Wednesday 29 September 2010

MAKAN-MAKAN FAMILI SEMPENA RAYA - Episod 1

Alhamdulillah, sesi makan-makan famili sabtu lepas berjalan dengan baik. Harap semua famili enjoy dapat berkumpul bersama sambil sembang-sembang dan makan-makan, di sebalik ruang tamu yang terhad lagi sempit.

Every year, aku dan en asrul akan aturkan satu hari untuk semua famili datang berkumpul kat rumah kitorang lepas raya. Bukan open house sebenarnya. Sekadar sesi makan-makan family. Saja kitorang aturkan satu tarikh supaya semua boleh datang sekali. Dan bermakna kitorang just masak-masak sekali je la. Heh..heh...Tak la penat badan. Sekali je, settle semua.

Malam sebelum tu, kitorang suami isteri dah sibuk berperang kat dapur. Balik keje, terus gi pasar tani, borong ayam segar, ulam-ulaman, buah oren, etc. Balik rumah, tanpa rasa bersalah, sempat lagi gi beraya kat rumah jiran sebelah rumah dan dua belah rumah pulak. Asalnya rumah sebelah je, tetiba jiran dua belah panggil datang raya pulak. Orang dah pelawa, kita on je la...Sudahnya, dekat pukul 11 baru balik rumah dan 11 lebih baru start pegang periuk belanga semua.

Disebabkan ni usaha sama dan kerjasama bersama, masing-masing ada la peranan memasing. Macam en asrul tolong bersihkan ayam, keluarkan bekas-bekas hidangan, masukkan kuih raya, etc. Apa ke halnya, dah raya ke berapa, baru nak masukkan kuih raya dalam bekas? heh..heh...nampak sangat takda orang datang beraya lagi...En asrul jugak tolong gorengkan papadom, ikan masin. Kiranya, masakan yang dijamu tu ada real air tangan kitorang berdua la....

Di malam yang sunyi dan dingin tu jugak, bunyi blender berpadu dengan bunyi cengkerik dan unggas malam...heh..heh.....Bukan sekali, malah berkali-kali....Sori la para neighbour, terganggu tidurmu.... So, malam tu, sambal-sambal semua selamat digoreng, esok boleh campur je bahan utama nanti. Sambal belacan pun selamat dibuat. Jangan tak tau, ni percubaan pertama buat sambal belacan...heh..heh..., nasib baik mak tercinta sudi kongsi resepi..heh..heh..

Eh, budak tecik tu mana? Kitorang umpankan dengan movie Jumbo Gajah Biru, sampaikan 3 kali diulang tengok, sampaikan aku kena tutup cd tu sebab dah pukul 2 pagi, mata dia terpaku lagik kat tv. Paksa dia tido.

Malam tu (dah pagi pun....pukul 2 lebih...), semua ke'pengsan'an kepenatan.......

Thursday 23 September 2010

BILA SEL-SEL OTAK SALING BERKEMBANG...

Situasi 1:
en asrul terbersin dalam rumah. hidung gatal. dan respon nurin hana, "Papa...bersin tutuplah mulut...". (maksud: kalau bersin, cover hidung tu dengan tangan).

Situasi 2:
di satu malam yang dingin, dalam kereta, tetiba tekak ni rasa gatal pulak. terbatuk-batuk la skit. tetiba," Ibu...kalau batuk, tutuplah mulut...". (maksud: batuk, cover mulut dengan tangan).

Situasi 3:
Kengkadang aku dengan en asrul kalau berbincang, macam bunyi nak  bertekak. almaklumlah, masing-masing anak sulung, keras hati...nak menang je (sapa nak kalah kan...). malam tadi bincang something untuk sabtu ni. ala-ala debat la. tetiba budak kecik ni, "Ibu..Papa...janganlah gaduh-gaduh...mainlah elok-elok....". (heh..heh..."main' sebenarnya merujuk kepada "cakap" la...dia tengok depan papa pegang pen conteng-conteng atas kertas, ibu ngadap calculator, tu yang ingat tengah main tu..)

tu tak pa lagi.

Situasi 4:
satu hari tu, kitorang pegi carrefour. masa nak keluar kat kaunter bayaran tu, sempit sikit, so pergerakan agak perlahan la.
"Ibu...cepatlah sikit...apa hegeh-hegeh ni...".

en asrul tengok aku. aku tengok en asrul.
alahai, pantas sungguh budak ni "menyerap" dan "menghadam" segala benda.....

Friday 17 September 2010

RAYA @ LEMBAH

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.....
Tahun ni giliran beraya kat rumah mak & abah kat Lembah.
Dan kebetulan, semua adik beradik dapat berkumpul. So memang havoc la, tambah-tambah lagi, rumah ni ada orang baru, anak epul & ju yang baru berumur 2 bulan.
Macam-macam menu ada, ketupat, rendang hitam daging (special ni...kat rumah ni je boleh jumpa, selain rumah opah kat kampung), rendang ayam (my favourite di hari raya), masak lodeh (dimasak atas permintaan cain), sambal kacang (special jugak, sebab kat rumah kacangnya dimesin agak halus @ hampir halus, biasanya kasar-kasar kan...Kitorang memang suka sambal kacang yang halus..). Tak ketinggalan, lemang yang dibeli tapi terpaksa dikukus semula sebab pulut dalamnya tak masak @ separuh masak. Tapi, sorry, gambar-gambar menu tu semua takda, terlupa nak snap. So, bayangkan je la ye.....heh..heh....
 deretan bekas kuih raya kat rumah mak...terkejut masa masuk dalam rumah mak, mak aii..banyaknya kuih...ni la hasil kuih tunjuk-tunjuk kitorang semua, kecuali kuih bahulu, hand-made, mak buat sendiri...
err....ni hari raya ke atau hari mewarna sedunia?
anak beranak yang cool.....
my family....abah, mak, anak, menantu, cucu. abaikan rak kasut kat sebelah tu...heh..heh..
my small family. kenangan di hari raya. tema warna tahun ni coklat gelap