Sunday 30 May 2010

HAPPY BIRTHDAY TISYA & SYAKIR


Assalamualaikum.

Tisya, yang dalam bulatan tu...bersama her sisters, Wawa & Mimin. Yang pakai baju coklat dot dot tu, sapa ek....macam familiar jer..ahakss.......
Syakir

Siapakah ini budak, Tisya & Syakir? Actually, this cute girl, Tisya @ her real name, Nur Batrisya Hani and this cute boy, Syakir @ Muhamad Syakir are Nurin Hana’s cousins. Anak-anak kepada my SIL, As & Zila. Tisya dah 2 years old & Syakir 1 year old this month. Happy Birthday to both of u, from Mak Long, Pak Long & Nurin Hana. Semoga menjadi anak-anak yang soleh & soleha, serta berjaya di dunia dan akhirat. 

Till to date, Syakir the only grandson in my MIL's family. Sangat-sangat laju merangkak. Mukanya sangat-sangat mirip dengan muka ayahnya. Bak kata kitorang, fotostat muka ayahnya….hah..hah….
Tisya is my SIL’s 4th children. Selalu nampak malu-malu. And suka minum susu kepunyaan Syakir..haha..hah…Diorang ni kiranya best friend lah…

EH, SAPA BUDAK TOMBOY TU…..?


Assalamualaikum.
Baru-baru ni budak tecik tu sibuk bagitau, “ibu…potonglah rambut Nurin Hana bagi pendek macam Saadiah…” Agaknya kawan dia tu baru potong rambut pendek kot. I told her, if I cut her hair, nanti tak boleh ikat rambut dah. Nurin Hana suka ikat tocang dua tiap-tiap pagi masa nak pergi school.
Masa balik kg hari tu, my mom suggested to cut her hair. Diskus punya diskus dengan dear Hubby, bolehlah. Pagi-pagi tak payah susah-susah nak ikat rambut. Tengahari tu, singgah barber kat carrefour ampang, dan akhirnya gonjenglah rambutnya….macam ni….macam boy pun ada….tapi, cute jugak…hah..hah….macam rupa dia masa umur setahun….cute…


Sangat2 baik masa rambutnya dipotong….
New look..


I LOVE YOUR BLOG....


Assalamualaikum.


Dah lama nak buat entry ni, tapi selalu kelupaan di samping ke’busy’an..Huh..ngalahkan pak menteri pulak..hah..hah…
Last month, I received this award from my dear, Ica….Sorry la ca ooii, lama benar nak terima…ampunnnnn…:).
“Ca, aku suka baca blog mu..sangat memberi inspirasi…although aku cikgumu, nampaknya mu dah kalahkan cikgu..hah..hah….hah…”. Takpa, tu menunjukkan betapa tulus ikhlasnya menurunkan ilmu, tak gitu..hah..hhaa…
By the way, saya nak hadiahkan award ni pada semua kengkawan yang sudi singgah kejap kat blog ni. Terima kasih..Thank you…

Thursday 27 May 2010

NURIN HANA aka ULTRAMAN

Assalamualaikum.
 
Korang mesti familiar dengan cerita ultraman, kan! Daripada kecik dulu, cerita tu dah ditayangkan kat tv. Sampailah dah jadi belia pertengahan umur ni…heh..heh….
My little princess sangat-sangat “menggilai” watak kartun ultraman ni. Cerita tu akan membuatkan dia terpaku depan tv, tanpa pedulikan ibu atau papanya. Masa tu janganlah kita suruh dia buat something, tak dilayannya….Buat penat mulut je…Macam bercakap dengan batu dan kayu….takda respond…..
Nurin Hana selalu bagitau kitorang yang dia adalah ultraman, ibu dan papanya raksasa. Kalau mood baik, dia akan gelarkan dirinya ultraman cosmos, ibu ultraman gaia dan papanya ultraman the next….Hah..hah….skit punya banyak ke jenis-jenis ultraman tu…….Baru-baru ni ada iklan kat 611, program yang akan disiarkan cuti sekolah nanti. Boleh Nurin Hana reminded us, “jangan lupa nanti nak tengok cerita ni…” Adeiii….anak ibu..anak ibu….
Sebenarnya apa itu sikap dan minat? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sikap merupakan kelakuan dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang individu atau dalam kes ni, kanak-kanak la.. Manakala minat dinyatakan sebagai keinginan, kesukaan atau kecenderungan kepada sesutu perkara. Ia juga adalah kecenderungan seseorang itu memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau kegiatan. Selagi sikap dan minat tu tak menjejaskan kehidupan, it is okay…..

