Sunday 19 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan dan ruang yang ada ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Mohon ampun dan maaf segala salah dan silap. Moga Aidilfitri ini diraikan dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan bersama orang tersayang.

Friday 17 August 2012

Catatan Pengalaman LASIK – 2

Bila hati dah nekad, langkah seterusnya pun dibuat...........

Aku memilih untuk buat LASIK dengan Prof Muhaya di Prince Court Medical Centre (PCMC). Kawan-kawan aku pernah buat dengan Prof Muhaya dan testimonial yang menyakinkan. Kosnya...hmmm...boleh tahan...... tapi apalah sangat duit tu kalau nak dibandingkan dengan nikmat penglihatan yang jelas terang benderang selepas tu. Apa salahnya melabur untuk dapatkan sesuatu yang berharga....

Apa itu Lasik Surgery? (Petikan wall fb Prof Muhaya)

Untuk mereka yang ingin bebas dari kacamata untuk melihat. Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat juga boleh buat lasik.

Ini hanya untuk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan. 
Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan. Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak. Prosidur dimulakan dgn Alfatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.
                                           ==============================

Langkah pertama, aku sms no hp yang diberi dalam fb Prof Muhaya. (Sila like fb Prof Muhaya, banyak ilmu di situ....). Respond yang sangat pantas diterima tak lama lepas tu. Bermula dengan sekadar pertanyaan LASIK buat ke masa bulan puasa ni...?"", selang dua hari seterusnya, aku sms semula untuk buat appointment untuk pemeriksaan mata (comprehensive eye screening)  nak tengok sesuai ke tak mata aku buat LASIK. Terus one lady called aku dan bagi tarikh 6 Ogos. Mula dengan sms pertanyaan tu sampai tarikh appointment tu semua tu berlaku dalam masa tiga hari saja.........!!!! Cepatkan........

Okay, sebelum kita boleh menjalani LASIK, kita kena jalani dulu comprehensive eye screening, mata kita akan diperiksa secara terperinci untuk pastikan sesuai ke tak untuk buat LASIK. Pemeriksaan tu semuanya menggunakan mesin yang canggih, hanya perlu tadah mata untuk diperiksa.... Sebelum hari pemeriksaan, sesiapa yang pakai contact lense, kena off lense seminggu sebelum tu. Yang pakai spek, takda masalah..... 

So, 6 Ogos tu bertemankan roommate merangkap soulmate, enche arjuna, pagi-pagi kami bertolak ke PCMC. Debar jugak....boleh ke mata aku ni buat LASIK......ye la..power kan tinggi.....kita berserah saja la pada yang Maha Esa...  

Appoinment pukul 9.30 pagi tapi tersampai awal sangat la pulak, 8.30 dah tercongok kat kaunter pendaftaran di tingkat 3, klinik mata. Over excited apa.... heheheh.... Lepas daftar, kena pergi LASIK Centre di aras yang sama tapi sebelah hujung blok. Selepas menunggu beberapa minit, aku dibawa masuk ke sebuah bilik yang ada beberapa mesin khusus untuk check mata... Tak salah, mesin pertama untuk check power mata dan sama ada mata kita penuhi kriteria-krietria tertentu untuk buat LASIK. Debar jugak bila nurse kata pemeriksaan seterusnya hanya akan dilakukan sekiranya aku melepasi pemeriksaan pertama tu. Alhamdulillah....lepas jugak.



                                                                   (sumber: google)

Lepas beberapa pemeriksaan kat situ, bergerak pulak ke klinik mata tempat pendaftaran tadi. Ada lagi beberapa jenis pemeriksaan mata kat sini. Sepatutnya pada hari yang sama aku akan dibawa jumpa pakar optometris kat situ, Mr Yap tapi kena tangguh hari lain sebab Mr Yap takda. Dah selesai semua pemeriksaan mata, duduk-duduk kat ruang menunggu, tunggu turn nak jumpa Prof Muhaya pulak. Tak sabar nak tau result macamna.....advisable or not untuk buat LASIK ni...

