Hari ni adalah hari yang istimewa buat belahan jiwa ku ni, en Asrul aka papa Nurin hana....Tarikh keramat yang menyaksikan kelahiran seorang bayi lelaki aka anak sulung keluarga yang secara automatiknya menjadi harapan keluarga.
anak cik mori masa kecik, 'dak asrul...
17 Disember, bermakna bertambah setahun lagi usianya.
En Asrul slalu eksyen muda dari aku....sedangkan kitorang sebaya sebenarnya, cuma aku lahir awal tahun, en asrul hujung tahun.. :-P. Eleh..eksyen la tu...
si jejaka yang buatkan aku angau tak tido malam satu ketika dulu..hah..ahha...Sekarang tak payah nak angau dah..dah ada depan mata setiap masa.. |
kejayaan yang membanggakan keluarga
Cepat masa berlalu kan..pejam celik pejam celik...dah 35 tahun. Dalam tempoh tu, banyak perubahan berlaku. Dulu bujang, sekarang dah kahwin. Dulu kita berdua je, sekarang dah dimeriahkan dengan kahadiran budak comel tu, Nurin hana. Lepas ni, mana tau, kot Nurin hana dapat adik pulak ke???? *wink. wink*
Buat lelaki kesayanganku dan Nurin hana ni, SELAMAT HARI JADI....HAPPY BIRTHDAY...... We love u......
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, terus sukses dalam kerjaya dan kehidupan serta beroleh kebahagiaan berpanjangan. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment