Tuesday 28 July 2009

TUESDAY BLUES

tak semuanyer yang kita nak, yang kita idamkan, dapat kita capai. ada orang, sekali usaha, sudah dapat apa yang diimpikan. ada orang, berusaha berkali-kali, baru berjaya. semua tu perlukan kekuatan dan ketabahan bagi menghadapinyer.
kegagalan memang suatu yang mengecewakan dan perit untuk dilalui.
hanya mereka yang mengalami sahaja mengerti...
mungkin, belum cukup usaha yang telah dibuat, atau bukan masa yang sesuai. semua perlukan lebih dan lebih usaha serta masa yang tepat.
DIA MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.
YA TUHANKU...BERILAH KAMI KEKUATAN DAN KETABAHAN DALAM MENGHADAPI DUGAANMU INI. PERMUDAHKANLAH USAHA KAMI.

Saturday 25 July 2009

MATA CEMEI

Nurin Farhanah kena sakit mata, smalam masa amik dr school, cikgu bagitau dia sakit mata. adoii..mana la dapek nie..kesian dia....

pandai dia sebut, "bu..akit ata.."cemei dah mata sebelah..

mlm semalam kitorang bawak gi klinik. gi klinik free la...panel. kat presint 9. apa la doctor tu, tak da pegang pesakit pun. aku tak berkenan style doctor camtu. bukan apa, at least sentuh la dahi ker, apa ker. nie just dengar kitorang punyer explanation, terus kata "sakit mata". tak da lak nanti belek2 ker. ker takut kot..kang jangkit, heh..heh...

hasil jumpa, dapat ler ubat titik, ubat oitment (colgate), anti biotik. hmm..dah boleh bayangkan camna susahnyer nak titik ubat tu kat mata dia..

kitorang kena pegang kaki tangan kepala dia, nak mengelakkan dia sorok muka dia. mencabar betul nak titik...sorry sayang...nak baikkan..kena la pakai ubat.

moga cepat sembuh yer...

nampaknyer plan gi desa water park kena cancel la.

and, nampaknyer Farhanah cuti panjang la....sronot ler dia...

Friday 24 July 2009

SEHARI DI SINUN...

Lama jugak tak gi library kayesem. last skalik aku gi, last 2 sem kot. cam biasa la..bila ada esemen kena buat, yang perlukan rujukan buku2 kat sana, muncul la muka aku kat sinun. Disebabkan dah lama tak gi sana, terkejut aku biola tengok parking kat belakang tu..penuh!!!kat tepi2 jln tu pun kete berderet. slalunyer time2 pagi camtu, still banyak lagik space kosong kat belakang mot sinun. terpaksa la aku memarking kete itam ku yang sporty tu kat tepi jalan gak...dgn harapan tak kena kunci tayar dek guard. jangan memain, situ guard strict skit. aku pernah nampak kete kena kunci tayar....hari nie aku tengok kete memang banyak giler parking bukan kat tempat sepatutnyer, so akal aku nie cuba mengatakan bahawa "takkan ler depa ada banyak sgt kunci, nak gi kunci tayar sumer kete, pastu larat ker nak buat sumer.." akal ku berkata...
sib baik cik is ada ari nie kat library,,,senang skit nak mintak tolong. dapat ler pinjam few things dari library department kat bawah. kat atas takder bahan rujukan tu, coz' library bwh dah spesifik utk expertise tu. dengan bahan2 yang ada, dengan tekunnyer aku menaip input2 untuk esemen tu.....awal2 jer, pastu dah tak brp tekun dah...bila jumpa kengkawan kat sinun..heh..heh...
dapat jumpa kawan aku nie, kebetulan dia gi collect data untuk research dia kat department bwh. lama betul tak jumpa, sejak aku 'cuti daripada bekerja' nie..
dapat jumpa gak kawan aku sorang nie. kebetulan dia kena posting kat division lama aku....under my ex-boss & also bilik dia skrg adalah bilik aku dulu...masa gi bilik dia, teringat la kenangan lalu...ooppss..terjiwang lak...
banyak ler jugak citer2 sensasi yang aku dengar hari tu..heh..heh...si polan buat tu..buat nie...si polan eksen la...mcm2 la....
sempat agk aku ziarah opis lama aku, jaytiem. kondisi masih sama. cuma banyak new faces.
walaupun actually tak sampai sehari pun kat sana, tapi boleh la mengubat kerinduan pada kengkawan yang ada.
sempat gak aku terpikir...camna la besok2 aku nak masuk keje smula????camna nak berfungsi smula sbg sorang pekerja???mesti lemau punyer...hah..hah...heh...
tak per la, aku ada few months to go...few months to enjoy this "amazing holiday"....

p/s.: kete aku masih slamat..tak kena kunci tayar...lega..




EH..KASUT SAPA TU.....

