Monday 30 January 2012

Sorry bos, Happy belated birthday

Adoyaiii...macamana la kami semua tak tau  tak ingat tarikh birthday bos sendiri.....

Mujur ada perhimpunan bhg hari tu, barulah kami semua bagaikan dihentam batu atas kepala. Apa kes bos punya birthday pun tak ambik tau. Dah la bos tu sebaik2 bos...

So, sbg tanda nak menghargai bos kami yang sangat baik tu dan tak pernah menyusahkan kami juga merangkap untuk mencover rasa bersalah ya amat kami tu, kami berpakat buat surprise party Jumaat tengahari baru ni. Kami jemput semua kat aras 7 tu je. Tak daya la kami nak jemput satu bhg.....bajet ciput dikkk...

Tapikan....nyaris party tergendala. Last minute tu, awal jam 12 tu, semua bos kena panggil ke atas oleh bos besar, mesyuarat tergempar. Alamak, party patutnya start jam 12.15. Hari Jumaat kan, kena rushing sikit sbb budak2 lelaki nak pergi sembahyang Jumaat. Terpaksalah kami mententeramkan perut-perut yang keroncongan yang dah siap sedia tunggu tu...^__^.

Dalam 12.30, bos pun turun. Kami ajak pergi pantry, tapi bos nak ke washroom dulu. Kena lalu tepi pantry. Dan entah siapalah yang mengangakan pintu pantry seluas-luasnya, so bila bos lalu automatik bos tertoleh ke dalam dan nampaklah segala apa yang ada dalam pantry tu....Alamak...surprise yang sudah tak menjadi daaa....^__^
bos kami yang comel dan baik hati. happy belated birthday bos...
kenyang la kami semua kat aras 7 tu makan....banyak sungguh makanan.
alhamdulillah, rezeki semua, makanan banyak dan ada macam-macam. ada kfc, murtabak raja yang dibawa khas dari kelate sana, pisang goreng, ubi2an goreng, keropok lekor. dunkin donut pun ada, bos bawak...eh, bos ni macam tau-tau je kita nak buat party kat dia... ^__^. Tak lupa ada cendol dan taufufa. dan sudah tentulah ada kek kan...apalah ertinya harijadi tanpa kek kan???

Wednesday 25 January 2012

Aktiviti santai cuti panjang

Disebabkan tiada perancangan awal nak kemana-mana (walaupun dalam hati meronta-ronta nak pergi berjalan-jalan, tapi tak tau nak pergi mana...), so cuti CNY baru-baru ni kami duduk rumah saja, berehat-rehatan... Kiranya memang rehat sesangatlah....

Tapi, duduk rumah saja pun, bosan jugakkan...So, kami keluar jugaklah ke tempat-tempat yang berdekatan...macam kat bawah ni:
1) lokasi 1
lokasi: agro hypermart, MAEPS. saja pergi, nak tengok apa barang ada dijual kat sini. Kami jangkakan mesti banyak produk IKS kan..tapi produk berjenama pun banyak jugak...macam nestle dll.

tak banyak lagi barang...so kebanyakan rak pameran tu dipennuhi dengan produk yang sama
asalnya budak kerinting tu nak duduk dalam troli tu tapi tak muat...^__^. troli tu kecil, tak macam kat carrefour. so, berlari-lari la dalam kedai tu tolak troli sambil main brek pakai kaki.

2) lokasi 2:
nurseri pokok kat bangi....sempat lagi posing masa matahari tegak atas kepala
3) lokasi 3:
kat mana ni???? ye..ikea...punyalah ramai umat dalam tu sampaikan nak makan kena tunggu berjam

ni kerusi yang entah ke berapa yang dicubanya... ^__^

Friday 20 January 2012

Outstation pertama 2012

Minggu lepas, diarahkan untuk menghadiri bengkel di Shah Alam, 3 hari 2 malam. Dekat, bolehlah berulangkan...tapi takda maknanya...jadualnya pack sampai malam lepas tu pulak aku pun tak bawak kereta sendiri. Naik kereta ofis je..senang..

Terlalu banyak perubahan kat Shah Alam ni. Sangat-sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan zaman belajar kat itm dulu. Paling syahdu, boleh nampak bangunan menara (trademark itm) dari tingkap bilik hotel. Habis tu, dah orang hotel tu bagi bilik kat tingkat 17. Mujur lif nya cepat, tak perlu tunggu lama.
urusetia bagi bilik deluxe room,  seorang sebilik. katilnya single yang dicantum dua. kawan aku kat tingkat 9 dapat katil queen. aku je seorang sesat kat atas tu..
pemandangan dari pintu masuk. ok la, tak begitu luas tapi sangat selesa.
disediakan sofa untuk rehat-rehat. dengan air minuman 2 botol.
ni paling best.....rak kabinet tempat air panas ni, walau dah tolak ke dalam, tetap ingin terjulur keluar jugak. mula-mula sampai tu, cuak jugak, apahal pulak kabinet ni..main cak-cak dengan aku ke. tolak, keluar, tolak, keluar. last-last, biarkan je macam tu. nak sangat tengok dunia..so lihatlah dunia...
tv pun special. masih mengekalkan tv style doulu-dolu...alah..tak kisahlah janji siaran tip top. apa guna letak tv lcd plasma bagai, tapi gambarnya blur je....
ini la hotel yang aku duduk tu.

