Monday, 10 May 2010

ONE DAY OUTING

Assalamualaikum.
Sabtu baru ni kitorang 3 beranak outing gi kolumpo. Pergi Sogo and Ikea. Seronoknya berjalan, dari pagi sampai malam. On the way home, Nurin Hana dah 'pengsan' dalam kereta. Actually, dah 'pengsan' dalam stroller masa tunggu my dear hubby ambik kereta. Kesian Nurin Hana...penat sangatlah tu.....Yalah, siang pun tidur kejap je, masa kat Sogo. Bila tidur tak cukup, mulalah buat perangai. Sampaikan Ibunya nak shopping pun agak terganggu..heh..heh...
Oh ya, masa kat Ikea jugak nyaris 'hilang' kereta.......menakutkan...
Terima kasih daun keladi pada my dear hubby...blanja beli handbag dengan kasut....nanti blanja lagi ye...;D.... Puaslah tanya, brapa bajet, tapi sekadar dimaklumkan, "beli je la...". Bukan apa, kenalah tau lingkungan bajet supaya tak terbabas. Tau-tau je lah kalau dah datang Sogo waktu sale, memang rambang mata....heh..heh...Apa je yang dipegang, macam nak dirembat semua...heh..heh...Walaupun dear hubby dah bagi green light, tapi still cuba sedaya upaya limitkan belanja...dah cuba ye...Pusing-pusing cari yang mana satu paling berkenan. Ye lah, kalau ikutkan nafsu, semua berkenankan....Suka satu kasut tu, B, memang my size tapi rasa sakit pulak bila sarungkan kat kaki. Kasut tu memang akan kembang tapi, sementara nak tunggu kembang, menderita kaki. Oh ye, kasut dan handbag yang dicari adalah untuk kegunaan pergi kerja ye...so kenalah kasut yang bertutup penuh dan beg yang sesuai untuk diusung ke office. Finally, ambil C. Rasa sedap bila dipakai. Pilih handbag pun timbulkan dilema. Ada 3 top priority. AD, S1 and S2. Tiga-tiga tu cantik, tapi yang paling berkenan, AD tu. Warna dia lain daripada warna skima kat handbag untuk office. Ada 3 jalur warna melintang kat body nya. So sweet. Tapi sayang...hanya tinggal yang display je. Stok dah abih. Puaslah berfikir, macamana, nak ambil juga ke yang display tu, atau pilih je sama ada S1 atau S2. Kalau kasut, memang tak bestlah ambil yang display sebab dah beribu-ribu kaki sarung kat kasut tu, so, mesti sikit sebanyak dah kembangkan. Tapi handbag? Err....setakat beribu-ribu tangan pegang, belek, buka zip, tutup zip, gayakan kat tangan. Condition still masih okay lagi. Setelah berfikir sedalam-dalamnya.....ku pilih yang lain, S1. Takpalah, kali kali boleh beli lagi...hah...hah....
Bestnya dapat hand bag dengan kasut baru.....walaupun ada sepasang kasut belum dipakai lagi dengan handbag sedia ada pun baru beli. Ni special skit sebab....dear hubby blanja.....heh..heh...TQ sayang.....
Alang-alang dah pegi Sogo, sempatlah gi shopping baju lil' princess, Nurin Hana. Tak beli banyakpun, sebab hari tu pun baru beli banyak baju untuknya. 
Kat Sogo pembelian yang melebih rm200 dalam satu resit dapat free gift payung, tapi kena ambil kat level 7. Kitorang pun punyalah semangat naik atas, nak payung punya pasal. Huii..dapat 2 tu...boleh juga guna masa hujan ke panas ke kan! Tapi, mak aiii..panjangnya line. Kat situlah buat membership Sogo, kat situlah juga renew kad, and kat situ lah juga nak redeem free gift. Adoii...Kalau tak mengenangkan dah naik atas, pastu payung 2 tu, tak kuasa nak berdiri lama-lama. Boring punya pasal, sampai Nurin Hana dapat idea masukkan sepit rambutnya dalam dua lubang kecil kat kiri kanan stroller nya..lubang tu actually tempat untuk masukkan tempat letak minuman/makanan. Pastu dimasukkan pulak jari dalam tu...Adeeii...nasib baik boleh dikeluarkan...Bawa budak kecik gi shopping, memang banyak dugaannya....sabar je la...
 Petang tu, kitorang gi Ikea pula. Takda tujuan sebenarnya, just jalan-jalan cuci mata. Sambil-sambil tu kalau jumpa grill pan, nak belilah. Hmm..takda la pulak. Hubby beli rak  penyimpanan barang mainan, Trofast. So, senang nak asing-asingkan mainan princess tu, lego kat satu bekas, pinggan mangkuk kat satu bekas. Rak tu best, ada partitions untuk letak bekas mainan. So, lepas ni senanglah Nurin Hana nak pilih mainan dan  kemas untuk simpan. Jangan pandai pilih je, pastu tak pandai nak kemas dan simpan......
 kalau pergi IKea, tak sah kalau tak makan meatball..yummy....
Ok berbalik pada kisah kereta hilang tu. Selesai menjamu mata, kitorang pun turunlah ke tempat parking. Nurin Hana and me tunggu kat tempat bayar parking, kat area J  and dear hubby pergi ambil kereta. Kitorang parking kat C4. Sikit punya lama ke tunggu, jangankan bayang kereta, cahaya lampu pun tak nampak. Tunggu-punya tunggu, tetiba dikejutkan dengan kehadiran dear hubby dengan muka panik.  Dialognya lebih kurang macam ni:
       Hubby: "Kereta kita takda la kat tempat kita parking tadi... Abang tekan alarm, pun takda bunyi..". 
       Me: "Hah...!!!Takkan hilang kot... Ada level parking lain kot...."
             (Dah panik ni. Dalam hati duk berkata-kata, alahai hutang pun tak habis bayar lagi ni....huh..huh..)
Hubby tunjukkan gambar tempat parking kereta tadi. Memang kebiasaan hubby akan snap photo using handphone kalau parking kereta kat mana-mana terutama kalau kat shopping complex. Kitorang tengok sama-sama. Betul C4 yang hubby pergi tadi, tapi...eh..kenapa warna tiang tu hijau? kat level sini merah....La....rupanya salah tempat yang dicari daaa...Parking kat tempat lain, cari kat tempat lain, mana nak jumpa....Parking P1, cari  kat P2. Sampai besok pagipun tak jumpa punya....Hubby dah panik teramat sampaikan tak perasan warna tiang tu masa duk cari kereta tadi...Padahal dah tengok gambar dalam handphone tu.....Adoii...buat terperanjat je....Apapun lega teramat.......      

1 comment: