Thursday 30 December 2010

Bergaya dengan deodarant keluaran terbaru

Satu malam tu, aku tengok nurin hana tengah membelek sesuatu kat sudut tv. Rupa-rupanya tengah membelak-belek ubat yoko yoko Papa nya. Bila ditanya buat apa tu? Nurin hana bagitau “sapu sikit-sikit je...”

Hah? Sapu sikit-sikit. Sapu apa? Pakai yoko yoko?
“Nurin hana sapu sini sikit..” sambil tunjuk tangannya.

Cepat-cepat aku aku lap kesan yoko-yoko kat tangannya tu.Yoko yoko tu kan panas.....

Masa tengah bersihkan dengan tisu, nampak lehernya merah. aku syak sesuatu. Bila tanya, dia ngaku ada sapu situ jugak. Aku tanya lagi, kat mana lagi sapu?

Nurin hana pun angkat ketiaknya, “sapu sini sikit, sapu sini sikit..” sambil tunjukkan belah kanan dan kiri.

Adoiyaaiii....dia ingatkan deodarant la pulak...Rupa luaran, memang lebih kurang dah, dengan ada ball roller....nasib baik tak di roll nya satu badan...baru ye....

(image: google)

Bravo Malaysia!

Bravo...bravo..bravo...Malaysia menang Piala  Suzuki AFF.

Tahniah kepada semua pemain. Ternyata anda semua hebat. terus kekalkan kecemerlangan. Jangan pula hari ni hebat, esok ‘hancuss’.

Dan habuannya, kita semua cuti esok......!!!!! Part tu yang aku paling suka...heh..heh...

Yeay..yeay.....TQ to our PM.

Memang mengidam nak ambil cuti tapi memandangkan masa dah suntuk, system dan tutup. Sekali, dapat cuti free pulak...alhamdulillah.

p/s: malam tadi ada siap ada acara selingan, cik puan kecik dalam rumah ni melalak menangis, terperanjat  papa dia menjerit sakan....kuss....semangat...

@ Senandung Malam

Senandung malam....sedap namanya kan...
Macam nama tren kereta api. Tapi, ni bukan kereta api ye.
Senandung malam adalah nama sebuah tempat makan di bagan lalang.

Pelanggan RAMAI, PENUH biasanya membawa makna pada kita yang tempat tu adalah best dan makanannya sedap. Betul tak?

Sesedap namanya, begitulah jugak makanannya.....
Tak hairanlah, pelanggan sentiasa penuh. Tak sempat satu-satu meja tu kosong, sekejap je dah diisi. Bersilih ganti pelanggannya. Siap ada  yang terpaksa menunggu meja kosong. Kat sini memang betul-betul sesuai dengan konsep 1Malaysia, sebab pelbagai kaum datang menjamu selera.

Ni pertama kali kami makan-makan di sini. Biasanya makan kat kedai satu lagi. So, apa yang best kat bagan lalang? Kalau nak tau, kalau sebut bagan lalang, apa lagi yang specialnya, dah tentu makanan lautnya.

Sama macam dua kedai makan lain yang kami pernah kunjungi sebelum ni, di sini terdapat pelbagai pilihan makanan laut, boleh pilih sama ada ketam, udang laut/kolam, lala, sotong besar, pepahat, kerang dan pelbagai jenis ikan. Kita boleh pilih sendiri dan tentukan jenis masakan yang diingini. Konsep pilih-pilih, timbang, masak, makan, bayar.

Sebenarnya, acara makan-makan ni sempena hari jadi en asrul. Dah jadi satu kemestian pulak, any birthday celebration sama ada en asrul, aku mahupun nurin hana, kami akan ke bagan lalang, menjamu selera dengan seafood. Walau jauh, tapi berbaloi dengan keenakan dan harganya....

