Tuesday 30 November 2010

KONSERT PERTAMA NURIN HANA

Teruja dengan tajuk di atas?

Ya....lil’ princess punya konsert pertama. Aku dan en asrul memang sangat-sangat teruja dan tak sabar menanti hari tersebut. Semenjak diwar-warkan oleh cikgunya.

Sebelum ni, tengok anak orang atas stage, so sekarang ni anak sendiri pulak. Huiii..mau tak teruja. Nurin hana pun dah tunjuk demo shownya...

Heh..heh..korang jangan ingat pulak Nurin hana dah jadi artis pulak. Takda maknanya. Ni konsert sekolahnya la, Generasi Educare iaitu Majlis Graduasi dan Apresiasi 2010. Dan Nurin Hana terlibat dalam salah satu persembahan untuk anak-anak 3 tahun. Ni merupakan salah satu pendedahan awal supaya berani duduk kat depan dan lebih berkeyakinan. 


Hari tu, memang comel la anak dara ibu dan papa ni. Dengan gaun pink dan cekak rambut pink jugak, bukan main lagi. Tapi....heh..heh...tarian semua anak-anak tu tak begitu menjadi...Apa yang di demo dan masa rehearsal tu, jadi lain...Turutan tarian dah lari......Tapi, takpa, semua comel-comel kat atas tu....Lupa nak bagitau, anak-anak tu mempersembahkan tarian ABC. Nurin Hana memegang huruf J.

Tu dia...Nurin hana, pegang huruf "J" sebelah "I" 
 ewahh....turn Nurin hana membuat circle di depan. kasutnya besar sikit, so bila melangkah, nampak pelik.
 heh..heh..macam-macam gaya ada...
 yeaayyy....dah abih...

Dan rupanya..........ada kejutan di majlis tu....

Nurin hana telah dapat anugerah tempat ke-3 untuk kelas 3 yellow. Wahhh....sayang ibu.....Tahniah sayang....Ibu dan papa memang bangga sangat dengan Nurin hana. Dan sejak itu, piala anugerah tu akan dikelek merata-rata dan juga dijadikan sebagai cermin untuk tengok wajahnya....(ada bahagian kat piala tu yang macam cermin..).
 kebanggaan ibu..
dan tentu, kebanggan papa jugak..
sedang bersiap sedia selongkar beg kertas depan tu...nak tengok apa yang menarik.
 yeaaa.......sayalah juara....

Saturday 27 November 2010

LEPAK-LEPAK @ SECRET RECIPE

Hari tu sempat berdating berdua dengan en asrul...
Nurin hana tak ikut. Sibuk main dengan sepupu-sepupunya kat rumah MIL.
Sebenarnya tujuan utama kitorang keluar nak settle kan hal-hal bank Nurin hana.
Dah settle semua, ke sini la destinasi kitorang melepak. Menikmati kek yang lazat... tapi hati tetap teringat kat budak kecik tu...
 blueberry cheese. sebenarnya, aku suka macam-macam kek kat secret recipe ni. so, tiap kali datang, makan yang lain-lain pulak.
 my darling punya favourite, NY cheese
hah...berbaloi-baloi promosi ni. Dengan pembelian sepotong kek, dapat kopi @ teh free. Jimat..memang jimat..hahh..hah...

Friday 26 November 2010

SELAMAT HARI JADI ABAH

SELAMAT HARI JADI ABAH.

Tanggal 10 November 1952, lahirlah putera sulung kepada pasangan en mat wazir dan pn nei (opah aku Melayu ye. jangan tanya aku apsal nama opah aku camni....orang dolu-dolu...).

Diberi nama rosni (aku lupa lak nak tanya opah aku macam mana dapat ilham bubuh nama tu...nama yang boleh diguna oleh lelaki dan perempuan adanya...)

Difahamkan berdasarkan penceritaan yang selalu aku dengar masa kecik-kecik dulu, abah dibesarkan oleh atuknya yakni moyang aku la..en badar, kalau tak salah namanya. Ni mesti manja terlebih ni..hahh..hah...hah..

Sebagai anak sulung kepada ramai adik-beradik, abah aku memang garang. Serius...memang garang. Jangan tak tau, dulu-dulu kitorang adik-beradik, masuk senja je semua dah ada kat rumah. Takda la nak ronda-ronda malam ke.

Abah memang strict fasal belajar ni. Aku sebagai anak sulung la paling terkena penangannya. Belajar adalah keutamaan utama. Tu fasal la, aku tak pandai masak..hah..hah..hah...Asyik ngadap buku je...

Aku kalau dengar budak-budak pandai baca sebelum masuk darjah satu, aku takda la hairan mana. Aku pun dah boleh membaca sebelum masuk darjah 1. Hahh..haha...macam pandai je kan.... Ni semua berkat ajaran abah. Hari-hari baca A, B, C, hafal sifir... Tapi, A,B,C memang kacang nak hafal. Sifir sampai skarang, lemau...hahah..hah...

Adik-adik aku untung la, terutama yang bongsu, takda kena macam aku. Tapi, see....aku jadi ORANG sekarang ni....Bak kata pepatah, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian...