Keseluruhan proses ni makan setengah hari jugak... Ramai orang dan banyak mesin nak kena lalui.... Masa pemeriksaan mata di klinik mata, ubat akan dititik kat dalam mata untuk besarkan anak mata dan satu lagi tak ingat untuk apa. Ubat tu akan menyebabkan penglihatan kita jadi kabur dan nampak double vision. Mula tu aku heran jugak, eh apasal kelam je pemandangan ni sedangkan spek kat muka tu. Bila tanya nurse, oooo...rupanya memang tu common lepas titik ubat tadi....

Masa jumpa Prof Muhaya...kelu lidah nak berkata-kata..selama ni tengok dalam tv, suratkhabar je, sekarang ni dah ada depan mata... Menurutnya mata aku sihat dan mempunyai ketebalan yang cukup dan sesuai untuk diLASIKkan. Alhamdulillah... Katanya, fokus pada kesan selepas LASIK nanti yang mana aku akan melihat dengan jalas tanpa perlu pakai spek lagi...sentiasa berfikiran positif..... Prof Muhaya yang sangat baik dan sentiasa positif serta menitipkan kata-kata yang baik.... Sorry la takda gambar sebab aku masuk jumpa Prof Muhaya sensorang je...Padahal ada je kamera dan hp dalam beg. Tak terlintas langsung..Over excited dapat jumpa Prof Muhaya dan dah tentu over excited jugak bila dibagitau boleh buat LASIK......

Settle kat situ, berurusan dengan nurse pulak untuk tarikh LASIK. Aku diberi tarikh 10 Ogos untuk LASIK. Ada orang yang buat sehari selepas, terpulanglah macamana. Dalam pukul 3.30 kot, settle everything. Debar tunggu hari Jumaat pulak...

Thursday 16 August 2012

Catatan pengalaman LASIK - 1

25 tahunnnnnn..............
Ye..............sudah 25 tahun......... umur? Heheheh.....tu umur dua tiga tahun lepas...hehehhe...

25 tahun aku pakai spek aka cermin mata.... Rabun, apa nak kata lagikan....aku dan cermin mata umpama bff.  Punyalah lama pakai spek....... boleh sambut jubli perak dah tu...hehheehehhe... Power pun kemain tinggi. Asal check je, mesti power bertambah..... Paling malas bila kena buat spek baru, sebabnya kosnya...mak aiiii..mahal benor...seribu paling kurang, walaupun aku pilih bingkai yang paling cikai sekali, sebab cermin tu itself makan duit banyak. Power tinggi so kena buat pakai kaca la, tak boleh plastik macam biasa tu, kalau tak lagi la terserlah ketebalan cermin tu. Kaca tu macam boleh reduce kan ketebalan tu la kiranya... Bukan aku cakap ek..ni orang kedai spek cakap.... Kenapa aku tak pakai contact lense? Pernah buat....tapi boleh bertahan beberapa hari je pakai...pedih dan sangat susah nak pakai dalam mata ni rasanya... aku dari segi penjagaan tu, takda masalah sebab aku memang teliti sikit bab bersih-bersih ni tapi tang nak pakai tu yang tak boleh blahhh.... Berapa kali praktis, tak jugak lepas-lepas. Pakai terbalik tu toksah cakap la.. Apakehal nya kalau tiap-tiap pagi ko kena ngadap cermin berjam-jam semata-mata nak pakai mata??? Isssh...tak boleh la...

Orang kata pakai spek ni pandai...ye ke camtu??? Kalau camtu, aku ni tergolong dalam kategori orang pandai la... Ke pepandai je buat mitos tu....hehehehheh....Dalam famili aku, hanya aku, Cain dan Ijat yang specky, selain Pak Haji.

