Bila hati dah nekad, langkah seterusnya pun dibuat...........
Aku memilih untuk buat LASIK dengan Prof Muhaya di Prince Court Medical Centre (PCMC). Kawan-kawan aku pernah buat dengan Prof Muhaya dan testimonial yang menyakinkan. Kosnya...hmmm...boleh tahan...... tapi apalah sangat duit tu kalau nak dibandingkan dengan nikmat penglihatan yang jelas terang benderang selepas tu. Apa salahnya melabur untuk dapatkan sesuatu yang berharga....
Apa itu Lasik Surgery? (Petikan wall fb Prof Muhaya)
Untuk mereka yang ingin bebas dari kacamata untuk melihat. Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat juga boleh buat lasik.
Ini hanya untuk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan. Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan. Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak. Prosidur dimulakan dgn Alfatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.
Ini hanya untuk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan. Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan. Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak. Prosidur dimulakan dgn Alfatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.
==============================
Langkah pertama, aku sms no hp yang diberi dalam fb Prof Muhaya. (Sila like fb Prof Muhaya, banyak ilmu di situ....). Respond yang sangat pantas diterima tak lama lepas tu. Bermula dengan sekadar pertanyaan LASIK buat ke masa bulan puasa ni...?"", selang dua hari seterusnya, aku sms semula untuk buat appointment untuk pemeriksaan mata (comprehensive eye screening) nak tengok sesuai ke tak mata aku buat LASIK. Terus one lady called aku dan bagi tarikh 6 Ogos. Mula dengan sms pertanyaan tu sampai tarikh appointment tu semua tu berlaku dalam masa tiga hari saja.........!!!! Cepatkan........
Okay, sebelum kita boleh menjalani LASIK, kita kena jalani dulu comprehensive eye screening, mata kita akan diperiksa secara terperinci untuk pastikan sesuai ke tak untuk buat LASIK. Pemeriksaan tu semuanya menggunakan mesin yang canggih, hanya perlu tadah mata untuk diperiksa.... Sebelum hari pemeriksaan, sesiapa yang pakai contact lense, kena off lense seminggu sebelum tu. Yang pakai spek, takda masalah.....
So, 6 Ogos tu bertemankan roommate merangkap soulmate, enche arjuna, pagi-pagi kami bertolak ke PCMC. Debar jugak....boleh ke mata aku ni buat LASIK......ye la..power kan tinggi.....kita berserah saja la pada yang Maha Esa...
Appoinment pukul 9.30 pagi tapi tersampai awal sangat la pulak, 8.30 dah tercongok kat kaunter pendaftaran di tingkat 3, klinik mata. Over excited apa.... heheheh.... Lepas daftar, kena pergi LASIK Centre di aras yang sama tapi sebelah hujung blok. Selepas menunggu beberapa minit, aku dibawa masuk ke sebuah bilik yang ada beberapa mesin khusus untuk check mata... Tak salah, mesin pertama untuk check power mata dan sama ada mata kita penuhi kriteria-krietria tertentu untuk buat LASIK. Debar jugak bila nurse kata pemeriksaan seterusnya hanya akan dilakukan sekiranya aku melepasi pemeriksaan pertama tu. Alhamdulillah....lepas jugak.
(sumber: google)
Lepas beberapa pemeriksaan kat situ, bergerak pulak ke klinik mata tempat pendaftaran tadi. Ada lagi beberapa jenis pemeriksaan mata kat sini. Sepatutnya pada hari yang sama aku akan dibawa jumpa pakar optometris kat situ, Mr Yap tapi kena tangguh hari lain sebab Mr Yap takda. Dah selesai semua pemeriksaan mata, duduk-duduk kat ruang menunggu, tunggu turn nak jumpa Prof Muhaya pulak. Tak sabar nak tau result macamna.....advisable or not untuk buat LASIK ni...
Keseluruhan proses ni makan setengah hari jugak... Ramai orang dan banyak mesin nak kena lalui.... Masa pemeriksaan mata di klinik mata, ubat akan dititik kat dalam mata untuk besarkan anak mata dan satu lagi tak ingat untuk apa. Ubat tu akan menyebabkan penglihatan kita jadi kabur dan nampak double vision. Mula tu aku heran jugak, eh apasal kelam je pemandangan ni sedangkan spek kat muka tu. Bila tanya nurse, oooo...rupanya memang tu common lepas titik ubat tadi....
