Wednesday 31 March 2010

JUMBO GAJAH BIRU & CRUISE TASIK PUTRAJAYA

Assalamualaikum.
Lama tak bersiaran. Baru balik dari Sintok for my big day. Later, aku story....Ni nak criter pasal Jumbo & cruise...Dah lama terperam dalam 'draft', ni baru nak post..layan...
Memandangkan tak dapat bawak our little Farhanah naik belon panas, so, untuk mengubat duka lara dan  rajuk dihatinya, so hari yang sama tu kitorang bawak pegi tengok wayang kat GSC Alamanda. Ingatkan nak tengok cerita Alice in Wonderland. Tapi tiket dah habis pulak. So, alternatif lain yang ada cerita Jumbo Gajah Biru @ Khan Kluay II. Animation movie from Thailand, dialih bahasa ke Bahasa Melayu. 
Ok, not bad. Ilustrasinya cantik. Farhanah pun nampak enjoy, me too. Papa? Enjoy jugak, sambil melayan mimpi di akhir cerita...hah..hah.....
Habis tengok movie, pergi naik bot @ cruise tasik putrajaya pulak. Masa beratur nak beli tiket belon panas tu, dia ada ternampak bot kat tasik. So, bawak je la pegi tasik Putrajaya dengan harapan tiket masih ada sebab masa tu dah lewat petang. Nasib baik, rezeki Farhanah, dapatlah tiket. Sejak kitorang tinggal kat Putrajaya, ni lah 1st time naik, biasalah, orang dekatkan..kuranglah excitednya...
Dalam tu, penuh dengan tourist Iran. Rasa macam kat negara lain pulak..hah..hah..Sempat jugaklah cuci-cuci mata tengok Iranian women/man kids yang comel-comel.... 

posing atas dek....hana menung jauh...
belakang tu, Masjid Putrajaya dgn pejabat PM
hana & papa
posing depan cruise tasik...
Sebelum ni kitorang pernah naik cruise sg terengganu, dekat masjid kristal. Beza antara kedua-duanya:
  • cruise terengganu pusing sungai, cruise tasik pusing tasik la..dah namanya pun cruise tasikkan..
  • cruise terengganu open air, kiri kanan, so boleh rasa angin bertiup. Cruise tasik, tertutup kiri kanan dengan cermin.Nak rasa angin ,kena naik atas dek...
  • tiket cruise tasik berganda mahalnya...rm30 per person. Cruise Terengganu baru rm10 at the moment,but tourist guide tu bagitau yang kemungkinan besar tiket akan dinaikkan nanti)
  • Sebelum naik cruise terengganu, semua kena pakai safety jacket dulu. Tapi, cruise tasik, safety jacket kat bawah kerusi, tak payah pakai. takut jugak aku, manalah taukan..malang tak berbau...tapi, kang aku pakai, macam alien la pulak...aku sensorang jer bergaya dengan life jacket tu...aku rasa depa patut wajibkan semua orang pakailah..safety first. Tasik tu dalam jugak.

