi sebagai mak pak yang mithali, pantau la jugak kot ada buku yang tertinggal...So far, boleh diharap la.. Aku memang nak dia buat sendiri, supaya dia tau buku atau barang apa yang dibawak.

4) Tiap-tiap petang balik sekolah mesti bergegas lari kluar rumah, nak main… almaklum la..dah ada ramai kawan kat rumah tu...sejak masuk darjah satu ni, Nurin hana dah pandai berkawan dengan budak-budak keliling rumah… kalau hari cuti, asal pukul lima je dah mula gelisah... 
Payah dah ibu ngan papa nak berjalan-jalan, asyik ajak balik cepat… Kalau ambik dari transit pun, nak cepat-cepat balik rumah..tak minat dah nak singgah kedai ke, petronas ke...

5) Nurin hana pun dah pandai basuh kasut sekolah sendiri… dari awal masuk sekolah memang papa ajar cara-cara untuk basuh sendiri.. dah besar kan…kena la basuh sendiri… mula-mula masa belajar basuh tu, kena basuh kasut tengah panas ...aku pun heran, apsal kena basuh tengah panas.. tu kena tanya papa la...

6) Awal-awal dulu, duit belanja sekolah mesti abis...tapi la ni, mesti ada baki...papa la untung, tak payah ganti duit baru..just tambah je bagi cukup...nanti nak ajar dia supaya menabung..so kalu nak beli jajan ke, apa ke, boleh beli pakai duit simpanan sendiri..hehehheeh...

7) Beg duit belanja dah dua kali keciciran... both kat sekolah agama... aku rasa ni mesti lepas beli barang kat kantin, Nurin hana masukkan dalam poket baju tapi sebenarnya tak masuk bebetul... Pasni papa kena la beli satu karung beg duit...standby kalau cicir je, ada ganti..

8) Hari-hari kena check alat tulis sekolah..pensel, pemadam, pembaris, pengasah pensel, pensel warna.. tau je la budak-budak... hari ni bawak pensel dua batang, petang dah tinggal sebatang..tu kira bagus jugak..kalau tak, sebatang pun takda.. Dah tulis nama besar-besar dan terang-terang kat semua barang..tapi ada kaki semuanya tu...tak reti duduk dendiam kat tuannya...berjalan merata.. pensel warna dah hilang sekotak yang ada dua belas batang tu... pemadam bertukar ganti, takpun tiba-tiba jadi halus benar pemadam tu...dipotong-potongnya jadi kecik... hai la anak... 

9) Pagi, kadang-kadang semangat bangun pagi... tak payah kejutkan atau kejut sekali je, terus bangun.. ada masanya pulak, liat bukan main.. dah goyang-goyang badan berkali-kali, tak jugak bangun. Paling parah, jam loceng berbunyi tepi telinga pun boleh buat tak tau je... Bab kejut mengejut ni selalunya ditugaskan kat papa...sebab kalau ibu yang kejutkan tapi tak jugak bangun-bangun, nanti ibu naik darah tinggi...hehehheh...

10) Masa mula-mula Nurin hana masuk sekolah, risau jugak macamana dia nak makan masa rehat nanti. Yelah, bukannya pernah beli barangkan..pastu Nurin hana agak pemilih makan orangnya... Sempat ke nak beli makanan kat kantin... 
Sekali ko...jangankan makanan, siap dengan gunting, salotape, buku kartun, kad besday dibelinya...hehehheh...pandai makan mee goreng la, kuetiaw la, sayur dalam mee tu la... Padahal kalau kat rumah, mee tu tak pandang la...inikan pulak sayur... Selalu dia cerita dengan bangganya, dia makan habis semua mee tu dengan sayur-sayur sekali... Siap kata sedap... Amboi...sedap sungguh la makcik kantin tu masak ye.. Kat transit pun, Nurin hana kata sedap cikgu masak... Aikk...tercabar ibu ni....hehhehe... Kalau ibu masak tak sedap, takkan la papa jadi macam sekarang...hehehhehe...
Disebabkan terlampau pandai membeli, kami kena pesan kat Nurin hana supaya duit belanja tu guna buat beli makanan dan air je..Air pun patutnya tak payah beli sebab hari-hari dah dibekalkan air masak dengan air kotak. Kalau nak beli benda-benda lain, beli kemudian kat kedai dengan papa ke, ibu ke... apsal nama papa dulu? kan lebih afdal papa yang disebut dulu..... heheheh.... 

Apapun, all the best my love, Nurin hana... In sha allah, perjalananmu masih jauh, namun ibu dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu... Ibu dan papa sentiasa ada di sisimu..


p/s: Sekarang ni, kalau nak cuti pun rasa sayang je... kononnya nak simpan cuti, nak cuti masa cuti sekolah nanti... heheheh...kot la bos bagi cuti panjang.... so, kengkawan, pasni cuti sekolah turn gua la pulak ek..






Wednesday 1 January 2014

Pengembaraan ilmu pun bermula

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru semua.....
Semoga tahun 2014 ini membawa lebih keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua...

Lagi sehari, anak dara aku nan seorang, akan memulakan "kehidupan baru"nya... bergelar murid Tahun Satu
Berbaju kurung putih, berkain biru gelap.... Tu pagi la...
Petang pulak, kurung putih, kain merah....
Erkkk....macam padat je....macam sibuk je....bertabah la wahai anak.... 
Sesuatu yang luar biasa akan menjadi biasa dan rutin bila dah biasa....ehhhh...

Sebelum betul-betul masuk sekolah, kena la bersuai kenal dulu dengan sekolah, siapa cikgu, mana kelas, mana tandas, mana kantin...
Alhamdulilah, sesi orientasi murid-murid tahun satu dah pun selesai...

Rasa sebak pun ada.... Dah besar anak ibu ni.....
Beberapa tahun lagi dapat la kami menantu....ehhh...hahahahha....
Masa tengok Nurin hana di kelas, terdetik jugak bimbang di hati...
Mampu ke dia harungi semua tu...? 
Cikgu, kawan-kawan baru, persekitaran baru, cara baru....
Tapi kemudian bila melihat kita sekarang ni...
Pernah alami keadaan yang sama....kita semua mampu "hidup" survive dengan semua tu...alhamdulilah, berjaya menjadi orang sepertimana yang sekarang ini...
Aku rasa semua mak pak berperasaan macam tu bila pertama kali lepaskan anak masuk sekolah..
Ke aku je yang hover...?
Apapun, Ibu dan Papa doakan yang terbaik buat Nurin hana.....
Nikmatilah kehidupan baru itu sebaiknya..
Terokailah segala peluang yang ada...
Pastinya ia akan menjadi antara kenangan terindah dalam hidupmu kelak, sayang....


 

Tahun 2014 ni....