KENDURI KENDARA


Assalamualaikum.
Baru-baru ni my brothers buat kenduri doa selamat sikit kat our parent’s house kat kg. Sempena kelahiran baby Syafiq, 5 bulan, baby kepada my brother, Choi dan Asma,  dan Ju, my SIL yang tengah sarat preggy 7 bulan. Insyallah, tak lama lagi, bertambahlah ahli keluarga my brother, Epul dan Ju. Juga bertambahlah cucu Atok dengan Opah…Semoga selamat semuanya...
Macam-macam makanan ada......semuanya saya my mom sediakan, dengan bantuan jiran tetangga, and me also la....tolong potong-potong....kupas-kupas.....heh..heh...I'm not expert in the kitchen...

NAME TAG BARU


Assalamualaikum.
Hello..hello….lama sungguh tidak bersiaran. Tak sempat la…Slalu buka blog tapi just visited blog kawan-kawan as silent reader. Besok cuti, so bolehlah balas dendam ini malam, layan blog sampai muntah..…hah..hah….
Okay, keje kat tempat baru, semua pun serba baru kan….termasuklah name tag @ tanda nama. Ala yang kita sematkan kat dada tu. Memang dah ada dua name tag sebelum ni tapi tak sesuai digunakan kat sini sebab sini name tag nya ada logo Agensi.
Masa memula dapat tu, rasa excited jugak sebab lain dari yang sedia ada. Tak pakai pin macam kebiasaannya, tapi magnet. Wahhh..baguih..baguih…taklah rosak baju ke,tudung ke kena pin tu. Terpelihara gitu…ahaksss….Cun..cun….I like…..:)
 

Friday 14 May 2010

Sambutan Hari Belia Negara 2010

Assalamualaikum.

Bulan ni ada satu lagi sambutan/karnival yang akan memeriahkan Putarajaya, Sambutan Hari Belia Negara 2010 mulai hari ni 14 Mei - 16 Mei 2010. Tema sambutan kali ni adalah 'Belia Kreatif Pemacu Pembangnan Negara'. Ada pelbagai aktiviti dan acara menarik yang dirancang.
Siapakah yang dikatakan 'belia' ni? Tafsiran dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, 'Belia adalah seseorang yang berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih daripada umur 40 tahun.'
So, saya ni masih kategori 'belia' lah ni.....:D.....
Apalagi, jom ramai-ramai memeriahkan Sambutan ni.
Untuk kemudahan semua yang berkumjung ke Putrajaya, kira-kira 30,000 parkir awam telah disediakan di Presint 1, 7, 18 dan 20. Please take note, konsep 'park and ride' akan dilaksanakan sepenuhnya sepanjang acara berlangsung coz' beberapa jalan utama ke 'Core Island' Putarajaya akan ditutup kepada lalu lintas. Bas ulang-alik akan disediakan untuk bawa pengunjung dari lokasi parkir awam ke pusat transit di tapak acara. 16 buah trem juga turut disediakan di pusat transit secara percuma untuk kemudahan bergerak di sekitar tapak acara.  
Details for the Program, di sini.

Thursday 13 May 2010

KERETA KENA LANGGAR

Assalamualaikum.
Pagi ni sampai awal ke office, so sempatlah nak 'jalan-jalan' di alam maya. Sekarang ni dah bawak kereta so walaupun masuk jam 8 pagi tapi, seawal pukul 7 dah keluar. Padahal rumah 'sedepa' je dari office. Keluar awal nak elakkan jalan sesak kat Parcel E sana, lagi satu masa tu parking lot belum penuh so senang la nak masuk parking. Al-maklumlah, saya ni bukannya pandai benar bab-bab parking ni..heh..heh...Lot parking yang diperuntukkan duduk kat tengah-tengah, diapit kereta kiri kanan, kalau datang lambat nanti owner parking kiri kanan tu dah sampai, masaklah saya nak masuk parking tu. So, biarlah datang awal, boleh relaks-relaks dulu dalam office..tak gitu....
On the way tadi, ternampak satu kemalangan kecil. Sebelah je. Masa tunggu kat traffic light, kereta vios kat depan tu apa kenanya kejap-kejap mengundur....sampaikan kereta hitam kat belakangnya siap dah hon, pastu undur sikit ke belakang. Tapi apa jadi? Kereta vios tu tetap mengundur jugak, apalagi...hentamlah bumper depan kereta hitam tu. Berbunyilah juga. Saya intai-intai kat cermin, nampak cam vios tu ok je bumper belakangnya, kereta hitam tu tak ketahuan pulak nasibnya. Maybe tak teruk sangat kot. Apalah pakcik vios ni, macamana la boleh mengundur pula ni. Bila lampu hijau, both kereta jalan terus je. Takda sesi bincang-bincang pun. Tak taulah kot kat depan-depan sikit depa pakat bincang....Kat situ main road, bukan boleh berhenti suka-suka. Mahu mengamuk orang nak pergi office nanti.....
Terkejutlah jugak tengok scene tu. Orang lain punya mistake, kita pula kena kan!!! Kena lebih hati-hati lepas ni...... 