As usual, yesterday aku amik Farhanah dari school. Turun dari kete, dari jauh aku nampak dia tengah main music chair dengan kengkawannyer. Ala...yang ramai2 pusing kerusi diiringi muzik & rebut duduk bila muzik dihentikan!!! Pandai pulak dia main. Bila muzik berhenti, elok jer dia duduk kat kerusi...
Bila Farhanah nampak jer ibu nyer nie, terus berlari gi kat aku. Terus takmo main dah. Aku suruh gak main smula tapi takmo dah.
Tetiba, mata aku terpandang kasut kat kaki Farhanah. Sapa la punyer kasut yang disarungkannyer tu. Mesti kasut kengkawan la tu. Aku tak da tinggalkan kasut kat school. Aku tanya la cikgu alin, sapa punyer kasut tu? Cikgu tanya aku balik, "bukan kasut dia ker..??".Cikgu kata Farhanah yang amik sndiri kasut tu dan pakai.
heh..heh...tau apsal Farhanah boleh pakai pilih & amik kasut tu dlm banyak2 kasut yang ada? Kasut tu exactly@sebijik cam kasut dia kat rumah. same colour, green. Tu agaknyer Farhanah ingat kasut dia...
rupanyer, kasut orang daaa.....

Monday 20 July 2009

SIRI BENGANG

Aku tak tau la kat mana masalahnyer nie????? benda nie memang mengganggu jiwa & raga aku. skang nie aku dah sem 3, tapi yuran still tertunggak daripada sem 1 lagik. mana aku tak bengang!!!!!
berpuluh2 kali dah aku call kolumpo, reminding them untuk settlekan problem tu secepat mungkin. aku call gak main campus. yang aku tak tahan tu, bila aku call sini, orang sini kata dah hantar all documents ke main campus, bila aku call sana lak, depa kata tak terima apa2 dari kolumpo. Diorang nie cuba nak main tarik tali dgn aku ker???
Last week aku call main campus, tanya depa psl status hutang aku tu. again....i heard same reason as before...did not received any documents from kolumpo..they asked me to faxs the documents. ok, fine...aku call kolumpo lak & again she said already submitted the documents. eeii...mau sasau aku camni..mana la sesat documents tu sumer..?????
Atas nasihat senior kat main campus (scholar also..), anything in written. so, aku hantar surat officially ke bendahari main campus psl tunggakan yuran pengajian aku tu beserta dgn salinan document yang diperlukan. aku salinkan gak ke kolumpo & my penaja.
pasni, apa lagik alasan depa nak bagi. bengang betul la aku. silap2 kang tak boleh grad aku..padahal bukan salah aku..
hopefully, everything will be settle as soon as possible...

Tuesday 14 July 2009

TITANIC

I think everyone must remember this movie, Titanic. I love this movie, so touching and banyak pengajaran di sebaliknyer...
Although seeing it many times, but always crying at the end of the story...hah..hah...Which part? Part both of them terapung atas air tu. So sad that scene...
Actually, just watched it at astro this afternoon.


MAKAN2 @ TITIWANGSA

Last saturday, we had family gathering again (my hubby's family) at Nelayan Titiwangsa. What else.....MAKAN-MAKAN session..Anak, menantu, cucu sumer kumpul skalik. My mother in law blanja sumer. Tq mak..nanti belanja lagik ek.. ;-)
Kebetulan, that day, my class straight pagi till malam. i had 2 classes (Nego & Strat HR). Just imagine..memang penat giler la...class only finished at 7.30. huii..so tired...but makan punyer pasal...cuba lupakan jer la segala kepenatan tu..
but, seriously...can't make it. not really enjoyed the food. So tired..and at the same time my lil' princess buat perangai plak..Every members of the family keep eating and eating and enjoyed it, but me??? Makan yang serupa tak makan.... :-(

p/s: papa hana..nanti blanja boleh..?????

Thursday 2 July 2009

ALA...JANGAN LER NANGIS..

lately nie, aku rasa cuak betoi every morning. bukan apa...tak kuasa nak melayan karenah anak dara aku tu...
apa kenanyer, minggu nie, dia tak mo gi sekolah..bila aku ajak jer, dia mula buat muka..mencebik dah..ada jer excuse yang dia buat, ajak gi main la, tengok tv la, nak nenen la..
aku pun pening dah mikir, sebab musabab jadi gitu..
skang nie, start dari rumah, dia dah buat perangai..nangis..sampai aku kena dukung bawak masuk dalam kete..dalam kete, muka masam jer..
sampai jer kat sekolah, tak mo turun kete lak..pastu nangis..

oo..anak ibu, ngaper tak mo gi sekolah...kawan2 kan ramai..
kat rumah, bukan ada sesapa. ibu jer...

nanti aku cuba tanya2 kat cikgu dia...
hmm..pening kepala..


4?...NO...3 ONLY...

hmm..angan2 tinggi..tapi rupanyer tak mampu nak buat...
alkisahnyer, kononnye aku nak amik 4 paper sem nie. tu jer paper yang tinggal selain master project paper. so, kalau abihkan sumer sem nie, next sem boleh fokus pada project paper jer. pas nengok timetable, aku pun menregisterkan diri untuk 4 paper tu.
tapi...
after attending all the classes, rasanyer tak boleh nie...tak menang tangan aku nak handle assignment kalau bebanyak..pikiir punyer pikir, aku drop kan satu paper, IR. paper IR nie banyak benar assignment nyer..lecturer pun cam skima jer..very academician..(betui ker..spelling..?). aku pun maleh dah nak pening2, consult dgn uum coordinator. dah lepas sesi add-drop, so aku kira tarik diri (TD) ler untuk paper tu. dalam slip exam nanti, still kuar nama paper tu tapi, resultnyer TD la..