Tuesday 31 July 2012

Sorry, no FB @ office.......

(sumber: google)

Aku syak hari ni semua orang kat opis ni sibuk keluar masuk fb... lepaskan segala gian yang ada....... hahahahhaha......

Sebabnya...........................

Esok tak boleh bukak dah.....limited access only.......

Mulai bulan depan, atau lebih khusus lagi esokkkkk...bersamaan dengan 1 ogos 2012, kitorang-kitorang warga jabatan ni tak dibenarkan lagi akses ke fb mulai jam 8.30-1.00 dan 2.00-4.30 petang..........

Waktu lunch hour je boleh (1-2), pastu selepas jam 4.30...... Hehehehhe....Lepas ni pakat reramai duduk depan pc je la lunch hour nanti....

Bulan posa ni, maybe la depa boleh duduk depan pc mengadap fb sebab tak boleh nak makan kannnn...abis posa nanti, takkan taknak makan kottt....ke kenyang dah dengan tengok fb je...???? Hehehhe....tapi bagus jugak..senang aku nak beli makanan kat food court, makanan banyak lagi sebab tak ramai yang turun bawah, , memasing sibuk update fb...hehehheheh....

Elok la jugak tu...kengkadang aku tengok budak-budak ni macam ralit semacam duduk depan fb ni...bos lalu lalang pun boleh tak perasan...kena sergah baru terhegeh-hegeh nak klik kat "x" tu, cubaan nak cover la tuuuuu......macam la kita tak taukannnn....
Nak fb, no hal punya tapi, pastikanlah keje-keje semua jalan..... barulah bos happy pekerja pun happy... tak gituuuu.....

Tapi, arahan ni takda la effect kat sesapa yang ada fb guna 3G kat hp. Still boleh akses sesuka hati. Masih boleh la nak update status masa meeting kalau angin ribut taufan melanda kala tuuu....hehehheee.....

Thursday 26 July 2012

Misi Kek Oren............

Kata orang, bila timbul angin rajin, datang la apa saja...semua bisa ditepis. Inilah yang terjadi petang semalam. Balik dari opis, entah dari mana, tetiba timbul ilham dan pastinya kerajinan yang amatlah tingginya, terus reheat oven. Heheheh...time rajin, memang semangat. Tapi, bila tiba angin lenguh2 tangan dan kaki, mintak maaf je la.......


Apa yang nak dimasak?


Masak kek, ko............untuk bukak posa.... Bukannya rushing nak prepare masak2 untuk berbuka. Kek yang dikerjain kan dulu... Ni kalau mak haji tengok, geleng kepala ni...apake penyakit anak aku ni ....


(Ke, penangan mendengar kabar-kabar sipi dari angin sepoi-sepoi bahasa, rezeki raya suda mariiii..... hehehheh.....
orang gomen semua senyum sampai telinga wehhhh lepas dapat berita baik tu............. Alhamdulillah.......)


Aku saja try kek yang guna blender je. Almaklumla ai ni takda mixer (masih menunggu ehsan pak enche untuk hadiahkan) so try la kek yang boleh guna blender je. Kek blender oren nama diberi. Boleh google kat internet. Banyak resepinya. Pakai buah oren sebab nampak buah oren sunkist masih berbuah meriah dalam fridge, takda sapa teringin nak makan.... Aku selalu terlupa nak makan. Tu yang kengkadang bila tiba-tiba teringat nak makan, tengok-tengok........eh...eh....bekas pun dah takda... T___T. Kesian kannnnn...... Tu pasal tak suka nak simpan-simpan apa-apa makanan yang jauh dari pandangan, nanti terlupa langsung nak makan....


So, berbekalkan resepi yang aku duk google, bermulalah aktiviti basuh-basuh, potong-potong, godek-godek, pastu terus masuk dalam oven. Pastu tarik kerusi duduk menunggu depan oven, bertopangkan dagu......... .....hehehhehehh.......over la tu sampai cam tu sekali...taklah, lepas masuk dalam oven tu, aku buat la kerja lain, sambil jeling-jeling sikit...sikit je...kat oven tu....hehehhehehe....