Kali ni makan dengan ditemani angin laut yang sejuk sebab hujan renyai-renyai. Grrr...sejuk wehhh...sebab sejuk, perut semakin terserlah kelaparannya...hahha..hah...Tu yang ambil makanan tak ingat dunia....
 tengok....penuh satu meja. padahal makan berdua je. nurin hana makan sikit je. jom kita zoom setiap satu....
 Ikan Bakar – pilihan kami, ikan kerapu. Sedap, isi ikan tu lembut walaupun dibakar. Cicah dengan kicap cilinya, huii..sangatlah marvelousnya...
Ikan Siakap masak masam manis - Memandangkan aku tak makan nanas so ni option yang aku boleh pilih. Orang kedai tu kata masak 3 rasa ada nanas. Sedap, ada garing-garing sikit kat ikan tu.
Sotong goreng tepung - ha...ni memang betul-betul sotong yang digoreng menggunakan tepung dengan kadar kuantiti yang munasabah. Sesetengah kedai, sotong goreng tepung tu rasa macam makan cekodok sotong sebab tepung salut yang teramatlah tebalnya. Yang ni, just nice, isi lembut je, tak liat ketika dikunyah. Tapi, En Asrul kata tak boleh kalahkan “cumi goreng” kat Wong Solo.
Udang Masak Pedas (sebelah kiri) – Aku mati-mati la ingatkan macam udang sambal atau sambal tumis tu. Rupa-rupanya, macam goreng air dan ditambah cili api. Pedas berapi kalau tergigit cili apinya. Kepedasan terasa sampai ke kuahnya. Apa-apapun, sedap...
Udang Goreng Kunyit (sebelah kanan) – menu kesukaan Nurin Hana. Tapi, tak tau kenapa, malam tu, Nurin Hana tak berapa nak makan udang tu. Biasanya, laju je dia kalau nampak udang. Udang tu sedap cuma agak keras sikit, mungkin goreng lama sangat kot.
Ketam sambal – disebabkan teringin nak makan ketam, aku ambil 2 ekor. Sambalnya memang sedap. Siap boleh buat cicah dengan udang lagi.
Pepahat – yang ni special request dari En Asrul. Aku tak suka sebab bentuknya tu lain macam...heh..heh...
Sayur skima kalau makan kat kedai, kailan ikan masin. Tak terasa ikan masinnya. Agaknya kalau kedai makan seafood ni, bab masak sayur ‘kurang’ sikit kot...sebab 2 kedai kat situ yang pernah kami pergi dulu, pun sayur tak boleh jalan. Speciality untuk seafood je agaknya.
nurin hana yang nak kerang ni. kami minta kerang bakar sebab kalau rebus, takut tak masak sangat, nanti sakit perut pulak dia.

Malam tu, memang kekenyangan sampai tegak badan aku ni. Hah..hah...Malam tu semua orang tidur lena kekenyangan penangan seafood.
 birthday papa tapi nurin hana yang dapat hadiah..heh..heh...

Wednesday 29 December 2010

Bermain Dengan Cahaya

Beberapa malam lepas, kami bertiga menerjah taman cahaya, mana lagi, i-city la...Asyik dengar cerita orang je, so nak jugak rasa macam mana tempat tu.

Balik kerja, siap-siap apa yang patut, kami gerak ke shah alam, berpandukan sesalinan peta dan panduan jalan yang telah diberikan oleh kawan en asrul.

Senang jugak nak ke sana sebab dari jauh dah nampak cahaya warna warni. Nurin hana excited, aku pun sama excited..hahh..hah...

Kena bayar ye untuk masuk dalam tu, rm10, bukan free. (terima lah seadanya, dalam dunia ni mana ada yang free, kome nak gi toilet pun kena bayarkan...).

Masuk-masuk je, dah disajikan dengan pemandangan lampu ‘warni-warni’ (nurin hana sebut...). Memang cantik. Tapi, camna la rupanya kalau waktu siang kan....heh..heh...mesti tak berseri langsung...

Apa-apa hal pun, sebelum boleh menikmati pemandangan yang lebih menarik, terpaksa menempuh kesesakan teruk masa nak masuk kompleks parking bertingkat. Kura-kura pun laju lagi banding dengan kereta kami. Jalan yang sama digunakan untuk masuk dan keluar....mana tak sesak... hmmm..

Dan sebelum berjalan jauh lagi, nurin hana dah minta belikan cekak rambut berlampu. Nurin hana nampak ramai orang pakai kat situ. So, sebagai papa yang penyayang, en asrul telah membelinya dengan harga rm8. Ok lah kot...ingatkan belas-belas ringgit tadi... So, nurin hana bergaya dengan cekak rambut berlampunya malam tu (sampai masuk kedai mamak kayu pun, dipakainya.....).

Layan je la gambar yang di snap dengan  canon compact aku. Masa ni terfikir, alangkah bagusnya kalau ada dslr...huh..mantop....
jangan jeles dengan cekak rambut saya....ada lampu tau.... 
 
 
 
 kelihatan tembam pulak muka ku ini bila memakai inner tudung tu...

Ingat tak fasal bayaran rm10 yang dikenakan masa masuk tadi. Dekat kupon bayaran tu, ada tertulis yang kita boleh redeem foods kat restorannya. So, ingatkan boleh la nanti tengok makanan apa yang boleh di redeem dengan kupon rm10 tu. Tapi, tak kesampaian hajat tu...

Sebabnya....nak masuk ke beberapa bahagian kat sana, kena bayar lohhh...