Satu je yang tak berapa nak best kat sini. internetnya kena bayar. mahal jugak. beria-ia angkut laptop dengan harapan boleh berinternet. chiss. tak kuasalah nak bayar bagai. so, nasib baik ada internet kat handphone. 
Tapi, kolam renang untuk kanak-kanak best. ada bumbung, so tak la rentung kalau berendam lama-lama kat dalam. Bukan apa, sekadar beringat, tak nak kes Nurin hana rentung macam kat cherating tu berulang lagik..^__^. Nurin hana dibawa Papanya ke sini pada hari kedua, so dapatlah bermalam semalam dan main air..^__^

oh ya, sebelum tu, seperti biasa, bila hal outstation ni dimaklumkan pada anak dara kenit tu, terus la dia melelehh air mata..."Nurin hana taknak ibu kerja jauh.." Hah...mau tak sebak hati dengar tu... T___T . Takpa la nak...ibu bukan pergi jauh manapun...ibu cari duitkan....

Thursday 19 January 2012

Kita yang kian berubah...

Handphone, tab, dan segala aneka gajet peralatan IT memang bagus. Sebab memudahkan, menyenangkan kita untuk bersembang dengan orang lain, tengok internet, main angry bird, layan facebook, dan macam-macam lagik la.... Pendekata, semua urusan di hujung jari gitu....

Tapi, sama ada kita sedar atau tak, atau buat-buat tak sedar, semua gajet tu menyebabkan komunikasi dua hala dengan orang sebelah atau terdekat dengan kita dah jadi kurang atau hampir pupus...

Kita biasa tak nampak, pasangan/famili yang duduk semeja tapi buat hal masing-masing. Sorang sibuk main games kat hp, sorang lagik pulak sibuk mengulit tab. So, kat mana komunikasi tu? Kalau dulu-dulu tu, meriah meja tu dengan pot pet pot pet... Kiranya dunia ni kami yang punya la... Sembang nak rak tak hirau kat orang keliling dah.

Sekarang ni, sesekali ko tengok aku, aku tengok ko, pastu tangan duk mengulit. membelek gajet masing-masing tak abis-abis. Ohh..sungguh senyap sekali... Bagai berada dalam dunia berbeza...

Kalau kat rumah pulak, takda dah istilah layan tv sesama. Masing-masing macam duduk dalam dunia sendiri. Terasing. Yang apak nya duduk kat meja makan duk ralit main games kat hp. Mak nya pulak sibuk shopping online kat pc, takpun layan games jugak. Anak? Layan tv sensorang la... Dah la sehari suntuk duduk kat sekolah/tadika/nurseri, balik rumah ingat nak berkasih sayang dengan apak dengan mak, huh...hampehhh... Apak dengan mak sibuk benda lain.

Teknologi ni memang bagus. Tapi, kalau kita terlalu taksub dan lupa benda penting lain yang ada kat keliling kita, memang bawak padah la jawabnya.... Sapa tau, mungkin lepas ni takda dah nak cakap-cakap sesama kita. Nak cakap apa, minta apa, pakai sms atau message kat fb, tweet atau emel je.. Semua dah jadi bisu disebabkan gajet...

Zaman memang akan sentiasa berubah. Kita juga kena berubah tapi berubah tanpa mengenepikan nilai2 kehidupan dan kekeluargaan yang ada...

ini jugak peringatan untuk diri sendiri...

Wednesday 18 January 2012

Monday 9 January 2012

Selamat Hari Jadi MAK


SELAMAT HARI JADI MAK.....
MOGA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK, SENTIASA DILIMPAHI KEBAHAGIAAN DAN DILINDUNGI OLEHNYA

57, HANYALAH NOMBOR
KERANA
MAK TETAP CANTIK DAN MUDA DI MATA KAMI

MAK SENTIASA DALAM INGATAN DAN DOA KAMI
WALAU SEJAUHMANAPUN KAMI PERGI
SEPERTIMANA DOA DAN INGATAN MAK
YANG TAK PERNAH PUTUS PADA KAMI
DAN
KAMI AKAN SENTIASA MENYAYANGI MAK



sumber image gambar: google (factastic e-cards.com)

Wednesday 4 January 2012

Meniti 2012


Semoga kita menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum...