Petikan menarik dari artikel "Ego Penyakit Batin", Berita Harian, 11Feb.2011:
Kenali sifat EGO:
- Menolak kebenaran, tidak mahu menerima pandangan orang lain. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terserlah menerusi perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.
- Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap kurang mesra.
- Sangat memilih kawan terutama di kalangan orang yang setaraf sahaja.
- Mudah menjadi marah terutama kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
- Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain.
Tanda-Tanda EGO:
- Bila jawapan yang diberi betul, dia akan rasa terhibur, senang hati dan bangga.
- Jika tidak dilantik memegang sesuatu jawatan, dia akan rasa kecewa dan tidak tenang.
- Jika seorang ketua, dia selalu bersikap kasar ketika memberkan arahan.
- Jika orang bawahan, dia susah untuk taat kepada ketuanya dan bersikap degil.
- Mudah marah bila dinasihati.
- Emosional dan mudah tersinggung.
- Memilih kawan yang setaraf dengannya.
- Menonjolkan diri secara berlebihan.
- Memperlekehkan orang lain.
- Suka menyampuk perbualan orang lain.
- Buruk sangka terhadap orang lain.
- Suka meninggikan suara ketika bercakap.
Mujur tiada satu pun sifat tu pada saya.. keh3x
ReplyDelete