Minggu depan, bahagian aku buat kursus protokol dan etiket kat melaka. Ni persediaan untuk tahun depan sebab bahagian ni bakal menganjurkan satu mesyuarat besar peringkat asean.
Dengarnya, semua p&p wajib hadir kursus tu. Bila dapat tahu tu, aku tertanya-tanya juga, apsal aku tak tau. Takda emel pun. Just dengar cerita mulut je.
Dan kini baru ku tahu..............
Alkisahnya, memang di peringkat awal, nama aku ada tersenarai. Tapi telah diPOTONG oleh bos besar. Nama aku dan nama officemate aku ni sorang, merangkap jiran sebelah bilik aku, arma.
Hmmmm............
Apakah maksud PEMOTONGAN itu? Adakah ini tanda-tanda awal aku telah mula dipinggirkan secara perlahan-lahan akibat mengisi kajian profiling meminta bertukar keluar tu????? Adakah ini juga tandanya aku tak disukai oleh bos besar (benda ni dah rasa sejak hari pertama lagi...)?????
Takpa la, tak bagi pergi, aku duduk je lah kat ofis. Jaga ofis. Aku pun bukannya teringin sangat nak pergi. Cuma, rasa tak seronok la, kawan-kawan kat sini semua pergi, alih-alih nama kitorang tercicir.....Memang nampak sangat-sangat pelik.
Tapi, siapalah aku kan....ada dan takda, sama je, takda bezanya....Tapi, kalau rasa-rasa tak berkenan dekat aku..tukar kan je lah aku keluar...Tu yang aku tunggu-tunggu tu....Aku ready je...
Takpa lah, sukahati la kalau tak suka kat aku. Janji apa keje yang bos aku bagi, atau bos sikit besar bagi, aku buat je lah sebaik mungkin. Aku yang menurut perintah....
bos dengki la tu.. takut diri dia tergugat.. hehehe
ReplyDelete