Friday 3 August 2012

Air Gas dan Berat Badan

Ada sesapa nak kurus????
Ha.....Mari.....mari....mampir ke depan.... tengok dulu...tak beli tak pa....tapi ini barang banyak bagussss.....tak rugi kalau beli.....ramai orang dah dah guna....kesan memang superbbb.......
Amacam??? Ada minat????
ehhh...ehhh....ehhh...takda la.....
Bukan nak promote barang la.......


Ni hah...nak share satu artikel dari Utusan Malaysia. Patut dibaca terutama kepada penggemar-penggemar air berkarbonat atau nama glamernya, air gas.... Nak-nak musim raya tak lama lagi ni kan...boleh dikatakan hampir semua rumah duk jamu air gas ni......... pegi berziarah rumah orang tengah-tengnah panas terik tu, tuan rumah offer air gas warna hijau, oren, putih, merah, macam-macam color la...pastu diletak ais pulak tu...hmmm...nyaman..sejuk je bila masuk tekak kannn.....tak cukup segelas, tambah lagik....hehehehehheh.... Masa minum memang best....enak bangat...tapi kesannya.....???? Mujur aku dah pencen minum segala jenis air gas ni...

Air gas punca berat badan naik

LONDON 1 Ogos - Saintis biologi, Doktor Hans-Peter Kubis yang membuat kajian mengenai kesan minuman ringan kepada manusia mendapati, minuman berkarbonat boleh menghasilkan keputusan yang sangat mengejutkan. Malah beliau percaya keputusan yang diperolehnya itu akan menyebabkan mereka yang gemar minuman berkarbonat tidak akan menyentuhnya lagi.


Menurut kajian Kubis, walaupun hanya meminum minuman ringan dengan jumlah yang sedikit iaitu satu tin sehari atau dua tin seminggu, ia tetap akan mengubah tahap metabolisme yang akhirnya akan menyebabkan berat badan bertambah.


Bagi kanak-kanak pula, minuman ringan akan menyebabkan ketagihan dan mengubah nafsu makan mereka kepada makanan ringan.


Kajian itu turut mendapati, meminum minuman berkabonat setiap hari juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan masalah penyakit dalam jangka panjang.


Penyelidikan oleh Universiti Bangor itu yang diterbitkan di Jurnal Pemakanan Eropah menyatakan, minuman ringan sebenarnya mengubah kadar metabolisme, di mana otot menggunakan gula untuk tenaga berbanding lemak.


Kajian itu mendapati, cecair gula menyebabkan gen di bahagian otot berubah fungsi dan ia mungkin berkekalan.


Menurut penyelidikan itu, minuman berkarbonat bukan sahaja menyebabkan berat badan meningkat, tetapi juga menyebabkan tahap metabolisme menjadi tidak efisien dan kurang berupaya menahan peningkatan gula dalam darah.


"Keadaan ini seterusnya akan meningkatkan risiko mengidap diabetis tahap dua," kata Kubis yang merupakan saintis dan pakar pemakanan yang mengetuai penyelidikan itu.
Sebenarnya, penyelidikan itu adalah untuk kajian terbaru mengenai amaran bahaya minuman berkarbonat dan kaitannya dengan penyakit serius. - AGENSI


(sumber: Utusan Malaysia 02/08/2012)

So? Takut tak...??? Takut tak..???? Tepuk dada, tanyalah hati..... ^___^

No comments:

Post a Comment