Friday, 14 May 2010

Sambutan Hari Belia Negara 2010

Assalamualaikum.

Bulan ni ada satu lagi sambutan/karnival yang akan memeriahkan Putarajaya, Sambutan Hari Belia Negara 2010 mulai hari ni 14 Mei - 16 Mei 2010. Tema sambutan kali ni adalah 'Belia Kreatif Pemacu Pembangnan Negara'. Ada pelbagai aktiviti dan acara menarik yang dirancang.
Siapakah yang dikatakan 'belia' ni? Tafsiran dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, 'Belia adalah seseorang yang berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih daripada umur 40 tahun.'
So, saya ni masih kategori 'belia' lah ni.....:D.....
Apalagi, jom ramai-ramai memeriahkan Sambutan ni.
Untuk kemudahan semua yang berkumjung ke Putrajaya, kira-kira 30,000 parkir awam telah disediakan di Presint 1, 7, 18 dan 20. Please take note, konsep 'park and ride' akan dilaksanakan sepenuhnya sepanjang acara berlangsung coz' beberapa jalan utama ke 'Core Island' Putarajaya akan ditutup kepada lalu lintas. Bas ulang-alik akan disediakan untuk bawa pengunjung dari lokasi parkir awam ke pusat transit di tapak acara. 16 buah trem juga turut disediakan di pusat transit secara percuma untuk kemudahan bergerak di sekitar tapak acara.  
Details for the Program, di sini.

No comments:

Post a Comment