Tak lama lepas tu, hmmmm.....harumnya bau .........bau oren....!!!


Namun..........................................


Entah di mana silapnya.... Tetiba macam bau hangit... ................


Eh apsal pulak ni.... Timer yang di set belum abis pun lagi... Baru 20-25 minit camtu. Sepatutnya masa bakar antara 40-60 minit. Intai kat pintu, kek dah naik cantik, tapi....ngapa kek tu kat bahagian atas yang naik cantik tu lain macam je kaler nya.....agak gelap gulita di situ....... Macam terlebih bakar pulak kekdahnya kat atas tu. Hairan bin ajaib sungguh....


Tutup suis, aku belek2 oven....... kot la dapat ilham punca masalah tu........... 


Laaaaa......sapa pulak yang tukar setting mode oven ni............. Aku mmg buat oven tu sentiasa dalam mode api atas bawah. Kali ni, mode nya api atas je.......  Aku try cucuk kek kat bhg bawah, tak masak pun lagi.... Atasnya ok cuma kaler tu agak kelam di situ la.....
Hmmm....no wonder la kek tu masak kat bahagian atas je..... Tapi, takkan nak buang je kek tu.......rasa sayang la pulak..... (eh, betul ke, ada effect ke api atas bawah untuk bakar kek???)
So, aku try bakar sekali lagi, pakai api bawah je pulak. Timing sama macam memula tadi......... Cubaan untuk menyelamatkan kek orenku.........Kot la boleh kannnnn.................


Dan, sememangnya rezeki kami, dapatlah jugak kek tu masak atas bawah..... Dapatlah jugak aku merasa air tangan sendiri. Ni warm up ni, nanti pak enche nak belikan mixer......hehehhe......


Gambar? Sorilah...tak sanggup aku aku nak snap.... rupa tak semenggah...tapi rasanya marvelous la kat tekak aku budak baru belajar ni.... Cuma pak enche kata tawar sikit. Aku rasa manis dah tu.... Siap plan nak kurangkan sukatan gula lagi next time kalau angin rajin mai lagi.......

Wednesday 25 July 2012

Salam Ramadhan



Harapan Ramadhan (Raihan)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

(sumber: enche google)

Friday 20 July 2012

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh @ Colmar Tropicale, Berjaya Hills - Part 1

So far, sejak 2 tahun lebih aku di sini, tak pernah miss lagi joint teambuilding bahagian. Memula dulu kat cherating, pastu tahun lepas nilai dan tahun ni lokasi dipilih adalah Colmar Tropicale, Berjaya Hills.... Tempat jatuh lagi dikenang...inikan pulak tempat bercanda di atas bukit........... ^___^ Aku pernah menyumbang keringat (dan airmata...) di Berjaya Hills, so tempat ni memang dekat dengan hati dan jiwa aku... So, bila berpeluang ke sini lagi, rasa dejavu gitu..... ^___^

sunyi sepi bagai dilanggar garuda....hari jumaat...kalau bukan weekdays, memang lengang tempat ni. Boleh main lumba lari dari hujung sini sampai hujung sinun....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tapi.........sebelum kita bersukaria berteambuilding aka pemukiman ni, kena la meeting dulu. Meeting SKT separuh penggal... semua cuak je nak masuk meeting ni... pasal kerja banyak tak beres lagi laaaa..... Rasa tak best la jugakkan, kena sembur-semburan petangnya, malamnya pulak nak berteambuilding... tapi, what to do...pasrah je la.... Tapi, nampaknya cuaca meeting nyaman je....^____^...selamatttttt...............

Bilik aku kat sini ke? no...no...no..... Bilik aku mengadap panorama hijau. Agaknya mesti best dapat duduk bilik facing macam ni...boleh usha orang lalu lalang...
Ni la bilik aku untuk 3 hari 2 malam tu. Luas ya amat...siap boleh main kejar-kejar lagi....tapi masalahnya ai takda partner nak berkejar-kejaran... T____T.... jadi bujang seketika....Enche hubby dengan Nurin hana hanya datang keesokannya.... So, meanwhile aku berkejar-kejaran sensorang la sambil mengflash back kenangan lalu sambil berdiri di tingkap bagai gadis ayu menatap panorama hijau dan padang golf......