Spek memang tak pernah lekang dari muka kecuali bila mandi dan tido. Selain tu memeng melekap je la. Aku ingat lagi, orang kedai spek tu kata kena pakai spek selalu baru boleh kurang power. Caittt.....tak pernah-pernah pun power spek aku turun. Menaik lagi ada la.... Tapi, tak kisah pun pakai spek sepanjang masa sebab "barulah nampak cerah dan jelas pemandangan..". Dah terlalu biasa pakai spek sampai kalau takda spek tu rasa macam tak lengkap je muka... Macam kita touch up bagai muka, tup-tup lupa nak pakai lipstik, camtu la lebih kurang. Dah lali dah dengar orang asyik sibuk duk tegur "eh tebalnya spek...", "kalau bukak spek, boleh nampak tak",bla..bla..bla....... Eh, of course la aku boleh nampak walaupun bukak spek tapi tak jelas la......

Disebabkan aku sayaanggggggg (sayang le sesangatkannnnn...) spek tu, dah umpama nyawa tu..... Aset terpenting yang apa-apahal, kena selamatkan dia dulu la...kekdahnya... Aku memang jaga spek sebaik-baiknyalah. Kaca, so penjagaannya lebih rumit.  Kalau orang lain mungkin sesuka hati je letak merata-rata, macam enche arjuna, bukak spek terus humban cam tu je... huiii..tak sayang harta...pastu melilau cari tak jumpa spek sebab tak ingat dah humban ke mana....manalah akhak ko ni tak bising.....
Aku tak...aku akan letak tempat elok yang confirm bebas daripada terjatuh dan sebagainya...... Aku jaga harta memang lain macam sikit.... 

Tapi....tu la....walau camna pun jaga dengan sepenuh hatinya, berapa kali jugak spek ter accident......

Mula-mula sekali accident masa zaman sekolah menengah, adik aku si choi tarik bingkai masa tengah main-main dengan dia. Natijahnya? Bingkai sebelah patah terus, tak boleh repair langsung. So kena beli cermin mata baru. Lepas tu, rekod bersih la walaupun bawak masuk air bagai, masih kekal selamat di situ...
Hujung-hujung ni, kerap pulak accident nya. Ada sekali tu, jatuh dalam bilik air....alkisahnya terbawak  sekali masuk dalam, so just letak atas rak toileteries tu, sekali sebaik je selesai, prakkk...terjatuh...mujur tak apa-apa...takut terpecah je.. tapi kena adjust sana sini la sebab alignment dah lari sikit...
Pastu bengkok pulak bila letak dalam poket jeans masa ambik air sembahyang.... Jenuh la nak betulkan posisi semula. Yang paling susah adalah nak betulkan alignment spek tu. Ehhh..ehhh..jangan memain ek..spek pun ada alignment tau... Masa kita buat spek tu, kedai tu dah set betul-betul spek kita tu ikut mata kan....itu sebab kepala tak pening masa pakai. Bila alignment sudah lariii... kepala pun pusing la pening oooo..... Yang paling latest, kepala atau lebih spesifik, muka terlanggar tiang khemah kenduri kawin sepupu aku kat ipoh. Entah camna, boleh terlanggar. Memang dah nampak tiang kat depan tu, pastu kepala berpaling kat sebelah jap tengok something, bila berpaling terus terlupa kata ada tiang depan tu. Apalagi, ke dalam la cermin mata. Sekali lagi alignment lari.... Berminggu jugak nak betulkan tapi memang obvious la bingkai bahagin depan tu dah bengkok sikit. 

Tapi kini, ALHAMDULILLAH...... AKU BOLEH MELIHAT DENGAN JELAS.....DAN PALING BEST TANPA BANTUAN SPEK ATAU CONTACT LENSE...........  
Bayangkan, selepas berpuluh tahun bergerak kemana-mana dan buat aktiviti perlukan bantuan spek, sekarang dah tak perlu lagi..... 

Aku telah pun selamat menjalani LASIK (kaedah pembedahan refraktif - pembetulan masalah penglihatan). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan mudah. Semoga terus dipermudahkan selepas ni....