Wednesday 12 May 2010

RIANG RIA BERSAMA 'TEMAN' BARU...

Assalamualaikum.
Sekarang ni Nurin Hana ada 'teman' baru. Hari-hari mesti berdamping bersama. Present daripada Papa. Bukan main suka dia dapat 'teman' baru tu.
  are u ready? ni lah 'teman' baru nya....
 Susah betul nak bawak balik benda ni. Elok-elok berbungkus dalam kotak, terpaksa punggah masuk dalam kereta. Dalam bonet tak boleh isi, dah penuh dengan strollernya. Kotaknya panjang sangat, tak boleh muat kat back seat. Tu yang terpaksa punggah satu persatu. Jauh tu beli...kat Ampang, masa balik sana. Sampai je rumah, terus Nurin Hana minta Papa pasang. Tak sabar-sabar.....Lepas tu apalagi, menggelunsur je lah kerjanya.......

SUSAHNYA NAK BANGUN PAGI.....

Assalamualaikum.
Sekarang ni, every weekday monday - friday, my lil' princess Nurin Hana kena bangun tidur sangat-sangat awal pagi, dalam 6.30 pagi. Hmm...so kesian kat dia, but what to do. Takda choice lain. Walaupun, waktu tidurnya setiap malam telah ditetapkan jam 9.30 malam atau selewat-lewatnya sebelum 10 malam, bangun pagi tetap liat. Susah betul nak pujuk dia buka mata dan bangun untuk ke bathroom. Selalunya kena umpan dengan kata-kata ni..."oo..Nurin Hana tak sayang ibu ye....., takpalah, ibu pergilah...." dan selalunya umpan tu berjaya..heh..heh...Walaupun mata dah buka, tapi still kena dukung pergi duduk kat dapur dulu untuk gosok gigi. Gosok gigi sambil duduk tu. Ibu tolong gosokkan gigi. Dah selesai, barulah masuk bathroom. Ayat yang selalu diulang oleh Nurin Hana every morning.."ibu....Nurin Hana tak nak mandi...". Biasanya akan pujuk dan bagitau dia yang kita basuh-basuh je apa yang patut. Sebenarnya, jirus juga dengan air, badan tu. Saja nak pujuk. Lepas mandi, wajib tengok tv, astro 615, kan ada cartoon "good morning mickey". She love it. Tulah penemannya waktu pagi sehingga bertolak ke school.
 belum bangun tidur lagi ni...every morning, ibu akan bawa Nurin Hana turun dan baringkan kat atas sofa...
wajah selepas selesai mandi dan bersiap. Ni pakaian on friday, baju kurung. Muka 'sememeh' lagi walaupun dah mandi...
teman waktu pagi...

