Monday 27 March 2023

Tahniah Dapat Sekolah Asrama

Assalamualaikum.

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya ke MRSM/SBP/SMKA aka sekolah asrama. 
Minggu lepas dan minggu ni memang minggu yang agak sibuk buat mak pak, minggu pendaftaran anak-anak ke sekolah tu.

Ramai je, dah terima tawaran MRSM, lepas tu dapat pulak tawaran SBP/SMKA.
Hati berbelah bahagi, tak tau nak pilih mana.   
Tanyalah anak, mana yang dia nak pergi.
Kita salurkanlah kepada anak-anak maklumat mengenai sekolah-sekolah tersebut, pro dan cons nya.
Yang penting anak tu yang nak duduk di asrama.
Janganlah demi hasrat zaman dulu kala mak pak yang tak kesampaian yakni cita-cita nak masuk sekolah asrama tapi tak dapat, sudahnya kita lampiaskan pada anak pulak.
Biarlah anak tu masuk dengan rela hati. Lebih mudah urusan kehidupan seterusnya nanti di sana.

Untuk anak-anak yang tidak berjaya, masih ada peluang. 
Mak pak buatlah rayuan dan rayuan. 
Sekiranya memang bersungguh-sungguh nak belajar di sana, buatlah rayuan. 
In sha Allah, jika ada rezeki, tak ke mana. 
Proses rayuan tu ada beberapa kali, cubalah sehingga habis segala ruang dan peluang yang diberi. Teruskan buat rayuan, usah putus asa.

Anak-anak yang dah berjaya dapat tawaran tu, buatlah persiapan. 
Paling penting, adalah persiapan fizikal dan mental. 
Bukan material semata-mata (beli baju sekolah, peralatan etc).
Wahai mak pak persiapkanlah anak-anak secukupnya dari segi fizikal dan mental tu. 
Akak sendiri masih mentah dari segi pengalaman duduk asrama, baharu 4 tahun, tapi percayalah, sekiranya anak-anak kuat fizikal dan mentalnya, in sha Allah lebih mudah nanti.

Dan terpaling penting, mak pak sendiri kenalah bersedia "melepaskan" anak itu. 
Mak pak sendiri kena kuat. 
Iyalah, 12 tahun di depan mata, sentiasa di bawah ketiak, tiba-tiba berjauhan. 
Kalau mak pak sendiri tak kuat, bagaimana nak salurkan kekuatan dan positif tu pada anak?
Homesick itu biasa. 
Awal-awal anak-anak akan selalu hubungi mak pak, kadang-kadang dengan tangisnya, ada yang merayu untuk balik. 
Kita sapulah air mata mereka dari jauh, sematkanlah azimat nasihat, tanamkan keyakinan dalam diri mereka. Jangan pula kita hanyut sama 😅.
Hantarlah positif vibe kepada anak-anak.

In sha Allah, anak-anak akan terjaga dengan baik di sana. Kita titipkan doa yang baik-baik untuk anak kita selalu, moga dipermudahkan segala urusan di sana dan sentiasa dalam lindungan-NYA.

#makanaksatupengarangjantungintanpayung
#demimasadepanmaklepaskandudukasrama