Apa tu LASIK?

LASIK or Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis), commonly referred to simply as laser eye surgery, is a type of refractive surgery for correcting myopia, hyperopia, and astigmatism. LASIK is performed by ophthalmologists using a laser.


LASIK is similar to other surgical corrective procedures such as photorefractive keratectomy, PRK, (also called ASA, Advanced Surface Ablation) though it provides benefits such as faster patient recovery. Both LASIK and PRK represent advances over radial keratotomy in the surgical treatment of vision problems, and are thus viable alternatives to wearing corrective eyeglasses or contact lenses for many patients.
(sumber: http://www.drmuhaya.com)



Sebenarnya, dah lama aku fikirkan pasal LASIK tapi pelbagai perasaan bergejolak kat dalam merangkap belum bersedia. Bila arjunaku suruh buat spek baru, mesti aku akan ulang skrip sama je.. "tak payah, nanti nak buat LASIK". Mesti berbulu je dia...sebab status sama je, tak buat-buat pun...hehehehhe.... 

Pengalaman bersembang sendiri dengan tuan punya badan merangkap kawan yang pernah buat, membulatkan tekad lagi. Thanks Pn Sharifah & Noi, memberikan inspirasi. Pengalaman depa menguatkan lagi semangat aku. Tambah pulak, kos nya dah ready, duit elaun belajar dulu...hehehhe....

Menerusi  pengalaman kawan-kawan, kombinasi pengalaman orang lain melalui FB Prof Muhaya, menjadi panduan dan meningkatkan keyakinan juga keberanian...... Ye la, benda ni kan melibatkan mata...salah satu komponen penting badan kan... Setelah fikir masak-masak, so aku rasa dah tiba masanya.....

Wednesday 15 August 2012

Nostalgia Kad Raya

Satu-satunya kad raya yang aku dapat so far tahun ni. Tak tau la kot ada jugak yang dipos ke rumah lama.. Jadilah dari takda kan..... One is better than nothing...betul tak...



Kalau dulu-dulu zaman belajar, bukan main meriah lagi aktiviti mengirim dan menerima kad raya. Macam-macam saiz dan design ada. Nak saiz kecik, saiz besar semua ada. Bajet ciput, beli je la kad raya yang kecik. Alah...saiz doesn't matter right...? Yang penting ingatan tulus ikhlas tukang bagi tu. Lagipun, mana ko nak? Masih dapat kad raya walau pun saiz cute je.... ataupun langsung tak dapat? 

Satu lagi ingat tak ayat ni, "pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"..... kiranya ayat wajib kat dalam setiap kad. Nak kreatif lagi, tulis kat sampul.... Belum bukak lagi orang yang terima tu dah nampak, mulalah raba-raba poket carik duit nak beli kad raya untuk balas. Hahahahhaha....zaman sekarang ada ke orang tulis macam tu lagi? Klasik tu....

Kalau dulu, awal-awal Ramadhan dah sibuk borong kad raya, pastu memunggah buku-buku dalam almari mencari buku alamat yang hanya setahun sekali kita keluarkan. Segala mak nenek alamat ada dalam tu. Kalau hilang, nangis la nak retrieve balik semua alamat tu... Masa tu mana la nak cari handphone macam sekarang ni kan... Masa tu, bukan main rancak tulis alamat satu satu rakan taulan yang ada. Pas tu, hari-hari duk tunggu balasan kad raya tu.... Rasa seronok giler bila check peti surat ada kad raya untuk kita.... Bagai nak berteriak..."lihatlah dunia...aku dapat kad raya..." gila poyo.... Hahahahahha....

Pastu mana-mana stem yang boleh dipakai lagi, kita recycle. Kadang-kadang ada jugak stem yang tak kena cop so dah jimat kat situ, boleh tempek kat sampul kad raya lagik.... Kreatif maaa.....