Monday 10 May 2010

ONE DAY OUTING

Assalamualaikum.
Sabtu baru ni kitorang 3 beranak outing gi kolumpo. Pergi Sogo and Ikea. Seronoknya berjalan, dari pagi sampai malam. On the way home, Nurin Hana dah 'pengsan' dalam kereta. Actually, dah 'pengsan' dalam stroller masa tunggu my dear hubby ambik kereta. Kesian Nurin Hana...penat sangatlah tu.....Yalah, siang pun tidur kejap je, masa kat Sogo. Bila tidur tak cukup, mulalah buat perangai. Sampaikan Ibunya nak shopping pun agak terganggu..heh..heh...
Oh ya, masa kat Ikea jugak nyaris 'hilang' kereta.......menakutkan...
Terima kasih daun keladi pada my dear hubby...blanja beli handbag dengan kasut....nanti blanja lagi ye...;D.... Puaslah tanya, brapa bajet, tapi sekadar dimaklumkan, "beli je la...". Bukan apa, kenalah tau lingkungan bajet supaya tak terbabas. Tau-tau je lah kalau dah datang Sogo waktu sale, memang rambang mata....heh..heh...Apa je yang dipegang, macam nak dirembat semua...heh..heh...Walaupun dear hubby dah bagi green light, tapi still cuba sedaya upaya limitkan belanja...dah cuba ye...Pusing-pusing cari yang mana satu paling berkenan. Ye lah, kalau ikutkan nafsu, semua berkenankan....Suka satu kasut tu, B, memang my size tapi rasa sakit pulak bila sarungkan kat kaki. Kasut tu memang akan kembang tapi, sementara nak tunggu kembang, menderita kaki. Oh ye, kasut dan handbag yang dicari adalah untuk kegunaan pergi kerja ye...so kenalah kasut yang bertutup penuh dan beg yang sesuai untuk diusung ke office. Finally, ambil C. Rasa sedap bila dipakai. Pilih handbag pun timbulkan dilema. Ada 3 top priority. AD, S1 and S2. Tiga-tiga tu cantik, tapi yang paling berkenan, AD tu. Warna dia lain daripada warna skima kat handbag untuk office. Ada 3 jalur warna melintang kat body nya. So sweet. Tapi sayang...hanya tinggal yang display je. Stok dah abih. Puaslah berfikir, macamana, nak ambil juga ke yang display tu, atau pilih je sama ada S1 atau S2. Kalau kasut, memang tak bestlah ambil yang display sebab dah beribu-ribu kaki sarung kat kasut tu, so, mesti sikit sebanyak dah kembangkan. Tapi handbag? Err....setakat beribu-ribu tangan pegang, belek, buka zip, tutup zip, gayakan kat tangan. Condition still masih okay lagi. Setelah berfikir sedalam-dalamnya.....ku pilih yang lain, S1. Takpalah, kali kali boleh beli lagi...hah...hah....
Bestnya dapat hand bag dengan kasut baru.....walaupun ada sepasang kasut belum dipakai lagi dengan handbag sedia ada pun baru beli. Ni special skit sebab....dear hubby blanja.....heh..heh...TQ sayang.....
Alang-alang dah pegi Sogo, sempatlah gi shopping baju lil' princess, Nurin Hana. Tak beli banyakpun, sebab hari tu pun baru beli banyak baju untuknya. 
Kat Sogo pembelian yang melebih rm200 dalam satu resit dapat free gift payung, tapi kena ambil kat level 7. Kitorang pun punyalah semangat naik atas, nak payung punya pasal. Huii..dapat 2 tu...boleh juga guna masa hujan ke panas ke kan! Tapi, mak aiii..panjangnya line. Kat situlah buat membership Sogo, kat situlah juga renew kad, and kat situ lah juga nak redeem free gift. Adoii...Kalau tak mengenangkan dah naik atas, pastu payung 2 tu, tak kuasa nak berdiri lama-lama. Boring punya pasal, sampai Nurin Hana dapat idea masukkan sepit rambutnya dalam dua lubang kecil kat kiri kanan stroller nya..lubang tu actually tempat untuk masukkan tempat letak minuman/makanan. Pastu dimasukkan pulak jari dalam tu...Adeeii...nasib baik boleh dikeluarkan...Bawa budak kecik gi shopping, memang banyak dugaannya....sabar je la...
 Petang tu, kitorang gi Ikea pula. Takda tujuan sebenarnya, just jalan-jalan cuci mata. Sambil-sambil tu kalau jumpa grill pan, nak belilah. Hmm..takda la pulak. Hubby beli rak  penyimpanan barang mainan, Trofast. So, senang nak asing-asingkan mainan princess tu, lego kat satu bekas, pinggan mangkuk kat satu bekas. Rak tu best, ada partitions untuk letak bekas mainan. So, lepas ni senanglah Nurin Hana nak pilih mainan dan  kemas untuk simpan. Jangan pandai pilih je, pastu tak pandai nak kemas dan simpan......
 kalau pergi IKea, tak sah kalau tak makan meatball..yummy....
Ok berbalik pada kisah kereta hilang tu. Selesai menjamu mata, kitorang pun turunlah ke tempat parking. Nurin Hana and me tunggu kat tempat bayar parking, kat area J  and dear hubby pergi ambil kereta. Kitorang parking kat C4. Sikit punya lama ke tunggu, jangankan bayang kereta, cahaya lampu pun tak nampak. Tunggu-punya tunggu, tetiba dikejutkan dengan kehadiran dear hubby dengan muka panik.  Dialognya lebih kurang macam ni:
       Hubby: "Kereta kita takda la kat tempat kita parking tadi... Abang tekan alarm, pun takda bunyi..". 
       Me: "Hah...!!!Takkan hilang kot... Ada level parking lain kot...."
             (Dah panik ni. Dalam hati duk berkata-kata, alahai hutang pun tak habis bayar lagi ni....huh..huh..)
Hubby tunjukkan gambar tempat parking kereta tadi. Memang kebiasaan hubby akan snap photo using handphone kalau parking kereta kat mana-mana terutama kalau kat shopping complex. Kitorang tengok sama-sama. Betul C4 yang hubby pergi tadi, tapi...eh..kenapa warna tiang tu hijau? kat level sini merah....La....rupanya salah tempat yang dicari daaa...Parking kat tempat lain, cari kat tempat lain, mana nak jumpa....Parking P1, cari  kat P2. Sampai besok pagipun tak jumpa punya....Hubby dah panik teramat sampaikan tak perasan warna tiang tu masa duk cari kereta tadi...Padahal dah tengok gambar dalam handphone tu.....Adoii...buat terperanjat je....Apapun lega teramat.......      

