Wednesday 13 April 2011

Makan-Makan Session Lab Members @ Sari Ratu Kelana Jaya


Setelah 6 minggu dalam Lab, akhirnya tiba juga ke penghujungnya. So, untuk meraikan penat lelah kitorang selama 6 minggu tu, Lab aku telah pergi horey-horey dengan makan-makan session. 

Tempat pilihan, di Sari Ratu, Kelana Jaya. Salah seorang kawan Lab, pn najihah yang arrange semuanya. Tau-tau je, makan bila sampai kat restoran tu. Thanks pn najihah, bersungguh-sungguh merealisasikan makan-makan session ni supaya sukses, sampaikan kami rasa bagaikan makan di rumah pn najihah pulak..heh..heh...
Seawal jam 11 pagi, kami dah bergerak ke sana. Taklah jauh mana, sejengkal je pun. Semua dah sampai, kecuali beberapa orang lagi, dr zul, en zamani, en saiful, en kamarul. Padahal, diorang antara yang terawal bertolak. Dah lama tunggu, baru nampak batang hidung masing-masing. Diorang salah tempat rupanya...heh..heh....

Kitorang booking 7 meja, dan setiap meja ada set makanan sendiri. Banyak jugak menu yang pn najihah dah order. Memang nyummy......
 fresh orange yang menyegarkan...
rupa kuah macam kari, rasanya lebih kurang, tapi bukan.... ni gulai kepala ikan masak asam pedas. kuah memang sikit, terpaksa bercatu kitorang makan. tapi, rasa memang superb...
Udang sambal. Siap ada petai..lpas makan, mulut semua bau petai...aku tak makan petai tapi sambalnya sangat terasa kepetaiannya..
ni namanya Gado-gado. macam pecal. ada taugeh, kangkung, kacang panjang, keropok dan kuah kacang
Ayam kampung goreng special (bambu). serbuk dia tu sedap
Ikan nila goreng. aku sangat suka makanan ni. ikan goreng je, tapi, sangat-sangat sedap dan crunchy. presentation pun menarik kan...
 ni la yang dinamakan keropok kulit kerbau. camna nak describe rasanya ek...err..macam keropok biasa cuma agak tawar
agak-agak apa ni? dipotong kecil-kecil, bagi mudahkan untuk makan.
kalau nak tau, ni adalah belud belado. serius...tak nampak macam belud langsung. Kalau aku tak tau tu belud, sah-sah aku makan punya. nasib baik aku tak makan belud
 cendol
 ice ream tapai pulut

Kesimpulannya, memang sedap, sampaikan memula tu aku makan pakai sudu, lepas tu terus pakai tangan...fuhh...barulah terasa nikmat sebenar...


So, selamat tinggal akademi MAS. Selamat tinggal Lab. Buat kawan-kawan se Lab, siapa sangkakan, dari tak kenal kita jadi rapat dan boleh bergurau senda. Selamat kembali ke alam pekerjaan masing-masing kat ofis. Semoga kita bertemu di lain masa, di lain ketika. Sudah tentu perkataan ini akan sentiasa kekal dalam ingatan kita semua, "Frankly speaking, i hate u, from day one." Ungkapan dari mulut en jalil...heh...heh...


p/s: masa mengandung Nurin hana dulu, ada teringin nak makan sari ratu, tapi asyik tertangguh je. Akhirnya, merasa jugak...)

Tuesday 12 April 2011

Meraikan Hari Jadi Yang Tersayang

Apa lagi yang seronok dan membahagiakan, kalau tak menghabiskan masa bersama yang tersayang terutama di hari istimewanya. Tentunya, ia suatu yang selalunya indah untuk dikenang di kemudian hari.

Atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, tahun ni, perancangan untuk menyambut hari istimewa Nurin hana sepertimana tahun-tahun sebelumnya, tidak menjadi. Namun, sambutan bersama ibu dan papa tetap ada, sebagai tanda kasih sayang dan menghargai serta meraikan hari istimewanya.

So, hari tu dipenuhi dengan aktiviti daripada pagi sampailah malam. Mula-mula, bawak Nurin hana pergi aquaria dulu. Ni adalah pertama kali kami bertiga menjejakkan kaki ke sini. Bukan main jauh nak berjalan kaki dari klcc ke aquaria. Di sepanjang-panjang jalan tu, Nurin hana bertanya, mana fish, kata nak tengok fish... Dah tak sabar la tu...

Dan nampaknya, Nurin hana memang enjoy pergi sana. Terutama bila tengok ikan-ikan yang besar tu. Ikan-ikan kecil ni dia tak minat sangat. 
 
  

(Tapi, gambar-gambar dalam aquaria tu gelap, sebab tak dibenarkan guna flash kamera. So, semua gambar dalam tu, malap je...)

Bila melihat Nurin hana gembira, dah tentu ibu dan papanya pun gembira. 