So, selamat hari jadi abah. Tahun ni birthday man takda di sini. Mengerjakan haji dengan mak di mekah. Kiranya hadiah harijadi la tu..Semoga beroleh haji yang mabrur. 
 abah dengan mak sebelum check-in kat kelana jaya


AIDILADHA YANG LALU (part II)

 dah namanya raya, maka wajib la ada sesi bergambar-gambar ni...Ni gambar kitorang dengan MIL aku, iaitu mak kepada en asrul merangkap nenek kepada nurin hana. Masa ni kitorang je yang ada kat rumah. Adik-adik ipar aku yang lain takda. Beraya rumah mertua masing-masing. Err..apsal en asrul kaler oren, aku dan nurin hana kuning? bukankah patutnya sedondon......ni kes recycle baju yang ada je...
 TQ kepada pro photographer, nurin hana....lepas ni ada chance la ibu dengan papa ambik gambar jiwang-jiwang lagik....
 sorang sibuk tengok tv...sorang lagi duk tengok nokia papa...
anak dan ibu. Yang, pas ni bolehlah frame besar-besar gambar ni..heh..heh...

Monday 22 November 2010

AIDILADHA YANG LALU (part I)

Tahun ni pertama kalinya, kitorang adik beradik beraya tanpa mak dan abah...huh..huh..sedih...

Mak dan abah beraya kat Mekah sana. Tengah syok kita makan ketupat, lemang, rendang dan macam-macam lagik, mak dan abah tengah kusyuk menunaikan haji kat sana.

Walaupun, mak dan abah takda, alhamdulillah, dapur mak berasap jugak dengan rendang dan ketupat.

Aku dimaklumkan adik ipar aku, Ju telah sudi menyinsing lengan masak rendang untuk raya. Adik aku, Choi pulak rebus ketupat. Terharu aku.... 

Terima kasih daun keladi Ju dan Choi sebab jadi chef masak hidangan tu. At least, rasalah jugak suasana raya kat rumah tu.

Terima kasih jugak kat Epul, Asma, Cain, Ijat sebab tolong merealisasikan suasana raya kat rumah tu.

Kemana pulak perginya aku? Aku raya rumah mak mertua la tahun ni. Petang raya baru aku ke sana. So, contribution aku dalam bentuk makan la....heh...heh...   

HARI KEMAS MEJA

Hari tu ada lawatan atau lebih tepat lagi pemeriksaan oleh penilai untuk anugerah persekitaran berkualiti.


So, ni kali ke-2 aku mengemas meja dan bilik dengan gigihnya dalam tempoh satu bulan. Huh..! Apa ke semak benar meja ni...


Sebelum ni dah clear dah meja untuk pemeriksaan sebelum ni. Biasalah, sepah semula, bukan sepah apa, penuh fail, folder, kertas-kertas atas meja. Tak retilah buat keje kalau meja kosong je..Rasa macam tak buat keje pulak.....

Bos pun kalau tengok meja sepah, mesti kata, rajinnya anak buah aku buat keje, sebab banyak betul bahan rujukannya....hah..hah...


Paling syahdu, hari tu, PP aku bila masuk bilik, siap terkejut lagik tengok keadaan bilik aku dan bagitau, bilik aku nampak lain, meja kemas gila...Heh..heh..kembang semangkuk aku. Kali ni je la vin, u tengok meja i kemas....heh.heh. Lepas ni sepah balik...


Pada masa yang sama, terlintas di kepala, teruk benarkah meja aku sebelum ni???? hahhh..hah...hahhh...

Wednesday 3 November 2010

RESHUFFLE? CUTI?

Hmmm...khabar-khabar dari atas yang dibawa dek angin lalu, bakal ada reshuffle kat bpp. Melibatkan 52 dan 41.

Alkisahnya, disebabkan ada 2 orang kat sini dinaikkan pangkat.

Salah sorang tu berjaya memboloskan diri dari sini. Sorang lagi terpaksalah terus menahan rasa di sini. Nak tukar dalam pun tak boleh. Noi, di tempat baru nanti, ingat-ingatlah diriku nanti ye....huh..huh...Tapi akan ku usahakan menuruti jejak langkahmu nanti...

So, kat mana aku nanti ek???adakah kekal di seksyen yang sama dan disandarkan jawatan ke post seksyen lain yang sememangnya kosong?

Atau ditukar ke seksyen yang sememangnya ada kosong gred tu? atau ambil alih post geng yang lain? Segala mungkin....kena tunggu je lah..

Pada masa yang sama, aku pun tak sabar nak habiskan tempoh ‘berkurung’ aku, selama 28 hari tu.

Akan tamat pada 15 nov ni...yahoo...boleh cootiii....Nasib baik sempat sebelum raya aidiladha. bolehlah aku sambung cuti lagi lepas tu...

Sebenarnya, berapa kali dah aku terpaksa pujuk hati dan minda ni......sabor....kita tak boleh coti..Tak lama je lagi.

Memang biasa, sampai satu-satu tempoh tertentu, otak akan bagi signal ‘COTI..COTI..’. Dah keluar signal tu, maknanya kena cepat-cepatlah apply coti.

Cuma kondisi sekarang tak membolehkan kemahuan tu dituruti. Takpa..takpa...sikit hari je lagi.....