Bila dekat-dekat nak raya, aktiviti menempek kad raya pun bermula. Disebabkan zaman remaja aku banyak dihabiskan kat kolej so aku tempek kat board depan meja tulis je la... Penuh satu board, Ala board kecik tu pasal boleh penuh.... Bila-bila study dan boring tu, boleh la baca kad tu satu-satu.... Lepas tu jiwang sensorang....hahahahah.... Ada jugak orang gantung kat ranting pokok buat jadi hiasan, selalunya kat ruang tamu rumah. Bukan ranting besar, kecik je. Takpun, gantung kat dinding..ikutlah kreativiti memasing...

Hmmm...tapi sekarang ni rasanya kemeriahan kad raya tu dah tak sehangat dan segah dulu. Dah hujung-hujung posa baru sibuk cari kad raya... Sibuk cari stem. Sibuk cari buku alamat yang sampai sudah dicari tak jumpa.......

Sebenarnya, budaya kad raya ni masih ada lagi. Tapi bentuk lebih moden,kekdah nya. Kad raya sekarang ni dah canggih, secara elektronik atau maya je. Hanya boleh dibaca, didengar kalau ada lagu raya tapi tak boleh dipegang secara real macam dulu-dulu. So, tak boleh la nak tempek-tempek kat board atau gantung kat ranting pokok hiasan kat ruang tamu sambil minum sirap makan kuih raya boleh belek kad raya yang bergantungan tu.....

Tak tau, adakah masa anak-anak kita bila besar nanti wujud ke tak lagi kad raya "original" yang boleh baca, dengar dan pegang...? 
Tapi tak mustahil ada lagi sebab hidup ni kan macam roda, berputar je. Macam fesyen....yang dulu-dulu punya style boleh keluar balik popular semula..... So, kita tunggu dan lihat... 
Sementara masih ada kad raya original ni, marilah kita kelebek sepuasnya.......
Kepada yang tak dapat kad raya tu, janganlah sedih....Pegi je la beli pastu pos kat diri sendiri..... Bukan orang tau pun kannnnnn...........hahahhahahah....

Thursday 9 August 2012

Riang ria bersama


Ni koleksi gambar Nurin hana dengan sepupu-sepupunya belah famili aku. Baru ada 2 orang je plus sorang lagi bulan September depan. Walaupun, bilangannya sikit tapi tahap riuh nya boleh tahan jugak.....nak-nak kalau ada budak kurus kecik molek tu, Syafiq... He will conquer everything. Konsepnya, mainanmu mainanku jua dan mainanku tetap mainanku jua.... Badan sangat kecik tapi akal sangat besar.... Kalau lari, laju betul sebab badannya ringan. Sangat-sangat aktif sampaikan kalau pegi makan kat luar boleh tak kenyang mak dengan apaknya sebab mana nak makan, mana nak melilau mata tengok dia berlari ke sana sini.....

Yang sorang lagi, Faris yang bakal dapat adik insyaallah bulan september ni. Badan lebih besar daripada Syafiq walaupun lebih muda. Kalau gandingkan depa berdua, mesti orang akan ingat Faris abang dan Syafiq adalah adik... Baru dapat mulut, so asyik nak pot pet pot pet...cakap ambik tang yang hujung-hujung je... Kalau panggil Nurin hana, panggil "Na..." je....walaupun kita puas ajar panggil kakak.... Tak kisah berkongsi barang dengan orang. Tu pasal kalau boleh semua mainan dalam biliknya nak dikeluarkan...sampai kena control. Kalau tak, maka berlakulah perebutan secara besar-besaran antara tuan punya mainan dengan tukang pinjam yang berperilaku seolah-olah mainan tu sendiri punya....hehehehheheee...

Nurin hana walaupun belum ada adik tapi ada la ciri-ciri kekakakan tu..... Boleh la harap untuk main sama-sama dan buat riuh secara berjemaah.....Kengkadang kena buli dengan adik-adiknya ni, terutama dak Syafiq sebab dia main kasar sikit, sedangkan akaknya tu lemah lembut gemalai bak putri. Apapun, depa semua ni buah hati pengarang jantung pak aji dengan mak aji ni aka atuk dengan opah.