Ada satu kawasan kecil yang menempatkan bentuk zirafah, lembu, kenderaan santa claus, kena bayar. Kupon tadi boleh digunakan untuk masuk situ. Aku dengar budak kat situ bagitau, satu kupon rm10 tu untuk 5 orang je. Maknanya kalau gi ramai lebih dari 5 orang, kena tambah lagi la bayaran tu...

Kat situ, nurin hana berkenan dengan kenderaan santa claus tu, menonong je nurin hana pergi situ dan panjat untuk duduk dalamnya. Lepas tu dengarlah, ‘preettt....preeitttt.......’ Bukan bunyi hon ke, apa ke, tapi bunyi wisel guard kat situ. Rupa-rupanya tak boleh masuk situ daaa.....mana la kita taukan..lain kali letak la kepungan sikit kat tempat tu...
 kawasan kena bayar rm10. baru je kaki sentuh sikit benda tu, dah kena 'preeett...preeett...'. huh..sungguh berdedikasi en guard di situ 
Penerokaan diteruskan lagi selepas keluar kawasan berbayar tadi. Menikmati kreativiti pencipta tempat ni...Masa jalan-jalan tu nampak satu kawasan bawah bukit sikit, nampak cam menarik. Ingat nak pergi la situ. Alamak...kena bayar la lagi....Setelah berbincang hati ke hati, kami ambil keputusan tengok dari luar je la...huh..huh...

Inilah aktiviti malam minggu yang paling singkat tapi fun.....sampaikan selipar cantik nurin hana yang ada batu-batu baru beli dekat klia hari tu, tertinggal kat kedai mamak kayu tu...huh..huuh..Memang takda rezeki....

Tuesday 28 December 2010

Syafiq 1 Tahun

15 disember baru ni, mohamad syafiq bin mohd samsul iszuan, permata hari adik aku, choi dan asma telah pun genap setahun umurnya. Selamat hari jadi syafiq.....dah jadi anak bujang ye....

So, sempena kepulangan cik ni dan cik ro dari mekah, kami adik-beradik sepakat untuk buat makan-makan keluarga merangkap sambut birthday syafiq sekali.  

Tapi, majlis makan-makan keluarga tu tak begitu menjadi, sebab kebetulan malam tu, ada tetamu datang berkunjung ke rumah. Maklumlah, orang baru balik dari mekah, so ramailah yang datang menziarah pak haji dan mak hajah ni. Tapi nasib baik yang datang tu pun, dah dianggap macam keluarga kami jugak, kak liza sefamili. 
birthday boy
Disebabkan tak jangka akan ada tetamu lain ke ‘majlis’, so makanannya ala kadar je la....Tapi, ok lah...bak kata en asrul, buat rasa...heh..heh...Yang penting semua enjoy.....
 "hmm....kalaulah aku dapat cuit-cuit kek ni. geramnya..."
 
 nurin hana pun tumpang sekaki potong kek. tak bagi kang merajuk. ni pun baru lepas merajuk, atok tak sebut namanya masa bagitau celebrate harijadi sapa sekali..
syafiq duk tenung muka opah....ingat-ingat lupa, rasa macam pernah tengok, kat mana ye...

p/s: masih berhutang birthday present syafiq. Dah terfikir nak beli apa. Sabar ye syafiq..nanti mak long belikan syafiq hadiah ye...

Sepagi di KLIA

Baru-baru ni kami satu rombongan ke KLIA. Bukan buat lawatan sambil belajar....
Tapi, pergi menjemput mak dan abah balik dari menunaikan haji.

Seawal pagi lagi kami dah bertolak dari ampang. Selain aku anak-beranak, adik-adik aku ikut semua kecuali adik-adik ipar aku. Depa terpaksa ditinggalkan memandangkan tempat duduk dalam kereta yang terhad. Dah semuanya pakai kereta sedan, mana lah nak muat kalau pergi ramai-ramai. Jiran kami, kak liza dan cik usop cik mah pun ikut sekali.

Sebelum bertolak tu, rasa gusar jugak mengenangkan beg-beg yang dibawa balik sama ada bolehkah dimuatkan dalam kereta nanti. Abah dah sms bagitau jumlah beg yang dibawa balik. Nasib baik, ada en asrul bagi solution, kalau tak muat, separuh beg akan naik teksi dengan salah seorang adik aku. Kiranya masalah ‘kemuatan barang’ settle.
 
Sampai-sampai tu, sedang elok je, kapal terbang dah landing pun. So, masing-masing mata fokus kat ruangan ketibaan tu. Baru terasa, dah lama betul aku tak terbang. Cheh....macam la selalu naik kapal terbang, heh..heh...