Setelah menghabiskan masa dalam 2-3 jam dalam tu, destinasi seterusnya adalah menonton wayang. Sekarang ni tengah berputar cerita Rio. Cerita ni memang enjoy, sesuai untuk kanak-kanak. Hari tu makan mcd so dapat complimentary tiket for children untuk cerita Rio ni. So, beli dua tiket dewasa dapat tiket kanak-kanak satu secara percuma. Buat julung kalinya juga, pergi menonton wayang dengan tiga seat. Biasanya beli tiket dewasa dua je, lepas tu Nurin hana duduk atas riba kitorang (biasanya, riba papa la...). So, kali ni Nurin hana dapat seat sendiri. Tapi, sekejap je bertahan duduk situ. Akhirnya duduk atas riba papa jugak....

Selesai dua aktiviti, seperti biasa pastinya diakhiri dengan makan besar session. Dan tempatnya dah tentu di bagan lalang. Sangat sesuai untuk makan-makan seafood dengan gembira tanpa bimbang belanja yang mahal. 

Tapi, nampaknya kat sini, ibu dan papa je happy (makan sedap, mana tak happy nya...), Nurin hana agak kebosanan. Takda selera nak makan. Makan lebih kurang je, tu pun nasi dengan kuah sup je. Taknak lauk, walaupun papa dah order macam-macam. Tu pun Nurin hana makan sebab janji dengannya kalau makan banyak, nanti boleh beli pistol belon sabun lepas makan. Nurin hana nampak budak-budak lain main, tu yang dia minta. Kitorang pun apalagi, buat perjanjianlah, kena makan dulu, baru boleh beli... Nasib baik jugak berjaya.   
On the way balik rumah lepas tu, tanya Nurin hana, samada dia happy tak? Katanya happy.... Aku tak pastilah adakah Nurin hana benar-benar faham happy tu macamana... Apapun, berdasarkan gerak badan, memang dia nampak happy....

Monday 11 April 2011

Berjalan-jalan di klia di hujung minggu

Pagi ni pergi ofis dengan kaki yang sakit. Tapak kaki, pergelangan kaki, semua sakit. Ni gara-gara semalam berjalan ke sana sini, ke hulu ke hilir kat klia. Inilah yang dinamakan tuntutan kerja.

Eh, aku dah tukar kerja kat klia ke? Atau buat part time? Hah.hhah..,..takda maknanya nak ber part time atau berhenti kerja. Aku bertugas menyambut delegasi luar sampai kat klia. Sebagai courtesy pada mereka. Alah..yang orang panggil lo (liason officer) tu...

So, seawal 11.30 pagi aku dan teman-teman sepetugasan dah berada di klia. Dengan blazer hitam, slack hitam (aku ngelat, pakai jeans hitam....tak suka pakai slack). Huii...sebijik macam orang kerja airport sampaikan banyak kali kena jadi kaunter pertanyaan. Passengers salah sangka, ingat kitorang ni orang airport. Layan je lah...

Bila flight dah mula sampai, masing-masing tak memang kaki berjalan ke sana sini. Dari gate sana ke gate sini. Pastu dari main terminal ke satelit terminal. Bukan senang nak 'tangkap' delegasi yang sampai tu. Yelah, kita bukannya kenal pun diorang tu. Sekadar mempamerkan tanda pengenalan untuk kenalpasti siapakah delegasi tu.

Beberapa kali jugaklah, terlepas delegasi dari beberapa negara. Sampai-sampai je kat gate yang dikatakan delegasi akan keluar dari situ, tengok-tengok dah takda orang pun. Rupa-rupanya flight awal. Takpun, kita tunggu gate sini, diorang keluar kat gate lain. Kelam kabut juga dibuatnya. Bukan apa, diorang kena naik flight domestik pulak ke langkawi. Karang takut ada masalah pulak. Tapi, nasib baik semuanya berjalan lancar. Mana-mana delegasi yang yang tak dapat di'tangkap', akhirnya ditemui di gate menunggu ke langkawi. Nasib  baik takda yang hilang..fuhhh...kalau tak, teruk kena menjawab kat bos besar nanti...

Dalam masa bertugas tu, sempatlah jugak mata menjeling-jeling kedai bebas cukai kat terminal satelit. Alamak...bestnya....Kawan aku kata, terminal satelit lagi happening. Dalam duk jeling menjeling tu, sempatlah sambar lipstik kat situ... Alang-alang dah sampai kan... Opss...semua aktiviti luar tugas tu dilakukan selepas selesai tugas menyambut delegasi terakhir ye.....

Ada masa senggang dalam dua jam setengah sebelum nak pastikan semua delegasi terakhir ke langkawi selamat berada di gate menunggu ke sana. Berkira-kira jugak nak sambar kasut kerja ke, hand bag ke, tapi mengenangkan dua jam setengah lagi nak kena pergi bye bye delegasi semua tu tadi, hajat tu terpendam je lah. Ye lah, kalau beli, kat mana pulak nak disorok bungkusan tu, lepas tu nak diusung sama berjumpa delegasi tadi. Huii..tak patut...tak patut... Sungguh tak elok di pandangan mata. Kalau lisptik tadi, oklah, boleh simpan dalam beg je. Takpa kasut, takpa hand bag, kalau ada jodoh kita, nanti kita jumpa lagi ye...

