Showing posts with label interest. Show all posts
Showing posts with label interest. Show all posts

Wednesday, 18 January 2012

Thursday, 8 July 2010

SUDOKU

Biasa main Sudoku? Permainan yang memerlukan kita masukkan nombor dari 1 hingga 9 dalam kotak yang disediakan. 

Permainan ni ada keluar dalam newspaper, antaranya NST dan The Star. 
I like this games. Bagus untuk minda. Bought a book last 2 years (during course for Master's preparation). Now, study dah habis, but buku tak habis lagi..heh..heh...

Mula terpikat dengan sudoku ni masa kursus kat INTAN, preparation for Masters tu. Sebelum mula kelas yang heavy, ada la acara ringan-ringan skit supaya semua rasa senang hati dulu, sebelum susah hati dengan subjek berat-berat tu. Each group diberi satu permainan Sudoku dan diminta selesaikannya. Siapa paling pantas siapkan, group tu lah menang. Ni lah first time tengok permainan tu, so tidaklah tahu bagaimana nak mainnya. Just tengoklah depa duk letak nombor kat situ, kat sana, pastu padamlah, buat lain. Apa lah depa cuba nak buat ni. Tapi, tetap bagi support to my group mate untuk siapkan. Tinggal lagi satu dua kotak nak completed, tetiba baru depa realised, ada kotak yang telah diitulis dengan nombor yang salah. Walau pun ada satu yang salah, habis semua rosak. Itulah trick permainan tu. Kena hati-hati. Jangan main tulis ikut suka je. So, group kitorang tak menang. Ada group lain menang, dan bila dirisik-risik, one of them biasa main Sudoku, so 'kacang' je lah... 
Tengahari tu, terus sambar buku Sudoku yang kebetulan ada jual kat Koop. Hati begitu membuak-buak nak tau, macamna depa boleh settlekan permainan tu, dan apa yang menariknya games tu.
Mula-mula buat, memang terkial-kial. Although ada simple guidelines how to play, tapi still blur lagi. Kalau tengok buku tu, kat page depan-depan, memang comot gilezz...conteng sana, padam sana......Tapi, lama-lama bila dah faham teknik main, takda comot dah buku..ahakkss...Dulu tulis dengan pensil, skang ni tulis dengan pen..huh..cam cam terror  benar... heh....heh....
Mula-mula tu memang tekun buat, tapi lama-lama bila busy dengan benda lain, terus terlupa. Sesekali bila nampak buku tu, buatlah juga seround dua. Just nak test skill, ingat lagi tak nak buat...heh..heh..
Baru-baru ni teringat nak buat semula. So, ke hulu ke hilir, duk usung buku tu. Memang dah sedia asal dah nak relai, bertambah lah uzurnya...Little Farhanah looks interested dengan buku tu, sebab ada nombor-nombor kan...Berapa kali dia duk 'kenen' buku tu..Tak mo la nak oii..ibu punya ni..Buku Hana nun kat bawah meja tu, penuh..macam-macam ada...
 Dulu kala pakai pensel
skarang..eksen...pakai pen...heh..heh..

Berdasarkan Wikipedia BM: Sudoku adalah permainan berdasarkan logik. Merupakan hak cipta rasmi Nikoli Co. Ltd di Jepun. Matlamat permainan ini adalah untuk memasukkan satu digit bernombor dari 1 hingga 9 dalam satu sel grid 9x9 dengan subgrid 3x3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dnegan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setaip sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja satu nombor digit dati 1 ke 9 sahaja. Menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Mula diterbitkan pada 1979. tapi mula popular di Jepun pada 1986. Popular di peringkat antarangsa pada 2005.

Saturday, 3 July 2010

POKOK BETIK DI DEPAN RUMAH

Ni adalah pokok betik yang ditanam oleh Papa Nurin Hana aka En Hubby. En Hubby beli anak pokok kat Pasar Tani Putrajaya aka Pasar Malam. Alhamdulillah, nampaknya membesar dengan baik. Apa taknya, selalu diberi 'makan'. Tak lupa jugak, diberi 'minum'. Nurin Hana kalau menyiram pokok betik ni, sampai jadi kolam keliling pokok tu. Penuh dengan air. Tapi, memang boleh diharaplah untuk siram pokok....pandai anak Ibu..
Hmm..bila la dapat merasa buahnya ni......
Jangan pulak jadi macam pokok mangga belakang rumah, dekat 4 tahun dah tanam dari anak benih, sampai la ni, takda hasil pun. Tinggi bukan main, dengan daun yang lebat. Kan bagus kalau buah yang lebat. Mangga harum manis tu..sedap...Tapi, rasa-rasanya, sampai sudah tak merasa la buah mangga tu. Takda ciri-ciri langsung nak berbuah...
Tapi, nampaknya tak lama lagi kalau ada rezeki, dapatlah kitorang makan betik ni...nampak tak dalam gambar tu, dah mula berbuah...bestnya...