Selamat Hari IBU.....

Assalamualaikum.
RASANYA MASIH TIDAK TERLEWAT LAGI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DI LUAR SANA.....SAMA ADA YANG BERGELAR IBU @ MAK @ UMMI @ MAMA @ MA @ MOMMY @ MOM @ ETC....
BUAT MAK RO DAN MAK MORI, SELAMAT HARI IBU. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA ATAS KASIH DAN SAYANG YANG DIBERI. MOGA TUHAN SENTIASA MERAHMATI DAN MELINDUNGI MAK-MAK BERDUA SERTA MELIMPAHKAN KEBAHAGIAAN SELAMANYA.
SELAMAT HARI IBU JUGA BUAT MYSELF..HEH..HEH...ALHAMDULILLAH, DIBERI PELUANG OLEH NYA UNTUK MERASAI NIKMAT MENJADI SEORANG IBU...SYUKUR ALHAMDULILLAH. SEMOGA DAPAT MENJADI IBU YANG TERBAIK BUAT ANAKNYA.
Ibu..Ibu..
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu...

Ibu.....ibu.... Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu.....ibu.... Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


Lagu kat atas tu sangat-sangat evergreen kan!!! Nurin Hana selalu nyanyikan lagu "IBU" ni untuk ibunya ni....tapi, rangkap yang pertama tu jer la yang diulang-ulang....;)
Surprised from Nurin Hana. Last Friday, masa naik kereta, Nurin Hana hulurkan kad "Selamat Hari Ibu" sambil ucapkan "Selamat Hari Ibu". Terharu...Dan yang paling touching, kad tu DIBUATNYA SENDIRI...(every friday ada art class kat school nya). Bila nak simpan dalam beg, Nurin Hana siap cakap, "Ibu, janganlah simpan dalam beg..". Tak bagi simpanlah pulak. Terpaksalah Ibunya ni bagitau yang kad tu perlu disimpan dalam beg supaya tak terkomot. Nasib baik faham....  
 walaupun tak secantik mana, namun tetap bermakna dan cantik di mata ibu...TQ Hana..