Ni baru hall je, belum bilik tido nya...yang agak tersorok sikit. Masa memula aku bukak pintu, terkejut boboii...apsal lapang je bilik aku ni..mana katil nak tido. Aku hanya nampak meja makan macam kat atas tadi, pastu sofa menonton tv. Adakah depa bagi salah bilik? Bilik yang tidak punya bilik tido??? Adakah...???
Rupa-rupanya, bila kita masuk ke dalam sikit, maka kenampakkanlah bilik tido nya....denga katil besar dan selesa..king bed. Depa letak p&p kat blok fushia. 

panorama kehijauan dari tingkap bilik....

Thursday 19 July 2012

Rabu Semalam Yang Biru....

Aku dah gosok baju siap-siap 3 pasang untuk 3 hari bekerja. Ni bila tiba rajinnya la.. Kalau time "terlebih rajin", bangun pagi tu lepas mandi baru la gigih buat aktiviti menggosok... Gosokkkk.....jangan tak gosokkkk......


Dan biasanya setiap rabu, aku akan pakai baju yang ada color biru/rona biru. Apsal rabu? Sebab tu color korporat bahagian kitorang. Sebelum ni tak pernah gagal untuk bergaya ececehhh....dengan biru. Ai look blue every wednesday....  Cuma semalam, apa angin sudah mari, rasa macam nak pakai color lain. Aku sambar baju soft purple. Ala....bukannya ada tertulis kat peraturan mana2 pun, biru adalah mandatori setiap rabu.... So, bye-bye blue....esok-esok ai pilih u ek...jangan kecik hati tau.....


Masa kat opis, tengah sibuk buat kerja, member sound "eh, apsal pakai color lain?" Eh, apahal pulak? Pastu aku tengok keliling, manusia-manusia yang berada satu floor dengan aku..... Why all the ladies look blue today? And para jejaka idaman semalaya pakai corporate tie.... Apa yang aku dah tertinggal ni?
 Ni aku baru cuti 2 hari, dah jadi hal. Tah camana kalau cuti seminggu, lagi la haru biru...


Laaa.....rupa2nya semalam petang our big big big bos no. 1, chief segala chief mau datang buat lawatan kerja, so semua kena pakai baju biru (ladies)....aiseymannnn... Awat hangpa tak habaq mai kat cheq.... 


So, apa option aku ada? Nak stay jugak dengan baju purple yang sah2 menjadi alien di kalangan yang lain. Dan pastinya popular seantero dunia Bahagian..... Atau balik rumah tukar baju? 


Untuk elak komplikasi dan risiko tak diingini yang bisa membahayakan kesihatan , dan disebabkan aku tak rela menjadi satu-satunya alien yang masih wujud di muka bumi di sini, aku pegi mengadap bos, mintak kebenaran balik rumah kejap tukar baju. Assistant bos aku siap gelak2 lagi......
Chehhh... nasib baik la rumah sesepelaung je... heheheh... Kalau tak, aku gi beli baju baru? Takda maknanya.......baik aku nyorok duduk diam-diam dalam bilik....... ^___^

Friday 13 July 2012

Jom Tengok Jangka Hayat Barang Kosmetik

Knowledge Sharing................ (sumber: BH, 4 Jun 2012, Buletin Pengguna Jan 2009)
(sumber: achik google)

Artikel yang amat berguna terutama kepada mereka yang bergelar wanita sama ada adik, ahkak-ahkak, makcik-makcik yang suka bermain dengan kaler aka mekap di muka .... (err...mungkin sesuai jugak utk para pria yang suka jugak.... ^____^)
(sumber: achik google)
  

Antara yang menarik:

Katanya, semua barangan kosmetik tak harus digunakan lepas 3 tahun tarikh pembuatan. Tapi....hah..ada tapinya jugak...jangka hayat sebenar bergantung kepada kandungan bahan kimia dan bahan pengawetnya.
Cuba tengok kat kotak alat mekap tu biasanya ada tertulis tarikh pembuatan tu. Boleh la kira 3 tahun tu, dah expired atau belum... Boleh la jadikan habit untuk check tarikh ni...