Tak sabarnya nak jumpa mak dengan abah ni. Lama betul tak jumpa. Camna la rupa depa ni, kurus? gemuk? Satu lagi, tak sabar nak peluk ni, feeling-feeling masa sambut mak dengan abah....heh..heh...

Tapi tak sempat daaa....Nurin hana telah berulang ke toilet sebanyak 3 kali pagi tu. Dan masa kunjungan ke toilet kali ketiga tu la, mak dengan abah keluar dari balai ketibaan. Aiyoo....Tapi, takpalah, yang penting, semuanya  selamat. Welcome back mak, abah.

Oh ye, sempena menyambut tu jugak, nurin hana telah mendapat hadiah sepasang selipar baru di klia. Kaler pink, cantik ada batu-batu lagi. en asrul dengan penuh kasih sayang telah membeli selipar tu memandangkan selipar nurin hana tertinggal kat rumah. Dah sampai terminal, baru perasan selipar nurin hana takda. Nak tak nak kena jugaklah beli baru, kalau tak macamana nak terkinja-kinja kat terminal. Satu lagi, larat ke sapa-sapa nak dukung....  

 sebahagian dari rombongan yang dah penat berdiri menunggu tapi yang ditunggu tak jugak keluar-keluar, so terpaksa cari port baekk punya
ha...inilah dia orang-orang yang ditunggu, cik ro dan cik ni. ala atok...tengoklah kamera depan
 sesi belek-membelek sementara tunggu lif
 
adik aku, cain posing dengan troli. don't worry cain, esok-esok ada la peluang naik kepalterbang

Monday 27 December 2010

Malaysia menang 3-0,final 1 Piala Suzuki

Tahniah....kepada pasukan Malaysia. Malam tadi menang bergaya dalam pusingan pertama final Piala Suzuki.

Moga kecemerlangan malam tadi diteruskan masa di tempt lawan nanti.Malaysia Boleh!

Walaupun aku bukannya peminat bola,tapi tetap bangga sebagai anak Malaysia.

Malam tadi,3 gol dijaringkan oleh Malaysia,bermakna 3 kali lompatan dan 3 kali jeritan bergema dalam rumahku syurgaku ni. Apa lagi,dalam rumah ni kan ada peminat tegar bola. Nasib baik tak roboh rumah,heh..heh..Tapi kesian dia,tengah syok nonton tu le,nurin hana ajak main tulis2...heh...heh...sabo je la...

Friday 17 December 2010

Hari Ini Bertambah Usianya, 17 Disember


Hari ni adalah hari yang istimewa buat belahan jiwa ku ni, en Asrul aka papa Nurin hana....Tarikh keramat yang menyaksikan kelahiran seorang bayi lelaki aka anak sulung keluarga yang secara automatiknya menjadi harapan keluarga.

anak cik mori masa kecik, 'dak asrul...

17 Disember, bermakna bertambah setahun lagi usianya.
En Asrul slalu eksyen muda dari aku....sedangkan kitorang sebaya sebenarnya, cuma aku lahir awal tahun, en asrul hujung tahun.. :-P. Eleh..eksyen la tu...
si jejaka yang buatkan aku angau tak tido malam satu ketika dulu..hah..ahha...Sekarang tak payah nak angau dah..dah ada depan mata setiap masa..
kejayaan yang membanggakan keluarga

Cepat masa berlalu kan..pejam celik pejam celik...dah 35 tahun. Dalam tempoh tu, banyak perubahan berlaku. Dulu bujang, sekarang dah kahwin. Dulu kita berdua je, sekarang dah dimeriahkan dengan kahadiran budak comel tu, Nurin hana. Lepas ni, mana tau, kot Nurin hana dapat adik pulak ke???? *wink. wink*
 

Buat lelaki kesayanganku dan Nurin hana ni, SELAMAT HARI JADI....HAPPY BIRTHDAY...... We love u......

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, terus sukses dalam kerjaya dan kehidupan serta beroleh kebahagiaan berpanjangan. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan.

Friday 10 December 2010

Orang Yang Terpinggir

Minggu depan, bahagian aku buat kursus protokol dan etiket kat melaka. Ni persediaan untuk tahun depan sebab bahagian ni bakal menganjurkan satu mesyuarat besar peringkat asean.

Dengarnya, semua p&p wajib hadir kursus tu. Bila dapat tahu tu, aku tertanya-tanya juga, apsal aku tak tau. Takda emel pun. Just dengar cerita mulut je.