Wednesday 5 May 2010

SIRIH PULANG KE GAGANG

Assalamualaikum.
Meminjam sms my dear hubby,'sirih pulang ke gagang'...Perjuangan telahpun bermula. Saya telahpun ditempatkan di salah sebuah central agency, huii..bukan calang-calang department tu...Dan ditempatkan pula di sektor polisi..ala-ala polisi maker la..hah..hah...Tu yang umpama sirih pulang ke gagang tu..heh..heh..Kat office lama, pernah duduk kat sektor sama. Duduk polisi, maknanya berkawan dengan buku, bercakap dengan komputer......Ala-ala anti sosial gitu..hah..hah...
So, macam biasa, first task is READING...and READING.....and READING.....
Here, u must read a lot.....
Biasalah...read a lot....then u can write a good paper.
Hari tu tersipu-sipu sendiri bila bos tanya tentang enkayarae. Cheh....buat malu je..heh..heh....Bukan tak pernah baca tapi tapi tak ambil kisah atau tak ambil berat. Yelah, masa tu kan tengah honeymoon kerja. So, sekarang ni kenalah baca betul-betul semua berkaitan yang ada dan faham sedalam-dalamnya....:)
Ni bukan seksyen operasi so biasanya suasana kat sini memang sunyi sepi, macam takda orang. Sesekali barulah dengar bunyi suara orang bercakap. Selalunya memang sunyi sepi.
tapi, serious, kat sini scope kerja memang totally lain la dari tempat lama., walaupun nama sama, polisi. Dulu more on kertas emjeyem, enjeyem, kertas konsep. Kat sini siap kena buat research lagi tu...haru...Demam buat tesis pun tak habis kebah lagi...
Tapi, walau di mana saja kita ditempatkan, bersedialah dengan segala kemungkinan dan sesuaikanlah diri sebaik mungkin di tempat baru. Jalankan tugas yang diamanahkan  sebaik mungkin...
Hopefully, semuanya berjalan lancar...
Hmm...saat-saat begini, rasa rindu betul zaman belajar dulu tu......

Wanita cantik bawa penyakit????

Assalamualaikum.
Hari ni dalam satu artikel di Harian Metro menyentuh tentang 'Wanita Cantik Bawa Penyakit'. Ni artikelnya:
Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda. Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh. Kesan itu meningkat di kalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka. Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.
Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku. Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama. Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat. Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.
Penyelidik merumuskan: “Dalam kajian ini, kami menganggap, bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.
Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.
Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita. Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk. - Agensi

Hmm...kalau ikutkan kajian tu, maknanya kaum lelaki tak bolehlah jumpa wanita-wanita cantik ni...nanti jatuh sakit...hah..hah....
Bukankah semua orang dilahirkan cantik? Yang membezakan hanya pandangan mata seseorang tu....:)

Saturday 1 May 2010

YANG MANA SATU PILIHAN HATI......

Assalamualaikum.

Hmmm....yang mana satu ye? Dua2 nampak begitu menarik. Yang tu pun berkenan, yang ni pun suka. Takkan nak rembat dua2 pula. Sukarnya nak buat pilihan.....

Korang rasa mana best? Dah baca review for both, nampak macam balance je.
Al-kisahnya, hari tu, nokia 6288 kesayangan hamba ni, telah terjatuh kat toilet......ATAS LANTAI TOILET ye.....bukan dalam toilet bowl..harap maklum..heh...heh..Dengan segala kunci bilik opis, handphone, jam terjatuh, terkeluar dari poket. So, dengan bijaksananya semua bend a yang jatuh tadi dilalukan kat air. Termasuklah nokia itu. Selepas tu apa jadi? Habis ‘weng’ handphone tu...bila kita on, automatik boleh off sendiri...huwwaa....dahlah banyak nombor phone dalam tu...skrin siap kelabu asap, berkabus kat sebalik skrin. Buka bateri, cover belakang, Jemur bagi kering. Jemur atas hard disk, kan panas atas tu kan. Huh..huh..tu la pasal, apsal la buat tanpa fikir dulu....Sekarangkan dah masuk ICU....huh..huh......
Tapi, sekarang dah okay lah my nokia....lal..la..la..la...setelah dua hari tidak berfungsi (berada di jemuran...), nampaknya it back to normal....Wahh..bagus betullah nokia ni. Patutlah oarang kata nokia tahan lasak, jatuh banyak kali pun still bernyawa lagi....hah...hah...
So, apa jadi ngan dua pilihan hati tadi? Heh..heh...tetap dalam pertimbangan akhir.....:). Dah lama mengidam la.......kang kempunan pula...hah..hah....(alasan......)
Yang ni pun ngidam jugak. Juga dalam dilema nak pilih mana satu......Dapat duit refund income tax nanti, bolehlah sambar satu..hah..hah....

Dua competitor utama yang salin bersaiang merebut pasaran. Hari ni satu tu kluar model baru, esok yang satu lagi akan keluar model yang lebih kurang sama....
Tepuk-tepuk dada, tanya itu nafsu...hah...hah....