Dalam 8 malam baru settle semua dan kitorang semua boleh tarik nafas lega...... Settle satu kerja...

Dan tugas lo ni adalah satu pengalaman baru bagi aku. Thanks dr ane masukkan nama dalam team, walaupun last minute. Penat tapi enjoy sebab bertugas dengan team yang sempoi dan diselia oleh dr ane yang memang best.     

Saturday 9 April 2011

Selamat Hari Lahir Sayang Ibu & Papa, Nurin Farhanah

Wahai anak ibu dan papa, Nurin Farhanah....
Hari ni, genap sudah usiamu 4 tahun. Begitu cepat masa berlalu. Bagaikan baru semalam dilahirkan dan mendengar tangisan pertamamu....

Masih terkenang lagi saat pertama kali dirimu belajar meniarap, belajar menyusur, belajar merangkak, belajar berjalan, belajar bercakap. Masih terasa lagi saat dirimu berada dalam pelukan ibu waktu menyusukanmu. Tetap terasa hangatnya pelukan dan ciumanmu pada ibu dan papa. Semua itu adalah kenangan terindah dalam hidup ibu dan papa. Kehadiranmu nyata membahagiakan dan menceriakan hidup ibu dan papa.

 umur 1 hari, sejurus selepas dilahirkan. masih kelihatan darah
umur 1 hari. selepas dibersihkan
 1 bulan
1 tahun
2 tahun
 3 tahun
 4 tahun

Selamat Hari Lahir buat buah hati pengarang jantung ibu & papa, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu, sayang... Sesungguhnya, dirimu adalah anugerah terindah yang Tuhan berikan pada ibu dan papa. We love you...

Sunday 3 April 2011

Temasya Sukan Generasi 2011

Pagi ni Nurin hana tetap kena bangun awal pagi sebab ada temasya sukan tadikanya jam 9. Dua tiga hari sebelum ni Nurin hana demam panas dan batuk. Mula-mula tu risau jugak, sempat ke sembuh sebelum hari temasya sukan ni. Kesian kat dia, memang semangat nak pergi sukan tu. Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik, demamnya pun dah kebah. Pagi ni bila ditanya sama ada nak pergi sukan atau tak, Nurin hana semangat sekali. Katanya dah baik demam. 

Kami keluar awal sikit supaya sempat breakfast dulu. Pekena mee goreng mamak, dan Nurin hana pilih roti canai. Dah kenyang perut, baru ada tenaga nak bersukan..kan...

Lepas pendaftaran, masuk dewan, mak aii....hingar bingarnya...Budak-budak menangis. Sana menangis, sini menangis. Biasalah, kalau ada ibu bapa kat tepi, automatik budak-budak ni akan jadi lemah gemalai dan nak berkepit je. Mujur, anak aku tak masuk dalam list...Heh..heh...Good girl, Nurin hana.... 

Jenuh jugak cikgu-cikgu tu cuba kawal keadaan, pujuk budak-budak yang menangis tu. Aku rasa ibu bapa lepas serahkan anak-anak tu pada cikgu, tinggalkan jelah diorang kat situ. Taulah cikgu tu nak kawal camna. Tak perlu mundar mandir dekat-dekat situ. Elok-elok dah slow down sikit menangis tu, bila nampak je ibu bapa, mesti menangis baliklah jawabnya....

Sukan mula lewat sikit dari jadual. Yelah, dah kata jam 9 mula, masa tu lah ibu bapa baru sampai, nak daftar bagai, lepas tu nak bagi keadaan tenang sikit. Camana nak bersukan kalau ada yang meraung-raung lagi, bergayut kat lengan mak pak tak nak lepas. Biar lambat, asal keadaan semua terkawal... 

Seperti tahun lepas, ada pelbagai aktiviti sukan, bermula dari bayi sampailah umur 6 tahun, jugak ada aktiviti untuk ibu bapa dan cikgu-cikgu. Nurin hana masuk acara lari bawa gelung. Jugak, acara beragam menggunakan barangan terpakai. Memang fun tengok anak-anak kecil ni bersukan, macam-macam telatah. Gelihati pun ada...
bilo la nak sotat ni...bosan bona den nunggu ni...
alamak, putus pulak selempang ni, baru nk pose vogue. ni acara perbarisan
apalah dibuatnya budak-budak ni...heh..heh..sebenarnya, ni adalah salah satu aktiviti pertandingan menggunakan barangan terpakai. So, aku rasa tu adalah tempat main golf sebab Nurin hana bila ditanya, katanya golfing
tengah raba bola yang jatuh dalam lubang. Nurin hana jadi golf player
 yes..my girl..lari...lari.... sungguh patuh pada peraturan..betul-betul lari pusing setiap kerusi tu..
 i'm the winner....yahooo....
teman sepertadikaan dan sepermainan

Masuk medal ni, dah ada tiga koleksi Nurin hana. Tiap tahun kumpul 1 medal. Tahun depan, masuk sukan lagi ye...