Jangka hayat barang kosmetik (andaian digunakan dan disimpan dalam keadaan yang disyorkan..):
1) mascara - 3-6 bulan. 
Perlu guna 3-6 bulan lepas dibuka. 
Sebabnya, berus mascara yang dicelup banyak kali dalam bekas boleh tinggikan lagi risiko pencemaran.

2) moisturizer - 3-12 bulan
Umumnya,moisturizer perlu guna ikut jangkamasa dicadangkan, terutama yang ada minyak atau ekstrak tumbuhan. Sebabnya, bahan organik macam extra tumbuhan akan hilang fungsinya beransur-ansur.

3) bedak asas - tanpa minyak (12 bulan). Pelembap, krim/bedak asas padat/kompak (18 bulan). Yang tanpa miyak, jangka hayatnya pendek sebab cepat kering berbanding bedak asas lain. 
Bedak kompak pula mungkin akan alami kekeringan lebih awal sebab bercampur dengan minyak semulajadi daripada kulit yang tertinggal pada span yang digunakan.

4) Loose powder - 2 tahun. 
Biasanya boleh simpan sampai 3 tahun dari tarikh pembuatan tapi lepas 2 tahun bedak mungkin kering dan tak selembut dulu.

5) Concealer - 12-18 bulan. 
Jenis batang adalah concealer tahan paling lama. Kita boleh tau dia dah expired bila jadi kering dan tak lembut lagi masa guna. Jenis cecair pulak akan terpisah dan berketul-ketul bila expired.

6) blusher - 2 tahun. Krim pemerah pipi, 12-18 bulan
Lepas 2 tahun, blusher mungkin jadi lebih kering dan seakan-akan licin sebab campuran minyak daripada kulit. Warna jugak akan berubah. Krim pemerah pipi lebih pendek jangka hayat sebab ada emulsi yang tak stabil.

7) eye shadow - 2 tahun. Jenis krim pulak 12-18 bulan. 
Berbeza jangka hayat sebab eye shadow dari jenis berpigmen, yang krim pulak ada emulsi tak stabil macam kat krim pemerah pipi tu.

8) eyeliner dan lip liner - 2 tahun. 
Boleh tahan lama sebab kerap ditajamkan so pertumbuhan bakteria terhad.

9) Lipstik - 2 tahun
Boleh tahan lama sebab formula campuran pigmen dan lemak. Kalau nampak buih-buih atas lipstik tu, tak bermakna dah rosak, tapi adalah titisan kelembapan yang boleh dilap.

10) Lip gloss - 18 bulan- 2 tahun. 
Tak boleh tahan lama macam lipstik sebab formula pembuatan berbeza. Dikatakan sangat terdedah dengan pencemaran abkteria sebab ada kelembapan tinggi. 

Wednesday 11 July 2012

Aibnya kalau buat....


Aku jumpa peringatan ni kat dalam tandas satu agensi tu. Agak menarik cara admin menyampaikan peringatan tu....
(susunan gambar kiri ke kanan)
1) buang puntung rokok dalam mangkuk tandas. 
Kan ada sesetengah orang sambil menjalani proses pembuangan di dalam tandas, sambil hisap rokok. Nak cari ilham ke? Ilham la sangat kannnnn......Tapi, kalau aku, ewww...gelinya...macam la takda tempat lain lagi nak melepaskan hajat merokok tu. Lepas tu tak reti-reti buang puntung kat tempat sepatutnya pulak tu.... Apa la gunanya tong sampah tersergam dalam tandas tu ek? buat hiasan kot...