Monday 22 March 2010

FIESTA BELON PANAS ANTARABANGSA, PUTRAJAYA


Assalamualaikum.
Baru-baru ni berlangsung Fiesta Belon Panas kat Putrajaya. Ni 2nd time event ni. So, kitorang teringin la nak merasai keseronokkannya @ dalam erti kata lain, nak naik belon tu. So, pagi-pagi sabtu kitorang tiga beranak dah bertolak ke tapak fiesta. Farhanah pagi-pagi dah bangun, so excited nak naik belon. Since malam sebelumnya dah bagitau nak naik belon. Masa kejutkan dia, “good morning..dah pagi la...” Terus dia buka mata dan ulang semula “dah pagi....nak naik belon..”.
Dalam 8.30 pagi sampai sana, mak aiii...ramainya manusia...pukul brapa la diorang semua datang ni...????? Kereta bersusun sampai parking tak muat kat padang. Kena menempel-nempel mana-mana ruang kosong yang ada. Kat tapak belon tu, kitorang tengok ramai orang beratur, so join je la..beli tiket kat depan tu gamaknya. Line panjang tu.....entah bila zaman dapat sampai kat depan skali...
Tapi, rupa-rupanya tiket dah lama sold out daaa….Kiranya beratur sia-sia je la pagi tu. Pukul 7 lagi dah habis. Nasib baik tau awal-awal, kalau tak buat penat jer berdiri lama-lama kat situ. Farhanah dah nak mengamuk bila kita bagitau tak dapat naik belon. Puaslah pujuk. Nasib baik dengar kata.  So, ingatkan petang nanti nak cuba lagik.
Sekali lagi, dalam 4.30 petang, kitorang datang lagi, nak beli tiket. Tapi, takda rezeki jugak. Line dah panjang giler. Oh ye, tiket hanya dijual sebanyak 300 keping untuk setiap sesi. Ada 2 sesi, pagi dan petang so hanya 6oo tiket sehari. Manalah cukup..kalau nak bandingkan dengan orang yang datang tu...Al-maklumlah..tiket murahkan, so semua orang berhajat nak naik belon. Cuba tiket mahal, mesti tak ramai minat punya.
Tetap tak berputus asa. Pagi-pagi Ahad, en hubby gi sana, cuba nak beli tiket lagi. Dalam 6.30 pagi, tapi tak berjaya jugak. Hah..hah...en hubby bagitau, masa dia sampai sana, dah ramai orang beratur. Agaknya diorang tido situ kot..hah..hah..

Thursday 18 March 2010

AKHIRNYA MILIKKU JUA...

Assalamualaikum.
Finally, aku dapat juga apa yang aku tunggu dan tercari-cari selama ini.
Semalam, secara rasminya ia berada depan mata aku. Rasa sungguh excited, tak dapat digambarkan. (mengubat sedikit ketensionan aku...)...

Puas aku belek-belek. Tengok depan. Tengok belakang. Intai-intai kat dalamnya. 
Sangat menarik.
Aku tak sabar nak meneroka dunia dan kehidupan bersamanya. Tak sabar nak mengembara bersamanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oh Eclipse ku...
Hah..hah..korang mesti ingat apa punyakan..hah..hah...sudah kena..
Koleksi Twilight Saga la, book III yang dah abih kat MPH Putrajaya hari tu. 
Semalam en hubby pegi klcc, aku pesan tolong belikan kalau ada. Kat situkan ada bookstore besar, Kinokuniya. Mana tau, ada stok. TQ darling.
So, now lengkap sudah koleksi Twilight Saga aku.
Bolehlah aku sambung membacanya setelah tergendala seketika.....Apakah kesudahannya kisah Edward, Bella, Jacob, Cullen's famili, vampires, etc. Walaupun sebenarnya aku dah tahu 'ending'nya..aku dah baca sinopsis semua siri tu...
Just for my satisfaction...

Wednesday 17 March 2010

BILA AIR MATA BERGUGURAN

Assalamualaikum.
Bila melihat gambar tersebut, apa yang terbayang dalam fikiran kita? Air mata….tangisan…
Semua orang pernah menangis.
Sejak kecil lagi. Keluar sahaja kita dari perut ibu, kita akan menangis. Kita sendiri akan rasa bimbang kalau anak kita yang baru lahir, tak keluar apa-apa bunyi tangisan dari mulutnya. Semasa bayi, bila kita lapar, kita menangis. Lampin basahpun, kita menangis tidak selesa. Bangun dari tidur pun menangis. Berapa banyak airmata yang tumpah semasa kita kecil? Apa lagi yang mampu kita buat ketika itu? Menangislah satu-satunya alat komunikasi antara kita dengan orang di sekeliling kita, untuk memberitahu atau menyampaikan sesuatu.
Bila kita meningkat umur sedikit, atau zaman kanak-kanak, kita memangis juga. Bila terjatuh ketika bermain-main, atau bergaduh dengan kawan-kawan.
Apabila dewasa? Kita menangis tak? Mestilah. Airmata dan tangisan bukan hanya khusus untuk bayi atau kanak-kanak sahaja. Ia adalah aktiviti normal kita sebagai manusia, tanpa mengira jantina. Kita boleh menangis dalam pelbagai keadaan atau situasi. Menangis merupakan sutau bentuk luahan perasaan perasaan seseorang terhadap sesuatu.
Apabila kita gembira, kita akan menangis. Apatah lagi kalau kita dalam kesedihan.
Menangis boleh meredakan perasaan sedih. Sedih akibat kehilangan, sedih akibat dimarahi, sedih apabila gagal mencapai sesuatu matlamat, dan pelbagai lagi.
Sebenarnya, bila kita dalam kedaan marah juga, kita boleh mengalirkan airmata. Ia merupakan suatu bentuk luahan perasaan marah yang tidak terhingga atau teramat sangat. Ada segelintir orang yang tidak pandai untuk meluahkan perasaan marahnya. Airmata digunakan untuk menunjukkan betapa marahnya dia pada sesuatu. Ini bermakna, orang terdekat dengannya atau di sekelilingnya perlulah bijak memahami dan meyelami individu begini...

