Friday 18 February 2011

Hectic Week

Fuyyooo.....canggihnya bahasa yang aku guna kat title tu...haha..hah...En Asrul mesti gelak punya....speaking london tu....hah..hah...

Tapi, sememangnya minggu ni agak sibuk sikit. Memandangkan aku bakal mengucapkan selamat tinggal pada ofis. Opss...bukan bertukar.....tu belum lagi.....(orang bk...cepatlah sikit tengok den punyoo...lamo dah ni den nunggu...).

Selamat tinggal sementara je....for 6 weeks....so orang-orang ofis, don't miss me okay..hah..hah...silap haribulan, by the time aku masuk ofis semula, "eh, sapa minah ni..tak kenal pun..." Haru kalau macam tu...hah..hah...Tapi, takkanlah korang kejam sangat sampai aku pergi 6 minggu je, korang dah tak ingat kat aku...melampaulah tu....

So, minggu ni aku cuba menyelesaikan tugas-tugas yang aku sedang buat. Tapi, ada projek core terpaksa ditangguhkan dulu sampai aku balik. Walaupun ofismate dah offer to sambung, tapi its ok..I'll do it later..kang aku balik takda kerja dah pulak aku...

Apa-apahal, "hutang" aku pada bos nak kena lunaskanlah sebelum bye bye ni. 1st draf dah forwarded to her, but ada beberapa pindaan. So, tengah work on it lah ni....

Preparation for lab pun aku dah buat. Pinjam laptop ofis, print MBE document. Tapi, preparation dari segi baca membaca, blom lagik, hah..hah......Weekend ni lah kot...Esok lusalah.....

Kata-kata azimat pun dah dapat dari bosses semua. Tapi, 2nd bos aku punya kata-kata azimat tak berapa best didengarlah....bunyi yang menakut-nakutkan aku....Ala bos ni...please trust me la....

Bab transportation pulak? Aku bakal berkelana selama 6 minggu berulang alik setiap hari dari sini ke kelana jaya. Bakal menempuh kesesakan jalan yang amat teruk, yang tak pernah aku terfikir kena tempuh (sebab tu kalau masa posting untuk promotion, kalau boleh aku akan request atau paling tidakpun doa banyak-banyak supaya tak kena posting keluar dari putrajaya terutamanya ke kuala lumpur.....huii..tak sanggup aku...jammed hari-hari..).

Aku tengah mencari rakan-rakan senasib yang kena masuk lab yang boleh aku minta belas ihsan untuk tumpang. Kena lah weii...aku bukannya mahir jalan-jalan nak ke sana....pastu dengan sesaknya. Nak-nak pulak, aku ni tersangatlah "terror" memandu....En Asrul kata lesen terbang..boleh???

Aku dah survey jalan ke sana, En Asrul bawak hari tu. Pening aku. Ikut LDP, lepas tu keluar sikit kat federal highway, masuk kelana jaya. Pastu try jalan LDP terus pulak, nampak macam lebih mudah tapi dengarnya LDP sesak gila pagi-pagi. Beberapa hari lepas, masa pergi briefing, naik kereta ofis, depa bawak ikut elite pulak. Haiiyaa....manyak confuse laa...kejap LDP, kejap elite, mana satu aku nak ikut nanti....Harap-harap adalah orang yang simpati dengan nasib aku..hah..hah...

Friday 11 February 2011

Panjang Umur, Murah Rezeki. Aminnn...........

Kenali Sifat EGO

Petikan menarik dari artikel "Ego Penyakit Batin", Berita Harian, 11Feb.2011:

Kenali sifat EGO:
  • Menolak kebenaran, tidak mahu menerima pandangan orang lain. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terserlah menerusi perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.
  • Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap kurang mesra.
  • Sangat memilih kawan terutama di kalangan orang yang setaraf sahaja.
  • Mudah menjadi marah terutama kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
  • Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain.
Tanda-Tanda EGO:
  • Bila jawapan yang diberi betul, dia akan rasa terhibur, senang hati dan bangga.
  • Jika tidak dilantik memegang sesuatu jawatan, dia akan rasa kecewa dan tidak tenang.
  • Jika seorang ketua, dia selalu bersikap kasar ketika memberkan arahan.
  • Jika orang bawahan, dia susah untuk taat kepada ketuanya dan bersikap degil.
  • Mudah marah bila dinasihati.
  • Emosional dan mudah tersinggung.
  • Memilih kawan yang setaraf dengannya.
  • Menonjolkan diri secara berlebihan.
  • Memperlekehkan orang lain.
  • Suka menyampuk perbualan orang lain.
  • Buruk sangka terhadap orang lain.
  • Suka meninggikan suara ketika bercakap.