Belah famili enche arjuna laaaagiiiii ramai, ada 6 orang plus Nurn hana jadi 7. Just imagine bila reramai berkumpul kat rumah nenek Mori, macam nak pecah rumah dibuatnya...padahal baru 7 orang je tu..... The main player is abang Syakir... Semua nak pegang, nak sentuh..pendekata pantang lalu la, mesti tangan pun jalan sama jugak..... Sangat lasak but the funny thing is......dia suka merajuk. Pantang kena tegur, mesti tarik muka dan bongkokkan badan ala-ala longlai....so cute.....this boy arrr...banyak akal... Dan satu lagi, takut dengan bunyi mercun dan jugak bunga api. So, musim-musim ramadhan dan raya ni, semua orang sibuk main bunga api, dia akan jadi penonton setia saja...tak berani langsung nak pegang ataupun datang dekat......

Aku rasa, Syafiq kalau Syakir memang sesuaiiiii sesangat.... Nama pun dah dekat-dekat tu. Mesti runtuh rumah dibuat dek budak dua orang tu...hehehehheh... 

Harapnya depa semua kekal berkasih sayang sehingga hujung nyawa..... Iyalah, kadang-kadang kemesraan tu hanya wujud masa kecik je, bila memasing dah besar, dah jadi orang asing....

Friday 3 August 2012

Air Gas dan Berat Badan

Ada sesapa nak kurus????
Ha.....Mari.....mari....mampir ke depan.... tengok dulu...tak beli tak pa....tapi ini barang banyak bagussss.....tak rugi kalau beli.....ramai orang dah dah guna....kesan memang superbbb.......
Amacam??? Ada minat????
ehhh...ehhh....ehhh...takda la.....
Bukan nak promote barang la.......


Ni hah...nak share satu artikel dari Utusan Malaysia. Patut dibaca terutama kepada penggemar-penggemar air berkarbonat atau nama glamernya, air gas.... Nak-nak musim raya tak lama lagi ni kan...boleh dikatakan hampir semua rumah duk jamu air gas ni......... pegi berziarah rumah orang tengah-tengnah panas terik tu, tuan rumah offer air gas warna hijau, oren, putih, merah, macam-macam color la...pastu diletak ais pulak tu...hmmm...nyaman..sejuk je bila masuk tekak kannn.....tak cukup segelas, tambah lagik....hehehehehheh.... Masa minum memang best....enak bangat...tapi kesannya.....???? Mujur aku dah pencen minum segala jenis air gas ni...

Air gas punca berat badan naik

LONDON 1 Ogos - Saintis biologi, Doktor Hans-Peter Kubis yang membuat kajian mengenai kesan minuman ringan kepada manusia mendapati, minuman berkarbonat boleh menghasilkan keputusan yang sangat mengejutkan. Malah beliau percaya keputusan yang diperolehnya itu akan menyebabkan mereka yang gemar minuman berkarbonat tidak akan menyentuhnya lagi.


Menurut kajian Kubis, walaupun hanya meminum minuman ringan dengan jumlah yang sedikit iaitu satu tin sehari atau dua tin seminggu, ia tetap akan mengubah tahap metabolisme yang akhirnya akan menyebabkan berat badan bertambah.


Bagi kanak-kanak pula, minuman ringan akan menyebabkan ketagihan dan mengubah nafsu makan mereka kepada makanan ringan.


Kajian itu turut mendapati, meminum minuman berkabonat setiap hari juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan masalah penyakit dalam jangka panjang.


Penyelidikan oleh Universiti Bangor itu yang diterbitkan di Jurnal Pemakanan Eropah menyatakan, minuman ringan sebenarnya mengubah kadar metabolisme, di mana otot menggunakan gula untuk tenaga berbanding lemak.