Menurut Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan dalam dunia ini: 
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Satu artikel manarik yang aku jumpa mengenai mengapa perempuan mudah menangis? Petikannya:
“.....Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
(info dari http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/kenapa-perempuan-mudah-menangis/)

Tapi, kita mesti ingat, airmata bukan hanya hak ekslusif kaum perempuan sahaja. Kaum lelaki juga ada hak tersebut. Cuma kita jarang dapat melihat lelaki menangis. Mungkin kaum lelaki bijak menyembunyikan emosi dan perasaanya atau tidak mahu dianggap lemah atau lembik oleh orang lain? Sebenarnya buat apa kita menahan segala kesedihan tu....hinggakan rasa macam nak meletup dada, luahkan sahaja kesedihan tu. Biarkan airmata tu keluar.

Kepada semua, kalau rasa hendak menangis, menangis sahajalah. Jangan disimpan di dalam hati atau dipendamkan. Menangis boleh meredakan perasaan dan emosi serta memberi kelegaan pada kita....

Friday 12 March 2010

YURANKU.....KONVOKU.......HUH..HUH...:((

Assalamualaikum.

Mood tak baik hari ni. 
Dalam suka ada duka. Dalam mood riang ria nak konvo, ada problem pulak dah.
Baru dapat tahu yang yuran pengajian semester lepas belum settle lagi.
Tak tau nak salahkan siapa? Orang sana? Orang sini? 
Hmm..rasanya orang sana lah yang patut dipersalahkan. Iya-iya je bagitau kata 'dah hantar invois'. Entah kat mana dihantarnya. Aku pun percaya je cakapnya. 
Mujur tergerak hati nak check hari ni.
Hmm...tak tau lah, sempat konvo ke tidak hujung bulan ni......
Hutang kalau tak settle lagi, tak boleh attend konvo.....
Hmm..so sad....

Ingatan kepada semua dan juga diri sendiri: Kita sebagai pekerja yang telah diberi tugas dan tanggungjawab, hendaklah laksanakannya dengan sebaik mungkin. Itu adalah amanah.

Wednesday 10 March 2010

Tecik Tenit Tomel My 1st Giveaway

Assalamualaikum.
Ni first time aku nak masuk contest. Saja cuba-cuba dan bagi support kat kengkawan.
Mana tau ada rezeki.
Jom la join ramai-ramai.
Syaratnya mudah jer. Boleh check detail kat sini
Terbuka untuk bloggers & non-bloggers....

FARHANAH ADA EXAM....

