Friday 27 March 2009

10 perkara wanita benci

Nie article aku baca dlm kosmo hari nie. Menarik untuk dikongsi bersama................

10 perkara wanita benci

Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita.

KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka 'cuci mata'

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

"credit to Kosmo"

Thursday 26 March 2009

pening

pening betul kepala aku buat assignment It 4 Managers nie...huh..huh...
apsal ler kena ambik subjek nie...subjek wajib tu..
kengkadang aku merasakan aku bakal menjadi IT manager plak bila buat assignment2 tu. takder background IT, bila kena buat assignment tentang tu, memang blurr banyak ler...
tapi, mau atau tidak, rela atau tidak, kena ler buat jugak...
agaknyer ler, abih sem nie kiranyer boleh ler aku apply kerje as IT manager kot..heh..heh...

Sunday 22 March 2009

oh rumah kita


fuhh..lama betoi tak update blog nie. tah ler, rasa malas skit lak. ari nie baru rasa ada mood...
ari nie me, en hubby & ms farhanah gi rumah kitorang kat kajang sana. kitorang ada beli rumah kat sana, tapi dah almost 3 years umur rumah tu tak pernah pun kitorang duduk. kecintaan lebih pada kuarters lagik, heh..heh...so, we'll decided untuk sewakan jer ler. sayang sebenarnyer, maklum ler tak pernah duduk kat rumah tu lagik, tapi apa kan daya, takkan nak biar kosong jer. karang rosak gitu jer. baik sewa kat orang, at least ada gak orang jaga (kalau tenant yang baik la...), bulan2 pun ada income masuk. kurang ler skit kitorang nak bayar bulan2 rumah tu.
so, memandangkan dah ada tenant nak masuk (lepas few tapisan, kitorang pilih yang nie ler...harap2 ok la..), ari nie kitorang mop2 skit rumah. actually, rumah tu kitorang dah basuh tapi dah berabuk balik. almaklum ler, kosong kan...
my hubby kata, dia nak rumah tu bersih masa tenant masuk, so bila depa kluar nanti, rumah tu mesti bersih sebagaimana masa depa masuk. kalau tak, potong deposit, heh..heh...
tenant akan masuk awal april nie..."korang duduk ler rumah kitorang tu bebaik ye...toksah ler korang hancurkan rumah tu pulak..."(sedih.. ).

p/s: nampak ker lalang depan tu...sebalik pagar tu? dah bubuh racun ari tu, tengok2 pastu lalang yang tumbuh subur plak. ari nie hubby tebas smua dah..bersih..
ari nie, tidak dapat mendatangkan diri ker kelas...tapi dah mintak zu belajo betul2 nanti kena jadik cikgu plak kat aku nie dgn hani skali..heh..heh.. :-)


Thursday 12 March 2009

PROMO TUPPERWARE

Are you a Tupperware lover? Details of the products, please log on to http://www.tupperware.com.my/product_range.php. Drop me a comment If you interested.

@ .............

Do you want to enjoy a certain amount of discount off retail price on all Tupperware products?

If your answer is YES! YES! and YES! then come and join Tupperware today! All you need is a Starter Kit that cost only RM60.

Started Kit consist of

1. 1 Kit Bag

2. Tupperware Business Opportunity Presentation DVD

3. Tupperware Business Opportunity of Choice Guide Books

4. FREE: Tupperware Modular Mates Oval II (1 set) + Modular Mates Round II (2 sets) [Worth RM47.10] you get more than half your $$ back!

5. Others (order, product, membership list, calendar)

By becoming a Tupperware member aka consultant, you’re entitled to purchase all Tupperware products at a discounted price (except nett price item).

if you’re interested to earn some money from Tupperware, then all you can do is to invite 2 other friends to join Tupperware. You’ll get more discount privilege and commission. But if you’re not interested, then it doesn’t matter.

* You must purchase at least 1 Tupperware product when joining Tupperware.

Drop me a comment if you’re interested to know more (purchase/membership)

geram di pagi hari

dah lama gak tak update blog nie. sibuk dgn assignment, pastu baru balik holiday lagik. we will story about the holiday later.
pagi nie aku geram betoi la..mcm biasa, aku hantar Farhanah ke school. time aku hantar biasanya pintu memang dah tutup. sampai je situ, aku pun bagi la salam kat tingkap yang memang terbukak tu. aku nampak ada cikgu sorang tengah duduk membelakangi tingkap, makan rasanya. tak der ler jauh pun tempat duduknyer dengan tingkap tu. satu salam. tak der respon. salam lagik. sama gak. salam lagik. kata ler memula tu terslow suara aku nie, so for the second one and the rest mesti ler lagik keras suara kan..pun sama, tak der respon. aku pun dah rasa angin semacam. so, nak bagi relaks sikit, aku pun ajak Farhanah duduk kat tebing batu depan tu. macam relak2 kat shopping complex plak. duduk2 situ about 5 minutes, finally, aku bukak grill dan ketuk terus pintu. hah...baru ler menjelma cikgunyer. berulang kali la dia mintak maaf coz' tak dgr tadi. aku tanya la gak, tak dengar ker aku dah bagi salam banyak kali, heh..heh.. saja jer...
bukan apa, next time be alert la skit. kalau kita ada urgency kena hantar cepat, kan problem tu. i don't mind kalau dia memang duduk jauh. tapi, memang dekat giler ler tingkap dgn tempat duduk dia tu. maybe ada masalah sound skit kot...heh..heh..
aku tak ler marah, cuma geram jer....

Thursday 5 March 2009

kenyangnyer...

burrpp...alhamdulillah..sendawa kekenyangan....
tengahari nie makan mcm tak ingat dunia dah..
abih aku balun nasik lemak sebungkus, roti canai dua..mak aii..macam tak makan setahun...padahal this morning dah balun sebungkus nasik lemak..
hari2 camni, mau tembun badan aku. dah ler duduk rumah jer (tak keje....cooti setahun setengah..tapi dapat gaji..heh..heh...bahagianyer idup..) :-) . En hubby, jeles tu... :-)
tapi, tak per ler, bukan slalu makan camtu. ari ni jer, berselera plak...
hhmm..nak masak apa ek karang???sup bebola pun sodap nie...

Monday 2 March 2009

haPpY aNNiVErsArY..

1 MAC..., hari nie , pada TARIKH nie, beberapa TAHUN lalu yakni 2002...petang JUMAAT..sah ler ME & MR ASRUL bergelar husband and wife!!! ooiii...jadi MRS ASRUL...:-)
SAPA SANGKAKAN! dari kawan2 sepasaraya (we all sama2 keje pasaraya masa tunggu result SPM), berterusan jadi kawan sepenulisan (zaman belajar kat U dulu, we all rajin tulis surat..), habih belajo, tup2 jadi COUPLE lak. pastu, terus kawin. tu ler JODOH namanyer...!!!SAPA SANGKAKAN, dulu sama2 darjah 5 raya (S.K.AMPANG), masing2 tak kenal malah tak ingat pun pernah sekalas, alih2 jadi suami aku la...:-)

HaPpY aNnIvErSaRy SaYaNg...untuk kita..MoGa TeRus BerBAHagia SelAManya, diMURAHkan reZEki daN DIBERkati sLALu oleh YANG MAHA ESA...