Tuesday, 22 June 2010

BENCI BILANG CINTA

"Jangan benci bilang cinta...
jangan marah bilang sayang..
jangan mendustai hati..
bila engkau memang suka..
jangan engkau merasa jauh..
bila kau dekat denganku..
jangan kau menganggap cinta..
mudah datang mudah pergi.."


Heh....heh...Rasa-rasanya ramai yang familiar dengan lagu tu kan...! Lagu tema sinetron yang tengah hangat kat Astro 104, Benci Bilang Cinta.
(image: google la..)

Adoiii...entah macamna terperangkap dengan sinetron ni. Al-kisahnya, last week, my MIL & SIL came to our home sweet home. My SIL had an interview with PSC. After came back from office, joint them watching tv..(no need to cook, MIL & SIL dah prepared it..:)..). At first, tak ambil kisah sangat jalan cerita tu. Entah kenapa, tiba-tiba bagaikan ada satu magnet yang bagaikan menarik kuat untuk terus mengadap tv. Eh..best la rupanya...Apsal la dah banyak episod baru tengok, aisehh...Actually, tak minat sangat sinetron ni. Ceritanya banyak yang tak masuk dek akal, yang boleh dipertikaikan. Tapi, saya sudah jatuh cinta dengan cerita BBC ni...

Cuma masa siarannya, 6.30-7.30 malam. Kebetulan masa tu bertembung dengan masa cerita favourite Nurin Hana, Ultraman kat 611. Macamna nak tengok..Kang pegi tengok kat atas, apahal pulak dia kat bawah. Kalau Papa dah balik, alright la jugak. Satu lagi, masa tu adalah masa tengah sibuk memasak. for dinner. Nak tangguh masak lepas 7.30mlm? Tak boleh...kang pukul brapa pulak nak makan, nak tidur. Masa tidur untuk Nurin Hana dah ditetapkan tak lewat dari jam 10.00 malam. Hmm...camna ek...

Solution: lepas tidurkan Nurin Hana, bangun dan tunggu ulangan jam 11.00 mlm. Tadi baru ternampak kat slot rancangan tv dalam newspaper, ada ulangan tengah malam. Tapi, sanggup ke.....????
Satu lagi, tadi baru terbaca kat blog kawan, siri tu ada siaran non-stop on saturday petang, rasanya....ni satu option yang agak baik..heh..heh...Tapi, sabtu kadang-kadang nak pergi jalan...so how????
Senang cerita, mana yang sempat tengok, kita tengoklah...
Nanti tengok kat internet je, atau beli dvd...abih cerita...:) 

Saturday, 1 May 2010

YANG MANA SATU PILIHAN HATI......

Assalamualaikum.

Hmmm....yang mana satu ye? Dua2 nampak begitu menarik. Yang tu pun berkenan, yang ni pun suka. Takkan nak rembat dua2 pula. Sukarnya nak buat pilihan.....

Korang rasa mana best? Dah baca review for both, nampak macam balance je.
Al-kisahnya, hari tu, nokia 6288 kesayangan hamba ni, telah terjatuh kat toilet......ATAS LANTAI TOILET ye.....bukan dalam toilet bowl..harap maklum..heh...heh..Dengan segala kunci bilik opis, handphone, jam terjatuh, terkeluar dari poket. So, dengan bijaksananya semua bend a yang jatuh tadi dilalukan kat air. Termasuklah nokia itu. Selepas tu apa jadi? Habis ‘weng’ handphone tu...bila kita on, automatik boleh off sendiri...huwwaa....dahlah banyak nombor phone dalam tu...skrin siap kelabu asap, berkabus kat sebalik skrin. Buka bateri, cover belakang, Jemur bagi kering. Jemur atas hard disk, kan panas atas tu kan. Huh..huh..tu la pasal, apsal la buat tanpa fikir dulu....Sekarangkan dah masuk ICU....huh..huh......
Tapi, sekarang dah okay lah my nokia....lal..la..la..la...setelah dua hari tidak berfungsi (berada di jemuran...), nampaknya it back to normal....Wahh..bagus betullah nokia ni. Patutlah oarang kata nokia tahan lasak, jatuh banyak kali pun still bernyawa lagi....hah...hah...
So, apa jadi ngan dua pilihan hati tadi? Heh..heh...tetap dalam pertimbangan akhir.....:). Dah lama mengidam la.......kang kempunan pula...hah..hah....(alasan......)
Yang ni pun ngidam jugak. Juga dalam dilema nak pilih mana satu......Dapat duit refund income tax nanti, bolehlah sambar satu..hah..hah....