Assalamualaikum.
This week, our little farhanah busy skit and tension!!!
Tension??? Hah..hah...takda maknanya nak tension, ceria memanjang ada...
Actually, farhanah ada exam. 
Exam??? Macam tak percayakan...!!! Hah..hah..masa aku dapat surat last week pun, aku pun heran mengapa budak umur 3 tahun pun ada exam??? Tapi, pahamla, depa nak tengok school modul ok ker tak, need any modification, etc.
So, untuk sepanjang minggu ni, aku sentiasa peringatkan little farhanah, supaya 'bercakap kuat skit'. Cikgu pernah bagitau aku, dia macam shy skit kat school. Cakap perlahan jer. Padahal, kalau kat rumah, dia lah QUEEN...asyik bercakap jer, sampai puas nak melayannya bercakap...kalau tengok tv, terutama citer kartun, yang mana menarik perhatiannya, dia akan slalu bertanya pada ibu @ papa dia, "tu apa..", "mana dia..", etc...Slalunya soklan yang sama yang akan diulang. Walaupun kita dah bagitau, tetap akan tanya soklan yang sama...Hmmm....layan jer la...
What ever it is, good luck to my dear princess.....
jangan kacau..kita nak baca buku ni..kita ada exam tau... 
rehat kejap la..tengok mr bean pun best...
buat burger pulak la...nak satu?

Friday 5 March 2010

TWILIGHT FEVER 2

Assalamualaikum.

Hari tu gi alamanda, ingat nak sambar twlight saga eclipse dgn breaking dawn. Buku yang 2 buah lagik tu kan dah selamat abih dibaca. Actually tujuan utama gi alamanda, nak gi makan-makan.
Dengan semangatnya gi MPH. Eh...susunan hari tu dah rendahlah..Buku twilight saga (all vol) yang hari tu tinggi menggunung, la ni dah rendahlah. @ dalam erti kata lain, tinggal skit. Aku pun cari la dua tajuk yang aku nak. Alamak...eclipse dah abih la...yang ada cuma breaking dawn. Bila aku tanya budak kat situ, dia pun tak pasti bila stok baru sampai...
Hmmm.......nak beli dulu ke @ tunggu complete dua nanti baru beli? Lastly, aku beli la dulu breaking dawn tu, kang yang tu abih, haru lak... Nanti datang lagi, beli satu lagi bila stok dah sampai.
Tapi......aku tak boleh baca lagik novel breaking dawn tu...walaupun hati bagai dipanggil-panggil untuk baca...Kena baca vol 3 baru boleh baca tu....Baru la boleh paham citernya. So, terpaksa la tahan rasa ni...Mampu tengok je la breaking dawn tu sementara waktu ni..huh..huh...
 
vol 3 yang dah kehabisan stok...
hmm....bila la nak sampai kedai ni...


vol. 4. terpaksa tengok cover la dulu..sabar...
kena baca vol. 3 dulu..

Thursday 4 March 2010

HAPPY ANNIVERSARY - 8th

Assalamualaikum.

1 Mac, hari yang istimewa buat both of us as married couple.
Our wedding anniversary yang ke 8. Alhamdulillah.
Rasa macam baru smalam je kawin..hah..hah...hah...

To my dear hubby, ASRUL AZLIN, happy anniversary.
Semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati oleh yang Maha Esa.
Semoga hari ini, esok dan seterusnya membawa lebih kebahagiaan buat kita sekeluarga.
Amin.

Tuesday 2 March 2010

TWILIGHT FEVER

Assalamualaikum.
New addiction....demam..demam...
.
.
.
.
.
.
 
 
Tak sangka...sungguh best rupanya citer vampire ni.
Sebelum ni aku tak kisah pun pasal movie twilight masa tengah hangat di cinema.
Kebetulan tertengok kat 413 satu petang tu, ehhh...best la...
Macam addict pulak, aku cari novel2nya pulak.
Jumpa kat mph alamanda, terus sambar twilight dgn new moon. ingat nak 'labur' lagik duit dengan 2 buah novel lagik, tapi tunggu dululah. Tu pun tak pasti bila zaman dapat abihkan.
And sungguh tak disangka, aku dapat abih baca both novels dalam masa singkat je. Sekejapan dah abih. tak boleh elakkan diri dari baca dan terus membacanya...
Amat mempersonakan..hah..hah...
Sekarang ni tunggu nak sambar twilight saga eclipse dgn breaking dawn pulak.. 
Tanpa disangka, aku 'ter'beli jugak dvd vol 1. Dah berulang kali aku tengok, tak jemu2..hah..hah..