Dan kini baru ku tahu..............
Alkisahnya, memang di peringkat awal, nama aku ada tersenarai. Tapi telah diPOTONG oleh bos besar. Nama aku dan nama officemate aku ni sorang, merangkap jiran sebelah bilik aku, arma.

Hmmmm............

Apakah maksud PEMOTONGAN itu? Adakah ini tanda-tanda awal aku telah mula dipinggirkan secara perlahan-lahan akibat mengisi kajian profiling meminta bertukar keluar tu????? Adakah ini juga tandanya aku tak disukai oleh bos besar (benda ni dah rasa sejak hari pertama lagi...)?????

Takpa la, tak bagi pergi, aku duduk je lah kat ofis. Jaga ofis. Aku pun bukannya teringin sangat nak pergi. Cuma, rasa tak seronok la, kawan-kawan kat sini semua pergi, alih-alih nama kitorang tercicir.....Memang nampak sangat-sangat pelik.

Tapi, siapalah aku kan....ada dan takda, sama je, takda bezanya....Tapi, kalau rasa-rasa tak berkenan dekat aku..tukar kan je lah aku keluar...Tu yang aku tunggu-tunggu tu....Aku ready je...

Takpa lah, sukahati la kalau tak suka kat aku. Janji apa keje yang bos aku bagi, atau bos sikit besar bagi, aku buat je lah sebaik mungkin. Aku yang menurut perintah....

Thursday 2 December 2010

Jom Kita Bayar Saman

Korang baca tak surat khabar? Apakah antara berita terhangat sekarang ni? Yaa....pasal diskaun pembayaran untuk saman.

Wawawiiiiiiiiiiii.....i likeee.....

Sebabnya kete hitam aku tu ada 2 saman atas nama aku walaupun pak supirnya kekanda darling. Aku duduk sebelah jer......

Saman pertama:
kesalahan parking. Kitorang pergi area damansara, jumpa Gyne. Kat situ parking memang double trouble waktu working hours. Kawasan shophouse yang penuh dengan kedai, ofis, bangunan sebelah menyebelah. Memang la sesak. Parking memang terhad. Korang pusing la beratus kali pun, nak dapat satu parking pun susah. Yang sedia ada pun berlapis-lapis. Kalau dapat tu, kira boleh makan besar la lepas tu..hahh..hah...

Kitorang tengok kat tepi-tepi jalan tu, bersusun kereta parking. Memang ada line putih, tapi pelbagai jenis kereta steady je parking sepanjang-panjang tepi jalan tu. So, kita pun tumpang la sekaki. Balik-balik tu, ambik nko...surat cinta kat cermin kereta....

Saman kedua:
Kesalahan had laju. Telah diperangkap di highway PD, on the way nak berkelah-kelah dengan famili kat PD la. Jalan tu kan lengang, kereta pun takda, so, best je la pak supir tekan minyak...kereta masa tu baru beli pulak tu...kiranya inilah masanya nak test kepantasannya bergerak...testing, testing, 123...

Beberapa bulan lepas tu, dapat surat berdaftar, sekali lagi surat cinta....chisss, Rupanya ada perangkap had laju la kat situ.

So, semalam bila budak-budak kat ofis ni sibuk-sibuk semak MyEG, aku pun tumpang la dua kaki. Maka, terpampanglah kedua-dua saman tu.

Saman pertama, memang belum bayar lagi. Tah ngapa asyik terlupa jerrrr......... sibuk kottt....(chehh...alasan.....heh...heh...).

Tapi, saman kedua tu dah bayar sebenarnya. Aku ingat lagi kitorang pegi balai trafik kat sini, bayar. Masa tu tengah ada diskaun saman sempena hari merdeka. Aku pun tak faham kenapa masih lagi tersenarai status “belum bayar”. Adik aku (pak polisi) suruh aku bawak resit gi balai. Masalahnya, resit tu tah mana-mana ghaibnya. Ye la, masa tu tahun 2006. Heh...heh...semua kes saman dia atas adalah pada tahun 2006....Tak tau...tak tau....sila tanya en asrul kenapa tak berbayar lagi....

So, sempena minggu diskaun ni, aku terbukak hati nak settle kan saman-saman tu termasuk la yang dah berbayar tadi. Apa nak buat, tak kuasa aku nak selongkar satu rumah cari resit pembayaran lama tu. Kalau jumpa berbaloi la jugak. Kalau tak, buang karan jerr....

So, sesapa yang ada saman tu, marilah kita kita bersama-sama pergi bayar saman.....kang tak pasal-pasal kena blacklist..lagi haru....


Err...Yang...I bayarkan dulu..nanti claim 50% kat u yeee....ngeeee.............

Wednesday 1 December 2010