Kajian itu mendapati, cecair gula menyebabkan gen di bahagian otot berubah fungsi dan ia mungkin berkekalan.


Menurut penyelidikan itu, minuman berkarbonat bukan sahaja menyebabkan berat badan meningkat, tetapi juga menyebabkan tahap metabolisme menjadi tidak efisien dan kurang berupaya menahan peningkatan gula dalam darah.


"Keadaan ini seterusnya akan meningkatkan risiko mengidap diabetis tahap dua," kata Kubis yang merupakan saintis dan pakar pemakanan yang mengetuai penyelidikan itu.
Sebenarnya, penyelidikan itu adalah untuk kajian terbaru mengenai amaran bahaya minuman berkarbonat dan kaitannya dengan penyakit serius. - AGENSI


(sumber: Utusan Malaysia 02/08/2012)

So? Takut tak...??? Takut tak..???? Tepuk dada, tanyalah hati..... ^___^

Thursday 2 August 2012

Tangan berseni......kah?

Dengan bangganya mempersembahkan......(dengan mode: hidung kembang kempis, sengih sampai ke telinga... ^___^)
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................

Cantik tak???? ^____^
Well...sesuai dengan kata-kata cantik tu is subjective so, bergantung pada mata masing-masing la....  Pada aku, cantik sesangattttt.....ehh....sukahati la kannnn.... tukang buat benda ni kan buah hati pengarang jantung...so kena la bagi moral support sikit, puji-puji supaya dia lebih semangat waja.... ^___^

Ni antara kompilasi tangan berseni anakanda, Nurin hana.... Ditempek depan dinding school bersama karya agung lagi kreatif kengkawan seangkatan untuk tatapan mata-mata mak-mak dan apak-apak....dan jugak termasuk kata-kata "manis" mak-mak dan apak-apak.....

Gambar atas sebelah kiri tu, tema haiwan liar. Gambar singa tu, cute je dia punya rerambut kuning tu...pakai kapas je tu.... rambu ramba.... ^___^
Sebelahnya tu pulak, obor-obor....hehehehh...bukan main senyum menyengih obor-obor tu ekkk..... very the overrrrr........ ^___^
Kat bawah kiri tu pulak, patutnya ladybird tapi ladybird buta matanya........mata lupa nak letak daaaa.....Balik rumah sibuk dia nak lukis mata kat atas tu, tapi kesian tak berjaya sebab bahagian kepala tu kan hitam, so warna yang agak menyerlah di situ mesti la yang terang macam putih kan...tapi masalahnya warna putih tu dah kering tiubnya... Apa lagi, tarik muka la makcik kecik tu... hehehhhehh... 
Okay, yang terakhir tu, apa tu? Cuba teka? Agak-agak apa ye??? Kalau nak tau, tu la burung... Ada badan, ada sayap dan paruhnya... Bukan main lagik dia puji diri sendiri, kata dia kaler cantik.... macam rainbow......Hmmm....sukahati la nak.....

Errr........Kat mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi....tak gituuuuuewwww.....
Hehehehhe....apaknya pun berbakat dalam seni lukis-lukis, kreatif-kreatif ni, tapi entah camna boleh tersasar jadi sang injinier pulak.....patutnya arkitek tu.... Ingat dulu, masa zaman muda remaja, zaman saat berseminya cintan cintun, selalunya kad raya ke kad birthday ke, yang dikirimkan kat aku mesti ada style punya...tak main la kad-kad biasa beli kat kedai tu...ni hand made punya..... see....kan tangan berseni tu.... ehh, maknya pun apa kurang.... bagi la lukis corak-corak ke, memang superb...(sila mutah darah di situ....^___^), tapi bab lukis orang-orangan, pemandangan..hampehhhh...... bebudak tadika punya pun cantik lagiiiii..... ^___^

Tak kisah la, apapun minat anak-anak kita, kita sebagai mak dan apaknya, sokong la sepenuhnya asalkan tak menyimpang ke arah tak sepatutnya...... you go girl.......