Tuesday, 30 November 2010

KONSERT PERTAMA NURIN HANA

Teruja dengan tajuk di atas?

Ya....lil’ princess punya konsert pertama. Aku dan en asrul memang sangat-sangat teruja dan tak sabar menanti hari tersebut. Semenjak diwar-warkan oleh cikgunya.

Sebelum ni, tengok anak orang atas stage, so sekarang ni anak sendiri pulak. Huiii..mau tak teruja. Nurin hana pun dah tunjuk demo shownya...

Heh..heh..korang jangan ingat pulak Nurin hana dah jadi artis pulak. Takda maknanya. Ni konsert sekolahnya la, Generasi Educare iaitu Majlis Graduasi dan Apresiasi 2010. Dan Nurin Hana terlibat dalam salah satu persembahan untuk anak-anak 3 tahun. Ni merupakan salah satu pendedahan awal supaya berani duduk kat depan dan lebih berkeyakinan. 


Hari tu, memang comel la anak dara ibu dan papa ni. Dengan gaun pink dan cekak rambut pink jugak, bukan main lagi. Tapi....heh..heh...tarian semua anak-anak tu tak begitu menjadi...Apa yang di demo dan masa rehearsal tu, jadi lain...Turutan tarian dah lari......Tapi, takpa, semua comel-comel kat atas tu....Lupa nak bagitau, anak-anak tu mempersembahkan tarian ABC. Nurin Hana memegang huruf J.

Tu dia...Nurin hana, pegang huruf "J" sebelah "I" 
 ewahh....turn Nurin hana membuat circle di depan. kasutnya besar sikit, so bila melangkah, nampak pelik.
 heh..heh..macam-macam gaya ada...
 yeaayyy....dah abih...

Dan rupanya..........ada kejutan di majlis tu....

Nurin hana telah dapat anugerah tempat ke-3 untuk kelas 3 yellow. Wahhh....sayang ibu.....Tahniah sayang....Ibu dan papa memang bangga sangat dengan Nurin hana. Dan sejak itu, piala anugerah tu akan dikelek merata-rata dan juga dijadikan sebagai cermin untuk tengok wajahnya....(ada bahagian kat piala tu yang macam cermin..).
 kebanggaan ibu..
dan tentu, kebanggan papa jugak..
sedang bersiap sedia selongkar beg kertas depan tu...nak tengok apa yang menarik.
 yeaaa.......sayalah juara....

No comments:

Post a Comment