Masa jumpa Prof Muhaya...kelu lidah nak berkata-kata..selama ni tengok dalam tv, suratkhabar je, sekarang ni dah ada depan mata... Menurutnya mata aku sihat dan mempunyai ketebalan yang cukup dan sesuai untuk diLASIKkan. Alhamdulillah... Katanya, fokus pada kesan selepas LASIK nanti yang mana aku akan melihat dengan jalas tanpa perlu pakai spek lagi...sentiasa berfikiran positif..... Prof Muhaya yang sangat baik dan sentiasa positif serta menitipkan kata-kata yang baik.... Sorry la takda gambar sebab aku masuk jumpa Prof Muhaya sensorang je...Padahal ada je kamera dan hp dalam beg. Tak terlintas langsung..Over excited dapat jumpa Prof Muhaya dan dah tentu over excited jugak bila dibagitau boleh buat LASIK......
Settle kat situ, berurusan dengan nurse pulak untuk tarikh LASIK. Aku diberi tarikh 10 Ogos untuk LASIK. Ada orang yang buat sehari selepas, terpulanglah macamana. Dalam pukul 3.30 kot, settle everything. Debar tunggu hari Jumaat pulak...
Aslmkm..salam ukhuwwah..
ReplyDeleteSerinok baca pengalamn lasik puan.mmg niat juga nk buat.
Saya tgh tunggu sambungn puan pasal cite lasik ni..
Bagaimana keadaan mata selepas lasik tu,berapa lama nk sesuaikan dgn keselesaan ye?ada saya baca yg amik masa smpi 6 bln jgk la.harap puan dpt saambung lg pasal lasik ni. :) terima ksh..
salam
ReplyDeletemaaf menganggu
cuma ingin bertanya pengalaman uat lasik jika sudi berkongsi
sy berhajat juga nak buat lasik
tp tgh survey dan buat research, sbb ada risiko dia
sy nak minta nasihat, apa kabar skrg? ada komplikasi atau x especially masa drive waktu malam?
terima kasih
Salam.
ReplyDeleteAl-Atiff dan Nodin,
Terima kasih kerana membaca.
Apa yang dapat saya kongsikan di sini, alhamdulillah sy kini dapat melihat dengan jelas tanpa bantuan spek mata lagi. Mata memang ambil masa sedikit nak sesuaikan dengan keadaan baru sebab dah terlalu lama sangat pakai spek (tu yang kengkadang terlupa ingat ada spek kat mata lagi..heheheh...). Tapi takda rasa sakit apapun. Insyallah, perlahan-lahan mata kita akan serasi dengan sendirinya.
Kita fikir positif je, jangan fikir yang komplikasi dan sebagainya. Kalau nak kata risiko, semua apa yang kita buat ada risikonya kan. so, kita doa mohon yang baik-baik saja...
So far, saya tak pernah drive waktu malam. Tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan sy, takda masalah untuk tu.
salam sis,brpe kos nye?whole total
ReplyDeletekosnya bergantung kepada jenis lasik yang kita buat. Kat prince court ada 2 jenis lasik, blended @ premium. Boleh refer di sini: http://ibunurin.blogspot.com/2012/09/catatan-pengalaman-lasik-3-akhir.html
ReplyDeletesy ada temujanji pemeriksaan mata minggu depan dgn prof. klu pergi seorang diri tampa teman boleh ke?
ReplyDeleteYou really make it seem so easy with your presentation but I find this topic to be actually something
ReplyDeletewhich I think I would never understand. It seems too complex and
very broad for me. I'm looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!
Here is my weblog ... weight loss and colon cleansing - -
Kalau ada yang perlu menginap, Rienn's Homestay menyediakan penginapan yang sesuai di Pearl Avenue. Jarak homestay kami dgn Klinik Prof Muhaya Eye & Lasik Centre, Pearl Avenue Kajang cuma "walking distance". Sila layari www.riennshomestay.com atau hubungi 013-2544411
ReplyDeleteThanks you very much for sharing these links. Will definitely check this out.. cost of lasik in michigan
ReplyDeleteI read your blog frequently and I just thought I’d say keep up the amazing work! Yaldo Eye Center Grand Rapids, MI
ReplyDelete