Thursday, 19 July 2012

Rabu Semalam Yang Biru....

Aku dah gosok baju siap-siap 3 pasang untuk 3 hari bekerja. Ni bila tiba rajinnya la.. Kalau time "terlebih rajin", bangun pagi tu lepas mandi baru la gigih buat aktiviti menggosok... Gosokkkk.....jangan tak gosokkkk......


Dan biasanya setiap rabu, aku akan pakai baju yang ada color biru/rona biru. Apsal rabu? Sebab tu color korporat bahagian kitorang. Sebelum ni tak pernah gagal untuk bergaya ececehhh....dengan biru. Ai look blue every wednesday....  Cuma semalam, apa angin sudah mari, rasa macam nak pakai color lain. Aku sambar baju soft purple. Ala....bukannya ada tertulis kat peraturan mana2 pun, biru adalah mandatori setiap rabu.... So, bye-bye blue....esok-esok ai pilih u ek...jangan kecik hati tau.....


Masa kat opis, tengah sibuk buat kerja, member sound "eh, apsal pakai color lain?" Eh, apahal pulak? Pastu aku tengok keliling, manusia-manusia yang berada satu floor dengan aku..... Why all the ladies look blue today? And para jejaka idaman semalaya pakai corporate tie.... Apa yang aku dah tertinggal ni?
 Ni aku baru cuti 2 hari, dah jadi hal. Tah camana kalau cuti seminggu, lagi la haru biru...


Laaa.....rupa2nya semalam petang our big big big bos no. 1, chief segala chief mau datang buat lawatan kerja, so semua kena pakai baju biru (ladies)....aiseymannnn... Awat hangpa tak habaq mai kat cheq.... 


So, apa option aku ada? Nak stay jugak dengan baju purple yang sah2 menjadi alien di kalangan yang lain. Dan pastinya popular seantero dunia Bahagian..... Atau balik rumah tukar baju? 


Untuk elak komplikasi dan risiko tak diingini yang bisa membahayakan kesihatan , dan disebabkan aku tak rela menjadi satu-satunya alien yang masih wujud di muka bumi di sini, aku pegi mengadap bos, mintak kebenaran balik rumah kejap tukar baju. Assistant bos aku siap gelak2 lagi......
Chehhh... nasib baik la rumah sesepelaung je... heheheh... Kalau tak, aku gi beli baju baru? Takda maknanya.......baik aku nyorok duduk diam-diam dalam bilik....... ^___^

No comments:

Post a Comment