Thursday, 30 December 2010

@ Senandung Malam

Senandung malam....sedap namanya kan...
Macam nama tren kereta api. Tapi, ni bukan kereta api ye.
Senandung malam adalah nama sebuah tempat makan di bagan lalang.

Pelanggan RAMAI, PENUH biasanya membawa makna pada kita yang tempat tu adalah best dan makanannya sedap. Betul tak?

Sesedap namanya, begitulah jugak makanannya.....
Tak hairanlah, pelanggan sentiasa penuh. Tak sempat satu-satu meja tu kosong, sekejap je dah diisi. Bersilih ganti pelanggannya. Siap ada  yang terpaksa menunggu meja kosong. Kat sini memang betul-betul sesuai dengan konsep 1Malaysia, sebab pelbagai kaum datang menjamu selera.

Ni pertama kali kami makan-makan di sini. Biasanya makan kat kedai satu lagi. So, apa yang best kat bagan lalang? Kalau nak tau, kalau sebut bagan lalang, apa lagi yang specialnya, dah tentu makanan lautnya.

Sama macam dua kedai makan lain yang kami pernah kunjungi sebelum ni, di sini terdapat pelbagai pilihan makanan laut, boleh pilih sama ada ketam, udang laut/kolam, lala, sotong besar, pepahat, kerang dan pelbagai jenis ikan. Kita boleh pilih sendiri dan tentukan jenis masakan yang diingini. Konsep pilih-pilih, timbang, masak, makan, bayar.

Sebenarnya, acara makan-makan ni sempena hari jadi en asrul. Dah jadi satu kemestian pulak, any birthday celebration sama ada en asrul, aku mahupun nurin hana, kami akan ke bagan lalang, menjamu selera dengan seafood. Walau jauh, tapi berbaloi dengan keenakan dan harganya....

Kali ni makan dengan ditemani angin laut yang sejuk sebab hujan renyai-renyai. Grrr...sejuk wehhh...sebab sejuk, perut semakin terserlah kelaparannya...hahha..hah...Tu yang ambil makanan tak ingat dunia....
 tengok....penuh satu meja. padahal makan berdua je. nurin hana makan sikit je. jom kita zoom setiap satu....
 Ikan Bakar – pilihan kami, ikan kerapu. Sedap, isi ikan tu lembut walaupun dibakar. Cicah dengan kicap cilinya, huii..sangatlah marvelousnya...
Ikan Siakap masak masam manis - Memandangkan aku tak makan nanas so ni option yang aku boleh pilih. Orang kedai tu kata masak 3 rasa ada nanas. Sedap, ada garing-garing sikit kat ikan tu.
Sotong goreng tepung - ha...ni memang betul-betul sotong yang digoreng menggunakan tepung dengan kadar kuantiti yang munasabah. Sesetengah kedai, sotong goreng tepung tu rasa macam makan cekodok sotong sebab tepung salut yang teramatlah tebalnya. Yang ni, just nice, isi lembut je, tak liat ketika dikunyah. Tapi, En Asrul kata tak boleh kalahkan “cumi goreng” kat Wong Solo.
Udang Masak Pedas (sebelah kiri) – Aku mati-mati la ingatkan macam udang sambal atau sambal tumis tu. Rupa-rupanya, macam goreng air dan ditambah cili api. Pedas berapi kalau tergigit cili apinya. Kepedasan terasa sampai ke kuahnya. Apa-apapun, sedap...
Udang Goreng Kunyit (sebelah kanan) – menu kesukaan Nurin Hana. Tapi, tak tau kenapa, malam tu, Nurin Hana tak berapa nak makan udang tu. Biasanya, laju je dia kalau nampak udang. Udang tu sedap cuma agak keras sikit, mungkin goreng lama sangat kot.
Ketam sambal – disebabkan teringin nak makan ketam, aku ambil 2 ekor. Sambalnya memang sedap. Siap boleh buat cicah dengan udang lagi.
Pepahat – yang ni special request dari En Asrul. Aku tak suka sebab bentuknya tu lain macam...heh..heh...
Sayur skima kalau makan kat kedai, kailan ikan masin. Tak terasa ikan masinnya. Agaknya kalau kedai makan seafood ni, bab masak sayur ‘kurang’ sikit kot...sebab 2 kedai kat situ yang pernah kami pergi dulu, pun sayur tak boleh jalan. Speciality untuk seafood je agaknya.
nurin hana yang nak kerang ni. kami minta kerang bakar sebab kalau rebus, takut tak masak sangat, nanti sakit perut pulak dia.

Malam tu, memang kekenyangan sampai tegak badan aku ni. Hah..hah...Malam tu semua orang tidur lena kekenyangan penangan seafood.
 birthday papa tapi nurin hana yang dapat hadiah..heh..heh...

No comments:

Post a Comment