2)  menconteng dinding
Dah tak tau mana nak salurkan kekreatifan tu gamaknya..toilet pun toilet la.... Patutnya orang "kreatif" macam ni, kita bagi chance kat dia untuk cat keseluruhan dinding tandas tu....kata kreatif kannnn....

3) meludah merata-rata
Banyak sangat air liur kot, tu pasal mana dan je...macam la takda sinki kannn...

4) cangkung atas mangkuk tandas
Heheh...dah elok-elok orang sediakan mangkuk tandas yang  boleh duduk dengan amannya sambil membuang, nak jugak gadai nyawa nyangkung atas tu... Agak-agak sikit la derrr...

5) cuci bekas makanan dalam sinki
Yang ni aku rasa nak elakkan sinki tersumbat. Ye la, kengkadang tu dengan segala sisa makanan  lambakkan je dalam sinki tu, bukan nak kutip, kasi elok je longgok dalam sinki. Patutnya buang dulu semua sisa makanan baru la basuh kat sinki. Yang ni terpakai untuk sesapa yang takda pantri la..

6) cuci kaki di sinki tandas
Hmm..tak tau apa motip nak cuci kaki dalam sinki. Nak ambil wuduk? Kan ada tempat wuduk atau paling kurang pun paip air dalam tandas. Tapi, mungkin jugakkan....mana tau kot kat situ takda kemudahan paip air. Yang penting, jagalah kebersihan sinki tu. Kalau kotor berlumpur-lumpur tu, bersihkan la semula.

7) buang sampah dalam lubang tandas
Sapa biasa jumpa alien dalam lubang tandas??? Memang pemalas merangkap pengotor sungguh. Sampah sarap  tu tak payah la buang situ. Kenal tak apa fungsi tong sampah, dan apa fungsinya lubang tandas tu. Ke tak tau beza kedua-duanya....Hazabnya kalau macam tu...

8) buang air kecil di tempat berwuduk
Ni memang tak boleh tolerate la. Biasanya kalau kat opis gomen, tempat wuduk ada bersekali dengan tandas, kecuali surau, yes memang asing-asing... Kena hormat la sikit tempat wuduk tu...jangan ikut suka hati je...

9) guna kaki pam air tangki
Ni memang kes pemalas tahap gaban.... sampai nak pam air pun pakai kaki....ada tangan guna la tangan..(kecuali la dalam kes-kes tertentu yang dibenarkan...)

Thursday 5 July 2012

Teh cendol @ Kluang Rail Coffee

Kebanyakan kita memang biasa minum air teh..... teh o la....teh susu....teh tarik.....teh limau.......... teh hijau..............teh strawberi........... dan macam-macam jenis teh lagi la... Kalau nak list kan satu persatu, penuh satu muka citer jenis-jenis teh je.... Takpa, beli je teh cap boh @ cameron valley, macam-macam jenis teh ada.... ^___^


Masa kat Kluang baru-baru ni, aku jumpa teh cendol dan terus terjatuh hati....... Adakah cintaku terbelah dua....?^___^.
Enche pilot opis yang suggest teh cendol ni, sedangkan dia sendiri minum milo ais... ^___^. Tapi, memang best... Memandangkan teman ni tak minum ais so teh cendol tu dikurangkan la aisnya.... Wallaaaa....sedap bangat teh cendol tu,... Campuran kombinasi pahit-pahit teh dengan manis cendol.... Shorgaaaa doniaaaaa..... ^___^..member aku kata, macam teh 3 layer tu lebih kurang kekdahnya....


Kalau nak try, boleh datang ke Kluang Rail Coffee taman tasik, Kluang, Johor....
memula tu lupa nak snap, dah kacau-kacau air tu, baru teringat nak snap. kalau tak, warnanya lagi cantik, berlapis-lapis....
kita zoom sikit....nampak tu yang hijau-hijua tu..cendol....bawah tu yang warna gelap tu rasanya gula merah/gula melaka....

Wednesday 4 July 2012

Tanpamu, akulah yang rindu

(sumber: fb/google)

Sungguh bagai dikata........

p/s: I love you my dear princess,Nurin hana............