Dua competitor utama yang salin bersaiang merebut pasaran. Hari ni satu tu kluar model baru, esok yang satu lagi akan keluar model yang lebih kurang sama....
Tepuk-tepuk dada, tanya itu nafsu...hah...hah....

Thursday, 18 March 2010

AKHIRNYA MILIKKU JUA...

Assalamualaikum.
Finally, aku dapat juga apa yang aku tunggu dan tercari-cari selama ini.
Semalam, secara rasminya ia berada depan mata aku. Rasa sungguh excited, tak dapat digambarkan. (mengubat sedikit ketensionan aku...)...

Puas aku belek-belek. Tengok depan. Tengok belakang. Intai-intai kat dalamnya. 
Sangat menarik.
Aku tak sabar nak meneroka dunia dan kehidupan bersamanya. Tak sabar nak mengembara bersamanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oh Eclipse ku...
Hah..hah..korang mesti ingat apa punyakan..hah..hah...sudah kena..
Koleksi Twilight Saga la, book III yang dah abih kat MPH Putrajaya hari tu. 
Semalam en hubby pegi klcc, aku pesan tolong belikan kalau ada. Kat situkan ada bookstore besar, Kinokuniya. Mana tau, ada stok. TQ darling.
So, now lengkap sudah koleksi Twilight Saga aku.
Bolehlah aku sambung membacanya setelah tergendala seketika.....Apakah kesudahannya kisah Edward, Bella, Jacob, Cullen's famili, vampires, etc. Walaupun sebenarnya aku dah tahu 'ending'nya..aku dah baca sinopsis semua siri tu...
Just for my satisfaction...

Friday, 5 March 2010

TWILIGHT FEVER 2

Assalamualaikum.

Hari tu gi alamanda, ingat nak sambar twlight saga eclipse dgn breaking dawn. Buku yang 2 buah lagik tu kan dah selamat abih dibaca. Actually tujuan utama gi alamanda, nak gi makan-makan.
Dengan semangatnya gi MPH. Eh...susunan hari tu dah rendahlah..Buku twilight saga (all vol) yang hari tu tinggi menggunung, la ni dah rendahlah. @ dalam erti kata lain, tinggal skit. Aku pun cari la dua tajuk yang aku nak. Alamak...eclipse dah abih la...yang ada cuma breaking dawn. Bila aku tanya budak kat situ, dia pun tak pasti bila stok baru sampai...
Hmmm.......nak beli dulu ke @ tunggu complete dua nanti baru beli? Lastly, aku beli la dulu breaking dawn tu, kang yang tu abih, haru lak... Nanti datang lagi, beli satu lagi bila stok dah sampai.
Tapi......aku tak boleh baca lagik novel breaking dawn tu...walaupun hati bagai dipanggil-panggil untuk baca...Kena baca vol 3 baru boleh baca tu....Baru la boleh paham citernya. So, terpaksa la tahan rasa ni...Mampu tengok je la breaking dawn tu sementara waktu ni..huh..huh...
 
vol 3 yang dah kehabisan stok...
hmm....bila la nak sampai kedai ni...


vol. 4. terpaksa tengok cover la dulu..sabar...
kena baca vol. 3 dulu..

Tuesday, 2 March 2010

TWILIGHT FEVER

Assalamualaikum.
New addiction....demam..demam...
.
.
.
.
.
.
 
 
Tak sangka...sungguh best rupanya citer vampire ni.
Sebelum ni aku tak kisah pun pasal movie twilight masa tengah hangat di cinema.
Kebetulan tertengok kat 413 satu petang tu, ehhh...best la...
Macam addict pulak, aku cari novel2nya pulak.
Jumpa kat mph alamanda, terus sambar twilight dgn new moon. ingat nak 'labur' lagik duit dengan 2 buah novel lagik, tapi tunggu dululah. Tu pun tak pasti bila zaman dapat abihkan.
And sungguh tak disangka, aku dapat abih baca both novels dalam masa singkat je. Sekejapan dah abih. tak boleh elakkan diri dari baca dan terus membacanya...
Amat mempersonakan..hah..hah...
Sekarang ni tunggu nak sambar twilight saga eclipse dgn breaking dawn pulak.. 
Tanpa disangka, aku 'ter'beli jugak dvd vol 1. Dah berulang kali aku tengok, tak jemu2..hah..hah..